2 tahun lepas ibu meninggaI, baru makcik bagitahu ibu meninggaI sebab HlV

Bila aku tahu arw4h ibu ada HlV, autom4tik aku tahu ayah pun ada peny4kit tu. Pernah sekali tu aku tukar jarum insulin dia, aku tercucvk jarum tu kat tangan aku. Ayah membebeI marah dekat aku. Sampai masa aku nak kahwin, kena buat ujian HlV. Doktor cakap depan tunang aku, aku kena buat pemeriksaan lanjut…

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum. Ulangtahun kem4tian ibu dan ayah aku tak lama lagi. Dan bila m4kin dekat m4kin terasa rindu. Yes, anda baca betul. Ibu ayah aku adalah m4ngsa HlV. Aku tak tahu kalau cerita aku ini boleh memberi semangat kepada mereka yang pernah menjalani kehidupan yang sama dengan aku.

Untuk menerima kenyataan dan redha dengan ketentuanNya. Ibu ayah aku orang yang baik – baik. Jangan salah sangka dengan mereka yang menghidap HlV. Bukan semua pen4gih d4dah, bukan semua mengamalkan s3ks bebas.

Mereka adalah m4ngsa dari segi kebersihan perubatan tradisional yang ibu pernah pergi berubat masa dulu – dulu. Aku difahamkan jarum akupuntur yang digunakan mungkin tidak bersih sepenuhnya dan digunakan untuk rawatan ibu.

Aku tak salahkan mereka. Tahun 90-an, pengetahuan mengenai jangkitan peny4kit ni masih kurang, dan aku masih bayi lagi untuk menghaIang. Kalau sekarang, memang kena haIang kaw – kaw laaa. Dari pertama kali aku mengetahui ibu mempunyai HlV ketika beliau sudah meninggaI dunia.

Setelah hampir 2 tahun beliau meninggaI, aku melawat kubvr ibu sebelum sambung belajar untuk degree. Selesai melawat kubvr ibu, ketika dalam perjalanan pulang, ibu saud4ra aku membuka topik mengenai peny4kit ibu.

Saat mengetahui, dunia terasa gelap, aku terdiam. Nak marah? Nak menangis? Nak sedih? Tujuan ibu saud4ra aku hanyalah untuk memujuk aku agar melakukan pemeriksaan untuk HlV juga. Takut aku terjangkit kerana sebelum ibu meninggaI, aku menjaga dia sehingga ke akhir hayat.

Aku tak marah ibu. Sebab aku tahu ibu orang yang baik, yang setia. Pulang ke asrama, aku masih terfikir samada perlu atau tidak aku melakukan pemeriksaan. Aku pergi ke klinik universiti untuk minta pendapat doktor. Doktor menyuruh aku melakukan pemeriksaan d4rah, kerana potensi untuk berjangkit itu ada. Tapi aku takut.

Aku takut kalau aku positif, aku belum bersedia untuk menghadapi apa – apa kemungkinan sekalipun. Aku tak sanggup. Selama 4 tahun, aku tak buat sekali pun checkup. Terasa pentingkan diri pulak bila fikir balik. Kalau aku positif masa tu, dah berapa banyak potensi untuk jangkitkan kepada orang lain.

Dan bila aku tahu ibu adalah mangsa HlV, autom4tically aku tahu ayah juga terjangkit. Sebenarnya selepas pulang dari kubvr ibu, aku call ayah. Aku menangis minta dia jelaskan hal sebenar. Aku menangis minta dia buat pemeriksaan juga.

Tahu tak betapa takutnya aku masa tu. Bukan takut pandangan orang, tapi takut kehilangan orang yang kita sayang. Sebab aku tahu peny4kit itu tiada ubatnya. Aku tahu peny4kit itu akan tinggal dalam badan kita buat selamanya.

Ayah aku pujuk aku, cakap nanti dia akan buat pemeriksaan. Tapi lepas dari tu, kami tak pernah bercakap hal tu lagi. Dan aku sendiri faham. Lepas aku habis belajar, aku tinggal dengan ayah aku. Masa awal – awal pindah masuk, ayah aku dah berterus terang cakap dengan aku yang dia adalah positif HlV.

Aku cakap aku dah tahu dan aku dah agak dah. Mungkin ayah lupa kot perbualan kitorang dulu – dulu yang part nangis – nangis tu. Aku cakap la aku tak kisah pun. Dia masih ayah aku. Aku masih anak dia. Tanggungjawab aku m4kin tinggi untuk jaga dia.

Tapi sebenarnya tak susah pun jaga orang s4kit tu. Memang takde p4ntang apa – apa, takde nak asingkan apa – apa. Makan lauk yang sama, pinggan yang sama, aku suap ayah, ayah suap aku. Ayah aku masak, aku makan je tanpa was – was.

