Suami peluk, merayu mohon maaf lepas kantoi curang tapi saya tetap minta diceraikan, talak 3 lagi bagus..

Kisah ini dikirim oleh pembaca dan diedit oleh Editor kami. Nama dan lokasi dirahsiakan atas permintaan pengirim.

minta cerai

Saya dapat tahu suami curang dengan bekas kekasih hingga terlanjur. Saya melutut merayu dengan suami bagitahu apa salah dan silap saya. Bertalu-talu saya desak akhirnya dia beri jawapan yang buat saya tersentak. Saya terus sambut tangan suami cium, mintak maaf dan mintak suami untuk menceraikan saya, talak 3 lagi bagus saya terima..

#Foto sekadar hiasan / AI. Saya dah kahwin hampir tujuh tahun. Sekarang saya tengah sarat mengandung anak kelima, insya – Allah tunggu masa je nak bersalin. Hari ni saya bergaduh besar dengan suami sebab dia kantoi curang.

Tadi dia balik kerja terus masuk mandi. Telefon dia tengah cas kat tepi TV, jadi saya ambil peluang nak tengok. Telefon tu ada password. Saya cuba teka, sekali betul. Mula – mula saya buka WhatsApp. Ya Allah, berderau darah saya bila terbaca chat dia dengan bekas kekasih dia. Panggil “ayang”, panggil “abang”.

Bukan main mesra lagi. Suami saya pun rajin video call perempuan tu. Bila saya baca lagi, baru saya tahu dah banyak kali diorang jumpa. Diorang dah terlanjur pun. Banyak gambar diorang berpelukan dalam bilik. Perempuan tu sendiri yang hantar kat suami saya.

Masa tengok gambar tu, sumpah, sampai terlintas dalam kepala saya nak bunuh diri. Air mata saya tak berhenti mengalir. Patutlah selama ni hati saya tak sedap. Tidur pun tak tenang, asyik mimpi suami curang. Selalu sangat saya tersedar pukul dua, tiga pagi.

Saya tak tahu apa salah saya sampai dia buat macam ni belakang saya. Gaduh laki bini tu biasalah, tapi selalunya sayalah yang mengalah. Saya juga yang minta maaf dulu. Sambungan cerita saya beberapa hari lepas pasal suami yang kantoi curang dengan bekas kekasih dia.

Kelmarin, masa kami bergaduh besar tu, suami peluk saya kuat – kuat. Dia minta maaf sambil berkali – kali cium dahi saya. Saya menangis sampai meraung. Saya melutut kat kaki dia, saya minta dia jawab. Apa salah saya? Apa yang kurang sangat pada saya sampai dia sanggup curang?

Mula – mula dia diam. Dah banyak kali saya desak, baru dia nak cakap. Katanya tak ada apa yang kurang pada saya. Bab layan dia, jaga anak – anak, semua dah cukup. Dia cerita hujung tahun lepas dia terserempak dengan bekas kekasih dia. Diorang tukar nombor telefon. Sejak tu, kata suami, dia mula rasa macam dia bujang balik.

Katanya mula – mula diorang berkawan je. Perempuan tu pun belum kahwin. Bila dah selalu keluar sama, diorang bercinta balik. Suami mengaku dia seronok sangat sampai lupa diri. Dah dua bulan dia tidur dengan perempuan tu.

Lepas tu suami cakap dia kurang selesa nak bersama dengan saya sebab saya tengah sarat. Katanya perut saya dah besar, makin ke depan, susah dia nak bersama dengan saya. Yang tu saya memang tak boleh terima. Saya ambil tangan dia, saya cium. Saya minta maaf, lepas tu saya minta dia ceraikan saya.

Saya cakap kalau dia nak ceraikan saya dengan talak tiga pun saya terima. Saya tanya dia, sebab perut saya dah besar, abang pilih nak tidur dengan perempuan lain? Saya tengah sarat ni sebab saya mengandungkan anak abang. Sebab tu je abang sanggup pergi puaskan diri dengan dia?

Demi Allah, saya tak boleh terima alasan tu. Kalau dia cakap saya abaikan dia, layanan saya tak cukup atau saya derhaka pada dia, mungkin saya masih boleh terima. Tapi bila dengar dia cakap pasal perut saya, marah dengan geram saya tu sampai terlintas rasa nak membunuh. Syukur saya masih boleh kawal diri masa tu.

