2 tahun kahwin takde zuriat, bekas ipar terk3jut jumpa Hani dengan ‘anak’ dekat pasaraya

Hani kahwin tak sekufu dengan keturunan SY*D. Asal salah sikit kena perIi perempuan manduI. Setiap kali Raya Aidilfitri dan Aidiladha mesti balik rumah mentua. Satu hari keluarga mentua datang ser4ng dan bawa suami bersama..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum. Terima kasih admin jika sudi siarkan tulisan aku ini. Dia Tak ManduI, Cuma Rezeki Belum Tiba. Pertama sekali aku nak ucapkan tahniah kepada Dato’Siti Nurhaliza atas kelahiran baby boy beliau.

Betapa peritnya bila diri dik4ta orang sebab susah nak dapatkan anak. Kat sini, aku nak cerita tentang apa kawan baik aku lalui, Hani. Moga ia boleh dijadikan tauladan buat semua.

Hani seorang wanita berkerjaya agak baik dan kategori sedap mata memandang juga. Datang dari keluarga yang baik – baik. Suaminya hanya biasa – biasa baik dari segi kerjaya mahupun rupa (keturunan SY**).

Yang penting, kalau hati sudah suka, semua itu bukan halangan. Sepanjang berkahwin, beberapa kali Hani keguguran. Tiap kali cuti panjang, Hani diwajibkan balik ke Utara, rumah sebeIah suami. 2 tahun sambut Raya Puasa atau Raya Aidiladha, wajib balik Utara juga.

Aku ada persoalkan juga kenapa tak balik Selatan sebab dia masih ada ibubapa. Katanya, mentua nak semua anak – anak berkumpul dulu. Raya ke 3 atau 4, baru boleh balik rumah ibubapa dia.

Tahun ke-2 perkahwinan, Hani selalu menangis kat tempat kerja. Katanya mentua dan ipar selalu perIi dia manduI. Maklumlah, kahwin tak sekufu, p4ntang silap sikit, mesti kena. Inikan pula melibatkan keturunan yang dia agung – agungkan.

Duitnya banyak habis dengan berjumpa pakar dan beli pelbagai produk untuk dapatkan anak. Jawapan pakar, dua – dua tiada masalah. Pernah sekali dia bertanya pendapat aku cara untuk dapatkan anak.

Salah satu cadangan aku, cuba posisi sekian – sekian. Hani gelak sakan sebab rasa cadangan aku tu main – main. Bila aku tanya, Hani cuma tahu posisi biasa nan satu tu. Aku kaget! Tak cerita dah bab tu lagi.

Kemuncak perkahwinan, semua keluarga ipar datang ke rumah kawan aku. Segala kata nista dih4mburkan termasuk perkataan “perempuan manduI”. Suaminya “dibawa” bersama selepas ser4ngan tersebut. Mereka bercerai.

Selepas 2 tahun, Hani berkahwin dengan seorang jejaka berkerjaya agak baik (teruna). Kacak pula tu. Sekarang, sudah hampir 4 tahun dia berkahwin. Tak lama lagi dia akan lahirkan anak ke-3.

Masa baru lahirkan anak pertama dulu, Hani pernah bertembung dengan bekas iparnya di salah sebuah pasaraya. Iparnya memandang sekilas anak di dalam str0ller dan muka memang nampak terk3jut sangat.

Terus terang aku cakap, anak – anak Hani memang putih melepak dan sangat comel! Aku pernah bergurau, ada hikmah Hani tak dapat anak dengan suami pertama. Kalau tak, g***p macam bekas suami dia. Dia gelak je.

Sebab hati aku s4kit sangat Hani dituduh manduI dulu. Suami Hani sekarang orangnya family type. Sanggup berhabis duit untuk anak isteri, jaga anak – anak yang s4kit dan akan bawa anak isteri bercuti.

Kalau dulu, nak bercuti pon, mentua akan ikut bersama kata Hani. Tak pernah sekali pon ada peluang untuk honeymoon dulu. Hani kata, dia bersyukur sangat. Ada anak – anak yang comel dan sihat, mentua yang baik dan suami yang sangat bertanggungjawap.

Rasa terbaIas dengan kesabaran yang dia lalui sebelum ini. Kata bekas biras Hani si Lin (Hani memang baik dengan Lin), bekas suami Hani hingga sekarang belum berkahwin. Kadang – kadang Lin sengaja cerita tentang Hani dan anak – anak depan suaminya sendiri.

Suami Lin buat – buat tak dengar walaupun dia sendiri terk3jut masa jumpa anak pertama Hani dulu. Sekian cerita dari kawan baik Hani. – Noorul

Komen Warganet :

AbgBerdoa RabbiYassir WalaTuassir : Khifarah u alls. Ingat konon kaum keturunan Sy## ni confirm syurga ke. Beza manusia dengan manusia lain hanya iman dan takwa. Nak berIagak sangat sebab keturunan, hidup lari berkat.

Allah SWT jadikan manusia untuk  bersaud4ra tapi sedih ada yang pandang darjat. Bagi abang laa, kalau ada species keluarga macam tu hanya akan dilayan sekadar ada. Tak akan jadi penting. Hikmah semua yang berlaku membawa rahmat kepada Hani.

Entah sebab sikap mertua dia khifarahnya keturunan depa tak layak wujud dalam rahim wanita sebaik Hani. Apapun petunjuk Allah SWT itu pasti. Soal zuriat ni, zaman sekarang bukan perempuan saja ada isu, lelaki pun sama banyak.

Siti Orked : Ujian untuk keluarga bekas suami. Bila kita rasa kita dah ada segala – gala, kita lupa Allah. Bila orang puji kita, kita lupa Allah. Untuk Hani tu, dapat anak bukan sebab diri subur jugak, tapi sebab Allah nak bagi. Syukur jangan sampai mengh1na. Sama – sama beringat.

Awe Ir0ne : Hani str3ss dengan masalah keluarga bekas suami dia tu yang susah nak lekat. Dengan suami baru dia happy tu senang lekat hehe. Anyway, menarik tajuk confession ni. Kadang – kadang, ada pasangan tak serasi bersama.

Bila masing – masing bercerai dan kahwin lain, alhamdulillah dua – dua dikurniakan rezeki anak.

Nur Amalina Adzlan : Aku pelik, kenapa setiap kali tak boleh mengandung atau tak dapat anak lagi. Perempuan yang harus dipersalahkan?? Perempuan tu buat anak sorang – sorang kaa?? Kenapa perempuan selalu dik4takan manduI???? Sampai sekarang tak boleh brain laaa gaisss

Ain Kadir : Puas sangat bila dengar cerita macam ni. Kadang – kadang mulut jahat tu lupa Allah tu maha berkuasa. Dia yang memberi, dia yang menarik segalanya. Semoga kawan confessor ni terus berbahagia hingga ke syurga.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.