Aku sabar je tanggung suami, minyak kereta, makan, hutang ASB, perbelanjaan rumah. Bila suami dapat kerja baru, sesen pun aku tak dapat. Dia bagi mertua..

Kisah ini dikirim oleh pembaca dan diedit oleh Editor kami. Nama dan lokasi dirahsiakan atas permintaan pengirim.

Aku mengalami pendarahan masa mengandung. Masa dalam perjalanan, suami suruh aku keluarkan duit dulu dari bank, sebab gaji dia dah habis. Sekarang ni suami nak buat bisnes, nak beli rumah tapi nak suruh aku yang buat loan..

#Foto sekadar hiasan / AI. Assalamualaikum. Aku bukanlah seorang yang suka cerita atau share pada public tentang kehidupan aku. Tapi hari ni aku buat keputusan untuk share sebab aku nak minta pendapat yang akan membantu aku bagi mengelakkan aku membuat keputusan yang salah.

Aku dan suami baru berkahwin dan perkahwinan kami adalah family arrangement, actually arranged by both our aunties, yang mana kami tak pernah berjumpa sebelum ni. Pada saat aku nak dikenalkan dengan suami aku, terdapat satu lagi lamaran yang menantikan jawapan aku daripada rakan sekerja aku untuk anaknya.

Tapi aku dah membuat keputusan untuk bersetuju dengan jodoh yang telah diaturkan oleh family sebelum aku berkenalan dengan suami aku. Ni adalah atas dasar percaya dengan pilihan keluarga dan aku nak dapat redha daripada mak ayah aku, walaupun sebenarnya mak ayah aku tak pernah paksa aku. Walaupun aku mempunyai pelajaran, kerja dan gaji yang lebih tinggi daripada suami.

Kami berkahwin setelah enam bulan diperkenalkan, tapi kami sering kali bertengkar bila perbincangan kami melibatkan nafkah dan ibu bapa suami aku sejak bulan pertama usia perkahwinan kami. Mungkin kerana takut aku akan meracuni fikiran anaknya.

Ini apa yang fikiran jahat aku fikir, mak mertua aku telah menetapkan sejumlah wang yang perlu diberikan oleh suami aku kepadanya. Tanpa mempertimbangkan kemampuan suami aku untuk menafkahi aku kerana aku bekerja dan mempunyai gaji yang lebih tinggi.

Aku pernah membincangkan perkara ni dengan suami dengan mengatakan bahawa aku takde masalah untuk dia menyara kedua orang tuanya, tapi bergantung kepada kemampuannya. Sekiranya dia mempunyai kemampuan yang lebih, maka dia perlu bagi lebih.

Tapi sekiranya bulan tu diberi rezeki yang kurang, maka dia perlu berbincang dengan kedua orang tuanya yang dia tak mampu untuk memberikan perbelanjaan seperti yang dituntut oleh ibunya. Tapi sia – sia dan dia cakap, habis dia kena utamakan isteri daripada mak ayah, mak ayah tak boleh ditukar ganti tapi bini boleh cari lain. Waktu tu sedihnya hati aku. Tapi aku diamkan.

Mungkin ada yang kata kalau gaji aku dah lagi tinggi, patutnya aku kena bantu suami. Pada mulanya, aku ada membantu suami aku walaupun nafkah zahir aku diambil ringan. Perkahwinan kami diuji apabila suami aku nak berhenti kerja sebab dapat tawaran kerja dekat company lain, tapi company lamanya tak mengeluarkan gaji suami aku.

Aku telah bersabar menyara suami, belanja kerja, makan, hutang ASB dan segala perbelanjaan rumah dengan bergantung pada gaji aku. Masa tu aku tak dapat bagi duit belanja dekat mak ayah aku dan mereka memahami lepas aku jelaskan kesulitan yang aku alami.

Pada saat ni, aku sedang membangunkan rumah aku dengan perbelanjaan membina rumah ni ditanggung oleh aku seorang tanpa duit suami walaupun sesen. Tapi pada bulan seterusnya setelah suami terima gaji daripada company baru dan membayar hutang kereta, insurans dan lain – lain perbelanjaan tertunggak, suami asingkan bayaran untuk belanja orang tuanya tanpa fikirkan aku. Sesen pun aku tak dapat.

Waktu tu aku diam. Cuba bayangkan, waktu tu suami serahkan duit kepada emaknya di hadapan aku dan mak mertua aku sambil melayang – layangkan duit tu depan aku dan cakap, tak marahkan? Ya Allah, waktu tu hanya Allah tahu macam mana perasaan aku.

