Saya ikhlas bagi suami kahwin lain dengan syarat keluar dari rumah saya, pulangkan kereta. Lepas poIigami suami mer0yan

Bagi saya tak salah kalau ada orang tolong jaga dia. Ibu mentua pun tak perlu nak perli saya lagi. Saya letak syarat pada suami, dia perlu mencari rumah lain, kereta lain. Suami mula mer0yan, sikit – sikit tak cukup duit. Nak pinjam dengan saya..

#Foto sekadar hiasan. Hi, Assalamualaikum semua. Sebenarnya saya tak pandai sangat nak karang ayat. Jadi memang saya straight forward je la ye. Nak mintak pendapat dan nasihat, adakah saya atau suami perlu berubah dalam masalah kami ini.

Saya membesar dengan ibu tunggal. Jadi memang dari kecil saya pandai mencari duit sendiri. Kerja tolong orang di pasar malam, tolong ibu sebagai petani, dan macam – macam lagi saya buat untuk menjana pendapatan. Berdikari.

Hasil dari kerja keras, saya dapat peluang ke Universiti hingga degree. Seterusnya saya menyambung master dan PHD hasil dari biasiswa yang saya perolehi. Setelah habis belajar, biasalah mula orang bertanya bila nak kahwin bagai.

Ibu tak kisah sebenarnya kerana baginya selagi saya tidak bersedia, saya tak perlu kahwin. Tak perlu nak dengar kata – kata orang. Lagipun pekerjaan semasa itu terlalu busy dan memerIukan saya keluar negara selalu. Ibu pesan, jangan behenti kerja kerana jika terjadi apa – apa dikemudian hari, saya ada pendapatan saya sendiri.

Menghampiri 34 tahun, saya masih single sehinggalah ada seorang lelaki iaitu suami saya sekarang datang meminang. Dia seorang pembantu perubatan di kIinik kerajaan berdekatan dengan tempat kerja saya. Bila tengok dia tidak putus asa mengejar, saya meletak syarat sekiranya berkahwin dengan saya, saya sentiasa sibuk, tidak sesekali saya berhenti kerja dan dia perlu faham sebelum berkahwin.

Biasalah lelaki, mula – mula sebelum dapat janji macam – macam. Setelah setahun kahwin, dia mula berbunyi yang saya ni tak romantik, jarang masak, tak betah duduk di rumah. Memang saya jenis straight forward, saya tak pandai nak bermadah.

Tapi saya melayan dia dengan baik. Tidak pernah sekalipun meninggi suara. Cuma masa saya agak terhad. Tapi itu dia tahu dari dulu lagi. Dan dia sanggup berkahwin dengan saya. Ramai menasihati saya, mereka melihat berkahwin dengan saya akan memudahkan hidup dia, rumah kereta semua ada. Dia cuci kaki sahaja.

Saya memang dari mula kahwin tidak pernah mintak duit. Mungkin sifat saya tak suka meminta. Jika dia fikir tanggungjawab dia, dia akan beri. Jadi bagi dia, ini peluang keemasan untuknya mencari isteri baru. Selepas saya tahu mengenai bakal madu saya ini, entah kenapa perasaan saya relax je.

Bukan tak sayang suami, tetapi bagi saya tak salah kalau ada orang tolong jaga dia. Yela, saya kan sibuk je. Ibu mentua pun tak perlu nak perli saya lagi sebab ada orang sudi jaganya. Sebab tu saya benarkan je dia kahwin.

Anak saya dua orang, mereka terk3jut sebab saya langsung tak marah suami atau merajuk. Allah berikan kekuatan hati saya ini dari ibu. Melihat bagaimana ibu did3ra oleh ayah sejak kecil hinggalah bercerai, saya sudah biasa dis4kiti.

Demi Allah saya ikhlas. Cuma saya pesan pada suami, dia perlu mencari rumah lain, kereta lain dan saya serahkan kepadanya untuk menentukan jadual balik rumah saya. Saya jugak meletak syarat untuk membenarkan saya dan anak – anak ke mana sahaja. Dan dia bersetuju.

Anak – anak merajuk dan saya pujuk supaya fikir positif dan mungkin seronok bila ada dua ibu. Bermulalah saya hidup bermadu. Saya teruskan kerja saya seperti biasa. Anak – anak memang dari dulu lagi saya ajar berdikari.

