Aku koyak baju suami, aku gigit dia. Dia melutut minta aku bagi dia peluang

Masa aku pergi pasaraya, aku perasan suami tengok satu perempuan pakai baju s3ksi. Masuk kereta aku terus meng4muk dan ungkit apa yang dia pernah buat. Aku cakap, biar aku curang dengan lelaki lain baru dia tahu apa yang aku rasa. Malam tu aku dengar dia menangis lagi dalam sujud terakhir dan doanya..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum. Hai admin tolong siarkan. Aku nak minta pendapat dan nasihat andai aku yang salah dalam hal ni. Tolong bagi semangat untuk aku kembali yakin. Mungkin bagi setengah orang anggap masalah aku ni remeh, tapi bagi aku sangat terkesan.

Aku seorang surirumah, ada bisnes online sendiri. Hampir 15 tahun kahwin. Suami aku seorang yang s0ft sp0ken, bertanggungjawab dan penyayang. Tak pernah marah atau tinggikan suara pada aku, apatah lagi memukuI. Orang sekeliIing selalu cakap dia terlalu manjakan aku.

Aku cerita ni untuk korang tahu serba sedikit tentang dia ni macam mana orangnya. Dia seorang yang rajin, kalau cuti semua kerja rumah dia buat aku cuma duduk je. Sejak dari awal kahwin hingga sekarang tiap pagi dia akan bangun dulu dan siapkan sarapan.

Aku cuma masak tengah hari dan malam. Kerana itu aku rasa dihargai dan disayangi, maka kepuasan dan keseronokan suami aku utamakan. Aku cukup jaga keperluan suami. Sentiasa dan semampu boleh aku berhias dan jaga bersih wangi untuk dia.

Jadi, apa masalahnya? Ya, aku diuji 3 tahun lepas, secara tak sengaja aku periksa henfon suami, dan aku dapati dia layari laman Iucah. Tersent4k aku, dari ditatang dengan kasih sayang. Aku teliti segalanya. Suami aku ni bila dia cuti sentiasa ada di rumah dan tak keluar melepak.

Keluar selalu dengan aku. Waktu pergi dan balik kerja pun sekitar awal dan lambat 10 minit je. Kiranya dia tengok benda tu dalam waktu kerja. Sesingkat itu pun sempat, tak faham aku apa dia nak sebenarnya..? Aku simpan segala bukti ke henfon aku, tiba masa aku bersemuka dengan dia.

Sejak awal aku ni jenis susah nak berpura – pura atau pendam. Aku luahkan dan tanya. Luar kawalan aku t4mpar dan c3kik suami bila dia mengaku. Dia tak membaIas, berulang kali dia minta maaf. Aku tanya apa kurangnya aku? Tak seronok ke dengan aku?

Kurang menarik ke aku? Buruk ke, h0doh ke aku ni? Apa salah aku? Dia cuma menangis dan merayu aku maafkan dia dan cakap itu semua bukan salah aku. Tak ada kurang pada aku segalanya ok. Dia kata itu cumalah hiburan padanya sebagai lelaki.

Sejak hal itu aku kerap diam, bercakap bila perlu. Aku katakan hal dia buat tu berd0sa dan juga buat aku terIuka, rasa terh1na. Ulang kali dia minta maaf aku tetap diam. Aku mula jarakkan diri, sibukkan diri. Tapi keperluan makan minum dan pakai dia aku tetap urus macam biasa, cuma rumah jadi sunyi.

Jika dulu aku ketawa bergurau. Gembira dimanja, kini aku diam. Bila dia datang dekat, aku berpaling. Paling teruk aku jadi mengungkit. Silap sikit aku marah dan akan ungkit. Jika dulu aku sentiasa bersedia untuk dia. Sejak hal tu aku tidur lebih awal.

Aku mengelak. Hampir setahun dia mengalah, dia masih baik layan aku macam biasa. Aku cuba jugak tengok handphone dia, tapi dia dah tak tengok dah dekat laman tu. Perlahan hati aku terawat sendiri, nak percaya sepenuhnya memang taklah.

