Saya mintak suami ‘tangguh’ ceraikan saya. Tak sangka sepanjang masa tu perempuan simpanan suami buat hal

Saya salahkan diri sendiri punca suami curang. Saya minta izin dari suami untuk tangguh dari ceraikan saya sementara saya cari kerja. Satu hari, Tuhan gerakkan hati saya pergi ke rumah perempuan tu. Saya jumpa dengan ibu dia, dan ceritakan segalanya. Anak dia bercinta dengan suami orang..

#Foto sekadar hiasan. Mana silapnya kita sebagai isteri? Mana kurangnya kita sebagai isteri? Saya akui saya banyak s4kitkan hati suami sampai dia hilang sabar, sampai dia jumpa perempuan yang lebih menjaga hati dia.

Sepanjang tempoh duduk serumah tu lepas balik kerja, dia akan terus memerap dalam bilik, bervideo call atau bergayut dengan perempuan tu sampai pukuI 1 – 2 pagi. Kalau hari biasa memang sampai pukuI 1 pagi sebab esoknya dia kerja kan tapi kalau hujung minggu, mereka video call atau bergayut sampai 4 pagi.

Kadang – kadaang tak masuk tidur pun. Masa hujung minggu selalunya dia akan pergi dating dengan perempuan tu. Setiap hari saya lalui semua benda tu, h4ncur hati saya, setiap hari h4ncur. Tapi saya cuba rawat dengan solat dan doa.

Semuanya silap saya. Ya ya, saya salahkan diri dan dalam masa yang sama saya cuba ubah diri jadi lebih baik untuk suami saya. S4kit tetap s4kit tapi demi rumahtangga, demi anak, saya kuatkan juga hati. Semua orang di sekeliling tak putvs – putvs beri sokongan pada saya.

Kuatkan hati, tabahkan hati demi anak. Saya ambik segala nasihat terutama dari mak saya. Keluarga mertua saya tak tahu tentang ni sebab saya tak nak aibkan suami. Tapi dalam tempoh tu suami tetap tak serasi dengan saya.

Dan saya cakap dengan dia kalau nak lepaskan saya, tunggu sampai saya stabil dulu. Sebab saya tak kerja, mana saya nak pergi. Saya tak nak keluarga saya pula yang kena tanggung saya anak beranak. Dia okay dan tak kesah dengan keputvsan saya.

Tapi dalam pada saya bekerja, saya tetap tak putvs doa untuk rumahtangga. Saya tahu saya masih ada peluang. Allah itu Maha Besar. Satu hari Allah gerakkan hati saya untuk pergi ke rumah perempuan tu (atas pertolongan kawan saya).

Kawan saya bawak saya pergi ke rumah keluarga perempuan tu. Saya jumpa dengan mak dia. Saya cerita semua dengan tenang, mak dia pun tak sangka anak dia bercinta dengan suami orang. Saya rasa lapang d4da. Bukan nak lagakan tapi cuma minta mak dia pesan dekat anak dia. Itu je.

Saya bukan jenis terus ser4ng perempuan tu dan m4ki hamun. Mak saya pesan kalau salah tu datang dari diri sendiri, jangan sesekali menyalahkan orang lain. Perbuatan meny3rang tu bukanlah satu penyelesaian. Tapi lebih mengaibkan suami sama sekali.

Dan sekali lagi Allah itu Maha Penyayang, semua Dia permudahkan. Sampailah satu masa saya rasa dah tak dapat buat apa – apa dengan suami saya, saya ajak dia keluar berdua. Anak saya, adik saya yang jaga. Kemudian lepas pada tu kitorang kerap keluar berdua.

Dan dia dah jarang chat dengan perempuan tu. Lebih banyakkan masa dengan saya. Saya mula sedar Allah dah dengar semua doa – doa saya. Perlahan – lahan Allah balikkan semula hati suami saya. Perempuan tu pula mula buat per4ngai.

Merajuk tak tentu pasal bila suami saya banyakkan masa dengan saya. Dah mula kurang ajar dengan suami saya, dah mula keluar dengan lelaki lain untuk buat suami saya cemburu. Saya ingat suami saya cemburu bila dia buat macam tu tapi sebaliknya, suami saya m4kin tawar hati dengan dia.