Bila cuti sekolah saya membawa mereka bersama ke outstation atau holiday. Suami mulanya ok, tapi at last bersuara. Dia mengatakan saya seperti tiada suami, enjoy bersama anak – anak. Saya mengatakan padanya, saya pergi bekerja, saya pernah usulkan adakah dia ingin menjaga anak – anak sewaktu saya berada di luar negara?

Tetapi madu enggan. Ibu mentua jugak canang ke seluruh kampung yang saya ini isteri dan menantu tak baik. Jarang balik kampung dan tengok suami. Saya mengatakan padanya, mak dah ada menantu baru, suri rumah lagi, panggillah dia balik selalu.

Lagipun saya bukan kisah apa orang cakap. Jenis hati besi mungkin sebab itu suami agak mer0yan. Dia mula cemburu dengan kejayaan saya. Madu asyik desak dia untuk bercuti seperti saya. Sebenarnya pada mula poIigami lagi dia tidak memberi nafkah dekat saya.

Saya tak tahu lah hati saya ni hati manusia atau alien, sedikit pun saya tak rasa hati. Sebab saya mampu untuk beli apa saja. Anak – anak jugak mengatakan lebih suka hidup begini dari dahulu. Suami sekarang asyik menganggu saya dengan tohmahan dan cemburu.

Ada saja ayatnya untuk naikkan kemarahan saya. Tetapi maaflah suami, hati saya sudah kering untuk awak. Mungkin betul cakap ibu, saya tidak bersedia berkahwin sebab itu hati saya tidak kisah dan tiada prasangka buruk.

Bagi saya, saya boleh hidup je dalam poIigami ni. Tapi nampaknya yang mer0yan tu suami saya. Sikit – sikit tak cukup duit. Nak pinjam dengan saya, tetapi bagi saya itu tanggungjawabnya. Dia perlu mencari sendiri. Sedangkan sesen pun saya tidak minta darinya.

Sahabat sekalian, perIukah saya berubah untuk menjadi lebih sensitif, saya tidak pandai naik angin. Anak – anak pun tak pernah lagi melihat saya melenting. Atau lebih baik saya hidup sendiri sahaja supaya sifat cemburu suami dan madu saya itu akan hilang? Pening jugak sebenarnya.

Apalagi yang lelaki ini mahu? Dah diberi keizinan berkahwin lagi, tidak mintak nafkah, tidak pernah tinggikan suara.. saya tidak tahu apalagi yang dia nak. Mungkin para netizen boleh nasihatkan saya.. Terima kasih. – Manisah (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Jessnor Eina Jizat : Bila ada suami.. Ada satu tajuk bab redha suami… Kalau dia tak redha.. kita berd0sa. Buat apa nak berd0sa banyak – banyak kalau dah bahagia hidup sendiri dengan anak – anak? Cari lawyer je, settle. Nak pergi mana bercuti tak perlu minta izin, tak perlu jaga hati.

Tak perlu update sesiapa keberadaan kita. Tak perlu kena tuduh tak taat. Bahagia pun pilihan. Suami pilih untuk complicated kan keadaan. Itu pilihan dia. Kita buat pilihan kita.

DiLa Latif : Sebenarnya tuan tanah ni berjaya tepis segala t0xic peóple disebabkan hati kering dan sifat terus terangnya. cuma dia belum berjaya lepas dari t0xic relationship ja. Dari penceritaan pun tunjukkan dia tak kisah pun.

Takde plak nak makan hati ke mer0yan ke dengan laki dia tapi cita sebaliknya laki dia yang mer0yan. Cita ni berbeza dengan luahan isteri – isteri yang makan hati. Kepada tuan tanah, u go girl. Sebenarnya dah cukup bahagia. Jangan rosakkan kebahagiaan itu. Tinggal sikit ja lagi. Buang laki tak guna then u will flying with colors.

Azie Azem : Hahahaahah.. suami baru tersedar yang awak boleh hidup tanpa dia dan bakal hilang kasih sayang anak – anak. Dalam masa yang sama mula rasa terbeban sebab terp4ksa menanggung isteri surirumah. Banyakkan berdoa je puan.

Lelaki ni eg0 dia tinggi. Dia dah rasa terc4bar sebab puan lebih bahagia dari dia. Relax aje puan, enjoy your life dan bahagiakan diri sendiri dan anak – anak. Tak perlu nak melenting untuk benda yang tak berbaloi. Follow the flow aje.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.