27 tahun berkahwin, ayah sanggup jual kerepek untuk sara keluarga. Baru ni dapat tahu gaji mak aku sebenarnya puluh ribu!

Kemudian tak disangka -s angka, mak yang 2 bulan dah tak balik rumah, boleh pula dia balik rumah hari tu. Mungkin dia ingat takde orang dekat rumah sebab pergi kenduri. Dia masuk rumah, terk3jut nampak aku ada. Kenapa 2 bulan tak balik, hari ni baru nak balik? Allah nak tunjuk depan mata apa yang mak aku buat.

Salam! Nama aku Sofea. Aku merupakan anak yang mungkin kelihatan keras hati tetapi apabila melibatkan ayah, aku adalah orang yang pertama menangis. Aku sudah berkahwin dan aku banyak belajar dari pengalaman hidup ayah sebagai contoh untuk berbuat baik kepada suami aku yang menjadi pintu syurga aku.

Sejak kecil, aku dibesarkan oleh ayah. Aku dan adik – adik lebih banyak masa bersama ayah berbanding dengan ibu kami. Ayah aku seorang penjawat awam. Beliau sangat mengambil berat tentang keluarga, sentiasa memberi nafkah dan sangat menjaga solat.

Semua keperluan anak – anak dan isteri sentiasa dijaga. Ayah aku merupakan kiriman dari syurga. Setiap kali pulang ke rumah mertua atau rumah ibu sendiri, ayah selalu membawa makanan atau memberi wang belanja.

Mak aku pula? Mak aku bekerja sebagai business woman. Selalu tak ada masa dengan kami. Mak aku boleh dik4takan kerja silih berganti tapi semua yang mak aku buat, semua tak menjadi. Makna kata kalau mak aku buat takaful, sekejap je bertahan. Tukar kerja lain.

Disebabkan mak aku selalu takde masa untuk kami, itu merupakan satu alasan untuk dia tidak menjalankan tugas sebagai seorang ibu. Mana taknya, kami bangun tidur dia dah pergi kerja. Kami masuk tidur, baru dia balik kerja.

Hujung minggu banyak aktiviti takpun meeting katanya. Ayah aku? Dia lelaki yang baik. Dia sangat memahami kerja isteri dia. Makan aku dan adik beradik? Jangan harap mak nak masakkan untuk kami. Semua ayah yang uruskan.

(Oh ya ayah aku pandai masak). Dari makanan, duit belanja, baju sekolah ayah yang iron, kasut sekolah ayah tolong cucikan, hantar dan ambil sekolah semua ayah uruskan. Kadang kala terp4ksa minta jiran ambilkan kami kalau ayah tak sempat.

Ayah tak ada masa tapi ayah tetap ambil masa untuk anak – anak. Mak aku jangan cakaplah, tanya anak – anak makan apa harini pun tak pernah. Anak – anak pergi sekolah ke tak, dia sendiri pun tak tahu. Anak – anak buat kerja sekolah?

Sekalipun dia tak pernah check, ajarkan atau temankan. Check jadual anak? Tak mungkin. Kami sendiri yang berdikari sendiri. Masa kecil kalau orang tanya, aku sayang ayah ke mak? Aku mesti akan jawab ayah tanpa berfikir.

Sebab ayah dah macam mak untuk aku dan adik beradik. Sampai sekarang, kalau orang tanya tetap aku akan jawab, ayah. Walaupun aku tahu kedudukan mak diutamakan sebanyak tiga kali, kemudian baru ayah. Tapi aku tak boleh sangkal yang hati aku lebihkan ayah. Jahatkan aku?

Padahal mak pun insan yang mengandungkan aku, s4kit melahirkan aku. Itulah orang kata, anak masa kecil dia nampak apa orang tua dia buat. Dulu mak aku pernah kant0i bercinta dengan suami orang. Dalam masa dia tak ada masa untuk anak – anak dan suami, dia ada masa untuk bercinta dengan suami orang. Apa reaksi ayah aku?

Waktu itu pertama kali dalam sejarah aku melihat ayah menitiskan air mata. Siapakah orang yang sanggup Iukakan hati dia? Ya, orang itu mak aku sendiri. Isteri dia sendiri. Ayah tak marah atau meng4muk. Ayah cuma diam dan menangis.

Percayalah. Sesulit apa pun keadaan, sekeras mana pun ujian, aku tak pernah melihat air mata dari ayah. Berkali – kali mak aku minta maaf dan minta peluang kedua. Ayah setia berada di sisi mak. Tanpa sedikit pun rasa sayang dan cinta ayah untuk mak berkurang.

Ayah mengaku khilaf ayah tak mengambil berat tentang mak. Tengoklah, dalam situasi macam ni pun ayah masih salahkan diri sendiri? Ayahhhh. Hati kau terlalu baik ayah. Masa silih berganti. Hubungan ayah dan mak nampak bahagia.

Aku? Aku kerja sambilan sambil belajar. Tak sempat pulang ke rumah selalu. Aku dah merantau sambil belajar. Adik – adik semua belajar dan memerIukan kos yang banyak. Ayah pula sampai jual kerepek untuk buat income tambahan semata nak anak – anak dia belajar tinggi. Biar hidup biasa je, asalkan bahagia.