Saya sebagai isteri hanya diam dan lihat saja scenario yang terjadi sebab saya tahu Allah sentiasa di sisi. Tiba – tiba suami saya buat keputvsan untuk putvskan hubungan dengan perempuan tu sebab dah tawar hati dan pulang ke pangkuan saya dan anak.

Saya sujud syukur. D3raian airmata saya atas sejadah lebih banyak berbanding waktu saya meminta pertolongan. Sungguh saya bersyukur. Suami saya minta maaf atas segala silap dia, dia mula ajak saya solat bersama. Untuk harmonikan lagi rumahtangga. Syukur alhamdulillah.

Sepanjang ujian yang saya lalui tu saya hanya serahkan pada Allah seluruh jiwa dan raga saya. Saya redha dengan segala aturan-Nya. Percaturan Allah itu sangat hebat, kasih sayang Allah itu melimpah ruah. Setiap sujud saya menangis dengan kasih sayang yang Allah beri.

Airmata kegembiraan tu tak dapat digambarkan. Suami saya mula berubah dan lebih menyayangi saya berbanding sebelumnya. Dia sanggup berhenti kerja demi menjaga hati saya dan tinggalkan perempuan tu. Dia juga sanggup kerja sama tempat dengan saya demi menggantikan masa – masa yang dia abaikan dengan dia waktu dia bercinta dengan perempuan tu .

Ya, memang orang cakap kalau bertepuk sebeIah tangan tak akan berbunyi. Tapi dengan bantuan Allah, In Shaa Allah takde apa yang must4hil. Yakinlah pada Allah. Sesungguhnya tiada kuasa yang dapat menandingi kuasa Allah.

Buat wanita yang sedang lalui ujian seperti saya, jangan pernah putvs doa. Serahkan semua kepada Yang Esa. Tapi kalau pengakhirannya tak seperti yang diharapkan, maknanya Allah nak gantikan dengan yang lebih baik. Percayalah pada Allah. Tetapkan hati. Assalamualaikum..

Komen Warganet :

Nor Shakilla Abd Rahman : Dalam pertama kalinya saya baca tt nie bukan mengadu or nak mintak pendapat Tetapi pengajaran dan pengalaman seorang wanita dan ibu yang cekal dalam mengharungi liku – liku rumah tangga untuk kekal bahagia.. Allahuakbar.. Hebat sungguh!

Terima kasih juga kerana share pengalaman yang bagus untuk wanita – wanita di luar sana yang ada masalah sama dengan sis.. Semoga rumahtangga kekal dibina hingga ke akhir hayat.

Che Manisah Che Mohd Yusof : Alhamdulillah..yang tenang pasti akan menang. Berju4ng dalam doa, berubah demi kebaikan bersama, dan cari keserasian dengan meluangkan masa bersama – sama pasti ada impak yang sangat positif dalam kehidupan kita.

Allah Maha Tahu, Allah Maha Penentu. Yakin dengan kekuasaanNya, pasti ada hikmah selepas ujian berat yang menimpa. Selamat menuai cinta dan kekal bahagia buat puan dan suami bersama anak – anak hingga ke syurga. Happy ending dan saya turut tersenyum bahagia.. Alhamdulillah..

Shafinas Kader : Alhamdulillah tahniah puan. Saya dah melalui semua fasa tu. Saya berpisah dan ex saya kawen jugak dengan perempuan tu.. Alhamdulillah saya lega sebenarnya. Tu bukan pengakhiran hidup saya. Orang selalu cakap berpisah adalah kegagalan tapi sebenarnya kadang – kadang ia adalah kemenangan dari hidup kita yang memeritkan dan memenatkan kita. Alhamdulillah saya tenang dan bahagia sangat dah sekarang.

Mastura Teh : Cerita yang paling bagus pernah akak baca dalam group ni. Tahniah dik.. awak bijak dan hasil kesabaran itu indah. Allah yang genggam semua cerita hidup kita. Jadi kita berserah kepada-Nya adalah yang terbaik.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Apa kata anda?