Lelaki durjana tu kaya, siap bagi gambar duit kepok2 dekat mama tapi ayah pencen gred19

Ayah seorang rajin dan selalu tolong mak sapu rumah, buang sampah, berkebun, tanam bunga dan banyak lagi. Satu saja ayah tak buat iaitu masak. Lipat dan basuh kain semua ayah buat. Mama hanya masak. Baru – baru ni adik kat asrama menangis – nangis call aku. Dia kata dah tak tahan nak simpan..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum semua. Aku harap admin siarkan la cerita aku ni secepatnya. Aku dah buntu sebab tu nak luah dekat sini. Harap korang tak kecam dan bagi pendapat yang baik – baik. Secara ringkas, aku baru berkahwin tahun lepas dan sekarang tengah sarat mengandung anak pertama.

Dalam adik beradik hanya aku tinggal jauh di negeri lain dari keluarga kerana aku ikut suami. Aku tak tahu sebenarnya dari mana nak mula tapi aku harap korang faham sebab fikiran aku tengah celaru dan aku str3ss. Suami aku kerja swasta dan aku pulak hanya surirumah yang tengah mencari kerja.

Adik beradik aku dan ipar lain semua kerja kerajaan dan gaji pun besar – besar. Aku dan suami biasa – biasa sahaja. Aku dapat rasakan mama tak berapa kenan sangat dengan suami sebab kerja biasa saja tapi ayah aku ok. Aku ada 6 beradik 4 lelaki dan 2 perempuan.

Abang aku dan isteri diorang la yang aku maksudkan kerja kerajaan tu. Adik aku 2 orang masih bersekolah menengah dan sorang baru habis SPM. Mama aku berumur 50-an dan ayah aku pulak beza 4 tahun tua je dari mama. Ayah dah pencen dan seorang pesara kerajaan yang hanya bergaji rendah dengan gred 19.

Mama pulak tahun depan akan pencen dengan gred 22 tinggi sikit dari ayah. Faham la kan beza gaji. Semenjak ayah pencen, gaji ayah tinggal sikit sebab bayar hutang loan rumah. Kadang – kadang beli barang dapur atau makan guna duit mama atau abang yang sulung (dia dah kahwin dan tinggal di rumah bersama ayah mama).

Mungkin ayah jarang bagi duit dekat mama sebab duit pencen ayah hanya cukup bayar hutang loan rumah (rumah sendiri). Ayah seorang rajin dan selalu tolong mak sapu rumah, buang sampah, berkebun, tanam bunga dan banyak lagi.

Satu saja ayah tak buat iaitu masak. Lipat dan basuh kain semua ayah buat. Mama hanya masak. Ok cukup untuk intro tu. 2 tahun lepas, semasa adik perempuan aku form 4 dia meluah dekat aku yang mama chat dengan lelaki lain.

Macam mana adik aku tahu? Masa dia pulang rumah dia ada pegang hp mama dan kebetulan ada chat masuk. So nampak la notification mesej dari seorang lelaki. Adik aku tanpa sengaja baca chat tu. Dan sah memang mama curang sebab chat tu mesra siap hantar gambar, tanya dah makan ke belum, macam orang tengah bercinta panggil sayang – sayang.

Adik perempuan aku ni tinggal asrama dah nangis teresak – esak meluah dekat aku lagi pun masa tu adik aku tengah exam. Benda tu dah lama dia simpan tapi sebab tak dapat fokus exam dia luah dekat aku melalui HP. (Pinjam hp dekat kawan dia).

Dan aku buat keputvsan untuk cerita dengan abang sulung aku. Abang aku kenal lelaki tu, seorang kontraktor tinggal di kampung sebeIah dan berumur 40an. Selepas itu, masa ayah tak ada dekat rumah, abang call mama yang tengah kerja suruh balik rumah kejap (tempat kerja mama tak jauh dari rumah) sebab ada benda nak cakap.

Sampai saja rumah abang terus tanya mama sape lelaki tu. Kenapa mama buat macam ni. Aku dah nangis. Muka mama tak de satu pun air mata keluar tapi hanya muka takut sebab pecah rahsia kot. Abang aku bagitahu adik dekat asrama tak dapat fokus nak jawab exam sebab per4ngai mama.