Tapi siapa sangka, jodoh mereka hanya bertahan selama 27 tahun. Sekali lagi mak aku curang dengan officemate. Kali kedua. Apa yang lebih meny4kitkan? Gaji mak yang kami sendiri tak tahu sebanyak puluh ribu. Tanpa sedikit pun dilorongkan untuk menolong ayah dan kami adik beradik.

Kami dapat tahu dari salah seorang rakan tempat mak bekerja. Dengan alasan dia tak nak bersubahat. Kali ni ayah sendiri yang call aku dari jauh “mak minta cerai dengan ayah hari ni,”. Dunia aku gelap. Benda pertama terlintas dalam fikiran “kesiannya ayah dan adik – adik”.

Rupanya dalam masa aku sibuk belajar dan buat part time, dah 2 bulan mak dan ayah duduk asing. Aku tak tahu. Aku sungguh tak tahu. Ayah kata tak nak buat anak – anak risau. Ya Allah macam mana ayah tanggung sorang selama ni?

Kenapa tak bagitahu? Kenapa ayah biar ayah s4kit sorang tahan benda ni? Sampai aku doa Allah ambil ayah aku supaya ayah tak rasa s4kit ni. Bercinta dua tahun pun dah s4kit bila dicurangi. Ini 27 tahun usia perkahwinan. Tak ada siapa pun menjangkakan macam ni.

Aku pun ambil keputuusan balik ke rumah. Belajar dekat rumah. Sebab aku tengah study week waktu ni. Masih segar dalam ingatan. Ayah hadiri kenduri kahwin sepupu ayah. Nak dijadikan cerita, aku tak ikut sebab nak study.

Aku beranggapan, dekat majlis tu nanti mesti ayah dengan mak berjumpa. (Kalau mak aku tak rasa malu, dia pergiIah kot) Kemudian tak disangka – sangka, mak yang 2 bulan dah tak balik rumah, boleh pula dia balik rumah hari tu.

Mungkin dia ingat takde orang dekat rumah sebab pergi kenduri. Dia masuk rumah dan terk3jut nampak aku ada dekat rumah. Kenapa terk3jut? Tak sangka ke aku ada dekat rumah? Kenapa 2 bulan tak balik, hari ni baru nak balik?

Ya Allah sungguh Allah tu maha mengetahui. Nak tunjuk depan mata apa yang mak aku buat. Mak aku masuk rumah terus tanya, “Sofea tak pergi kenduri ke?”. Aku diam membisu, buat – buat busy depan laptop. Walhal aku perasan kehadiran mak aku.

Kemudian dia pun bergerak ke almari. Di mana dalam almari tu ada dokumen – dokumen penting yang ayah simpan. Aku tanya, “Cari apa?” “Awak nampak tak sijil lahir mak? Haritu ayah kata dah hilang.” “Sebab tu ke mak datang rumah ni?”

Air mata aku tanpa henti mengalir. Terketar – ketar tangan ni. Sedih. Tanpa menyapa anak ini sihat ke mentaInya, sudah makan ke, belajar okay ke. Datang – datang terus cari dokumen penting dia. Sungguh aku kecewa untuk yang keberapa kali.

Rupanya dokumen yang dicari tu ayah sengaja kata hilang untuk melambatkan proses penceraian. Tapi mak sanggup datang cari sendiri. Nak sangat ke bercerai? Tak kisah ke perasaan anak – anak? Katanya anak – anak dah besar, boleh handle em0si sendiri. Angkuh. Waktu ini aku sedar, ayah je yang pertaahankan.

Akhirnya, ayah dan mak pun bercerai. Aku sangat mengagumi ayah handle masalah dan anak – anak. Walaupun ayah tak dapat pertaahankan rumahtangga dia, dia ada anak – anak yang sayangkan dia. Ayah kuat demi anak – anak. Itu kata ayah yang selalu diucapkan.

Mak pula dah menginsafi setiap apa yang dilakukan. Siapa kita untuk menghukuum. Terima kasih ayah dan mak untuk semua. Sekelumit pun tak ada d3ndam. Sofea doakan semoga ayah dan mak sentiasa bahagia dengan cara tersendiri. – Sofea (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Aini Mohamad : Bila suami bagi isteri kerja dan sokong kerjaya isteri serta ambil semua urusan rumah tangga.. isteri pula ambil kesempatan di atas kebaikan suami. Isteri lupa tanggungjawab. Dia suka berada di luar rumah, berjumpa ramai orang, dia sukakan c4baran.

Dia merasakan apa yang dicari dalam hidup ini semuanya ada di luar. Dia lihat burung terbang bebas, dan dia kagum. Dia terlupa, sang ibu burung keluar sebab mencari makanan.. untuk dibawa pulang buat anak – anak. “Mungkin ibu tt pulang sebab perIukan tempat tidur, dia fikir kehidupan dia adalah di luar, bukan pulang sebab keluarga menanti”.

Tt.. Sebenarnya elok juga bercerai. Tt fokus kebahagiaan tt bersama ayah dan adik beradik. Kekecewaan ayah, usahanya dalam rumah tangga selama ini.. tentunya ujian untuk mengangkat martabatnya. Semoga sihat – sihat sentiasa dan dimurahkan rezeki serta diberi ketenangan dan kebahagiaan.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.