Isteri aku tak pandai jadi ibu. Anak s4kit pun buat tak tahu, 99% aku yang tak tidur malam jaga anak, buat susu anak. Sehinggalah isteri lari dari rumah, sebulan..

Isteri langsung tak ada naluri ibu. Dia tak kisah pun kalau balik kerja nak tengok anak dulu atau belek – belek anak. Sebab aku yang akan buat semua tu. Kalau dia bercakap, memang nada tak ada lembut. Kasar, garang dan tak ada nak belai – belai. Anak aku memang selalu nak bercakap dengan ibu dia..

#Foto sekadar hiasan. Salam Admin dan w4rga FB. Aku pernah meluahkan isi hati di page ni tak lama dulu. Kisah isteri yang tak ada perasaan atau emosi. Dulu anak seorang, aku yang rapat dengan anak. Aku yang layan kerenah anak dan layan anak bercerita.

Empat tahun berlalu, sekarang dikurniakan anak kedua. Melekat selepas g4duh besar dan dia keluar dari rumah. Sebulan dia tak balik. Bila aku pujuk, dia balik dan terus melekat tiga minggu. Jujur aku masih bersangka baik. Sekarang usia bayi dah 5 bulan.

Memang aku akui, sejak dia mengandung, aku tak ambil berat macam anak pertama. Aku biarkan dia naik motor pergi kerja sampai usia kandungan masuk 6 bulan. Bulan ketujuh aku yang hantar. Sebenarnya aku tak sampai hati, tapi sebab masa anak pertama aku uruskan semuanya. Dari dalam kandungan sampai sekarang.

Jadi aku nak biarkan dia belajar buat semua sendiri. Dalam masa yang sama, tetap aku hantar pergi check up, jalankan tanggungjawab dan beli baju bayi. Sebab dulu memang teruja kalau nak dapat bayi. Anak pertama lelaki. Memang giIa – giIa aku berhabis.

Cakap saja apa yang tak ada, semua ada kelengkapan bayi. Lengkap. Tapi sejarah anak pertama buat aku kecewa sebab semua yang aku beli langsung tak dihargai. Asal boleh saja. Dari bantal menyusu, set pam susu, w4rmer, sterilizer dan macam – macam lagi. Kira tak ada apa yang tertinggal.

Bila anak kedua, aku memang tak beli apa – apa. Barang anak pertama semua aku jual lelong masa anak pertama umur 3 tahun. Sebab masa tu aku yakin aku hanya akan ada anak ni saja mengenangkan sikap isteri. Dia langsung tak ada naluri ibu.

Kenapa aku cakap macam tu? Dia tak kisah pun kalau balik kerja nak tengok anak dulu atau belek – belek anak. Sebab aku yang akan buat semua tu. Ni cerita anak pertama kami. Jadi banyak lagiIah. Bab s4kit demam anak, bab nak buat minyak bawang putih, VCO sampailah lemon sock.

Semua aku yang tak tidur malam bila anak s4kit. Memang serius, anak pertama aku sebenarnya aku yang jadi ibu. Bancuh susu malam malam memang 99.9% aku. Sebab tu sampai sekarang anak sulung memang rapat dengan aku. Sampai aku nak buat kerja sambilan waktu malam pun anak menangis – nangis meronta minta aku jangan tinggalkan dia.

Siap cakap nanti tak ada siapa temankan dia tidur. Memang sedih sangat. Kadang – kadang aku pujuk dia yang aku kena cari duit walaupun siangnya aku seorang kaki tangan kerajaan. Kali ni apa yang aku nak luahkan ialah sikap dia. Kalau dengan anak – anak pun dia tak ada perasaan, apatah lagi dengan aku.

S4kit demam aku, cukup sekadar jadi pemandu bawa aku ke hospital. Tu pun selepas aku sendiri beritahu dia aku tengah s4kit. Kalau tak, dia cuma lalu tepi dan buat tak tahu saja. Begitulah dengan anak – anak. Anak sulung petah berkata – kata. Dia sangat cerdik, pandai, aktif dan suka bertanya.