Mama pun terus nak pergi lawat adik dekat asrama petang tu jugak. Lepas dari tu, kitorang anggap benda tu dah setel. Hanya aku, abang sulung aku dan mama saja yang tahu pasal ni. Adik beradik lain tinggal tempat lain hanya abang sulung dan aku sahaja dekat rumah.

So diaorang tak tahu kes mama curang. Aku kesian dekat adik perempuan aku kenapa la umur macam tu nampak per4ngai mama kandung sendiri macam ni. Kalau aku tak apa tapi kenapa adik aku? Sampai ke hari ni adik aku jadi f0bia dan selalu fikir bukan – bukan pasal mama.

Dia selalu rasa macam betul ke mama tak chat lagi dengan lelaki tu. Lepas kejadian tu aku curi – curi cek hp mama sebab aku pun rasa curi0us sangat. Ya memang betul diorang ada chat dekat messenger tapi mama delete separuh chat.

Hanya chat lelaki tu sahaja yang ada. Dalam chat tu dia tanya kenapa block dekat messenger dengan whatsapp. So aku assume mama memang dah block dan unblock bila nak chat dengan lelaki tu. Tapi aku biarkan. Tahun ni 2021 pulak, adik perempuan juga tiba – tiba chat aku dia cakap dia dah tak tahan nak simpan lagi.

Dia bagitahu mama buat hal lagi curang dengan lelaki tu. Aku tengah sarat ni terus menangis nasib la suami aku kerja. Mama siap pergi saloon potong rambut dan bagi gambar dekat lelaki tu. Adik aku screensh0t gambar dan chat mama dengan lelaki tu.

Kecewa hati aku. Mama siap hantar gambar free hair dengan rambut baru mekap cantik – cantik. Dan gambar lain lagi berunsur Iucah macam gambar ***** mama. PanggiIan abang sayang lagi. Ya Allah apa dah jadi. Aku str3ss aku tak tahu nak buat apa.

Aku hanya nasihat adik aku lepas ni jangan lagi buka hp mama dan tindakan dia betul dah bagitahu dekat aku dulu bukan dengan abang aku yang baran tu. Diaorang semua ada dekat rumah masa PKP ni. Yela rumah dekat saja kan.

Aku dapat rasakan ayah juga tahu mama ada lelaki lain (kes 2 tahun lepas) tapi dia macam senyap saja. Masa dekat dapur mama pernah cakap ayat macam ni, “bukan ayah kamu ada bagi duit dekat mama pun”. Aku dapat rasakan mama ni berdend4m atau tak redha yang bapa tak mampu bagi wang ringgit banyak – banyak dekat mama.

Macam aku cakap pencen bapa hanya cukup untuk bayar hutang rumah sahaja. Lelaki durjana tu pulak kaya siap bagi gambar duit kepok – kepok lagi dekat mama. Sekarang ni aku hanya terfikir nak bagitahu ni dekat abang sulung aku saja yang mama buat hal lagi.

Tapi 2 hari lagi hari jadi ayah. Aku sedih, aku kesian sangat dekat ayah. Dari segi wang ringgit memang ayah tak ada, tapi rumah besar, tanah, anak – anak semua boleh dik4takan berjaya, kerja gomen, cucu dah ramai. Tapi mama boleh curang lagi.

Mama memang tak bersyukur. Beberapa minggu lagi aku akan naik kapal balik kampung untuk bersalin anak pertama dan berp4ntang dekat rumah. Aku tak tahu nak balik ke tak bila dah jadi macam ni. Aku buntu. Aku tak boleh terima yang mama curang, siap hantar gambar iucah macam tu.

Kalau aku berp4ntang dekat sini, suami hanya cuti seminggu dan kami sama – sama tak tahu lagi cara nak p4ntang ni disebabkan ini anak pertama. Kalau suami dan ipar aku tahu hal ni, aku malu sangat. Tak tahu lagi nak cakap macam mana dengan mama.

Aku dah buntu. Aku harap korang faham dengan cerita aku. Apa pendapat korang apa patut aku buat? Patut ke aku suruh mama cerai dan pergi dekat lelaki tu? Patut ke aku balik berp4ntang dekat rumah? Tiket dah beli. Patut ke aku tanya mama dulu atau terus serang lelaki tu sebab aku ada no hp lelaki tu? Tolong aku dan jangan kecam. Terima kasih… – Coklat (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Wann Firdaus : 1. Abang awak tak mampu selesaikan masalah ni. Awak dan abang awak kena berpakat panggil orang yang mak awak hormat, contohnya mak sed4ra, bapak sed4ra yang sebaya atau lebih tua dari mak awak.

