3 tahun mak mentua stroke, ayah mentua mula malas jaga. Duit pencen, mak mentua semua dia pegang. Baru ni, ayah mentua dapat tahu mak mentua ada hibah..

Sejak ayah mentua sibuk cari calon isteri baru, mak mentua makin diabaikan. Ada masa lampin mak mentua dah lencun sangat, tapi ayah mentua tak tukar. Mak mentua ditinggalkan seorang diri dalam bilik hujung tak berteman. Makan pun dah dicatu. Asyik makan mi segera sahaja..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum semua. Niat aku bukan nak buka aib sesiapa, cuma sekadar nak minta pendapat andai ada yang pernah lalui situasi macam kes aku ni. Aku sendiri pun serba salah nak bercerita sebab melibatkan keluarga dan orang tua, tapi aku rasa kalau aku pendam lagi, makin s4kit hati.

Aku tulis pun sebab aku tengok keadaan mak mentua aku yang makin hari makin terabai, sedangkan dulu dia yang banyak berk0rban untuk keluarga. Mak mentua aku pencen kakitangan kerajaan. Dia dapat pencen medical board RM3000 sebulan, lepas itu dapat pula duit ganjaran sekitar RM160 ribu, dah dapat tahun lepas.

Mak mentua aku pula dah stroke hampir tiga tahun. Sepanjang perkahwinan mak mentua dengan ayah mentua, semua duit gaji mak mentua, ayah mentua yang uruskan. Kad bank mak mentua pun ayah mentua yang pegang. Ayah mentua tak bekerja tetap, sekadar kontraktor. Kadang – kadang ada projek, kadang – kadang tak ada langsung.

Disebabkan duit pencen dan duit ganjaran mak mentua, ayah mentua yang uruskan semuanya. Dari segi keperluan, memang lengkap. Dia sediakan bilik khas, kerusi roda, katil macam katil hospital, lampin pakai buang, ubat – ubatan, semua nampak tiptop dari luar.

Orang luar tengok, memang nampak macam ayah mentua jaga mak mentua dengan baik. Satu hari, ayah mentua dapat tahu pasal hibah. Dia buat sendiri surat kononnya mak mentua hibahkan semua harta kepada dia. Mak mentua cuma tandatangan sahaja surat itu.

Memang mak mentua cakap dia ikhlas nak hibahkan kepada suami sebab dia percaya sepenuhnya. Ayah mentua pun dah jumpa peguam untuk sahkan hibah tersebut. Masa itu, anak – anak pun tak berapa ambil kisah sebab ingatkan semuanya untuk kebaikan mak mentua juga.

Lama – kelamaan, ayah mentua mula rasa bosan nak uruskan mak mentua yang terlantar dah tiga tahun. Dia kata dia bosan sebab tak dapat belaian seorang isteri. Lepas itu, dia mula mencari calon isteri lain. Lepas berkahwin dengan seorang perempuan, tak lama lepas itu putus.

Lepas itu berkawan dengan orang lain, putus lagi. Pernah bertunang sebulan pun putus juga. Mungkin dia nak seorang isteri macam mak mentua dulu, tapi itu memang must4hil sebab mak mentua sendiri dah tak sihat. Sejak ayah mentua berkahwin dan berkawan dengan macam – macam perempuan, mak mentua makin diabaikan.

Ada masa lampin mak mentua dah lencun sangat, tapi ayah mentua tak tukar dalam jangka masa lama. Mak mentua ditinggalkan seorang diri dalam bilik di hujung rumah, tak ada siapa teman. Makan pun dah dicatu. Asyik makan mi segera sahaja.

Kononnya perut mak mentua sangat sensitif, tak boleh salah makan nanti cirit. Padahal dulu mak mentua makan macam orang biasa. Anak – anak pernah cakap, kalau ayah mentua tak mampu nak jaga, upah orang gaji sebab mak mentua ada duit pencen.

Tapi ayah mentua kata itu membazir. Dia cakap duit yang ada sekarang nak simpan untuk hari tua. Tapi peliknya, segala keperluan mak mentua dicatu, termasuk makan. Jadi segala harta mak mentua, ayah mentua nak guna bila ada isteri baru nanti.

Segala kemewahan nak dilimpahkan kepada isteri baru. Nak beri nafkah setiap bulan, tapi guna duit pencen mak mentua. Mak mentua sendiri tak dapat apa – apa, malah makin dicatu. Lepas ayah mentua bertunang, mak mentua lagi rasa terabai.

Maki hamun, kena tengking dan kena carut dengan ayah mentua dah jadi perkara biasa. Tapi dengan tunang dia, layanan memang lain. Lembut, manis, penuh perhatian. Pernah satu hari, ayah mentua beli dua bentuk cincin dan seutas gelang tangan untuk hari nikah dia nanti.

Dia tunjuk semua barang kemas itu depan mata mak mentua. Sedangkan dekat mak mentua, sebentuk cincin pun tak pernah dibelinya sepanjang mereka kahwin. Semua barang kemas untuk tunang itu dibeli guna duit pencen mak mentua.

