20 tahun kahwin, 6 orang anak. 15 tahun suami tak kerja. Aku pulak baru lepas pembedahan k4nser. Suami lebih rela tidur bawah jambatan dari kerja

Suami aku dah hampir 15 tahun tak bekerja. Yang paling menyedihkan, aku baru sahaja menjalani pembedahan sebab k4nser payud4ra. Aku ingat suami akan kesian dekat aku, akan berubah. Rupanya tak..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum pembaca semua. Aku dah lama memendam rasa. Berkali – kali aku tulis dan padam luahan ni sebab tak tahu macam mana nak mulakan cerita. Terlalu banyak perkara yang terbuku dalam hati sampai aku sendiri keliru nak mula dari mana.

Tapi hari ni aku kuatkan diri untuk meluah, mungkin ada antara suri – suri yang pernah berada di tempat aku atau mungkin boleh beri pandangan yang aku perlukan. Aku tahu setiap rumah tangga ada ujian masing – masing. Ada yang diuji dengan kewangan, ada yang diuji dengan orang ketiga, ada yang diuji dengan kesihatan, dan ada juga yang diuji dengan pasangan sendiri.

Kadang – kadang hidup kita bahagia, kadang – kadang berduka. Tapi kalau ditanya tentang kehidupan rumah tangga aku, rasanya lebih banyak duka daripada bahagia. Aku dah berkahwin hampir 20 tahun. Kadang – kadang aku sendiri tak percaya macam mana aku boleh bertahan selama ni.

Kalau orang tengok dari luar, mungkin nampak macam biasa sahaja. Tapi hakikatnya, hampir setiap hari hidup aku dipenuhi dengan drama, tekanan dan tr4uma yang tak pernah berkesudahan. Suami aku dah hampir 15 tahun tak bekerja secara tetap.

Kalau bekerja pun ikut suka hati dia. Hari ni kerja, esok berhenti. Lusa duduk rumah semula. Dalam tempoh 15 tahun tu juga, dia langsung tak pernah menanggung kehidupan aku dan anak – anak. Nafkah zahir memang tak ada. Semua perbelanjaan rumah, makan minum, pakaian sekolah, bil utiliti, sewa rumah dan macam – macam lagi aku yang tanggung.

Yang paling menyedihkan, aku baru sahaja menjalani pembedahan sebab k4nser payud4ra. Masa tu aku ingat mungkin suami akan berubah, mungkin dia akan rasa kasihan dan mula memikul tanggungjawab. Rupanya tidak. Aku masih juga yang keluar mencari rezeki walaupun badan belum pulih sepenuhnya.

Kadang – kadang Iuka pembedahan masih s4kit, tapi aku tetap gagahkan diri berniaga sebab kalau aku tak keluar cari duit, anak – anak nak makan apa? Suami pula langsung tak ambil peduli. Dia lebih rela duduk berjam – jam di kedai kopi atau melepak dengan kawan – kawan daripada keluar mencari rezeki.

Pernah aku menangis depan dia sebab duit dalam dompet tinggal beberapa ringgit sahaja. Dia cuma diam dan masuk bilik sambung tidur. Bab mulut dia pula memang aku tak sanggup nak cerita. Kalau ada masalah kecil pun, habis semua orang kena maki. Anak – anak pun tak terkecuali.

Salah letak kasut pun boleh jadi punca dia meng4muk. Salah jawab sikit pun boleh kena tengking. Ada masanya dia pukuI anak – anak sampai mereka menangis ketakutan. Anak aku tertumpahkan air di ruang tamu. Benda kecil sahaja.

Tapi dia meng4muk macam rumah terbakar. Anak aku menggigil ketakutan sampai terk3ncing dalam seluar. Aku yang tengok pun rasa luluh hati. Tapi bila aku cuba pertahankan anak, aku pula yang kena maki berjam – jam. Sampaikan sekarang setiap kali dengar bunyi pintu pagar dibuka, jantung aku berdegup laju.

Aku akan tertanya – tanya, hari ni dia nak marah sebab apa pula? Hari ni siapa pula yang akan jadi m4ngsa kemarahan dia? Aku mengaku, ada ketika aku berada di tahap yang sangat tertekan. Pernah terlintas dalam fikiran untuk mengakhiri hidup sendiri.

Tapi setiap kali tengok wajah anak – anak yang masih kecil, aku batalkan niat tu. Aku takut pada d0sa dan aku tak sanggup tinggalkan anak – anak tanpa ibu. Aku ada enam orang anak yang masih bersekolah. Tapi suami langsung tak pernah ambil tahu.

Tak pernah tanya tentang pelajaran mereka. Tak pernah tanya tentang yuran sekolah. Tak pernah tanya sama ada anak – anak cukup makan atau tidak. Pernah satu ketika anak aku perIukan duit untuk aktiviti sekolah. Aku terp4ksa meminjam daripada kawan sebab duit memang tak cukup.

Bila aku minta bantuan suami, dia marah dan kata itu bukan masalah dia. Aku menangis seorang diri dalam bilik malam tu sebab rasa terlalu penat memikul semuanya seorang diri. Nak dekat raya pun sama. Setiap hari aku fikir macam mana nak sediakan baju raya dan keperluan anak – anak.