Basuh baju pun takde asing – asing. Sumbat sekali je masuk. Pendek kata, tak ada yang perlu sampai nak asingkan teruk – teruk. Cumanya ayah aku cukup p4ntang kalau main dengan d4rah. Pernah sekali tu aku tukar jarum insulin dia, aku tercvcuk jarum tu kat tangan aku, dia cukup marah kenapa aku cuai tukar jarum sampai cucuk jari sendiri.

Padahal yang sebenarnya aku tercucuk jarum yang bahagian dalam yang cucvk kat stok insulin tu, bukan yang jarum cucvk kulit. Jarum insulin ada 2-sided. Satu untuk cucvk dalam kulit, satu untuk cucvk dalam ubat insulin tu. Dia punya muka ketat nak marah tu, aku pun takut. Haha.

Tapi aku sempat lagi cakap dengan dia, ok la. Kalau kena pun, tak payah kahwin, boleh jaga abah sampai bila – bila. Lagi kena bebeI ade lah, dia bising cakap ingat senang ke nak duduk sorang – sorang sampai tua. Ayah aku menduda ni pun nasib la ada kawan – kawan, ada anak – anak.

Ayah aku tanya, lepas ayah dah meninggaI h4ng nak buat apa? Sengih aku jawab buat laaa apa – apa. BeIa kucing banyak – banyak ke. Hehehe. Aku jarang dapat ikut ayah aku checkup peny4kit dia, tapi aku akan selalu tanya dia setiap kali lepas balik hospitaI.

Lepas balik terus tanya, macam mana bacaan hari, dah turun ke, naik ke. Ayah aku ada makan ubat hospitaI yang kawal virus tu dari terus membiak. Kena makan setiap 12 jam. So, setiap 9 pagi dan 9malam jadual makan ubat dia. Aku kat tempat kerja pun akan set alarm 9 pagi, call dia untuk pastikan dia makan.

Kalau dia makan elok setiap 12 jam, mesti bacaan akan turun. Kalau asyik terlepas ke apa, bacaan akan naik sikit. Sampailah satu tahap, virus tu dah tak boleh nak baca. Kiranya tu tahap yang paling ditunggu untuk peny4kit ni. Masih kena makan ubat macam biasa, masih kena berhati – hati dengan Iuka terbuka, d4rah dan sebagainya.

Cuma bezanya virus tu dah sampai tak boleh kesan dalam d4rah. Aku jaga ayah aku sampai hujung nyawa dia. Dan dia meninggaI sebelum dapat tengok aku berkahwin. Walaupun sedih, tapi aku tahu peny4kit ini memang akan mula ser4ng organ dalaman badan.

Cuma cepat atau lambat. Kes ayah aku cepat disebabkan beliau ada peny4kit buah pinggang. Tapi tak mengapalah, yang penting kedua ibu ayah dah selamat di sana. Tinggal aku atas bumi ni sorang – sorang. Sobsob~ Lepas ayah aku meninggaI, aku jumpa j0doh.

Moment of truth. Sebelum kahwin kena buat HlV test. Aku terlalu cuak. Terlalu takut. Macam mana kalau positif, confirm mamat ni tak nak kahwin dengan aku, apa aku nak buat? Nak lari ke mana? Dah macam – macam dalam kepala aku sementara nak tunggu result.

Bila dah dapat result, doktor panggil kami berdua masuk bilik. Bila masuk, doktor bagi surat dengan suami aku, ok semua ok. Boleh kahwin. Bila part aku, doktor mumble aku tak dengar, lepas tu dengar dia cakap, proceed her bIood for further test.

Rasa terhenti jantung aku masa tu. Terus autom4tik menangis. Benda yang aku paling takut ada depan mata. Doktor tu cuak, aku siap suruh laki aku keluar dulu. Nasib doktor perempuan jugak. Dia tanya kenapa menangis. Aku cakap lah ‘both my parents are HlV positive ‘.

Boleh dia cakap, “dah tu kenapa?” Saya suruh further test bIood awak untuk thalassemia sebab d4rah putih awak tinggi. Ya Allah masa tu, aku terasa macam awam hitam atas kepala hilang. Lega tersangat. Doktor tu tanya aku, bakal suami aku tak tahu ke?

Aku cakap belum. Aku tak tahu nak bagitahu ke tak. Aku tak tahu macam mana nak bagitahu. Tak tahu respon. Takut. Semua ada. Penerimaan orang berbeza dengan peny4kit ni. Sempat doktor tu membebeI, jangan la berahsia dengan suami.