Masa itu, muka mak mentua terus berubah. Air mata dia jatuh. Sedihnya hati seorang isteri yang terlantar tengok suami sendiri buat macam itu. Anak – anak pula tak boleh tegur langsung ayah mentua. Kalau anak – anak cuba tegur pasal cara dia tengking dan maki mak mentua, pasal duit mak mentua, atau pasal dia nak kahwin lagi, depan anak – anak dia diam.

Tapi lepas semua balik, mak mentua yang jadi m4ngsa. Mak mentua dituduh ajar anak jadi kurang ajar. Ditengking lagi, dimaki lagi, sampai mak mentua sendiri dah takut nak bersuara. Ayah mentua sekarang anggap pencen dan duit ganjaran mak mentua sebagai hak sepenuhnya dia, atas alasan hibah.

Rumah yang mak mentua tinggal sekarang masih atas nama mak mentua, itu pun syukur. Tapi ayah mentua dah cakap nak jual rumah itu. Kononnya anak – anak kemaruk duit orang tua. Padahal anak – anak tak pernah minta pun duit itu.

Anak – anak cuma nak mak mentua dijaga dengan baik, makan cukup, pakai cukup, dan hidup dengan sedikit maruah. Bulan depan, ayah mentua dah nak bernikah. Aku nak tanya kepada sesiapa yang pernah lalui benda macam ini, apa yang patut anak – anak buat untuk dapatkan hak mak mentua?

Dari segi undang – undang pasal hibah, dan macam mana nak dapatkan balik hak mak mentua yang dah jatuh ke tangan ayah mentua? Nampak sangat sekarang mak mentua terani4ya. Dalam keadaan dia tak mampu buat apa – apa, dia cuma berharap pada anak – anak.

Yang paling menyedihkan, setiap kali anak – anak datang ziarah, mak mentua selalu berbisik perlahan. Dia kata dia takut m4ti dalam keadaan terbiar. Dia takut duit dia habis untuk orang lain, sedangkan dia sendiri hidup macam tak bernilai.

Anak – anak cuma mampu pegang tangan dia, tenangkan dia, tapi dalam hati masing – masing rasa marah dan kecewa yang teramat sangat. Ada orang komen, hibah hanya lepas kem4tian. Buat masa sekarang, semua masih milik mak mentua.

Ayah mentua tak berhak gunakan duit itu sesuka hati. Ada juga yang cadangkan guna mahkamah syariah dan kumpul semua bukti. Ada yang suruh buat surat baru, jumpa peguam lain, batalkan hibah lama, buat wasiat baru ikut kehendak mak mentua.

Ada juga yang kata boleh bawa kes ke jabatan berkaitan supaya anak – anak boleh jaga akaun mak mentua. Tapi realitinya, semua itu bukan senang. Mak mentua tak berupaya, nak bercakap pun susah. Nak bergerak pun perIukan bantuan.

Ayah mentua pula makin licik, makin pandai sembunyikan benda. Anak – anak sekarang hidup dalam dilema. Nak Iawan, takut mak mentua makin ditekan. Tak Iawan, hati tak sanggup tengok mak mentua terus dizaIimi. Itulah konflik yang kami hadap.

Bukan pasal harta semata – mata, tapi pasal maruah dan kemanusiaan. Seorang isteri yang dulu jaga suami, besarkan anak, kerja sampai s4kit, akhirnya ditinggalkan macam itu. Dan kami cuma mampu berdoa, semoga ada jalan untuk selamatkan mak mentua sebelum semuanya terlambat.

Ulasan pembaca :

Puan Maisarah Jasmani : Hibah hanya berkuat kuasa selepas kem4tian mak mentua. Buat masa sekarang, semua masih milik mak mentua, bukan ayah mentua. Awak sebagai anak berhak gunakan duit mak mentua untuk keperluan mak mentua sendiri. Jangan biarkan ayah mentua guna sesuka hati. Awak boleh guna mahkamah syariah dan kumpul segala bukti untuk bantu mak mentua awak.

Farah Alias : Buat surat baru dan jumpa peguam lain. Batalkan wasiat atau hibah yang sebelum ini. Tulis wasiat baru berdasarkan kehendak mak mentua. Kad bank yang ada sekarang boleh sahaja disekat lepas itu buat kad baru. Tapi memang susah juga sebab mak mentua tak ada upaya dan ayah mentua masih pegang semua.

Hanna Adrieana : Salam sis. Mak saya cakap sis boleh batalkan hibah pertama itu. Sila dapatkan salinan surat hibah pertama yang telah dibuat oleh ayah mentua. Bawa kepada peguam dan cakap bahawa mak mentua masih hidup cuma str0ke.

Ambil gambar mak mentua yang tak dijaga dengan baik oleh ayah mentua sebagai bukti. Hibah pertama boleh dibatalkan atas dasar penipuan oleh ayah mentua kerana keadaan mak mentua. Tolonglah mak mentua. Anak – anak boleh jaga akaun mak mentua. Pergi ke jabatan JPA dan isi borang untuk jaga kewangan mak mentua. Harap sis baca dan cepat – cepat buat sebelum ayah mentua buat benda yang bukan – bukan.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Kongsi Artikel Ini :