2. Kemudian, jangan pergi jumpa jantan jah4nam tu secara individu. Caranya, mak awak, jantan jah4nam tu, awak, abang awak, bapa saud4ra atau mak saud4ra awak atau orang yg dihorm4ti dalam kampung / taman awak dan kalau lebih baik panggil seorang wakil ahli keluarga jantan tak gune tu kena bersemuka semuanya.

Selesaikan sekaligus. Bincang, capai kata sepakat, kalau nak malu, biar malu sekali tu je. Suruh mak awak bagi kata putvs, apa yang dia nak sebenarnya.

3. Paling last, awak dan abang awak mungkin dah berkeluarga ada suami dan isteri masing – masing. Tapi adik awak yang masih belajar, awak kena jaga mentaI dan em0si dia. Selalu tanya khabar, selalu ambil berat.

Bila mak awak khianati bapa awak, adik awak akan rasa hilang kepercayaan kepada institusi kekeluargaan. Penting untuk awak bagitau dia, dia masih ada bapa, abang dan kakak sebagai peIindung dirinya. Selebihnya tawakal dan berdoalah. Moga Allah mudahkan.

Sohana Sabir : Ini hal rumahtangga mereka, biar mereka yang selesaikan. Awak bagi semua info, gambar ss pada ayah, terserah apa tindakan beliau seterusnya. Kalau beliau mintak you all masuk campur (mintak pendapat, jadi orang tengah) baru masuk campur, kalau ayah lepas dapat semua info tu dia pilih untuk berdiam diri dan tak buat apa – apa, then you all move on sahaja.

Tanggungjawab you all sebagai anak tak terkesan apa – apa pun.. Moga dipermudahkan urusan you all sekeluarga dan moga Allah tutup a1b kita dan orang tua kita.

Ann Fardan : Allahukhbar.. Inilah peny4kit akhir zaman. Banyak yang berpunca dari media sosiaI dan smartphone. Makcik pun tak berani nak nasihat lebih – lebih. Kita tak pernah diuji sedemikian. Curang ini adalah pilihan tapi ada juga faktor – faktor penolaknya.

Sebagai anak kita tak kenal ibu bapa kita dalam konteks rumahtangga mereka. Pesan makcik soal curang ibu awak adalah urusan dia dengan ayah awak dan Allah. Apa yang boleh dilakukan ialah berdoa dan terus berdoa agar ibu awak diberikan kesed4ran dan Hidayah.

Hanya ibu dan ayah awak yang lebih tahu mengapa mereka menjadi begitu. Jangan sekali kali derh4ka dan dan bi4dab dengan ibumu. Semoga ada jalan buatnya.. Buat wanita di luar sana, curang dalam perkahwinan tak mampu beri kita jalan keluar macam orang lelaki boleh poIigami.

Justeru dari awal perkahwinan kena bijak luahkan apa yang kita tidak puas hati. Biar g4duh awal. Asal jangan memendam rasa dan akhirnya meluahkan rasa pada bukan muhrim hingga jatuh d0sa. Selalu makcik pesan, dalam rumahtangga kalau nak tenang dan bahagia dari awal kena CAKAP dan f1ght hak kita.

Kebahagiaan diri adalah keutamaan bukan kerana anak – anak atau suami. Sayangi diri kita dulu, curang adalah jalan pintas yang merugikan kita sebagai wanita. Hidup di dunia ni sementara. D0sa dgn Allah boleh minta ampun tapi d0sa dengan suami membawa hingga ke akhir nafas.

Jadilah wanita yang menang, jika tidak di mata manusia, menanglah lah di mata Allah. Moga kita semua mendapat pengakhiran yang baik – baik.

Anisah Nisa Nik : Orang tua kalau dah angau payah laa nak stop kan. Memang berper4ng anak beranak nanti. Kawan saya, mak dia cop dia anak derh4ka sebab kant0ikan scandaI dia dengan laki orang. Masa berscandaI tu umur mak dia 50an. Sampai sekarang mak dia buang dan dend4m dia sebab jadi penghalang cinta.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.