
Sepanjang 3 tahun jadi ibu tunggal, aku sunyi tambah lagi sikap anak – anak yang biadap. Baru ni aku kenal dengan seorang duda. Dia datang beraya jumpa dengan anak – anak. Masing – masing buat muka. Balik je tetamu, anak perempuan kata dia jijik dengan aku. Dia ugvt tak nak bayarkan sewa rumah. Anak kedua cakap aku beban..
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum. Aku harap admin hide nama aku. Aku nak cerita pasal kesedihan aku tentang situasi ni dan anak – anak. Aku ada 3 orang anak. Yang sulung perempuan ada 2 orang anak dan single mom. Kedua perempuan juga 20 tahun dan last lelaki 16 tahun.
Aku single mom dah hampir 3 tahun. Aku duduk menyewa bersama anak kedua dan ketiga serta seorang cucu yang sulung. Cucu yang kedua bersama bekas suami anak aku. Manakala anak sulung kerja di Johor Bahru dan balik sekali sekala sahaja.
Ceritanya begini.. Aku berniaga kecil – kecilan dari rumah dan pendapatan taklah begitu banyak. Cukup untuk buat makan hari – hari untuk satu keluarga. Kadang – kadang ada masa tak berlauk juga. Duit sewa rumah anak sulung dan kedua kongsi bayar setiap bulan serta bil api dan air. Duit makan, minyak motor atau keperluan lain anak tak ada bagi.
Selain buat tempahan kuih yang tak seberapa, aku juga tukang hantar anak dan cucu ke sekolah, dan hantar serta ambil anak kedua pergi kerja setiap hari. Memang penat dan letih berpanas berhujan hari – hari tapi aku fikir tu tanggungjawab aku kepada anak – anak dan cucu.
Aku diceraikan ketika baru 2 bulan duduk menyewa rumah sekarang ni. Harga yang tinggi juga dan aku tak mampu nak bayar setiap bulan. Tapi syukurlah anak – anak dapat tolong. Aku mengalami depresi agak teruk selepas cerai dan ambil masa lama untuk sembuh dan move on.
Dalam masa 3 tahun tu hidup aku sangat sunyi dan aku rasa aku tak berhak untuk bahagia. Tuhan uji aku bermacam – macam masalah tapi aku hadap juga. Anak – anak makin besar dan menjauh dari aku. Dan lebih meny4kitkan bila anak – anak dah makin besar kepala.
Hidup aku selalu rasa tertekan. Anak aku boleh dikatakan macam dah terlalu biadab dengan aku. MeIawan, tengking – tengking dan dihina juga. Untuk pengetahuan, anak sulung aku sangat bersikap kasar dengan aku sejak dulu lagi. Aku pernah dipukuI, diter4jang, diIempang dengan anak.
Aku tak boleh tegur atau nasihat dah. Cucu sulung yang dia suruh jaga dia tak beri langsung duit makan, duit perubatan, senang cerita dia lepas tangan. Disebabkan cucu aku jaga juga. Kesian. Anak kedua aku dah berubah sejak bekerja. Lepas SPM dia kerja pada awalnya okay masih dengar cakap aku. Hormat dan lembut. Tapi makin lama dia berubah.
Dari tak balik rumah, bawa lelaki balik rumah bahkan masuk bilik dan sudah pandai hisap r0kok. Aku sangat kecewa dan marah. Bila aku tegur dia cakap aku kepoh, dia marah aku balik. Dia kata dia str3ss dan rasa tertekan sebab kena jaga aku. Maksudnya kena bayar sewa rumah dan bil.
Jadinya lama – lama hidup aku macam sunyi dan depresi. Aku tak ada teman berbual. Bahkan setiap kali kena marah dengan anak – anak aku hanya mampu nangis dan pendam. Aku nak cerita dengan kawan – kawan aku malu dan fikir untuk apa dorang nak tahu.
