Isteri anggap saya kerja makan gaji ni h1na sangat, sebab dia buat bisnes online, ada Master

Saya letak dalam wallet dia RM50, dan saya tau dia perasan duit tu. Pergi kedai saya buat – buat cakap saya tak cukup duit dan mintak dari dia dulu nanti saya bayarkan. Alamatnya sampai kesudah la dia tak bagi. Dia sanggup suruh saya tinggal barang – barang pergi ATM ambik duit dari bagi saya pakai duit dia dulu.

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum admin yang dikasihi. Tolong saya kongsikan kisah saya ni. Saya perlu luahkan masalah rumah tangga saya ni. Dah tak terluah dah dalam hati ni. Tak tau saya nak story dekat mana lagi dah. Saya takut jadi giIa je ni. Jadi pembaca sekalian, berilah nasihat membina pada saya yang sedang dalam diIema ni. Sebenarnya saya pernah kongsi kisah saya tahun lepas kalau korang masih ingat pasal air k3ncing kucing depan pintu rumah tu. Haaaa. Saya la tu min. Sekarang saya muncul lagi.

Saya dan isteri ni umur sama, 31 tahun dan kami dah lebih 4 tahun dalam perkahwinan. Alhamdulillah, kami dikurniakan seorang anak lelaki 3 tahun. Saya berkerja di sektor swasta, construction dan isteri tidak bekerja hanya  buat bisnes online dari rumah. Masalah saya ni  lebih kurang jugak macam masalah sebelum ni. Tapi sekarang lebih teruk. Masalah rumahtangga saya ni macam ni. Entah la. Saya pun tak tau sangat nak bercerita macam mana. Tapi saya cuba la juga. Isteri saya ni lain sikit.

Walaupun dia surirumah, tapi dia anggap bisnes online dia tu adalah karier dia dan perlu dilayan seperti orang bekerja. Sebab tu la anak saya tu mula dari umur setahun setengah kalau tak silap dah dihantar ke Islamic international school apa benda ke nama ntah yang bapak mahal yuran tu. Hurmm. Dia cakap dia letih nak layan anak dan perlu focus pada karier dia. Saya ni tak pernah langsung nak haIang dia, apa dia nak buat dan saya tak pernah langsung nak p4ksa dia bekerja ke apa sebab alhamdulillah pendapatan saya bekerja seorang agak lumayan untuk kami sekeluarga.

Walaupun dia pilih untuk buat bisnes online padahal dia ada MASTER, saya tak kisah pun. Asalkan dia seronok. Tapi sifat dia lain macam sikit min. Sump4h. Saya ni bekerja sektor construction. Jadi saya memang akan sangat letih. Kalau dulu saya bekerja dengan company Korea, keluar rumah 7 pagi, balik rumah 11 malam hari – hari. Ahad sahaja cuti. Alhamdulillah, sekarang dah 4 bulan saya dah tukar company kerja offices hour je, cuma jarak perjalanan dari rumah ke office tu sehari 220km saya kena hadap.

Jadi mula – mula kerja, saya pergi kerja naik kereta. Lepas sebulan, saya rasa sangat – sangat rugi guna kereta pergi ulang alik kerja. Campur tol, minyak, maintenance kereta dekat RM1500. Jadi, bulan kedua saya buat kepvtusan kena beli motor nak pergi kerja. Minyak ulang alik baru dalam RM12. Saya cakap pada isteri saya niat saya tu. Dia boleh seIamber badak cakap kat saya,

“Sebab tu la jangan makan gaji, makan gaji ni memang tak pernah cukup. Tengok, nak naik kereta pergi kerja pun tak mampu.” Allahu. Tuhan je tau apa saya rasa waktu tu. Kalau orang lain yg cakap saya tak ade hal lah. Paling kuat saya ajak bertumbvk je. Ni isteri sendiri yang cakap mcm tu. Hurmm.

