Saya ambik, jaga mak yang s4kit terbaring. Suami buat muka bila saya layan mak. Satu hari, suami suruh saya buat pilihan, suami atau mak?

Malam tadi mak tiba – tiba menangis perlahan – lahan waktu saya suap ubat. Saya tanya kenapa. Dia senyum dan bisik, “Maafkan mak.” Hanya itu dia cakap. Saya tak tahan, terus keluar bilik. Suami suruh saya hantar mak ke rumah orang – orang tua. Apa salah saya sebagai anak perempuan??

#Foto sekadar hiasan. Min, tolong siarkan cerita saya. Saya seorang isteri dan ada seorang anak. Ayah saya baru meninggaI dunia tahun lepas. Sekarang mak tinggal seorang diri sebab saya anak tunggal. Baru – baru ini mak mula jatuh s4kit.

Umur mak pun sudah 69 tahun. Selalu sangat saya ulang – alik balik Gurun, Kedah untuk jaga dia. Tapi kali ini mak betul – betul lemah, sampai tak boleh bangun langsung. Saya tengok mak baring sahaja, nafas pun tersekat – sekat. Hati saya remuk, rasa bersalah sebab duduk jauh di Kuala Lumpur.

Disebabkan tiada siapa boleh jaga, saya ajak mak duduk sekali dengan saya di KL. Saya upah seorang pembantu rumah khas untuk jaga mak. Saya fikir bila mak duduk dengan saya, saya boleh pantau dan tengok dia setiap hari. Lagipun, saya kerja dekat dengan rumah, jadi bila waktu rehat saya boleh balik sekejap tengok mak.

Mak pun setuju ikut, sebab dia pun cakap dah tak larat duduk seorang diri. Awal – awal semuanya okey. Tapi lepas sebulan, suami mula berubah. Dia marah – marah, katanya mak saya menyusahkan. Kadang – kadang waktu saya suap mak makan, dia buat muka tak senang.

Pernah satu hari, mak terjatuh dalam bilik air sebab nak cuba berdiri sendiri. Saya berlari panik, angkat mak, terus bawa ke klinik. Tapi bila balik rumah, suami bukannya tolong, dia marah pula, katanya mak sengaja cari masalah. Saya kerja dengan gaji lebih kurang empat ribu lebih.

Pampers, susu khas, ubat mak semua saya yang tanggung. Tak pernah ambil duit suami pun. Tapi suami masih bising. Pernah sekali dia marah depan mak saya, sampai mak tunduk diam menahan air mata. Hati saya h4ncur waktu itu. Kami berg4duh besar sampai dia keluar rumah.

Esoknya dia balik, tapi ayat pertama yang keluar dari mulut dia, “Pilih, mak atau saya.” Saya terdiam. Rasa dunia saya berhenti sekejap. Dia terus sambung, katanya kalau saya pilih dia, saya kena hantar mak ke rumah orang tua. Waktu itu saya menangis teresak – esak. Saya tak sanggup.

Mak saya ada saya seorang sahaja di dunia ini. Ayah dah tiada, adik beradik pun tak ada. Kalau saya lepaskan dia, siapa lagi nak jaga? Saya mula fikir, kalau terus begini, lebih baik saya keluar dari rumah ni. Saya boleh sewa rumah kecil, asalkan mak ada depan mata.

Saya tak kisah susah, asalkan mak dijaga dengan baik. Tapi bila fikir anak pula, hati saya jadi kacau. Nak pisah dengan suami pun bukan keputusan kecil. Malam tadi mak tiba – tiba menangis perlahan – lahan waktu saya suap ubat. Saya tanya kenapa.

Dia senyum dan bisik, “Maafkan mak.” Hanya itu dia cakap. Saya tak tahan, terus keluar bilik sebab takut dia nampak saya menangis. Saya tahu mak rasa bersalah sebab suami saya marah – marah. Tapi mak tak tahu, saya tak pernah menyesal jaga dia.

