3 tahun suami dingin, sampai terp4ksa makan ubat kalau nak bersama. Rupanya, begitu hebat lakonan suami menipu. Ada janda murah yang ‘layan’ suami

Bila aku tanya, suami mengaku telah 3 tahun menjalinkan hubungan dan terlanjur. Suami berjanji akan berkahwin dengan janda tu pada tahun depan. Hubungan mereka dipost dalam ig janda tak guna tu. Alasan suami, penampilan janda tu s3ksi tak macam aku. Bangga betul dia..

#Foto sekadar hiasan. As salam admin. Terima kasih siarkan kisah aku dan harap dapat jadikan teladan buat suami suami di luar sana. Tolong hide profile aku ye. Aku seorang isteri yang bekerja mempunyai 3 orang cahaya mata. Sepanjang 10 tahun berumah tangga kami hidup bahagia sama seperti orang lain.

Aku adalah cinta pertama suami kerana dia seorang yang pemalu dan tak pernah bercinta dengan mana – mana perempuan. Kami bertemu dalam satu projek bangunan di mana aku ofis consultant dan dia kontraktor. Aku tak kisah walaupun masa tu suami baru habis belajar dan keluar dating pun naik bas.

Hinggakan ada kawan ofis yang cakap pada aku boleh dapat lagi bagus dan hensem daripada suami. Bagi aku cukup la yang sederhana dan baik untuk dijadikan suami. Dari awal hingga berkahwin aku memahami keadaan kerja suami yang akan ikut projek di mana – mana.

Dan aku sudah terbiasa berdikari menggalas tanggungjawab sebagai ibu dan ayah kepada anak – anak. Alhamdulillah rezeki anak – anak hidup kami bertambah senang hingga la pada 2022 suami aku bekerja di selatan dan akan balik ke rumah sebulan dua kali.

Betul la pepatah ayat suami diuji ketika senang. Aku mula nampak suami mula hilang hormat keluarga aku tapi tetap aku pendamkan. Seperti biasa suami aku akan melayan anak – anak dengan baik tetapi dengan aku dia seakan dingin hinggakan terp4ksa makan ubat doktor untuk bersama.

Aku cuba fikir positif anggap suami penat dan str3ss. Sepanjang 3 tahun tu aku hanya memendam perasaan sendiri kerana percaya dan hormat dengan suami. Perkara yang langsung tak aku jangka terjadi, begitu hebat lakonan suami menipu aku tanpa aku duga.

Aku baru tau suami aku ada perempuan lain bila hubungan mereka dipost dalam ig janda tak guna tu. Begitu hebat menyebarkan bukti kisah cinta mereka. Bila aku tanya suami aku mengaku telah 3 tahun menjalinkan hubungan dan terlanjur. Suami telah berjanji akan berkahwin dengan janda tu pada tahun depan.

Tapi bila balik ke sini hujung tahun lepas apabila projek siap, hati suami aku telah berubah dan rasa tak mampu untuk berkahwin dua apabila macam – macam dugaan melanda. Di dunia pun Allah dah tunjuk suami yang menzaIimi isteri akan sempit pintu rezeki dengan macam – macam baIa.

Janda tu sangat marah apabila suami aku mula menjauhkan diri. Suami aku beritahu permulaan antara mereka hanya untuk main – main saja kerana perempuan tu liar, janda anak 2. Ya Allah kenapa janda yang suami aku pilih. Sudah tau dia sosiaI berkawan tak kira tua muda, mak bapa sendiri pun dah tak ambil kisah keluar malam tak balik – balik.

Ada anak sendiri mak bapa yang jaga tak termasuk anak luar nikah bagi kat orang. Sanggup menempel pada orang kerana duit, hidup senang serta kemewahan. Kerana dia muda dan berbadan kecil suami aku kalah pada nafsu dan sanggup terima perempuan tu walaupun tau pada masa yang sama menjalinkan hubungan dengan ramai lelaki.

