Bini orang suka ikut aku dekat pejabat. Dia mengadu suami tak perform. Muka tak cantik pun tapi aku b0doh boleh terjebak. Dia goda aku

Kisah ini dikirim oleh pembaca dan diedit oleh Editor kami. Nama dan lokasi dirahsiakan atas permintaan pengirim.

Rupa tak cantik mana pun. Mak anak dua kan. Pendek, pakai spek besar, gigi pun jarang – jarang. Aku kalah sebab dia buat suara manja bila berdua – duaan. Dia belanja makan, pergi konsert, pergi karaoke. Hotel untuk check in semua dia bayar..

#Foto sekadar hiasan / AI. Hai semua. Nama aku Abdul. Seorang staff di salah sebuah company di tengah ibu kota. Semalam, aku ada terbaca pasal kisah staff bank curang di TTDI. Aku nak bercerita satu kisah pengajaran buat aku. Aku masih bujang dan pernah terjebak dengan isteri orang.

Tapi, jangan judge dulu. Sebab bukan aku yang goda dia. Tapi, dia goda aku. Nampak macam “cliche” kan. Kisahnya begini. Dalam team aku, ada 2 – 3 orang perempuan. Kesemuanya bini orang. Mula – mula aku anggap sebagai kakak – kakak.

Tapi, ada seorang ni, dia suka mengendeng ikut aku kalau aku nak pergi lunch, minum petang. Permulaan, borak biasa je. Lama – lama dia suka cerita masalah peribadi pasal suami dia. Cakap suami tak “care” pasal dia la. Tak perform masa ehem – ehem la. Itu lah, ini lah.

Silap aku, aku pergi dengar cerita dia. Dia ada juga stalk socmed aku, sibuk nak ikut apa yang aku buat. Aku kalah sebab dia buat suara manja bila berdua – duaan. Rupa tak cantik mana pun. Mak anak dua kan. Pendek, pakai spek besar, gigi pun jarang – jarang.

Biasa – biasa je orangnya. Tapi b0doh kan aku terjebak. Bila h4ram semua nampak indah. Kadang – kadang kami kena pergi ke site untuk siapkan kerja. Masa tu juga dia selalu ambil kesempatan cuba goda aku. Dia selalu cerita, pernah ada hubungan “office husband” dengan another staff department lain.

Dia propose, mintak aku jadi macam tu. Permulaan aku menolak. Tapi lama – lama aku tak mampu menolak. Dia belanja makan, pergi konsert, pergi karaoke, keluar semua tu dia yang banyak belanja. Dan hotel untuk check in semua dia bayar kan. Aku just ikut apa yang dia nak.

Lama – lama aku fikir, aku tak boleh hidup dalam keadaan macam ni. Aku tekad berhenti kerja. Cari kerja lain. Tapi aku ada juga dengar, dia jadikan orang lain sebagai m4ngsa seterusnya. Sangat licik ye sebab bila berdua tu, orang akan kalah dengan godaan suara dia walaupun orangnya tak berapa nak cantik pun.

Aku dah bertaubat. Tak nak terjebak dah dengan semua ni. Pengajaran dari cerita aku, please jaga ikhtilat di tempat kerja. Walaupun kakak – kakak atau isteri orang, jangan dengar cerita luahan dari mereka. Kena ada “gap”. Maaf kalau aku cerita berterabur. Aku cuma seorang pend0sa yang ingin ke syurga. Moga cerita aku jadi pengajaran pada semua. – Abdul (Bukan nama sebenar)

Sambungan… Hai, saya Puan A, bukan nama sebenar.. Baru ni ada terbaca kisah seorang isteri orang yang lapar perhatian di tempat kerja sampai sanggup menggoda jantan lain. Ya, benda ni jadi di tempat kerja saya.. 2 – 3 kali juga si isteri orang ni menggoda suami orang / laki bujang.

Saya rasa, saya kenal siapa si Abdul tu dan siapa isteri orang yang dimaksudkan tu.. Sama betul semua ciri. Tambahan sikit, hidung dia kembang tepi macam ciri binatang penyondol juga kan. Suara tu memang sengaja buat manja – manja kalau dengan lelaki. Tahniah Abdul sebab dah resign..