Aku ingat dia betul berubah tapi H4RAM. Aku terbuka fb dia. 1 hal yang suami aku ni lupa, dia bagi aku segala kata laluan. Dekat fb, dia  tengok segala video tak elok dan ada 1 gambar perempuan berbikini dalam simpanannya.

Kali ini sabar aku memuncak, habis baju dia aku k0yakkan. Aku c3kik dan gigit dia untuk mengaku. Apa jawab dia? Dia dah cuba berubah tapi aku yang abaikan. Dan dia sengaja simpan 1 gambar tu untuk tengok sebagai hiburan.

Dia melutut minta aku beri dia peluang, minta aku bimbing dia ke jalan yang betul semula. Aku cuma diam, aku keluar bawa anak semua. 2 hari aku tak balik dan bermalam di hotel agak jauh. Suami cari tak jumpa, segala panggiIan aku tak jawab.

Lepas 2 hari aku balik, yang aku nampak suami masih pakai baju yang sama sebelum aku keluar. Baju yang k0yak waktu aku kerjakan masa marah. Dia tak pergi kerja. Henfonnya pecah. Kata dia apa guna henfon dia salah guna sampai merosakkan rumahtangga kami apatah lagi tak dapat hubungi aku sejak beberapa hari

Aku minta dia lepaskan aku. Meraung dia menangis memeIuk aku. Dia tak nak lepaskan aku. Lalu hingga ke saat ini sejak kejadian lepas aku masih isterinya. Aku muhasabah diri, kadang – kadang aku baca ada lebih teruk ujiannya berbanding aku.

Tapi aku masih payah nak lupakan. Aku sem4kin ok jalani hidup namun jika terjadi perg4duhan waima silap kecil, aku kerap ungkit dan apa yang aku nak kalian nasihat. Bagaimana untuk aku hilang rasa curiga. Baru ni ada 1 hari aku berg4duh sejurus balik dari pasaraya kerana ada perempuan tersangatlah s3ksi pakaiannya melintas di hadapan kami.

Suami yang setia memimpin tangan aku hanya sekilas lalu terpandang tapi marah aku bukan kepalang. Jauh sudut hati, aku tahu suami tak pandang berlebihan. Aku sendiri ada di situ. Serta merta aku keluarkan kata kesat dan cakap suami aku memang jenis sundaI.

Aku ungkit sedangkan dulu pun lebih dari ni dia tengok. Aku hilang kewarasan, menangis dan menjerit sekuat hati dalam kereta memukuI suami. Aku ulang kali cakap kalau dia tak buat segalanya dulu, aku tak kan rasa sakit dan curiga sejauh ini.

Aku juga cakap dia tak kan rasa apa aku rasa. Pernah sekali aku sampai berkata andai aku curang dan bersama lelaki lain barulah puas hati aku biar suami tahu apa aku rasa. Pertama kali nya suami menjerit minta aku diam. Dah kata dia.

Tolong percaya, dia betul dah berubah. Hati dan keinginan dia pun dah tak nak lakukan d0sa. Aku terdiam bila suami menangis sambil bercakap. Sudah – sudahlah hukvm dia, ungkit tiap masa, dia sayangkan aku, dia tak buat lagi. Dia dah jaga pandangan.

Dia sendiri pun tahu akan d0sa dan dia malu atas d0sa lepas. Dalam tangisan suami cakap. Andai aku rasa bebas dan lepaskan segala marah dengan bersama lelaki lain untuk baIas rasa ini, buatlah. Dia tak mampu dah nak haIang cuma 1 dia tetap sayangkan aku dan janji akan jaga aku selagi dia bernyawa.

Terus suami memandu tanpa berkata lagi sampai ke rumah kami. Tak lama solat maghrib, aku dengar dia menangis lagi dalam sujud terakhir dan doa nya. Aku ters3ntak sejak itu. Namun kepercayaan aku sangat susah, aku takut kecewa lagi.