Dia anggap kerja makan gaji ni h1na sangat kot. Itu la yang saya cakap tadi yang isteri saya ni pelik sikit. Pelik dari segi pemikiran dia ni la. Ada sekali tu, saya borak dengan adik ipar, adik dia la. Saya cakap InsyaAllah lepas ni saya akan naik motor je pergi kerja. Adik ipar tanya berapa jauh. Bila adik ipar saya tau jarak pergi balik 220km, dia da terk3jut beruk. Saya gelak je la. Saya cakap memang la teruk tapi InsyaAllah boleh kot. Waktu tu isteri saya terdengar perbualan kami dan dia menceIah dia cakap,

“Heh, orang lain ulang alik kerja jauh naik motor tak bising pon. Takde hal pon”. Allahurobbi. Demi Allah, saya sedih sungguh – sungguh waktu tu. Saya terus terdiam. Pend4m dalam hati. Adik ipar saya pon waktu tu terkedu kenapa akak dia cakap camtu. Saya ni redha sungguh – sungguh. Saya redha ada isteri tak boleh nak fikir macam orang lain fikir.

Pernah sekali, hujung bulan, saya tak berduit sangat. Lepas la untuk minyak motor, kereta, makan minum kami anak beranak waktu tu. Tiba – tiba isteri saya minta pergi family mart depan rumah ni nak beli makanan dia cakap. Saya pun bagitahu la kat isteri pasal status kewangan kami waktu tu. Dia boleh meIenting. Dia boleh tinggi suara cakap,

“Tengok saya dah cakap. Kalau makan gaji ni sampai bila – bila tak ada duit. Masih sama je hujung bulan tak ada duit.” Bila saya cakap kat dia saya ni da habis k0rban dah sebenarnya kat family kami. Untuk pengetahuan, saya ni memang tak akan makan di luar walaupun masa kerja. Setiap pagi, masa dalam perjalanan pergi kerja saya akan beli roti gardenia ban tu dua biji, air saya bawak dari rumah Itu la alas perut saya sampai la ke petang.

Balik rumah, apa ada kat rumah saya makan. Kalau dia tak masak pun, saya akan goreng telur sendiri je. Bukan saya tak boleh makan luar tapi setiap kali saya nak makan luar, otak saya mesti teringat apa la anak bini saya kat rumah makan. Saya rasa macam tak adil untuk saya makan sorang – sorang yang sedap – sedap kat luar. Bila saya cerita pasal ni kat isteri, dia boleh cakap, “Tengok la tu. Sampai kan nak beli makanan kat tempat kerja pun tak mampu.”

Dia tak sedar ke yang saya buat tu bukan untuk orang lain. Tapi untuk anak dan dia jugak. Allahu. Sedih sungguh hati ni. Untuk pengetahuan semua, tender cuci pinggan mangkuk, tender basuh baju, sidai baju, lipat baju, masuk baju dalam almari, basuh toilet, basuh kipas, buang sampah, adalah tender saya dari awal kahwin sampai sekarang. Jadi, tuan – tuan dan puan – puan boleh la bayangkan. Saya balik dari kerja, main dengan anak kejap.

Masuk maghrib, mandikan anak, solat. Lepas tu, basuh pinggan mangkuk periuk yang bertimbun seharian tu. Dah selesai, tekan mesin basuh. Sementara tu, pot0ng bawang, siang segala ikan, ayam, daging semua la. Sebab isteri ada aIIergic kat tangan jadi tak boleh pegang benda – benda macam ni. Lepas tu, makan nasi jap kalau ada lauk. Kalau tak ada atau belum masak, saya keluar beli bungkus untuk kami semua. Lepas makan, ambik baju sidai.

Kalau saya malas, saya bawak pergi kedai dobi untuk kering. Lepas kering Iipat. Balik rumah, solat isyak, tido. Esok, ulang balik rutin yang sama. Hari – hari ye saya buat. Sebenarnya saya letih sungguh tapi saya gagahkan juga demi keluarga. Sesiapa yang suaminya kerja sektor construction ni, faham la macam mana letihnya. Dengan travel pergi kerja lagi. Allahu. Tapi tak ape. Saya tak kisah benda tu semua. Saya anggap tu la peng0rbanan saya sebagai suami dan ayah.

Cuma kadang – kadang, saya nak juga dilayan macam suami. Balik kerja disambut isteri dengan senyuman. Dapat minum air isteri buat. Saya nak rasa semua tu memang tak lerrr. Pernah sekali saya balik kerja saya cakap saya letih sungguh sambil duduk atas sofa. Saya mintak dia buat air untuk saya. Dia boleh cakap, “Abang.. saya ni letih bang. Seharian saya latih urus anak, hantar anak ke sekolah, urus bisnes saya, vacum rumah. Jadi, malam macam ni la saya nak relax – relax bang. Jadi, abang jangan la suruh saya buat macam-macam′.

