
Hampir 2 tahun, aku masih takde anak. Aku bincang dengan suami tapi dia macam tak suka. Satu hari tu, masa aku tengah kemas dapur aku terjumpa pil perancang, bukan aku punya. Mungkin pembantu rumah tapi umur dia dah 40 lebih. Aku diam. Waktu tu 3 minggu suami outstation..
#Foto sekadar hiasan. Assalam Admin. Izinkan aku mencoret dekat sini ya. Mungkin cerita ni boleh jadi pengajaran untuk yang senasib dengan aku. Ni akaun palsu. Tak sembunyi pun tak apa. Kenali aku sebagai T sahaja. 26 tahun. 3 tahun 3 bulan lepas aku habis degree, aku dapat kerja. Syukur.
Masa belajar aku bercinta dengan seorang lelaki. Jadi lepas semuanya selesai, dia bawa aku jumpa parents sebab katanya serius nak kahwin. Keluarga dia terima dengan hati yang terbuka. Dan kami pun kahwin. Kehidupan kami macam biasa. Aku kerja, jadi suami sediakan seorang pembantu dekat rumah.
Suami aku ni businessman, jadi memang tak menentu. Dia selalu outstation ke sana sini. Dalam sebulan mungkin ada 1 – 2 minggu sahaja dekat rumah. Aku faham. Semua ok sampai lah 1 tahun 6 bulan usia perkahwinan kami. Aku dah teringin nak ada anak. Aku tak tahu kenapa susah sangat nak lekat.
Aku bawa suami berbincang pasal anak. Dia macam tak suka. Aku bawa dia jumpa doktor, mana tahu ada masalah kami kan. Tapi semua ok. Berusaha pun ya tapi tak lekat – lekat juga. Suami cakap mungkin belum rezeki. Ya lah, siapa kita nak persoalkan rezeki kan.
Kami selalu berusaha tapi tak lekat – lekat sampai mak ayah aku persoalkan sebab dah 2 tahun lebih pun masih tak lekat – lekat. Ulang alik jumpa doktor pun tak dapat kesan apa – apa masalah. Aku sedih sangat. Teringin sangat nak ada anak.
Satu hari tu, pembantu cuti. Aku selesaikan kerja rumah seorang diri, suami pula baru keluar outstation. Dalam almari dapur aku terjumpa pil perancang. Aku tertanya juga siapa punya. Aku tak ambil. Mungkin pembantu punya. Tapi pembantu dah umur 40 lebih. Tak tahu lah, mungkin dia belum menopause. Jadi aku lupakan.
Kali ni suami outstation lama sikit. 3 minggu tak ada dekat rumah. Aku pun terasa bosan sangat, jadi bawa kawan aku pergi shopping. Aku tinggal dekat Melaka tapi kami pergi Kuala Lumpur untuk shopping. Sengaja nak jalan jauh sikit nak hilangkan bosan.
Tapi tengah seronok shopping, aku ternampak kelibat seorang lelaki yang aku kenal sangat -sangat. Aku tengok betul -betul. Itu suami aku. Ya, 100 peratus memang suami aku. Tapi dia bersama seorang perempuan yang sedang mengandung dan dua orang budak kecil, mungkin dalam umur 8 tahun dan 4 tahun.
Masa tu aku tak dapat fikir apa – apa. Buntu nak buat apa. Macam nak menangis tapi air mata tak keluar. Jantung berdegup laju. Betul ke itu suami aku? Tiba – tiba lelaki tu menoleh. Aku tahu dia nampak aku sebab muka dia nampak terk3jut tapi masih cuba berlagak tenang depan perempuan di sebelahnya tu.
Aku boleh dengar budak – budak tu panggil dia “papa” dan perempuan tu panggil dia “abie”. Mereka satu keluarga. Macam – macam persoalan masuk dalam fikiran aku. Aku ni isteri kedua ke atau perempuan tu isteri kedua. Itu anak – anak mereka ke atau dia kahwin dengan janda yang ada anak. Tapi muka anak yang sulung tu memang sebiji macam suami aku.
