20 tahun mak sabar dengan baran abah. Baru ni, saya pelik mak suka selfie, mesej sambil senyum. Saya tak percaya apa yang saya nampak

Adik lelaki tiba – tiba datang dekat saya dan menangis teresak – esak. Rupanya dia pun tahu tentang kecurangan mak saya. Kami tahu mak sudah banyak sabar dengan per4ngai buruk ayah, tetapi kenapa dia perlu curang..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum semua. Nama saya Nana (bukan nama sebenar), saya betul – betul perIukan nasihat sebab saya sudah buntu sangat dengan apa yang saya hadapi sekarang ini. Sebagai pengenalan, saya seorang wanita berusia 22 tahun dan sekarang masih belajar ijazah, tahun kedua dan saya merupakan anak sulung.

Berbalik kepada masalah saya, ayah saya tidak bekerja sudah masuk tahun keempat sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang lalu. Ayah saya dulu bekerja sendiri dan ada syarik4t sendiri dan mak saya pula bekerja dengan ayah.

Sebelum ini semuanya okey, kami langsung tiada masalah dan hidup bahagia seperti keluarga lain. Nak dijadikan cerita, waktu kovit pada tahun 2021, ayah saya terp4ksa menjalani pembedahan akibat peny4kit k4nser dan terp4ksa tinggal di wad selama dua bulan (selepas pembedahan).

Jadi semua urusan berkaitan syarik4t, mak saya yang uruskan seorang diri. Anda fahamlah kan, ekonomi masa kovit itu memang sangat teruk. Bayangkanlah, seorang wanita, isteri, seorang ibu terp4ksa memikul beban itu seorang diri.

Itu belum termasuk menjaga ayah dan kami anak – anak. Semua perkara menjadi kelam kabut. Selepas ayah sudah sihat, ayah membuat keputusan untuk tidak bekerja. Masa itu syarik4t baru hendak pulih selepas dua tahun jatuh.

Maka sekali lagi, mak yang terp4ksa memikul tanggungjawab untuk menyara keluarga. Saya bersyukur sangat masa itu saya sudah berada di matrikulasi. Jadi duit belanja semua daripada elaun yang matrikulasi bagi. Dari sini, segalanya m4kin berubah, m4kin teruk.

Untuk pengetahuan pembaca, ayah saya ini ada masalah baran yang teruk. Jadi tidak perlu saya ceritakan bagaimana zaman kanak – kanak saya (faham – faham sendirilah). Saya perasan yang masalah baran dia m4kin menjadi.

Tambahan lagi kalau mak dan ayah bercakap tentang duit, pasti rumah itu menjadi huru hara. Satu perkara yang saya tabik dekat mak sebab dia boleh bertahan tinggal dengan ayah. Seperti tengking, m4ki hamun itu semua perkara biasa.

Dan pada masa itu, mak saya lah yang menjadi ketua keluarga, mencari rezeki, nafkah untuk keluarga. Dalam masa yang sama, mak kena buatan orang (sih1r). Bayangkan betapa besar beban yang mak saya tanggung, dengan keadaan mak yang sangat teruk.

Kenapa saya berkata begitu, sebab saya yang rajin ikut dia pergi berubat semua. Ayah pula tidak mahu percaya yang mak saya kena sih1r. Dia buat tidak peduli saja kepada mak dan dia berkata mak sebenarnya, ‘s4kit main – main saja sebab tidak mahu pergi kerja’. Sumpah masa itu jujur saya katakan, saya benci sangat dengan ayah.

Masa ini juga saya sudah mula membantu mak berniaga, sebab nak kumpul duit sedikit – sedikit untuk masuk ijazah. Ini saja yang saya mampu buat sebab ayah tidak benarkan saya bekerja di tempat lain. Saya tidak tahu kenapa, dia sumpah marah sangat apabila saya minta kerja di tempat lain.

Pendek cerita, pada tahun 2023 alhamdulillah mak saya sudah beransur okey (selepas berubat). Itu pun selepas semua orang tegur ayah untuk pulihkan mak. Semua yang ikut bawa mak berubat itu semua senyap – senyap sebab takut ayah saya marah.

Tetapi sikap baran ayah saya menjadi sem4kin teruk. Saya rasa kalau saya tinggal lama – lama di rumah ini, saya hanya kumpul d0sa saja, sebab sudah banyak saya terkurang ajar dengan ayah. Apa yang saya boleh katakan, ayah bukan role model untuk saya. Tidak seperti anak – anak perempuan yang lain, ayah itu cinta pertama kan?

Jadi, mak saya ini sudah bertahan lebih daripada 20 tahun dengan sikap ayah. Saya dan adik – adik sampai satu tahap pernah berkata, “Kalau mom tak tahan, cerai sajaIah.” Apa yang kami maksudkan adalah, bercerai secara elok.

