2 tahun kak ipar menumpang rumah ibu. Pemalas, tak keluar bilik. Bila dapat anak, dia tak bagi ibu rapat dengan cucu. Dia berkurung dalam bilik

Kisah ini dikirim oleh pembaca dan diedit oleh Editor kami. Nama dan lokasi dirahsiakan atas permintaan pengirim.

Ibu yang banyak tolong kak ipar dalam pantang. Jaga makan pakai dan mandukan baby. Bila anak tu dah besar sikit, kak ipar kata, ibu nak kawal cucu. Dia whatsapp cakap tak puas hati dengan ibu..

#Foto sekadar hiasan / AI. Assalamualaikum semua. Nama aku Nana (bukan nama sebenar). Pertama kali aku menulis di sini hanyalah untuk meminta pendapat dan pandangan anda semua tanpa mengetahui pasal aku dan kisah yang aku bakal ceritakan.

Sebelum itu aku nak minta maaf kalau kisah ini panjang sebab aku sendiri tak tahu macam mana nak pendekkan dan aku pun bukanlah pandai mengarang sangat. Sebenarnya kisah menantu dengan mentua ni bukan pasal aku, tapi terjadi pada ibu aku dan kakak ipar aku.

Ya, mentua tu adalah ibu aku manakala menantu tu pula kakak ipar aku. Abang aku baru sahaja berkahwin dengan kakak ipar aku selama dua tahun dan dikurniakan seorang anak lelaki. Aku namakan ipar aku ni Lela (bukan nama sebenar).

Selepas berkahwin, abang aku dan Lela tinggal di rumah ibu bapa aku. Ibu bapa aku hanya tinggal berdua sebab anak – anak yang lain termasuk aku bekerja di luar bandar. Ayah aku pula seorang penjawat awam dan bakal pencen tak lama lagi.

Sedikit latar belakang tentang Lela, dia tak pernah bekerja sebab ayah dia tak benarkan. Dia pun tak ada pelajaran tinggi, setakat SPM dan ada sijil kulinari sahaja kalau aku tak silap. Jadi sepanjang dia membesar, dia bukanlah jenis keluar rumah atau lepak dengan kawan sebab memang tak pernah bekerja dan tak bergaul sangat.

Kalau nak keluar pun hanya dengan abang dia atau ahli keluarga sahaja. Cerita bermula selepas mereka berkahwin dan duduk di rumah ibu bapa aku. Lela mula tunjuk cemburu dengan hubungan ibu dan abang aku. Satu hari tu mereka bertiga (ibu, abang dan Lela) keluar ke pasar raya.

Abang aku taw4rkan diri nak tolong tolak troli dan banyak kali juga dia tanya ibu aku nak beli apa lagi. Tapi ibu aku perasan muka Lela berubah, dia macam menjauh dan jalan seorang diri kat belakang. Masa nak bayar barang, abang aku pula taw4rkan diri nak bayar.

Ibu aku perasan muka Lela seakan marah dan m4kin jauhkan diri. Ibu aku tanya ada apa – apa yang tak kena ke, tapi Lela jawab tak ada apa. Balik rumah, Lela terus WhatsApp ibu aku. Dia kata dia cemburu sebab ibu aku terlalu rapat dengan abang aku. Padahal tu anak dia sendiri.

Pelik kan? Seorang menantu cemburu hubungan mentua dengan anak sendiri. Katanya sebab mak dia sendiri tak pernah rapat dengan abang – abangnya apatah lagi keluar sekali. Ibu aku jawab, tak salah kan seorang ibu rapat dengan anak dia sendiri.

Ibu aku faham mungkin budaya keluarga dia macam tu, jadi lama – lama dia boleh terima juga. Masalah seterusnya jadi masa Lela mengandung dan lepas bersalin. Sepanjang mengandung, banyak kali juga ibu aku temankan dia pergi check-up ke klinik kesihatan.

Abang aku jarang teman sebab sibuk kerja. Walaupun klinik tu tak jauh mana, ibu aku selalu ikut sebab Lela tak pandai bawa kereta atau motor. Lepas bersalin lain pula halnya. Lela tak suka orang sekeliling rapat dengan anak dia, termasuk aku dan ibu aku.

Untuk pengetahuan semua, abang aku orang pertama kahwin dalam empat beradik. Jadi anak dia tu cucu pertama. Mestilah kami excited nak sambut. Tapi lain pula dengan Lela, dia anggap kami nak ambil anak dia. Pernah sekali dia WhatsApp ibu aku, dia kata aku nak ambil anak dia sebab aku dukung dan main “baby talk” dengan anak dia.

Padahal aku excited sebab tu anak saud4ra pertama aku. Tak ada niat langsung nak ambil dari dia. Dia kata dia tak suka orang rapat – rapat dengan anak dia. Aku pelik, salah ke mak saud4ra excited dengan anak saud4ra? Lagi pula aku duduk jauh.

Bila balik sekali – sekala, mestilah aku happy nak tengok anak saud4ra aku. Tapi ibu dia fikir lain. Bila ibu aku cerita, aku jadi sedih dan geram. Aku terus pilih menjauh dari anak saud4ra aku. Aku tak pegang atau dukung dia lagi. Oh ya, aku pun dah kahwin tahun sama dengan abang aku tapi sampai sekarang masih belum ada rezeki anak. Dah dua tahun kahwin. Doakan aku ya.