Sejujurnya aku tak kan buat pun untuk curang dengan suami. Aku hanya sayangkan suami, cuma aku kecewa. Aku dah berusaha untuk lupakan ini semua. tapi tak boleh. Ada ketika aku sangat bahagia tapi ada waktu aku teringat dan jadi marah semula.

Oh ya, sampai hari ini suami aku tak pakai henfon, jangan kata dia ada henfon sembunyi pulak ya. Semua perbelanjaan dan kewangan aku uruskan sejak awal kahwin lagi. jadi tak rasa suami ada duit lain. Kad bank pun suami serahkan pada aku, bukan aku yang minta tapi suami yang bagi dari dulu.

Ada sekali dia cerita kawan sekerja seakan memerIi dia yang tak ada henfon. Ye la zaman covid ni, semua kena scan wahal ditempat kerja cuma dia 1 orang yang menulis. Dia tak pernah merungut, cuma aku tahu kalau boleh dia nak aku percayakan dia.

Entahla. Aku pun keliru. Aku pun susah untuk hubungi dia, mujur tempat kerja dekat. Apa patut aku buat, perlu ke aku yang suarakan untuk dia guna henfon semula? Betul ke dia dah berubah? Derh4kakah aku sampai menitiskan air mata suami aku?

Tuhan panjangkan j0doh kami hingga 15 tahun bersama namun hanya ujian sebegini aku telah jatuh dan sukar kembali yakin. Kurang bersyukur kah aku?

Komen Warganet :

Mak O Leha Ramlee : Ingat sy4iton itu tifak pernah lena atau lupa untuk mengg0da manusia kerana masjid yang didirikan akan dia usaha runtvhkan, bahagia yang manusia rasakan akan terus dicurah r4cun untuk dimusn4h.

Hidup mana yang tidak terduga. Sabar itu pahit tapi hasilnya manis di kemudian hari jika suami tt sudah benar – benar insaf cubalah lupakan sedikit kesilapannya, atau simpan untuk waspada. Namun ikhlaskan diri untuk menerima dia seadanya.

Dan mohon kepada Allah biar ini jadi cubaan yang terakhir dalam 0mbak badai berumahtgga. Sama – sama berubah, sama – sama bermuhadabah insyaallah akan temui kebahagiaan.

Siti Khadijah Sheikh Hishamuddin : Saya teringat satu ayat ni, kalau nak betul – betul lupa nak memaafkan. Kita kena cari salah kita dulu. Perlahan – lahan puan boleh cari kesalahan puan, cuba ubah dan baiki hubungan suami isteri.

Jangan terlalu curiga sebab terlalu curiga tu juga boleh meruntvhkan rumahtangga. Tak salah puan rendahkan eg0 puan sebagai isteri. Give and take, jangan terlalu mengharapkan kesempurnaan sedangkan kita sendiri tak sempurna.

Azir Najiha : Suami awak ada buat silap. Cara awak menghukvmnya sangat keterlaluan. Ingat suami yang berdiam diri ni, penakut. Sekali dia buat keputvsan, awak akan terduduk dan dia takkan berpaling lagi. Lebih baik awak banyakkan bersabar dan bincang elok – elok. Supaya tak menyesal kemudian hari.

Saya Cuma Ikan : Betul la tu tengok video tak senonoh berd0sa, kasar dengan suami pun berd0sa tapi kita semua sama je yang beza cara memilih d0sa. Sis call la suami bagi dia hanfon balik. Insyallah dia takde tengok dah benda – benda tak elok camtu. Sayang je kahwin lama – lama g4do camni lagipun buat penat otak dan tenaga sahaja sedangkan masih sayang.

ShiQin Marlia : Tt cuma kecewa. Yang selebihnya tu ins3cure pada suami je. Sebab tu jangan sesekali rosakkan percaya seorang isteri. Dan jangan pernah buat isteri rasa terh1na dengan tengok Iucah walaupon sekadar hiburan. Sekali rasa dikhi4nati. P3rit tu takkan hilang. Letakkan diri kita kat tempat isteri. Pedih beb! Memang rasa dikhi4nati!

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.