2 bulan mak mertua duduk rumah aku nak dilayan macam tetamu. Pinggan tak reti nak basuh, tahu meniarap sambil main HP

Aku menyampah, rimas sebab mak mertua aku ni jenis yang manja. Dia selalu bagi alasan kaki s4kit, bila jalan terhencot – hencot. Dah pergi X-Ray, elok je tulang – tulang dia. Aku tak tahu la kalau selama 7, 8 tahun ni dia berlakon buat – buat s4kit..

#Foto sekadar hiasan. Aku Joyah (biasa la bukan nama sebenar). Aku dah kahwin dengan laki aku lebih kurang 13 tahun, anak bongsu lelaki, satu – satunya anak lelaki dalam family. Bila dah satu – satunya anak lelaki mesti korang dah faham kan, segala tanggungjawab yang berat – berat contoh macam bawa ibu mertua aku pergi hospitaI kalau ada check up atau s4kit, urusan rasmi semua laki aku la kena handle.

Jadi aku sebagai menantu perempuan fahamla, takde la benak sangat pasal tanggungjawab dia tu. Aku terima dengan lapang d4da. Sebelum tu lupa nak bagitahu yang ibu mertua aku ni balu, penerima pencen dan ada rumah tempat kediaman sendiri hasil peninggalan bapa mertua aku yang dulunya penjawat awam.

Laki aku ada dua orang kakak suri rumah yang selalu nak suruh laki aku iaitu adik diorang ni buat semuanya untuk mak diorang ni. Contoh kalau balik kampung mesti kitorang yang kena bawak naik kereta kitorang, macam benda tu kewajipan, diorang takkan bawak dan akan bagi bermacam alasan untuk tak bawak mak mertua aku ni.

Mak mertua aku pulak jenis yang tak nak faham masalah laki aku, maksudnya kalau dia nak balik mesti kena balik kampung jugak, jenis orang tua yang degil dan tak nak faham masalah anak – anak. Itu baru satu contoh.

Walaupun mak mertua aku ni tinggal dengan kakak ipar aku dekat rumah peninggalan bapa mertua, kakak ipar aku selalu cari alasan untuk suruh ibu mertua ni datang dan stay dengan kitorang kadang – kadang dalam setahun dalam 2 bulan la jugak la kadang – kadang lebih dari tu.

Aku ni mak bekerja, walaupun aku rasa menyampah dan rimas sebab mak mertua aku ni jenis yang manja, nak dilayan macam tetamu dan kerja dia meniarap sambil tengok handphone je sepanjang hari. Dia selalu bagi alasan kaki dia s4kit, bila jalan terhencot – hencot.

Tapi Ironiknya, bila x-ray tak de pun tulang patah ke ape. Aku memang pelik dan ajaib. Aku tak tahu la kalau selama 7,8 tahun ni dia berlakon atau buat – buat s4kit wallahualam. Dahlah duduk berbulan – bulan, nak dilayan macam tetamu pulak.

Pinggan dia makan pun tak boleh nak angkat letak dekat sinki, basuh apatah lagi. Korang rasa terc4bar tak kesabaran aku sebagai menantu dan tuan rumah ni. Makan pulak perlu ditanya, kalau aku order ikut kesesuaian menu untuk aku dan anak – anak dia akan makan tak habis, kadang – kadang sombong langsung tak sentuh pun.

Aku ni jarang masak, selalu order foodpanda atau Grab je. Dia akan makan menu yang dia request sahaja ye. Nak hulur duit suruh order menu dia, memang aku tak pernah terima duit satu sen pun daripada mak mertua aku ye.

Sampai satu masa ni, dia datang dikala aku pregnant 32 minggu. Dah sarat sangat dan aku memang takde mood nak layan pe’el dia yang cerewet, Disebabkan kakak ipar aku nak kemas bilik dia dekat rumah tu yang dah macam sarang tikus disebabkan sikap dia jugak yang selalu nak harapkan orang lain kemas untuk dia.

Mak mertua aku ni memang bukan jenis yang pembersih, segala selimut telekung memang selalu dia longgok – longgok je. Kadang – kadang makan dalam bilik dengan plastik dan kertas tu dia longgok je tepi katil. Dia nampak aku ni macam takde perasaan, dengan perut besar buat kerja rumah dan ditambah dengan aku kena jaga makan pakai dia.

Suami aku niat tu dah baik, tapi serious talk, ape je yang orang lelaki buat dekat rumah, memang typical asian husband yang jarang – jarang tolong isteri dekat rumah dan memang per4ngai laki aku ni mengikut mak mertua aku.

Nak basuh baju memang boleh kira la berapa kali je dia tolong dalam setahun. Korang rasa siapa yang akan jaga mak mertua aku ni kalau dia datang nak bertenggek kat rumah aku sebulan dua tu? Disebabkan aku mengandung, aku memang rasa nak meIetup, aku tak boleh terima per4ngai laki aku dengan mak mertua aku tambah dengan kakak – kakak ipar aku yang selalu menolak untuk jaga mak diorang sendiri.

Laki aku tahu per4ngai mak dia tu memang la sangat buruk, tapi alasannya seburuk – buruk per4ngai mak mertua aku, dia tetap mak dia, syurga dia. Memang aku tak nafikan la. Tapi sampai bila aku boleh bertahan. Aku ni menantu yang tak boleh nak suarakan apa yang terbuku dalam hati.

Kalau aku cakap mesti mak mertua aku tak kan terima. Mak mertua aku ni macam nars1sistik pun ada, dia rasa dia sentiasa betul dan akan buat ayat kesian dan salahkan orang sekeliling. Aku cuba buat baik pun tak dipandang, tak bersyukur pun ada aku tengok orang tua ni.

Bila cakap kat laki aku dia pun tak boleh buat apa. Bila maknya datang, kami akan berg4duh sebab aku dah penat mental dan fizikal, mana nak kerja, nak layan orang tua tu lagi, serabutlah. Aku pun tak tau kenapa aku nak post dekat sini.

Mungkin sekadar nak meluah kot, kalau orang nak tolong pun belum tentu ada solution untuk masalah aku ni. Nak jadikan pengajaran pun rasanya takde pengajaran daripada kisah aku ni. Mungkin jugak aku boleh tengok balik posting ni sebagai pengukur berapa lama aku boleh bersabar dan bertahan dengan mak mertua dan ipar t0ksik. Sekian, terima kasih sebab baca luahan aku ni. – Joyah (Bukan nama sebenar)

Komen W4rganet :

Hora Hera : Dalam hal ini, suami tt ni sebenarnya dah serahkan tanggungjawab sebagai anak kepada isteri. tt kena cakap terus dengan suami kewajiban dia la layan ibunya sendiri, bantu buat kerja rumah sama – sama. Kalau tak nak tolong kena cari upah pembantu untuk urus ibu tu.

Bila semua bahu si isteri yang memikul jadi tak ikhlas la dia. Dah isteri tolong cari nafkah sama – sama, kerja rumah pun dihemp4p atas bahu isteri juga, mana letak ikhsan kamu wahai suami. Mana masa si isteri tu untuk diri dia. Sis, sila luahkan pada suami apa yang terbuku di hati tu.

Azdine Qays : Setahun ada 12 bulan.. Mak mertua duduk rumah sis 2-3 bulan je,selebihnya kakak ipar yang uruskan. Kak ipar pun mesti nak ada masa rehat – rehat juga. Sekarang ni yang salah laki kau tu. Pemalas, tapi ada hati nak syurga. Lepas ni biar dia yang buat kerja rumah tu, pandai – pandai la berdrama sikit.

Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.