4 tahun mak s4kit, sorang abang pun tak balik. Bila mak meninggaI, mereka tuntut harta, katanya kena adil ikut faraid. Perempuan dapat sikit

Aku anak perempuan yang jaga mak, abang – abang langsung tak balik. Lepas mak meninggaI, mereka jual rumah mak, mereka dapat berpuluh ribu. Aku hanya dapat 7 ribu. Lepas 10 tahun, tiba – tiba…

#Foto sekadar hiasan. Dalam keluarga aku, senang cerita adik beradik semua aku sorang yang perempuan dan bongsu yang lain semua 3 orang lagi lelaki. Ayah aku dah meninggaI awal, waktu umur aku 9 tahun. Umur aku 17 tahun mak s4kit dan perIukan bantuan sebab fulltime pakai kerusi roda.

Abang aku yang lagi 3 orang semua kerja tempat lain dan jauh. Bila aku telefon semua suruh aku jaga. Aku pun sambil fokus spm sambil jaga mak. Habis SPM aku terp4ksa kerja. Duit bantuan sebulan dalam RM100. Mana cukup air, api dan segala macam.

Abang aku pula diorang bagi duit setakat 20 ringgit sorang kadang – kadang 30 ringgit sorang dan suruh aku berjimat. Pada diorang emak kan terlantar je jadi mana makan banyak duit. Senang cerita sebulan tu duit yang aku pegang untuk uruskan rumah dan mak punya makan minum dalam RM200.

Aku pun terp4ksa kerja, itupun aku cari yang paling dekat. Kerja, urus mak dan bila check UPU dapat universiti pilihan aku yang nombor 1. Aku bagitahu abang aku cakap minta tolong carikan macam pembantu jagakan mak. Tapi semua cuma cakap “nanti” rasanya berpuluh kali nanti.

Akhirnya aku tak dapat sambung belajar sebab abang aku tak ada sorang pun balik nak tolong. Aku siap telefon diorang menangis – nangis. Aku merayu dan minta tolong, aku nak sambung belajar. Pasrah… Aku pun kerja waktu ni kerja cuma pada aku untuk emak aku. 5 tahun aku mend3rita seorang diri.

Abang aku tak ada sorang pun balik rumah, tanya khabar. Selama 5 tahun tu setahun pertama sahaja abang aku kasi duit 4 tahun lagi tu satu sen pun diorang tak kasi. Setiap kali balik kerja aku menangis, tengok emak aku menangis, solat aku menangis. Sampai air mata tak mampu nak keluar lagi.

5 tahun selepas banting tulang seorang diri emak hembuskan nafas terakhir. Ikutkan hati aku taknak bagitahu abang aku, tapi aku kuatkan dan telefon diorang kasitahu emak dah tak ada. Bila balik tu masing – masing ada kereta sendiri. Aku punya geram dan marah tu aku tahan.

Tapi yang paling aku terlampau kecewa. Bila emak dah meninggaI, diorang 3 ekor pun rancang nak jual rumah. Aku punya menjerit cakap jangan dan tak payah aku nak tinggal sini. Tapi end up dalam hukvm hakam kita wanita tak ada kuasa langsung ke atas harta pusaka.

Rumah dan barang habis kena jual. Bayangkan pecahan harta tu aku cuma dapat 5%. Aku bila diorang nak kasi tu abang aku cakap “ikut hukvm faraid islam biar adil” aku cuma mampu gelak sahaja dan cakap ini adil ke? Aku cuma dapat 5% manakala abang aku setiap dorang dapat paling kurang 30%.

Jumlah yang aku dapat lebih kurang tujuh ribu ringgit Malaysia. Abang aku dapat berpuluh ribu. Aku punya lah k0rbankan masa hadapan untuk emak. Kena pula cari tempat tinggal baru. Sejak haritu aku memang taknak ambil tahu pasal abang aku. Aku dalam hati cuma nak diorang m4ti.

10 tahun lepas emak meninggaI aku terp4ksa banting tulang lagi. Untuk sewa rumah, pakai, makan dan minum. Bila dah agak stabil aku cuba balik sambung belajar perlahan – lahan. Akhirnya dapat juga tamatkan degree. Waktu tu betul – betul bersyukur..