Aku kesian dekat anak aku. Kadang – kadang anak aku saja nak bercakap dengan mak dia. Masa dia dekat dapur tengah memasak, yang memang rajin memasak walaupun kalau dia siang ayam yang berat sekilo akan jadi 300 gram. Sebab dia akan buang habis lemak dan isi isi yang lembik tu.

Memang ngam – ngam tinggal isi yang kenyal dengan tulang saja. Anak pula ringan mulut. Kadang – kadang lepas makan, anak puji sedap. Tapi dia macam tu sajaIah. Nak cakap terima kasih atau sambut kata – kata anak memang tak ada.

Tapi dekat pejabat dia tak macam ni. Tengok WhatsApp kerja dengan kawan – kawan pejabat dan adik beradik dia, bolehlah walaupun tak pandai sangat berkomunikasi. Tapi dekat rumah memang siksa jiwa raga kami anak beranak. Kalau dia bercakap, memang nada tak ada lembut. Kasar, garang dan tak ada nak belai – belai.

Tujuh tahun aku dengan dia, aku sampai dah putus asa nak tegur. Malah dalam labour room nak melahirkan anak kedua, aku sampai berdoa kepada Allah. Sebab dia s4kit teruk dan lama betul nak buka jalan. Aku doa dalam hati, andai ni takdir aku ya Allah, aku redha. Selamatkanlah bayi ni. Dengan kuasa Allah, terus bayi keluar.

Masa tu aku tak dapat gambarkan perasaan aku sama ada gembira atau sedih. Yang pasti memang aku menangis semahu – mahunya. Tak macam masa anak pertama. Anak kedua perempuan. Malam ni semasa aku menulis, aku tengah s4kit kepala yang amat sangat. Aku nampak dia masak bubur nasi bersama karot dan kentang.

Aku rasa tu adalah makanan pertama bayi ni esok. Walhal anak pertama dulu aku beri puri daripada buah – buahan yang aku buat sendiri. Aku ada jadual menu. Bermula dengan buah – buahan, barulah kepada jenis jenis makanan berat yang lain sebab perut bayi masih baru lagi. Tapi dia terus bagi bubur nasi bersama karot dan kentang.

Aku diam sebab aku malas nak tegur. Nanti akan berg4duh. Kami pernah lalui sesi kaunseling, sesi soal jawab dan segala macam usaha untuk perbaiki hubungan ni. Tapi seperti biasa, tujuh tahun bertahan hanya sebab aku fikirkan anak – anak.

Aku kesiankan anak – anak. Malah anak aku yang pertama pernah cakap, walaupun baru 4 tahun, dia pernah merayu kepada aku masa kami g4duh. “Nanti mummy ok laa. Jangan g4duh dengan mummy.” Bayangkan anak umur 4 tahun boleh cakap macam tu.

Tapi dia, hurmmm. Aku tak pasti sampai bila mampu bertahan. Tapi dalam hati aku berdoa agar anak – anak dapat kasih sayang daripada seorang ibu. Kalau tengok ibu lain, merekalah yang sibuk bab hari jadi anak, bab baju raya atau bab bab nak comelkan anak. Tapi dia, aku pernah cuba harapkan dia uruskan hari jadi anak pertama. Aku minta dia uruskan kek saja, tapi hampa.

Ulasan Pembaca :

Fa Ra : Bawa pergi berubatlah. Ikhtiar. Jumpa ustaz minta pandangan. Nampak macam isteri encik macam hilang semangat dan taw4r hati. Mungkin ada yang buat dia terkilan. Ibu mana yang tak sayangkan anak kan, melainkan ibu yang bermasalah. Kuatkan semangat encik. Jangan putus asa. Anggap ni ujian. Bimbinglah isteri sebaik mungkin. Jangan putus asa untuk menegur andai ada silapnya. Aku doakan semoga dibukakan pintu hati isteri encik.

WanNur Ain Liyana : Sedihnya. Kalau tak ada komunikasi yang baik, cuba WhatsApp dia. Beritahu dia dan tanya kenapa jadi macam tu. Kenapa tak layan anak elok – elok. Persoalkan apa yang terbuku di hati melalui penulisan. Mungkin isteri tuan ada masalah yang tak dapat diluah atau dikongsikan.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Kongsi Artikel Ini :