Suami saya pula sem4kin dingin. Dah seminggu kami tidur berasingan. Dia langsung tak cuba pujuk. Bila saya cuba berbincang, dia ulang semula kata – kata yang sama, “Kalau mak tanggungjawab awak, kenapa kahwin dengan saya?” Luluh hati saya.

Apa salah saya sebagai anak? Semua perempuan dalam dunia ni kalau dah kahwin, kena tinggal mak masing – masing ke? Bukankah seorang suami sepatutnya faham tanggungjawab anak terhadap ibu? Saya bukan abaikan dia. Rumah terjaga, anak dijaga, makan pakai dia pun saya urus. Saya cuma nak mak habiskan sisa hidup dia dengan saya.

Kadang – kadang bila saya balik kerja, saya tengok mak duduk termenung di ruang tamu sambil pandang luar tingkap. Mungkin dia rindu kampung, mungkin dia rasa serba salah. Tapi saya tak sanggup lepaskan dia balik sebab saya tahu kalau dia tinggal seorang diri, saya takkan tenang.

Pernah satu malam mak sesak nafas kuat, saya terus bawa ke hospital. Doktor kata paru – paru mak m4kin lemah. Saya duduk temankan mak semalaman di wad, tapi suami tak datang pun jenguk. Dia cuma mesej tanya, “Bila nak balik? Rumah macam kapal karam.”

Min, saya dah buntu. Kadang – kadang saya rasa nak angkat kaki je keluar dari rumah ni, tapi bila fikir anak, saya jadi serba salah. Saya bukan nak derh4ka pada suami, cuma saya tak boleh buang mak macam tu saja. Orang luar boleh cakap macam – macam, tapi hanya yang pernah rasa kehilangan tahu betapa berharganya masa bersama ibu yang sem4kin uzur.

Saya cuma mohon satu, semoga Allah tunjukkan jalan terbaik untuk saya. Saya tak nak berd0sa pada suami, tapi saya juga tak sanggup jadi anak yang membiarkan ibunya mend3rita. Kawan – kawan, tolong bagi pendapat. Adakah saya terlalu pentingkan mak, atau suami saya yang terlalu pentingkan diri?

Komen Netizen :

Norasiha Jaafar : Kejayaan awal hari ini.. ada gaji.. ada ilmu.. ada kerja. Berkat doa dan usaha mak ayah kita yang membesarkan kita. Lagi – lagi sis anak tunggal. Sayangnya ibu kepada seorang puteri sorang ni saja. Tanpa berbelah bagi. Tanpa berkongsi kasih. Pilihlah ibu.. sis ada kerja.. ada gaji.. setakat anak ais baru sorang.

Suami yang baik. Dia tak akan pulaukan ibu kita. Dah tahap kurang ajar. Tak boleh terima ibu kita. Hanya mahukan sis sahaja.Suami boleh cari lain. Ibu kita sorang tu saja. Sementara dia masih ada di dunia. Sayangi.. hargai.. kasihi.. kita boleh kerja hari ni. Berkat ibu.. bukan suami.. fikirkanlah.

Wan Nie : Kesian awak anak tunggal dan kesian ibu awak tiada anak lain untuk jaga, awak bincangla dengan suami elok – elok, minta dia faham. Dan awak kena penat bergandalah untuk layan suami tak kurang sikit pun, serta jaga ibu semasa ibu masih ada hayat.

Tak wajar untuk cerai, tapi tak wajar juga buang ibu yang lahirkan kita. Suami boleh cari. Tapi selagi boleh bincang dulu, mungkin boleh pergi kauseling bersama suami. Tapi awak jangan buang ibu awak hanya kerana suami atau lelaki. Sebab belum tentu dia boleh setia dengan kita, ke depan pun kita tak tau. Awak taatla pada suami dan taatla pada ibu, supaya suami tak rasa diabaikan. Banyakkan doa moga suami lembut hati dan faham situasi awak.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Kongsi Artikel Ini :