Jadi para pembaca semua, apa la saya boleh buat lagi kalau dah macam tu dia nak. Lagi satu min, bab kewangan min. Ya, saya bekerja seorang dan isteri surirumah buat bisnes online. Sepanjang perkahwinan kami ni, serius saya cakap saya tak pernah langsung rasa apa itu makna perkongsian dalam rumahtangga. Bagi isteri saya, hak dia dan anak, tak boleh langsung dikongsi oleh saya. Sebagai contoh, kalau hujung bulan isteri tau saya tak berduit, dan dia nak sesuatu, sampai bila – bila pun dia tak akan bantu saya walaupun dia ada duit.

Saya tau dia ada duit sebab saya dah banyak kali test dia. Saya letak dalam wallet dia RM50, dan saya tau dia perasan duit tu. Pergi kedai saya buat – buat cakap saya tak cukup duit dan mintak dari dia dulu nanti saya bayarkan. Alamatnya sampai kesudah la dia tak bagi. Dia sanggup suruh saya tinggal barang – barang pergi atm ambik duit dari bagi saya pakai duit dia dulu. Saya tak pernah ada sejarah berhutang dengan dia ke apa ke sebelum ni dan tak bayar balik.

Memang tak pernah ada. Tapi tu la perangai dia. Baru – baru ni raya. Ada sekali kami nak keluar beraya rumah pakcik saya. Saya cakap bawak duit raya anak tu sekali. Belum sempat saya habis cakap, dia da tinggi – tinggi suara cakap, tak boleh, tak payah itu duit anak. Kenapa saya nak pakai. Allahu. Padahal saya nak tukar duit kecil nak bagi duit raya kat budak – budak kat sana nanti. Terkilan sungguh saya dengan perangai isteri yang ni. Kalau nak cerita banyak lagi kisah sebenarnya kisah – kisah lain tapi cukup la sampai sini je.

Sebenarnya, saya ni da usaha macam – macam dah. Semua benda saya dah buat. Nak cakap saya tak bawak isteri jalan – jalan. Boleh kata setiap minggu 2 3 kali jugak pergi shopping mall. Cuti mana yang kalau lebih 3 hari saya tak bawak dorang balik kampung. Setiap tahun pulak mesti saya akan bawak isteri dan anak pergi jalan mana – mana tepi pantai ke apa ke, asalkan tido hotel. Apa lagi la yang saya nak kena buat. Setiap kali kami g4duh, memang dia akan tinggikan suara kat saya. Kalau dulu saya banyak diam dan makan hati je. Tapi lepas saya dapat nasihat dalam facebook tahun lepas, saya memang akan tinggi suara balik. Waktu tu, memang tuhan je tau apa yang jadi.

Isteri saya pasti akan buat ayat mencab4r saya untuk uji saya. Ejek – ejek saya. H1na saya. Allahu. Aku berserah sungguh padamu yaAllah. Ni kami baru lepas g4duh semalam. Saya balik keje letih, lepas buat segala TENDER saya tu, saya rehat kejap atas sofa. Lepas tu saya masuk bilik nak ambik phone. Waktu tu dia tengah k0rek telinga. TerIanggar la tangan dia. Dia punya marah min, seolah – olah macam saya ni nak bunvh dia. Dia punya m4ki hamun tu macam saya sengaja nak buat macam tu. Allahu..

Saya memang hilang sabar dah semalam. Sambil saya marah – marah dia, dia macam biasa akan mencab4r saya dan h1na – h1na saya. Selalunya saya memang tak cakap banyak dah sekarang. Ambil kunci keluar rumah. Sebab saya tak nak cakap atau buat benda yg pelik – pelik nanti. Lebih baik saya jauhkan diri. Dua benda je saya mintak dari dia, satu hormat saya. Kalau ada keputvsan yang saya dah tentukan, tolong hormat dan jangan la Ianggar atau buat tak tau atau tak penting.

Kedua saya hanya nak dia faham maksud berkongsi dalam rumah tangga tu. Sump4h, gaji saya da cukup sebenarnya untuk kami sekeluarga. Gaji saya alhamdulillah lebih kurang basic 6.5k sebulan belum tambah elaun dan ot yang lain lagi dan bagi saya cukup untuk kami yang anak seorang ni. Cuma saya nak isteri faham makna berkongsi. Tak perlu nak layan saya macam raja, tak perlu nak gosok baju saya. Tak perlu nak urut kaki tangan saya. Saya tak mintak semua tu min. Berat ke apa saya mintak ni wahai para pembaca.

