Keluarga mertua tak suka aku orang bandar, mereka ejek aku kaki club. Sekarang anak aku pun jadi m4ngsa. Anak aku baru umur setahun dituduh mencuri mainan

Ipar buat drama dan menuduh anak aku yang umurnya baru setahun waktu tu. Dia cari pasal mengatakan anak aku curi barang anak dia. Aku bertungkus lumus cari mainan tu, tak jumpa – jumpa. Rupanya terbongkar cerita dia sendiri yang hilangkan barang tu tapi sengaja nak tuduh anak aku..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum admin. Hide profile aku ya. Aku nak maklumkan awal awal pos aku ni panjang. Jadi kalau siapa yang rasa tak selesa boleh terus skip baca ya. Maaf sangat sangat. Tujuan aku pos ni sebab nak share sikit untuk dapatkan sedikit nasihat macam mana aku nak hadap. Kena kecam pun tak apa sebab aku sekarang buntu.

Macam mana hati kita ni nak redha? Dah cuba macam macam cara tapi masih tak mampu nak redha. Aku dalam setiap solat aku berdoa supaya dibuka hati aku untuk berbaik dengan ipar. Aku dah cuba berzikir, merayu pada Allah, pujuk hati dengan positif vibes tapi masih aku tak boleh teruskan.

Ipar yang terlalu banyak s4kitkan hati aku selama aku berkahwin dengan suami aku. Difitnah, dimaki, dikutuk, diperli aku dah banyak kali kena tapi bila dia tahu perkara yang sebenar, datang minta maaf dengan aku, berkali – kali macam ni. Aku maafkan.

Tapi sampai satu saat di mana dia mereka reka drama dan menuduh anak aku yang umurnya baru setahun waktu tu, aku jadi terkilan sangat – sangat sebab anak aku yang tidak tahu apa – apa pun dia cari pasal mengatakan anak aku curi barang anak dia sedangkan aku memang kawal anak aku sebab dah pernah berg4duh.

Aku tak nak ada g4duh lagi aku kawal anak aku tak bagi anak aku pegang langsung barang – barang anaknya. Nak dijadikan cerita dia cipta drama tu dan aku bertungkus lumus cari barang yang dikatakan anak aku curi tu, tak jumpa – jumpa, penyudahnya terbongkar cerita dia sendiri yang hilangkan barang tu demi nak cari pasal dengan aku. Sampai hati kamu dik.

Permulaan dulu berg4duh pun angkara mulut ipar yang lain menyampaikan fitnah melagakan aku dengan dia dan dia terus datang rumah menghina dan memaki aku tanpa aku tahu asal usul, penyudahnya bila aku tanya ipar yang lain berdepan, tergagap nak jawab dan menangis minta maaf. Aku tidak faham dengan keluarga suami aku ni.

Apa saja yang aku tidak dihina, aku orang bandar pun jadi isu dikatanya orang bandar ni gerenti sosiaI sedangkan aku bukan jenis kaki club pun walaupun dah duduk di bandar dari kecil. Suka bergaya dan melawa, dihina juga cakap aku ni over suka nak mekap mekap tak macam mereka natural beauty lepas tu ketawakan aku ramai – ramai.

Aku balik kerja masak simple – simple untuk suami dan anak – anak pun diketawakan mereka, macam mana mereka tahu apa kegiatan kami walhal rumah asing – asing? Mak mertua suka bertanya suami, dan suami jenis lurus jujur dengan maknya akan diceritakan semua.

Pada sangkaan suami, maknya akan seronok bila dengar bini anaknya masakkan untuk anaknya tapi hinaan yang aku dapat. Aku diamkan sebab aku pun sibuk dan penat jadi tak ada masa nak layan isu macam ni. Masa aku belum ada zuriat lagi sang mertua cakap macam – macam pada aku masa tak ada orang, baik ayah mertua baik mak mertua semua menyalahkan aku sebab belum mengandung, padahal baru satu tahun kahwin.

Bila aku dah ada anak berderet dikatanya aku ni tahu beranak saja, siap hadkan jumlah anak aku yang patut aku ada. Ni dah ada tiga anak dah cukup dah jangan beranak lagi. Terdiam lagi aku. Sedangkan maknya beranak ramai ramai tak ada pula isu.

Kadang – kadang mertua akan bercakap dengan suami aku kasihan dekat anak aku yang sulung tu, dapat anak rapat – rapat tak sempat nak berkasih sayang. Bila dia cakap macam tu suami aku pun jadi tidak suka dengan anak – anak yang lain.