Ibu aku banyak tolong Lela masa dalam pantang. Dia siapkan makanan, mandikan baby, uruskan semua. Baby tu sekarang dah umur 9 bulan. Tapi m4kin besar m4kin pelik pula per4ngai Lela. Aku cerita sikit, sepanjang duduk dua tahun di rumah ibu bapa aku, Lela tak pernah masak atau tolong ibu aku kemas rumah.

Dia cuma keluar bilik untuk mandi, sarapan, tengok TV, basuh baju dia dan suami, lepas tu masuk bilik semula. Masak, kemas semua ibu aku buat. Ibu aku tak pernah merungut pun. Kadang – kadang sampai kena ketuk pintu bilik panggil makan.

Kalau ayah aku ketuk pintu pun, dia jawab dia tidur. Selepas baby besar sikit, ibu aku banyak juga jaga cucu dia. Tapi Lela m4kin elak, selalu duduk bilik dengan anak dia. Kadang – kadang dua hari tak keluar bilik. Ibu aku tanya pun macam, “Baby dah bangun ke?”, “Tidur pukuI berapa?”, “Berapa lama tidur?”. Korang bayang, cucu sendiri duduk serumah pun ibu aku tak dapat jumpa.

Tapi bila baby meragam, pandai pula keluar bilik cari ibu aku untuk tolong tenangkan. Lela pernah cakap cara ibu aku tu nampak macam nak kawal anak dia. Dia pelik kenapa ibu aku nak rapat sangat dengan cucu. Aku pula pelik, salah ke seorang nenek nak rapat dengan cucu sulung dia?

Dia ada WhatsApp ibu aku cakap, dia ni menantu je jadi ibu aku tak boleh cakap lebih – lebih sampai buat dia terasa hati. Ibu aku sendiri hairan sebab rasanya tak pernah cakap benda yang kasar pun. Ada juga dia marah sebab katanya ibu aku pandai-pandai suruh orang lain dukung baby. Katanya itu sengaja nak s4kitkan hati dia.

Dia bandingkan pula dengan mak dia. Katanya mak dia sendiri tak over pun dengan cucu. Sedangkan mak dia dah ada ramai cucu, tapi ibu aku baru ada seorang cucu tu. Dulu aku ada tanya kenapa abang aku dan Lela tak duduk rumah asing. Ibu aku kata Lela tak nak sebab dia tak pernah duduk berasingan dengan keluarga.

Tapi sekarang bila jadi macam ni, dia pula ungkit nak duduk asing. Cuma fikir kerja abang aku jauh, jadi dia masih bertahan. Aku pun tak faham apa salah ibu aku sampai dia WhatsApp macam – macam. Patutlah bila aku balik kampung, aku perasan Lela dan anak dia selalu tak ada. Rupa – rupanya balik rumah mak ayah dia.

Aku ingatkan hal dulu pasal aku nak ambil anak dia dah selesai, rupanya tidak. Sekarang ibu aku pula dituduh nak ambil anak dia. Mungkin perasaan seorang ibu memang macam tu. Aku tak faham sebab aku belum ada anak. Tapi aku tetap kecewa dengan sikap dia, kesian ibu aku tak dapat main dengan cucu sendiri.

Sekarang aku dah tak peduli pasal anak saud4ra aku. Balik kampung pun aku tak tanya pasal baby. Ibu aku pun dah tak rapat macam dulu sebab tak nak fikir bukan – bukan. Abang aku pula tak tahu pasal semua WhatsApp tu sebab ibu aku tak nak berg4duh.

Jadi sekarang aku macam dah tak ada anak saud4ra. Aku hanya harap satu hari nanti aku dapat zuriat sendiri untuk bahagiakan ibu ayah aku juga. Ibu aku sekarang jalani hidup macam biasa. Dia masak, kemas macam biasa. Tapi bila tiba – tiba dapat WhatsApp dari Lela, macam – macam pula yang dik4tanya.

Aku nasihat ibu aku supaya terus terang dengan abang aku, suruh dia cari rumah sewa lain. Sebab hubungan menantu dengan mentua ni dah m4kin tegang. Aku tak nak jadi lebih teruk nanti. Oh sebelum aku habiskan cerita ni, nak bagitahu umur Lela tahun ni dah 30 tahun. Bukan budak – budak lagi.

Sepatutnya boleh fikir matang. Tapi entah kenapa jadi macam tu, mungkin cara dia dibesarkan. Aku harap pembaca boleh bagi nasihat atau pandangan pasal hal ni. Setakat ni aku masih boleh sabar, tapi kalau Lela melampau sangat, aku akan berdepan dengan dia juga nanti. – Nana (Bukan nama sebenar)

Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Kongsi Artikel Ini :
About Hana 5162 Articles
Hana ialah penulis dan editor di Media Cite Heboh yang mengendalikan kandungan komuniti, kisah pembaca dan topik kehidupan seharian. Hana turut menyunting kiriman pembaca dari segi ejaan, tatabahasa dan susunan supaya lebih mudah dibaca sambil mengekalkan maksud asal cerita.