Suami pula tunjuk kegembiraan saat dia dapat selesaikan hutang belanja bulanan kat mak ayah dia. Padahal mak ayah dia bukan seorang yang fakir miskin dan tak cukup belanja bulanan. Hampir setiap kali keluar, mereka makan dekat luar dan dia juga ada adik beradik yang lain untuk membantu walaupun ayah dia dah tak bekerja.

Dalam dua minggu lepas tu, aku alami pendarahan dan aku baru dapat tahu aku dah mengandung enam minggu. Aku minta suami bawa aku ke hospital. Tahu apa yang menyedihkan, waktu tu suami tanya nak pergi keluarkan duit dulu tak?

Kalau keluarkan duit dia tak apa lagi, ni tak, dia tanya nak keluarkan duit daripada bank aku sebab duit gaji dia dah habis. Dia langsung tak tanya keadaan aku macam mana pun masa tu. Dah lah waktu tu aku pun tak cukup duit sebab aku perlu bayar jumlah yang banyak untuk pembinaan rumah.

Masa tu pergi hospital kerajaan je sebab aku kerja kerajaan, tak payah bayar. Tak cukup dengan tu, masa nak pergi kerja pun dia minta duit dengan aku sebab duit gaji dah habis. Kadang – kadang aku terfikir, dia dan mak ayah dia nak dia kahwin dengan aku sebab gaji aku besar ke dan mak ayah aku jenis baik, selalu bersabar dengan apa yang orang buat. Dapatlah tolong dia hidup senang semua.

Sebab dia pernah cakap yang dia nak aku jual kereta aku sebab buat apa ada dua kereta. Biasanya dia pergi kerja naik motor. Kereta dia dah dekat tiga bulan tak bergerak dan tayar pancit sebab takde duit nak tukar tayar dan servis. Lagi satu, dia nak buat bisnes dan nak beli rumah, tapi dia nak aku yang buat loan tu.

Lagi lah aku tak boleh nak terima sebab dia kata buat apa kerja kerajaan kalau tak nak buat loan. Sebelum kahwin, aku dah selesaikan hutang PTPTN dan lain – lain hutang walaupun aku baru bekerja untuk tempoh dua tahun setengah. Sekarang yang tinggal hutang kereta je, tu pun akan habis dalam dua tahun setengah lagi sebab pinjam lima tahun je dan aku bukanlah seorang yang suka berhutang.

Sejak peristiwa tu, setiap sen duit aku yang digunakan dan setiap belanja nafkah, termasuk yang diminta balik, aku akan catatkan. Aku nyatakan dia semakin berhutang dengan aku dan wajib dia bayar balik. Aku juga jadi benci dengan mertua aku sebab ada kes yang menyebabkan aku benci kerana mereka langsung tak pertimbangkan keadaan aku yang tengah mabuk mengandung.

Aku tahu suami kadang – kadang berusaha untuk puaskan hati aku dan orang tua dia, terutama mak dia. Aku nampak tu sebab dia kuat OT. Aku tak kisah hidup susah senang dengan dia, tapi dia kena bersifat adil antara aku dan mak dia. Aku faham kesusahan dia, sebab tu aku tak pernah minta pergi honeymoon atau jalan – jalan.

Dan guess what, aku tak pernah pergi tengok wayang pun dengan suami sejak kami kahwin sebab tak cukup duit. Dia minta aku faham kesusahan dia, tapi aku juga minta dia fahamkan orang tua dia yang dia pun tengah susah nak bina kehidupan berkeluarga sekarang ni.

Salah ke aku? Aku berniat untuk pergi kaunseling di pejabat agama dan mungkin akan tuntut cerai kerana sabar aku semakin menipis. Sebenarnya aku sayang perkahwinan kami. Mohon tolong bagi pandangan dan mohon tak dihentam. Apakah yang aku buat ni salah? Apakah aku perlu terus bersabar lagi? Terima kasih. Aku Yang Tersepit

Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Kongsi Artikel Ini :
About Hana 5124 Articles
Hana ialah penulis dan editor di Media Cite Heboh yang mengendalikan kandungan komuniti, kisah pembaca dan topik kehidupan seharian. Hana turut menyunting kiriman pembaca dari segi ejaan, tatabahasa dan susunan supaya lebih mudah dibaca sambil mengekalkan maksud asal cerita.