Aku dulu sampai pernah fikir nak gugurkan tapi nasib baik aku masih fikir panjang. Guna perancang pun dah guna tapi terlekat juga salah aku ke. Dan segala belanja rumah bukan atas suami semata, kami sama – sama kerja. Sekarang bila ipar aku yang dah buat macam – macam dekat aku, tiba – tiba datang salam aku dan pura – pura buat macam tak ada apa, hati aku pedih sebab suami aku asyik p4ksa aku untuk berbaik saja balik.

Selepas apa yang aku hadap kenapa semua orang anggap benda ni simple eh? Adakah aku ni pend3ndam? Aku dah cuba macam macam cara untuk aku maafkan dia tapi aku masih belum boleh. Aku dah serik untuk bagi peluang sebab aku kenal mereka.

Mereka minta maaf dan nanti akan ulang balik benda yang sama berkali – kali, g4duh dalam adik beradik benda biasa tapi kalau berg4duh dengan ipar ni lain kesannya. Aku kadang – kadang sampai rasa kasihan pada anak – anak sebab mereka sepatutnya dapat kasih sayang mak pak saud4ra dapat main dengan sepupu masing – masing tapi aku terp4ksa sekat mereka dari bergaul dengan sepupu – sepupu semua sebab mak – mak mereka yang bermasalah dengan aku. Aku tak nak nanti dituduhnya anak aku macam – macam lagi.

Sekarang anak ipar tu asal jumpa barang aku atau barang anak aku, dia selongkar dan dia biarkan je anaknya sambil sibuk main handphone. Ipar aku tak rasa malu ke hina aku dan anak aku macam – macam tapi yang jadi pada anaknya sendiri.

Kehidupan aku dan anak – anak sentiasa jadi perhatian sampai aku rasa tidak ada privasi. Walaupun jauh tapi mereka sentiasa ambil tahu pasal aku dan anak – anak aku melalui suami aku. Suami aku pula jenis tak boleh nak fikir yang mereka bukan tanya kosong tapi menyiasat isi masa lapang mereka. Tapi suami tak akan percaya sebab semua tu adik beradik dia kan.

Anak – anak pakai baju apa, ditanya beli mana pada suami, renovate rumah, disoal pada suami aku, beli motor, disoal lagi pada suami. Dan macam – macam lagi lah. Sedangkan aku pun tak ada ambil tahu pasal kehidupan ipar ipar aku. Status wasap ke apa ke aku memang tak tahu sebab aku dah blok semua.

Bila aku tak bersedia lagi nak berbaik dengan ipar aku, mak mertua meng4muk dengan aku marah aku macam – macam masa suami aku takde dengan aku. Tapi tak ke mereka dapat fikir punca aku berubah dingin dengan mereka pun bermula dari mereka sendiri.

Memang orang cakap berbaik – baiklah tapi tu lah hati aku tiba – tiba jadi keras. Aku tahu bila dah keras ni maknanya dah ada titik hitam dalam hati aku. Aku taw4r hati sampai tiap kali dia hulur tangan nak salam aku sambut tapi tak tengok langsung mukanya. Bila dia tanya apa – apa pun aku cepat – cepat sibukkan diri pergi tempat lain.

Yang ipar – ipar semua suka hina aku macam aku ni tidak ada agama tapi mereka di Facebook bukan main tutup aib masing – masing, naik status Islamik semua tapi bila berg4duh dengan mak ayah pun dimaki mak ayah tu. Dekat status Facebook atau wasap bukan main merendahkan orang yang jadi anak derh4ka, apa lagi aku yang orang luar ni lagi macam – macam kena.

Perkataan hina yang teruk aku dah kena gelar. Aku dulu pun tak bertudung tak tutup aurat pun dikorek aib aku disebarkan. Tapi aib mereka semua simpan rapi. Harap aku dapat ubah hati aku menjadi lebih bersih dan boleh menjadi reda. Terima kasih kepada pembaca sebab sudi baca dan maaf sebab panjang sangat.

Ulasan Pembaca :

Asikin Ahmad : Saya seorang mertua. Ya Allah minta dijauhkan lah sifat yang busuk hati begini pada anak menantu. Sebab masa kahwin dulu saya punya mertua dan ipar duai yang sangat baik hati. Kami bahagia tanpa campur tangan sesiapa dah tiga puluh tahun perkahwinan. Tarik diri buat seketika dik, duduk rumah asing buat apa yang awak suka.

Shila Shariff : Cerita kita lebih kurang sama saja. Saya pilih untuk diam dan tak balik kampung dulu buat sementara. Saya buat seolah tidak ada apa yang berlaku. Cuba untuk lupakan juga tapi agak susah. Dengan suami pun saya dah luahkan. Alhamdulillah dia faham. Cuma buat masa sekarang sis kena tabah, sabar, kuatkan mental.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Kongsi Artikel Ini :