MaIangnya saya perasan keadaan menjadi sem4kin buruk apabila saya nampak mak mula berubah. Selepas mak sudah sembuh itu, mak saya cuba hendak nampak cantik saja selalu, kemudian sedikit – sedikit selfie. Untuk pengetahuan, mak saya adalah seorang yang tidak suka selfie, apatah lagi kalau muka dia seorang saja.

Kemudian wallpaper telefon dia pun sudah berubah. Dahulu gambar dengan ayah tidak pernah ditukar dan sekarang gambar dia selfie. Mula – mula, saya cuba untuk bersangka baik. Mungkin mak hendak dapatkan kembali keyakinan diri dia.

Apa yang mengesahkan syak wasangka saya adalah, saya ternampak dia menyimpan satu nombor dengan emoji cinta sahaja. Dan nombor itu bukan nombor ayah saya. Saya perasan sejak dari itu, dia suka berchatting secara sembunyi – sembunyi, kemudian senyum seorang diri.

Dan saya perasan setiap selfie yang dia ambil dihantar kepada nombor itu. Masa ini saya masih dalam tahap menafikan. Saya tidak mahu percaya apa yang saya nampak. Tetapi saya masih mencuri – curi lihat dari tepi chat dia, semua chat ada emoji cinta dan sebagainya. Sedangkan ayah saya langsung tidak memegang telefon.

Tetapi saya masih memutuskan untuk simpan perkara ini sendiri. Sebab adik baru habis Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), dan lagi seorang masih di sekolah menengah, saya tidak mahu keruhkan keadaan dengan terlalu berfikir.

Tetapi beberapa hari lalu, adik lelaki saya tiba – tiba datang kepada saya dan berkata dia nak beritahu sesuatu. Pada mulanya saya malas hendak layan, sebab adik lelaki saya ini suka mengusik. Tiba – tiba dia diam, saya sudah risau yang dia tahu apa yang saya tahu.

Tidak lama selepas itu dia menangis. Masa ini Allah saja tahu macam mana luluhnya hati saya tengok adik lelaki saya menangis teresak – esak. Rupanya dia pun tahu tentang kecurangan mak saya. Teresak – esak dia bercerita kepada saya.

Dia berkata kenapa mak sanggup buat macam ini? Kami ada adik bongsu yang di asrama yang masih belum habis belajar, kami hanya risaukan dia. Sebab adik bongsu yang rapat dengan mak dan ayah. Kalau boleh kami tidak mahu musn4hkan zaman kanak – kanak dia. (sumpah saya menangis tulis ini.) Saya tidak tahu hendak buat macam mana lagi. Rasa buntu sangat.

Kami adik beradik tidak kisah kalau ibu bapa bercerai secara damai, tetapi kalau sudah begini, kami risau ayah akan melenting dan kami tidak yakin tentang keselamatan mak. Kami tahu mak sudah banyak menghadapi per4ngai buruk ayah, tetapi kenapa dia perlu curang?

Untuk pengetahuan, saya sangat benci orang yang curang. Dan hanya saya dan adik lelaki saja yang tahu tentang hal ini. Saya dengan adik lelaki tidak kisah sangat pasal kami, sebab saya tengah belajar ijazah, dia pun nak sambung belajar, jadi kami memang tidak akan tinggal sekali dengan ibu bapa.

Kalau bercerai pun kami boleh pergi rumah nenek. Tetapi kami fikirkan adik perempuan bongsu kami. Kami takut dia yang paling terIuka. Jadi saya amat memerIukan nasihat sekarang. – Lara (Bukan nama sebenar)

Komen W4rganet :

Faisal Arrifin : Awak dan adik lelaki ajak berjumpa mak di luar. Berbual secara perlahan, bincang isu ini. Kalau nak bercerai, minta cara baik. Lepas itu dia nak kahwin lain ke terpulang. Tetapi semuanya tidak akan sama lagi. Berubah sepenuhnya.

Wawa Jaddawi : You and your brother berbual secara perlahan dengan your mom yang you guys tahu tentang affair dia itu. Of course kita faham, dengan layanan your dad to her, bila ada lelaki lain yang datang dan layan dia dengan kasih sayang, dia mudah terpengaruh.

Buat dia faham bahawa mempunyai hubungan sulit bukanlah cara yang betul. Selagi dia masih isteri ayah awak, walaupun sejahat mana, elakkan curang. Sebab, kalau nanti bercerai, suami boleh gunakan alasan sebab isteri curang dan pada mata orang, semuanya adalah salah your mom. Walaupun you tahu the issue started before your mom curang. Semoga segalanya dipermudahkan buat TT sekeluarga.

Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.