3 tahun aku siasat suami, akhirnya terbongkar memang betul suami ada kekasih. Wanita kaya, cantik. Jauh beza dengan aku yang miskin

Kisah ini dikirim oleh pembaca dan diedit oleh Editor kami. Nama dan lokasi dirahsiakan atas permintaan pengirim.

Wanita tu cantik dan ibarat langit dengan bumi kalau nak dibandingkan dengan aku yang biasa – biasa. Aku anak orang miskin, aku takde pelajaran apatah lagi harta w4risan orang tua. Patutlah suami aku frust sangat masa nak lepaskan dia.

#Foto sekadar hiasan / AI. Tarikh hari ni adalah tarikh keramat buat aku, tapi mungkin bukan untuk suami aku. Akhirnya teka teki yang bermain selama 3 tahun sejak aku tahu rahsia suami aku tu terjawab juga. Segala bukti di timeline Google Maps dan Google Search milik dia selari dengan pertemuan dia dan A.

Aku kuatkan hati menaip nama cinta hati dia walaupun air mata mulai menitik satu persatu. Aku tahu suami aku tak akan endah dengan air mata aku sebab itulah diri dia. Hari ni terjawab segala persoalan sejauh mana hubungan dia dan A, sememangnya sangat jauh.

Dia bercuti di Penang beberapa kali bersama A. Aku nampak A happy sangat kat sana dan pastinya suami aku pun bahagia bersama wanita dambaan dia. Aku akui, A adalah seorang wanita matang, bijak dan karisma. Patutlah suami aku frust sangat masa nak lepaskan dia.

A cantik dan ibarat langit dengan bumi kalau nak dibandingkan dengan aku yang biasa – biasa. Aku anak orang miskin, aku takde pelajaran apatah lagi harta w4risan orang tua. Aku cuma ada cinta yang amat dalam untuk suami aku dan tak pada lelaki lain selain arw4h bapak aku.

Aku hanya mampu hadiahkan dia 2 permata hati iaitu Atiq dan Dania, selebihnya tiada. Suami aku tu kesayangan aku dunia dan akhirat. Kalau bukan kerana permata hati kami berdua, dah lama aku menghembuskan helaan terakhir. M4ti sudah hati aku, luluh hati aku pada suami aku. Sedihnya hati, hibanya hati aku bila dapat segala bukti.

Terdetik dalam hati aku, sampai hati suami aku buat aku sampai macam tu sekali. Aku sedikit tak terkesan dengan tabiat dia melanggan GR0 dan China d0ll meskipun aku tahu itulah yang dia buat di belakang aku selama perkahwinan kami. Hati aku hiba bukan kepalang bila aku tahu dia menyintai A dan merancang untuk hidup bersama.

Aku terjumpa carian dia untuk kondo sekitar Mont Kiara dan Damansara, tempat yang dia selalu bertemu dengan A. Malah carian kereta BMW untuk A pun muncul hari ni. Aku sedih sebab bukan rezeki aku nak meraih cinta suami aku lagi. Aku dapat rasakan indahnya perasaan cinta waktu kami baru bersama dulu, mungkin itulah yang suami aku dan A kecapi.

Alangkah beruntungnya A sebab suami aku betul – betul menyintai dan mengaguminya. Hari ni aku lihat diri aku, tak layaknya aku bersama suami aku, seorang businessman yang berjaya, anak orang berada. Memang A seorang wanita karisma, sesuai dengan position suami aku, seorang Senior Manager corporate di KL.

Terasa nak je aku undur diri dan keluar dari rumah suami aku. Aku tak layak tinggal di banglo indah ni, A yang selayaknya. Dia adalah cinta hati suami aku. Hari ni aku sedar bahawa tiada cinta untuk aku di ruang hati suami aku. Yang ada cuma sayang dan kesian pada permata hati kami. Kalau kami berpisah hidup, sedihnya hati anak – anak kami.

Aku kena kuatkan hati mulai saat ni dan belajar untuk tak lagi menyintai suami aku kerana ia terlalu s4kit untuk dirasai. Aku harus tabah demi anak – anak kami yang comel, yang masih tak faham apa yang berlaku di antara mama dan baba.

Andai suami aku bertemu cinta hati dia, aku berharap dia cubalah setia dan jangan sesekali meny4kiti hati wanita tu. Terusik di minda aku, demi melihat suami aku bahagia bersama cinta hati dia, aku sedia lepaskan dia. Sebab aku terlalu cintakan dia dan ingin melihat kesayangan aku bahagia. Dia yang aku rindui setiap detik.

Sebelum aku sudahi coretan yang mungkin dianggap sampah bagi suami aku ni, aku nak dia tahu, dialah yang amat membahagiakan aku. Beruntung wanita yang dapat mencuri hati dia. Bukan rezeki aku dengan cinta suami aku. Sudah takdir aku tak mungkin bertemu dengan lelaki yang betul – betul menyintai dan setia pada cinta aku.

Pun begitu, aku bahagia sangat dapat menyintai suami aku dunia dan akhirat. Apa yang mampu aku lakukan sekarang, semoga Allah Taala menutup hati aku pada mana – mana lelaki selepas dia. Biarlah terpahat di hati aku nama dia sebagai lelaki yang paling membahagiakan malah paling meIukakan.

Terima kasih untuk kesempatan selama kami bersama. Aku akan pujuk dan didik hati aku agar tak lagi berharap akan hadirnya cinta di hati dia buat aku. Allah akan bantu aku hadapi hidup ni tanpa cinta seorang lelaki bernama suami. Selamat tinggal cinta hati aku, MHS.

Komen netizen :

Zarita Mohamad ; Suami kau kaya, sis, berpangkat. Minta dia belanja sedikit wang untuk kau ubah penampilan diri. Jangan terlalu rendahkan diri, sampai bila pun kau tak akan yakin dengan diri kau. Setiap wanita ada kelebihan masing – masing, berhenti lihat keburukan sendiri, semoga segala urusan sis dipermudahkan, kuat.

Naz Ziera : Kalau tak kaya sekali pun, janganlah b0doh sangat. Masa laki tengah sayang tu kau buat apa, mumy oi? Kikislah sikit duit dia buat beli aset kau, waktu susah boleh juga pakai. Dia boleh pula hidup dengan cinta semata – mata.

Apa kata anda? Hantar kisah anda di sini

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Kongsi Artikel Ini :
About Hana 5171 Articles
Hana ialah penulis dan editor di Media Cite Heboh yang mengendalikan kandungan komuniti, kisah pembaca dan topik kehidupan seharian. Hana turut menyunting kiriman pembaca dari segi ejaan, tatabahasa dan susunan supaya lebih mudah dibaca sambil mengekalkan maksud asal cerita.