Saya bersyukur Allah mudahkan saya dapat zuriat. Saya tahu ada pasangan yang tunggu bertahun – tahun nak dapat anak. Cuma tiap kali lepas bersalin, saya pernah cakap dengan suami yang saya nak merancang. Nak makan pil, dia tak bagi. Nak pakai kondom, katanya tak puas. Bila cuba rancang sendiri, saya dah pesan suruh buang luar, tapi terlepas juga kat dalam.

Bila dah jadi macam ni, semua salah saya ke? Saya ke yang tak pandai merancang? Saya ke yang tak pandai jaga badan? Saya tahu ni dugaan saya. Saya percaya Allah takkan bagi ujian ni kalau saya tak mampu hadap. Mungkin ada hikmah yang saya belum nampak.

Semua orang pernah buat silap, kan? Saya harap suami belajar sesuatu daripada apa yang dah jadi ni. Untuk anak kelima ni, satu barang pun saya belum sediakan. Baju baby, sarung tangan, sarung kaki, kain bedung, pampers, barang mandi, set bersalin saya pun belum beli. Baju baby yang anak – anak dulu pakai, semua saya dah bagi kat orang yang lebih memerlukan.

Bulan Ogos lepas genap tujuh tahun kami kahwin. Mungkin sampai sini je jodoh kami. Nak pertahankan pun saya rasa sakit. Dulu suami pernah curang juga, cuma masa tu tak sampai terlanjur. Saya dah bagi dia peluang kedua.

Yang dulu pun sampai sekarang saya masih ingat, apatah lagi yang kali ni. Rasanya sampai hujung nyawa pun saya akan ingat. Sebab tu saya ambil keputusan nak undur diri. Ada juga saya terfikir, derhaka ke saya minta cerai masa tengah sarat macam ni? Tapi saya memang dah tak ada kekuatan nak teruskan.

Sekarang saya dah ada kat rumah mak ayah saya. Kakak saudara saya yang jadi peguam untuk uruskan kes saya. Bab bayaran pula, abang saya kata dia tanggung semua. Buat masa ni, anak – anak saya tinggalkan dengan suami. Pagi Sabtu tu juga saya uruskan semuanya.

Bila keluarga saya dengan keluarga suami dapat tahu apa yang jadi, dua – dua belah mengamuk. Diorang pergi serang suami saya. Bab tu saya tak masuk campur. Biarlah dia sendiri yang selesaikan. Saya nak rehat dan tenangkan fikiran dulu. Tarikh nak bersalin pun dah dekat sangat.

Saya tinggalkan anak – anak dengan suami sebab saya nak dia rasa sendiri macam mana nak urus diorang. Jaga seorang anak pun bukannya senang. Nak urus keperluan dia, nak jaga bila dia sakit. Ini pula tiga, empat orang sekali. Tengoklah macam mana dia jaga diorang nanti.

Lepas saya bersalin dan habis pantang, saya rancang nak kerja. Bila kewangan saya dah stabil, baru saya nak ambil hak jagaan penuh anak – anak. Untuk baby yang kelima ni pula, saya dah buat keputusan nak bagi pada adik lelaki saya. Dia dengan isteri dah empat tahun kahwin, masih belum ada rezeki dapat anak. Barang keperluan baby dengan barang pantang saya nanti, adik dan isteri dia yang akan beli dan uruskan.

Komen netizen :

Zue Ninie L : Sedihnya bila baca kesah ni. Saya sekarang dalam proses berpant4ng, baru lepas melahirkan. Kes macam ini la yang saya takutkan. Kalau perkara ni berlaku pada saya, saya sendiri tak tau apa akan jadi pada saya. “Ya Allah, kau kuatkan la kami – kami sebagai seorang isteri. Kau berikanlah kebahagiaan pada kami. Jauhilah kami dari perkara yang boleh mer0sakkan keimanan kami..” Amin.

Nazuha Alias : Sedihnya kisah sis nih. Tapi kagum dengan kecekalan hati sis. Saya suka bila sis tak gunakan alasan anak untuk beIas kasihan. Saya puji tindakan sis serahkan anak – anak pada ex untuk dia jaga, biar dia tau macam mana nak jaga anak – anak. Alasan dia bagi memang minta kita jadi pembunvh. Syabas sis. Saya doakan semoga rahmat Allah selalu dengan sis.

Apa kata anda? Hantar kisah anda di sini

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Kongsi Artikel Ini :
About Hana 5174 Articles
Hana ialah penulis dan editor di Media Cite Heboh yang mengendalikan kandungan komuniti, kisah pembaca dan topik kehidupan seharian. Hana turut menyunting kiriman pembaca dari segi ejaan, tatabahasa dan susunan supaya lebih mudah dibaca sambil mengekalkan maksud asal cerita.