Badan aku dah lalu bermacam jenis s4kit sebab str3ss, tak cukup tidur, s4kit, nak kena fikir hal duit. Aku kena kerja yang 24/7 dan cuma cuti waktu cuti hari raya aidilfitri dan aidiladha, lain semua kena kerja. Subuh dah keluar maghrib baru balik.

Tapi aku tahan dan buka buku. Aku baca, aku tulis, aku hafal mana yang perlu. Lepas dapat ijazah aku merata cuba cari kerja. Semua cakap umur aku dah tua tapi pengalaman dan bidang professional dan graduate umur tua. Ramai reject aku sampai yang sekarang company aku kerja terima aku.

Waktu ni betul – betul bersyukur dapat kerja akhirnya hujung minggu dapat cuti, cuti awam dapat cuti. Waktu tu umur aku dah lebih 30 tahun. Baru aku dapat berehat. Baru aku dapat keluar hujung minggu tengok wayang. Baru aku boleh fikir nak beli kereta nak beli rumah. Baru aku boleh mampu hidup dengan tenang.

Rasa kelakar bila last aku jumpa abang aku waktu mak meninggaI yang diorang bagi aku 5 percent dan cakap “adil” sekali wasap aku nak pinjam duit sebab kereta kena tarik. Abang aku punya lah tak tahu malu dia cakap nampak video aku waktu convo dan dia cakap “tahniah dik dah berjaya” lepastu tiba – tiba “minta tolong sikit boleh tak, kereta aku tu kena tarik nak pinjam dalam tiga ribu”.

Aku waktu baca tu rasa kelakar dan memang abang aku ni jenis tak tahu malu. Aku dulu merayu dekat dia tapi jawapan dia nanti. Tapi silap aku juga sebab nombor telefon dari dulu tak pernah tukar. Aku pun balas boleh bagi nombor akaun. Dia pun kasi laju, aku balas cakap dah masuk siap buat receipt palsu cakap ni RM5000.

Dia hantar audio cakap puji apa semua. Padahal aku buat fake lepastu aku block dia. Kepada adik – adik dekat luar sana yang fikir tak ada kelulusan tak apa dan ramai berjaya. Percayalah cakap aku, aku pun fikir benda yang sama. Aku dah kerja dapat gaji.

Tapi ramai yang hidup macam aku sebelum ni kerja 24/7 cuti pula jarang. Kelulusan aku cuma SPM, selepas aku ijazah baru aku boleh explore option lain. Selama ni aku tak boleh sebab itu sahaja limit aku. – Umi (Bukan nama sebenar)

Komen Netizen :

Ruzita Mohd Salleh : Ikut faraid memangla dapat ke adik beradik lelaki lebih. Tapi bukan ambik untuk belanja diri sendiri. Dia kena la jaga kebajikan saud4ra perempuan dia tu tambah lagi belum kahwin sebab tu la duit cepat habis sebab ani4ya adik sendiri. Harta dunia boleh habis macam tu jer.

Akrima Abu Bakar : Banyak dah akak baca cerita, biasanye anak – anak yang berk0rban untuk mak bapak ni Allah akan kurniakan dia kesenangan dari segi lain. Kalau ada pasangan, pasangan tu orang yang baik. Kalau dikurniakan anak – anak, anak – anak akan jadi anak – anak yang baik dan lain – lain lagi.

Jadi apa yang berlaku anggaplah semuanya sebab Allah nak angkat darjat kamu disisiNya. Jangan rasa sia – sia ye jaga mak selama tu. Hal abang – abang tu, biarlah Allah je yang baIas semua. Setiap apa yang dilakukan, sebesar zarah pon takkan terlepas dari timbanganNya. Pasti susah nak move on, tapi semoga masa akan ubati segalanya. Semoga Allah kurniakan ganjaran pada kamu di dunia dan juga di akhirat nanti kerana dah berk0rban demi ibu yang melahirkan mu.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Kongsi Artikel Ini :