Aku tak nak lama – lama. Aku terus pergi dari situ. Suami aku nampak relaks. Dia langsung tak kejar aku. Tak apa. Aku balik rumah terus. Sampai rumah aku menangis puas – puas. Perasaan berbelah bahagi antara nak dengar penjelasan dia atau tak nak jumpa dia langsung.
Sejujurnya masa tu aku dah boleh agak aku diduakan. Tapi aku masih tak nak benda tu jadi betul – betul. Tengah malam hari tu suami balik. Cepat – cepat dia cari aku. Aku masih menangis. Penjelasan dia, itu isteri pertama dia. Itu anak anak dia. Pedih. Semua tu pedih.
Tak ada kata yang keluar dari mulut aku. Hanya diam antara mendengar dan tidak. Penjelasan dia lagi, selama ni dia bersubahat dengan pembantu untuk campur pil perancang dalam minuman aku supaya aku tak mengandung. Apa?
Lelaki durjana ni mengaku yang dia tak nak aku mengandung. Dia tak nak aku beranak. Dia tak nak hilang nikmat hubungan suami isteri. Jadi kenapa isteri dia mengandung? Isteri pertama kilang anak bagi dia dan aku ni pemuas nafsu dia sahaja? Tiba – tiba aku benci lelaki ni.
Aku tak sangka selama ni aku ditipu. Bukan sahaja dia tapi seluruh keluarga dia. Penipu. Puas aku berusaha nak ada anak. Rupanya dia yang siap – siap tolak rezeki. Malam tu aku terlepas cakap, ceraikan aku. Suami menangis, minta maaf dan cuba pertahankan diri.
Dia kata isteri dia dah tak mampu bagi hubungan suami isteri yang hangat. Tapi dia tak nak cari kepuasan secara h4ram, sebab tu dia kahwin dengan aku. Aku rasa dipergunakan. Dia juga beritahu isteri pertama dia tak tahu pun dia ada isteri lain. Ya Allah.
Aku buntu. Apa akan jadi bila perempuan tu tahu. Dia sedang mengandung. Aku cakap dengan suami, ceraikan aku. Aku nak ada anak. Tapi suami enggan. Sampai sekarang dia masih tak nak ceraikan aku. Sekarang dia balik rumah hanya untuk bersama. Lepas tu dia keluar semula.
Aku tahu dia balik kepada isteri pertama dia. Seminggu 3 – 4 kali dia balik tengah malam hanya untuk bersama. Aku rasa diri aku macam peIacur. Tak tahu nak bertindak mula dari mana. Aku masih diam kaku. Dalam otak hanya ada cerai. Harap sangat suami beri kerjasama. Untuk pelajar atau sesiapa yang sedang hangat bercinta, jangan jadi macam aku. Memang susah nak tahu kalau dia rahsiakan. Tapi harap cerita ni boleh buat korang lebih berhati -hati.
Ulasan Pembaca :
Evie Nnor : Kesian awak, awak tak bersalah dalam hal ni. Awak telah membuang masa sahaja bersama lelaki durjana tu. Memang dia hanya nak gunakan awak sebagai bahan pemuas nafsu sahaja. Kenapa ya lelaki, asal sahaja isteri tengah sarat mesti ada sahaja perkara yang disembunyikan, walaupun tak semua.
Mengapa tak puas bersama isteri tetapi isteri tetap juga beberapa kali hamil diperlakukan begitu. Aku pun tak boleh nak bagi pendapat lebih lebih, keputusan ada pada diri awak sendiri. Bertabah lah. Jadikan juga sebagai pengajaran agar lebih berhati – hati.
Rusta Dullah : Tak boleh sebut sahaja cerai, mesti rujuk ke bahagian agama negeri masing – masing. Biasanya akan ambil masa sebab suami enggan menceraikan. Tapi jabatan agama ada prosedur tertentu, dan kalau puan nekad, boleh tuntut fasakh.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.