Aku sejenis suka kongsi kehidupan aku di Facebook. Itu cara aku menghibur diri. Itulah tempat aku meluahkan perasaan. Aku suka masak, jadi aku kongsi segala masakan aku. Aku suka berkarya dan tulis puisi jadi aku kongsi juga. Aku pernah menangis waktu bawa motor, aku burn out, aku tahu emosi aku sangat teruk.
Aku pernah nak Ianggar lori atau kereta depan aku.. tapi kalau aku m4ti macam mana hidup anak lelaki dan cucu aku. Mereka itulah penguat aku sekarang ni. Aku ada kenal seorang lelaki yang baik, single dad dan baik sangat. Ambil tahu dan caring pasal aku.
Dan dia nak datang beraya ke rumah aku bawa anak – anak dia dan ingin kenal – kenal dengan anak aku. Jadi dia datang dari Kuala Lumpur. Aku ada beritahu anak – anak kawan lelaki aku nak datang beraya dan aku nak masak untuk dia. Masa tu semua okay sahaja, anak – anak tak larang pun.
Masa lelaki tu datang semuanya berubah. Anak aku yang sulung masa tu ada dekat rumah. Aku dah nampak muka dia macam tak suka. Dan kawan aku nampak reaksi anak aku tu. Bila kawan aku dah balik, anak kedua aku balik dan marah – marah aku. Dia kata aku menjijikkan, menyampah tengok muka aku.
Pelbagai kata – kata hinaan dan cacian tanpa henti untuk aku. Dia tak nak mengaku aku mak dan malu aku jadi mak dia. Malah dihina lelaki tu cuma pakai kereta murah. Aku dipukuI teruk dan aku tak mampu nak meIawan. Aku sedih. Apa salah aku?
Salahkah aku pun nak rasa disayangi dan dicintai oleh seorang lelaki? Aku dah 3 tahun hidup merana dan keseorangan. Aku pulih perlahan – lahan dan tiba – tiba aku kena macam ni. Anak aku marah semahunya dengan aku dan ugvt untuk tak nak bayar sewa dan dia nak keluar dari rumah. Dia cakap aku beban.
Anak pertama cakap penat nak tanggung sewa untuk aku. Anak kedua cakap aku beban. Sampai sekarang dia tak bercakap dengan aku. Dia kata menyampah tengok aku, jijik dan tak ingin tengok aku lagi. Aku sedih dan mula mengurungkan diri dalam bilik dan nangis. Apa salah aku?
Aku tahu belakang aku anak -anak buat macam – macam salah dan d0sa. Aku tegur tapi dimarah. Pengaruh alk0hoI, bertukar pasangan, sosiaI, tapi aku dianggap tak layak untuk menegur. Tapi bila aku kenal seorang lelaki dan mula rapat mereka semacam tak bagi aku peluang untuk bahagia. Aku tak layak untuk rasa dicintai.
Apa yang mereka nak aku buat sebenarnya? Adakah anak – anak rasa aku tak layak bahagia dan suka tengok aku keseorangan dan kesunyian? Aku dah sampai tahap takut dengan anak – anak aku sendiri. Nak bercakap apa pun takut. Takut aku nak dengar perkataan yang mereka keluarkan dari mulut mereka. Berd0sa besarnya mereka terhadap aku. Aku sedih. Teramat sangat sedih. Aku dah mula mengurungkan diri, nangis tanpa henti. Tolong aku..
Ulasan Pembaca :
Noraziyah Mansor : Kalau lelaki tu dilihat dapat selamatkan puan, terimalah pinangannya. Anak – anak dewasa bukan tanggungjawab puan dah. Cucu pun tanggungjawab ibu bapa dia. Tak perlu restu anak – anak pun untuk puan berkahwin lagi.
Apatah lagi dengan sikap anak – anak yang begitu.
Maznah Osman : Back to Allah, cari Allah balik. Di saat kita tak berdaya hilang upaya Allah masih ada. Bukan manusia yang kita perlu sandarkan hidup ni, tapi Allah sand4ran kita. Allah sumber kebahagiaan kita. Kita jaga Allah, insyaAllah semua Allah jaga urusan dunia mahupun akhirat kita.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.