
Ibu pernah menangis tiba – tiba. Ibu pernah meraung dalam bilik. Ibu pernah juga lama dalam bilik air sambil shower terbuka dan aku terdengar dia. Setahun berlalu, aku nampak ayah berubah..
#Foto sekadar hiasan / AI. Assalamualaikum. Mulanya aku takut nak luahkan apa yang terbuku dalam hati aku sebab pernah aku baca luahan orang lain dapat kecaman. Namun aku tak tertanggung lagi untuk menahan seorang diri. Dan kali ni aku terima jika ada kecaman.
Aku hidup dalam keluarga yang bahagia bersama 4 orang adik beradik, ibu dan ayah. Tahun demi tahun aku nampak ibu sentiasa diduga. Ibu bagai telan semua pahit seorang diri. Namun tahun 2023 adalah tahun yang gelapkan hidup ibu.
Ujian yang tersangat lah besar dalam hidup ibu. Ayah kantoi curang dengan rakan kerjanya sendiri yang aku namakan Zura. Ibu tak pernah tunjukkan kesedihan dia selama ni tapi tahun tu dia tak dapat sembunyikan kesedihan dan kes4kitan dia pada aku. Dan aku tempat dia mula meluah.
Ayah bukan pertama kali curang. Mungkin itu kali ke 3. Namun dengan 2 wanita yang berbeza. Maksudnya pertama adalah wanita lain, kedua dan ketiga adalah wanita yang sama. Ibu pernah minta Ayah jaga ikhtilat selepas kantoi yang pertama.
Namun cheater always be a cheater bagi aku. Ayah simpan wanita bernama Zura itu hampir 3 tahun. Dan tahun ketiga itulah Allah tunjukkan segalanya pada ibu sehingga lah hari ini terbongkar semua yang cuba dirahsiahkan.
Ayah terlanjur bersama Zura. Atas kerelaan mereka berdua. Sebelum tu ibu dan ayah berg4duh sebab ibu dapat rasakan yang mereka berdua pernah bersama, namun Ayah nafikan sekeras – kerasnya sehinggalah ibu cuba untuk ced3rakan diri dia. Barulah ayah mengaku semuanya.
Ibu terduduk. Aku hanya mampu lihat dan takut ketika itu. Ayah mengaku telah hanyut jauh bersama Zura. Berada di negeri orang yang jauh dengan keluarga. Ayah dan Zura ibarat pasangan. Selalu keluar bersama. Dan tak perlulah aku detailkan apa yang mereka buat.
Korang mesti dapat agak.. Ayah lupa ibu. Ayah layan ibu seperti terp4ksa. Sedihkan jadi ibu yang setia dengan ayah. Aku nampak raut wajah ibu sangat kecewa dengan ayah. Ayah merayu mohon maaf dekat ibu namun ibu tak dapat menahan emosinya.
Bagi aku, ibu memang punya instinct yang sangat kuat. Semua yang dia rasa semua Allah tunjukkan pada dia walaupun s4kit dan perit. Aku pernah dengar ibu doa supaya ayah berubah dan bertaubat. Ibu dapat rasakan Zura dan ayah dah terlalu jauh.
Ibu selalu meluah kan rasa dalam hatinya pada Allah. Aku curi – curi dengar. Aku pernah dengar ibu merayu berikan dia jalan keluar dari kesedihan dan kesakitan Iuka yang dalam ni. Ibu menangis, meratap ujian hidup dia bersama ayah orang yang dia sayang satu ketika dulu. Namun kali ni ayah adalah orang yang terakhir dia sayang.
Ibu minta Allah tunjukkan apa lagi yang ayah buat belakang dia.. dan ya.. Allah makbulkan doa ibu. Allah beri dia rasa kurang sayang pada ayah. Allah tunjukkan satu demi satu selama ini yang ayah sembunyikan. Sehingga ayah sendiri menjadi s4kit dengan perbuatan dia.