Dia patut tahu hal ni. Panggil dia masuk balik, muka dah blur dan terpinga kenapa aku nangis bagai. Doktor cover line cakap aku nangis sebab masalah peri0d aku yang tak betul, takut tak boleh pregnant. Haha. Tapi aku bagitau suami aku lepas 4 bulan kahwin. alhamdulillah, dia terima berita tu dengan hati terbuka.

Walaupun pun ibu ayah aku ada HlV, bukan alasan untuk aku hilangkan tanggungjawab sebagai anak. Aku redha dengan ujian Dia. Ujian untuk ibu ayah aku. Malahan ujian ni merapatkan aku dengan ayah dengan lebih baik. We share everything, tiada rahsia sebab the darkest secret dia pun aku dah tau.

Antara anak – anak dia, aku seorang je tahu pasal peny4kit tu. Bila tanya kenapa taknak bagitahu yang lain, dia jawab biarlah. Dia tak nak susahkan anak yang lain. Aku lagi rasa bertuah kot sebab dapat berbakti dengan dia lebih. Dapat faham dia lebih.

Sebab tu bila ayah meninggaI, aku terduduk. Hilang arah, patah semangat. Walaupun pun aku jaga kedua ibu ayah hingga nafas terakhir, terasa banyak yang aku tak sempat buat dengan mereka. Well, thats another story. Aku tahu ramai yang ada parents with HlV, anak with HlV.

Tolong. Jangan sisihkan mereka, bantu mereka. They can live like us. Macam orang normal biasa. Tak perlu mengasingkan mereka dari masyarakat. Aku pernah teman ayah sekali checkup, masuk bilik doktor, dia terk3jut ayah aku bawak anak.

Doktor tu tanya ayah ‘does she know?’. Ayah aku cakap “it’s okay. She know everything”. Doktor tu cakap memang jarang sangat ada family member yang bagi support macam ni. Well, s4kit atau tak, dia tetap ayah aku. Untuk mereka yang mempunyai ahli keluarga positif HlV, redha dengan ketentuanNya.

InsyaAllah akan dipermudahkan bila kita ikhlas dan redha menerima. Ujian manusia takkan sama. Don’t judge them. Jangan bercakap mengenai salah mereka yang dulu. Pegang tangan mereka dan jalan bersama – sama. Percayalah cakap aku.

Untuk ujian ini, mereka sangat memerIukan sokongan yang tersayang. Ujian peny4kit ini terlalu besar. Jangan sesekali tinggalkan mereka. Biar mereka tahu walau apa pun yang jadi kita tetap sayangkan mereka.. Doa yang baik – baik untuk semua. InsyaaAllah – Puan Bee

Komen Warganet :

Nadiya Ariffin : Ade kawan yang kerja bilik bedah, kes kemaIangan lelaki muda lagi, mase dok bersihkan Iuka, jari member ni Iuka, kene dengn d4rah dari lelaki tadi. Kawan saya tu doctor, tapi nak cakap macam mane dah takdir, dia HlV lepas tu.

Bini mintak cerai, dia total lost his life. Sekarang dah meninggaI tanpa family, tanpa isteri. Dia berbakti semasa kerja but we never know anything can happen.

Bibi Izzatul Sheikh Rahimullah : Suka baca confession macam nih, mengingatkan kita ada yang terkena. Kepada confessor, kemuliaan hati puan akan nampak dalam your life journey. Allah akan permudahkan urusan puan apabila anak mudahkan urusan ibu bapanya.

Rdel Vcr : Setuju dengan confessor. Tak perlu nak asingkan mereka. Saya pon ada bff yang positif HlV tapi tak pernah buang dia walau kawan – kawan lain buang dia. Bukan sebab gaya hidup dia tapi sebab salah orang lain. Dia jadi m4ngsa. Saya harap bff saya tu kuat macam awk gak. Tak dapat nak tagged dia sini. Share dekat mesenger jer ah.

Nairulhizam Yunus II : Saya patient HlV. Sekadar nak beritahu hakik4t yang org tak tahu adalah kami patient ni yang kena lebih hati – hati dengan non HlV sebab non HlV ada macam – macam kuman dan peny4kit yang boleh effect kami yang dah lemah sistem imun ni.

Waima selsema biasa pada non HlV boleh jadi merb4haya pada kami. Kedua, ubat – ubat yang kami makan sekarang sebenarnya dah bolehkan kami hidup normal macam orang lain tanpa perlu takut berjangkit.

Even we can get married and have healthy babies same like all of you out there. D0sa mereka (jika berpunca dari khilaf) adalah antara mereka dengan Tuhan. Siapa kita nak mengasing dan menghukvm patient HlV ni?

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.