Alasan penampilan diri yang s3ksi tiada pada isteri yang disebut pada perempuan tu. Padahal aku bukan tak ada rupa walaupun badan sedikit berisi. Habis semua kekurangan aku dan keluarga dicerita kepada perempuan tu. Kenapa ini yang aku dapat bila setia pada suami dan menerima segala kekurangannya.

Hanya Allah yang tau betapa h4ncurnya hati aku. Segala peng0rbanan aku menjaga anak – anak ketika dia bekerja jauh langsung tak dihargai. Hati aku h4ncur dan s4kit tetapi apabila memikirkan anak – anak aku kuatkan semangat untuk terima suami.

Perasaan aku terhadap suami sekarang tak menentu ada kala baik kadang – kadang marah kerana aku tak mampu menahan s4kit dalam hati. Hidup aku benar – benar berubah menjadi murung dan sedih. Aku telah minta dilepaskan tapi suami merayu minta agar diberi peluang kedua.

Dia dah solat taubat dan berjanji akan berubah. Janji dia depan mak ayah jika main perempuan lagi akan terus jatuh talak. Baru – baru ni kami bertengkar dan suami cakap, aku ni takde kemajuan dalam kerjaya dan gaji aku sekarang tak mampu menampung anak – anak.

Begitu dia bangga dengan gaji yang banyak dia akan diberi hak penjagaan anak. Kerana dia takde sebab lain untuk menutup d0sa tapi tetap nak salahkan aku. Aku betul – betul tak sangka suami aku akan ungkit kekurangan diri aku dan keluarga.

Sedangkan janda tu sekolah pun tak habis boleh pula diterima. Lagi bertambah h4ncur hati aku, kisah kecurangan dia tak habis lagi ditambah pula dengan hinaan dia. Sampai sekarang aku bingung seolah – olah seperti dalam mimpi hingga aku rasa sudah tak kenal dengan suami sendiri.

Kerana rasa tak sedap hati aku ajak suami berubat dan ustaz tu telah memberitahu suami telah kena ilmu hitam hingga ditutup pandangan terhadap aku. Semua ni takkan terjadi jika suami aku tak melayan dan kuatkan iman. Kami juga telah hadiri dua sesi kaunseling di pejabat agama dan dengan kata – kata ustaz la yang banyak menyejukkan hati aku tentang ganjaran untuk isteri yang setia dan taat kepada suami.

Aku berdoa agar dapat ikhlaskan hati untuk menerima semua. Duhai suami duhai imamku. Memaafkan memang mudah tapi nak melupakan segala d3rita yang sengaja kau ciptakan amat menyiksakan. Kasihanilah isterimu ini yang mend3rita kerana perbuatanmu.

Kerana perbuatanmu habis h4ncur kebahagiaan yang kita bina. Kerana niat tak betul untuk suka – suka pada mulanya hingga jadi luka berparut selama – lamanya. Ingat la suami di luar sana hargai la isteri dan anak – anak. Kerana mereka sentiasa ada tika susah dan senang. Bukan mudah nak dapatkan kembali kepercayaan dan kesetiaan jika sekali tak dihargai.

Dan buat janda murahan yang berjaya memporak perandakan rumah tangga kami dan m4ngsa sebelum ni mungkin sekarang kamu berbangga dengan perbuatan keji kamu tapi kamu lupa adanya Allah tuhan yang maha besar. Tidakkah kamu takut akan balasan daripada doa isteri isteri yang teraniaya oleh kamu. Setiap titisan air mata isteri akan meresahkan jiwa kamu, di mana tiada istilah tenang sepanjang hayatmu. Terima la nanti.

Ulasan Pembaca :

Ahmad Firdaus : Suami mu hebat memakai topeng menutup segala kejahatan. Itulah suami mu yang sebenar, bukan dia berubah tapi topeng di wajahnya sudah dibuang. Sebab tu nak cari suami cari yang tak pakai topeng. Biasa tak pakai topeng orang – orang pergi masjid je.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Kongsi Artikel Ini :