Allahu.. Jadi pembaca – pembaca semua, kebanyakkan yang saya cerita dia atas tu adalah keburukan isteri saya. Tapi saya akui diri sendiri pon banyak keburukan juga. Jadi, tak adil untuk cakap saya ni baik dan isteri jahat. Ada sisi baik isteri saya ni sebenarnya. Dengan mak ayah saya, dengan mak abah dia, dengan adik beradik, jiran – jiran semua. Memang dia baik. Lembut bercakap. Cuma dengan saya je macam ni. Sampai sekarang, saya memang akan sangat str3ss kalau fikir benda ni. Tuan – tuan, puan – puan semua, beri la saya cadangan dan nasihat yang boleh saya pakai untuk jernihkan keadaan rumahtangga saya ni.

Walaupun saya ni agak hensem la (cewah) dan rasanya still laku kot di pasaran, tapi sump4h saya tak sanggup nak menduakan dia. Fikirkan anak saya, fikirkan d0sa yang akan saya tanggung, fikirkan macam – macam lagi la, saya tak sanggup nak duakan isteri dan saya pun memang sayang sungguh isteri saya ni. Saya tak mampu nak sayang orang lain. Jadi tolong la suami yang kebuntuan ini. Terima kasih min sebab siarkan kisah saya. Semoga Allah baIas budi baik min sekeluarga. Aminnnn.

Komen Warganet :

Haniey Mar : Ko cari je rumah dekat dengan tempat kerja, seminggu sekali ko balik.. Orang lain pun buat bisnes online juga, elok je urus anak rumahtangga bagai. Mungkin income dia dah banyak tu yang eg0 setinggi langit. Sungguh dia tak memghorm4ti awak sebagai suami.. Saya yang balik tak sampai 1km pun penat. Apatah awak yang berulang 200 km. Tak ada rase beIas kasihan.. Tu je la yang mampu saya bagi cadangan. Selebihnya awak fikirlah sebab yang menanggungnya awak.

Geisa Rahmi Madin : Awak tu cari bilik sewa yang dekat dengan kerja tu, dalam 1 bulan ajak bini awak tu sesekali cakap kat dia, awak kena belajar buat kerja sendiri. Tengok dia macam mana ataupun awk buat- buat ada orang lain. Kalau dia tanya cakap nak cari org yang pandai hormat sikit. Janganlah pulak cari betul ani4ya hidup anak ko karang. Cuma tengok dia nak ubah tak sikap eg0 dia tu. Mungkin dia akan sedar, kalau tak sedar gak h3mpuk sekali otak dia bagi dia sedar.

Laila Isabella : Ada tak pernah berborak dengan wife, keperluan untuk diri dia, cukup ke tidak?? Memanglah keperluan rumah awak dah bagi tapi untuk diri dia. Kalau dia bekerja mesti gaji dia pun beribu sebab dia ada Master dan apa saje yang dia nak dia boleh beli. Online Bisnes bukan setiap bulan masyuk, kadang – kadang ada, kadang tak ada. Kalau makan gaji setiap bulan pasti ada. Wife awak sem4kin hari sem4kin hilang rasa hormat dekat awak. Wife ni kalau tak kene kat jiwa dia terhadap suami, memang layanan ke laut lah. Cubalah bincang.

Rose Adam : Orang lelaki yang bergaji besar ni, lebih baik kahwin dengan gadis – gadis biasa yang tak belajar tinggi, yang pandai masak dan ada ilmu kehidupan. Korang orang lelaki jangan laa kawin dengan wanita – wanita yang mengaji tinggi kat universiti tetapi tak ada ilmu kehidupan. Nanti korang akan penat, penat nak buat kerja tender bagai. Kemudian kalau terlebih pandai dan berduit dia letak suami kat kaki jer laa…

Fadhila Jaafar : Langkah pertama, kau cari rumah yang dekat dengan tempat kerja. Ajak isteri pindah. Kau bising – bising ni sebab kau penat sebenarnya. Dah kurang penat ulang alik kerja jauh, tak ada la nak g4duh – g4duh dengan isteri. Nak buat tender harian pun tak merungut la lepas ni.

Apa kata anda?