Ibu pernah cakap dekat aku kenapa ibu rasa kurang sayang dekat ayah sekarang. Aku hanya mampu senyap. Setahun berlalu, aku nampak ayah berubah. Ayah mula jaga ibu. Baik dengan ibu. Sweet sangat dengan ibu. Namun apa yang aku lihat adalah ibu tak sama macam dulu.
Kalau tidak, ibu lah yang paling happy kalau ayah balik dari KL. Oh ya ayah aku bekerja di KL. Muka ibu pun sendu tak happy macam dulu. Aku tahu ibu sangat tr4uma dengan ayah. Ibu pernah menangis tiba – tiba. Ibu pernah meraung dalam bilik. Ibu pernah juga lama dalam bilik air sambil shower terbuka dan aku terdengar dia menangis.
Aku sedih. Aku kesian dekat ibu yang banyak berk0rban demi keluarga ni. Ibu orang yang bekerjaya. Ibu punya degree. Kerja ibu pun bukan biasa – biasa namun ibu berk0rban jadi suri rumah demi anak – anak dan keluarga.
Ibu masih dalam keadaan yang dingin sehingga sekarang. Namun dia cuba kuat demi kami adik beradik. Tahun ni aku terdengar yang ibu minta dilepaskan sebab ibu dah tak mampu untuk menahan tr4uma dalam hidup dia. Namun ayah merayu sangat untuk tidak tinggalkan dia.
Aku? Semestinya tak nak itu berlaku. Dan jika itu berlaku aku akan memilih ibu. Ibu tak jumpa dengan Zura? Ibu pernah minta Zura berterus terang dengan ibu tapi penyondol memang akan play v1ctim. Jadi ibu decide untuk kick dia dari life ibu.
Sehingga hari ini, ibu masih minta untuk dilepaskan. Dan macam biasa ayah merayu dan berjanji kali ini akan berubah demi Allah. Dan ayah tak sanggup kehilangan ibu. Ayah baru sedar yang dia b0doh dengan apa yang dia buat.
Ibu hanya senyap. macam mana aku tahu semua ini? Semua berlaku depan mata aku. Walaupun dalam bilik mereka berbincang tapi aku boleh dengar. Yang aku harapkan ibu kembali happy macam dulu. Ibu kekuatan aku dan adik – adik yang lain. Ayah adalah d4rah daging aku yang tak mungkin aku benci.
Sebab ibu selalu pesan jahat macam mana ayah dia adalah ayah dan d4rah daging kita. Selagi ayah lakukan tanggungjawab dia jangan pernah benci ayah walaupun ibu dis4kiti berkali – kali. Kepada Zura, tak pernah Kah kau fikir yang ayah aku sudah punya keluarga? Anak – anak yang masih kecil.
Kalau ayah aku yang mulakan dulu kenapa Zura tak boleh menjauh dari ayah? Kenapa perlu bersama ayah. Jadilah wanita yang mahal. Dan jangan lah berbahagia dalam pend3ritaan orang lain. Oleh kerana ini lah juga aku takut untuk berkenalan dengan lelaki.
Dan aku takut dikecewakan oleh lelaki. Aku takut untuk lalui seperti ibu lalui. Namun ibu wanita yang hebat. Wanita yang kuat, wanita yang setia dan sanggup berk0rban segalanya. Kakak sayang ibu dunia akhirat. Kakak akan sentiasa dengan ibu. Mohon doakan ibu dapat tempoh semua ni. – Laira (Bukan nama sebenar)
Komen Netizen :
Encik Pazil : Kenapa tak pindah ikut ayah.. patutnya di sisi suami adanya isteri melainkan kerja yang sukar untuk pindah. Dekat situ dah ada kelompongan, kalau ibu berpisah pun itu hak ibu. Jadi doakan yang baik – baik. Buat tt.. jangan pernah jugde lelaki semua sama, ujian orang berbeza – beza. Kenallah dengan lelaki tapi jaga batas. Masih ada lelaki yang baik di luar sana.
Norzaila Farahiyah : Kalau tak sebab Zura pun, akan ada yang lain. Kalau ibu bahagia tanpa bapak.. Janganlah halang sebab tak nak parents pisah. This is about your mom’s happiness.. After all the sacriifice she’s made.
Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.