Bila aku ajak berbincang, dia cuma jawab, “Kalau tak ada, biarlah.” Semudah tu sahaja jawapan dia. Dia pula bangun sekitar waktu Zuhur. Lepas Subuh baru masuk tidur. Jadi imam keluarga memang tak pernah. Solat lima waktu dia memang buat, tapi tanggungjawab sebagai suami langsung tak nampak.

Yang peliknya, kalau bercakap pasal agama, dialah paling pandai. Dalil sana sini keluar dengan lancar. Kalau orang luar dengar dia bercakap, mesti semua ingat dia suami mithali dan bapa terbaik. Padahal hanya aku dan anak – anak yang tahu per4ngai sebenar dia.

Bila aku cuba mengadu kepada keluarga mentua, aku pula yang dipersalahkan. Kata mereka aku tak pandai bertolak ansur. Aku tak hormat suami. Aku terlalu berkira. Hakikatnya, bukan suami aku seorang yang begitu. Hampir semua anak lelaki dalam keluarga mentua mempunyai per4ngai yang sama.

Malas bekerja, suka memaki hamun dan gagal menjaga maruah isteri. Ada yang berkahwin berkali – kali. Tapi dalam mata mentua, anak – anak mereka sentiasa betul dan menantu sentiasa salah. Kadang – kadang aku duduk termenung dan bertanya kepada diri sendiri. Apa sebenarnya yang aku tunggu? Apa yang aku cari dalam perkahwinan ni?

Kalau difikirkan, aku boleh hidup tanpa dia. Aku yang mencari nafkah. Aku yang bayar semua keperluan rumah. Aku yang beli pakaian dia. Aku yang beli ubat dia. Aku yang urus semuanya dari A sampai Z. Tapi entah kenapa aku masih tak mampu melangkah keluar.

Aku pernah berjumpa beberapa ustaz untuk meminta pandangan. Aku ceritakan semua yang berlaku. Aku juga ceritakan bahawa sejak aku rajin solat taubat, solat tahajud dan solat hajat, aku mula sedar banyak perkara yang selama ni aku nafikan.

Aku mula sedar bahawa aku sebenarnya tak bahagia. Aku mula sedar bahawa aku hidup dalam ketakutan. Aku mula sedar bahawa aku hanya bertahan kerana sudah terlalu lama berada dalam keadaan ini. Ada ustaz yang mengatakan kemungkinan aku terkena buatan orang.

Ada juga yang kata mungkin aku terlalu lama hidup dalam tekanan sehingga aku sudah terbiasa dengan pend3ritaan tu. Yang aku pasti, setiap kali suami keluar rumah untuk beberapa hari, aku rasa sangat tenang. Rumah terasa aman. Anak – anak pun nampak lebih ceria. Kami boleh ketawa tanpa rasa takut.

Tapi bila dia pulang semula, suasana rumah terus berubah. Aku rasa sesak d4da. Aku rasa takut. Kadang – kadang aku pandang wajah dia dan terasa seperti malaikat m4ut sedang berdiri di depan mata. Aku betul – betul keliru. Adakah aku masih sayangkan dia? Atau aku sebenarnya cuma takut untuk memulakan hidup yang baru selepas hampir 20 tahun hidup dalam keadaan macam ni? Pembaca semua, kalau berada di tempat aku, apa yang akan korang akan buat?

Ulasan Pembaca :

Momo Mathon : Beginilah yang jadi dengan kakak aku. Selama 18 tahun perkahwinan, hidup dalam ketakutan. Bergolok gadai sebab menjamin suaminya keluar masuk penjara. DipukuI dan dipij4k, badan Iebam sampai hijau pun masih sayang katanya.

Sehinggalah sampai hadnya, kakak aku terus ke mahkamah. Aku jadi saksi macam mana kakak dih1na sebelum hakam membubarkan perkahwinan mereka. Dia kata kakak tak kenang budi, padahal duit gaji kakak dia guna macam tu sahaja hasil titik peluh kakak. Perkahwinan dibubarkan atas banyak sebab. Putih mata si suami. Nak rujuk nanti pun dah tak boleh. Kakak aku gembira, macam orang baru hidup semula. Anak – anaklah yang paling bahagia. Baru merasa rumah itu syurga.

Mimie Mizah : Bukan sih1r tu, tapi sis dah kena gaslighting dan cycle of v1ctim daripada suami si pend3ra. Memang susah nak keluar daripada cycle tu. Tapi sis boleh sahaja buat keputusan untuk keluar. Fikirkan dan sayangi diri serta anak – anak dulu. Tak perlu nak kesiankan dia.

Aku pun dah keluar daripada cycle tersebut selepas 8 tahun. Sis lagi lama, 20 tahun. Tapi boleh sahaja keluar. Buat keputusan, tekad dan tawakal. Jangan toleh belakang lagi. Dah makin berusia ni, hidup nak tenang – tenang dah. Buat apa penat lagi nak hadap suami tak guna.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Kongsi Artikel Ini :