Ok, nasihat saya sebagai kakak senior di tempat kerja.. Cukup – cukuplah dik SAZ. Sampai bila asyik nak buat t4ik kat tempat kerja. B4ngkai tak boleh nak tutup, lama – lama busuk juga. Kembalilah ke pangkal jalan, bertaubat sebelum terlambat. Kau ada anak dua dik.. Kesian ke laki kau.

Kesian akak tengok, m4ngsa – m4ngsa yang seterusnya, terutama pekerja – pekerja baru yang masuk, lagi kalau handsome sikit. Macam dah sangap sangat kau ni. Tak habis – habis modal, suami tak beri perhatian, suami tak layanlah, ada masalah dengan suami lah.

Itulah cara kau minta simpati, sambil sibuk over rajin tolong ajar pekerja baru untuk dapat perhatian. Kau ingat akak tak tahu ke dik. Akak cuma malas nak ambil tahu. Tapi, kadang – kadang tak tahan juga, tu luah kat sini. Kerja boleh setel sekejap kat site, kau tipu laki kau kata kerja sampai malam.

Kadang – kadang akak rasa nak bagitahu laki kau je.. Aihh, geram je tau. Breakfast / lunch pun boleh tahan. Sibuk gedik nak duduk sebeIah lelaki kan. Akak perati jerr.. Tak habis – habis modal kata laki m4ti pucuk. Tapi keluar anak sepasang tu apa??

Cukuplah dik.. Akak rasa kau tak sesuai kerja di kalangan lelaki. Nafsu kau lain macam, bagi percuma sahaja untuk menyundal, puaskan nafsu sendiri. Nauzubillahminzalik. Pasal check in hotel tu, ingat akak tak tau ke dik. Malas nak cerita detail.

Akak harap kau insaf. Akak penat dah nak nasihat banyak. Untuk isteri orang yang bekerja, tolonglah jaga batas pergaulan. Jangan mengundang fitnah. Kesian pada anak – anak juga. Maaf, ini sekadar luahan akak senior di tempat kerja. – Puan A (Bukan nama sebenar)

Komen netizen :

SharifahZulaikha Syd : TAKE ACTION kak! Macam kawan baik saya. Dia pergi report ke pejabat agama aktiviti sundel opismate dia. Alhamdulillah kena tangkap khalwat da. Memang opismate dia dah kene tindakan. Saya tabik kawan saya sebab dia tak nak bersubahat. Opkos la kawan saya dah tegur dulu opismate dia (waniter yang menyundel) and buat research sampai stalk aktiviti sundel opismate dia pergi menyundel tu yang both laki bini orang yang ada anak.

Cik Fatin Rodzalan : Sama la. Ada jugak kenal sorang pompuan ni. Dia ade anak 2, pastu curang dengan manager mekdi. Dah kantoi, terus kene cerai talak 3. Lepas kene cerai, main dengan bapak mertua sendiri sampai pregnant. Lepas tu gugurkan dekat opis.

Ingatkan dah insaf, eh tiba – tiba kacau laki orang sampai tidur hotel. Tenat dah manusia zaman sekarang. Bila diamkan, m4kin sakan buat d0sa. Buat d0sa senyap – senyap je la, ni bangga pulak up status konon terpaling hot. Bila orang cakap kang, kata buka aib.

Pergi tempat kerja baru, burukkan tempat kerja lama. Padahal dia yang kotorkan tempat cari rezeki. Aku harap kalau pompuan tu baca komen ni, bawak – bawak la taubat wehhhh. Tak takut ke kena HlV banyak sangat buat hubungan rambang ni. Tayang pulak love bite dekat Tiktok tu. Beza weh hot dengan MURAH. Demi sebungkus roti free pun ko sanggup bagi badan dekat driver roti tu.

Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Kongsi Artikel Ini :
About Hana 5162 Articles
Hana ialah penulis dan editor di Media Cite Heboh yang mengendalikan kandungan komuniti, kisah pembaca dan topik kehidupan seharian. Hana turut menyunting kiriman pembaca dari segi ejaan, tatabahasa dan susunan supaya lebih mudah dibaca sambil mengekalkan maksud asal cerita.