40k duit saya lesap, konon suami nak buat bisnes. Suami p4ksa saya dan anak-anak duduk rumah mertua. Suami lari tak balik-balik

Bila duduk rumah mertua, suami lepas tangan. Dia suruh mak bapak dia yang tanggung kami anak beranak. Saya malu nak minta mertua belikan pampers, susu. Saya keluar rumah dan Ianggar taklik..

#Foto sekadar hiasan. Izinkan saya mengambil peluang kali ini meluahkan isi hati saya, bukan nak tagih simpati, tetapi niat saya semata – mata untuk mengingatkan dan kalau tak terlebih ingin nasihatkan kaum Wanita, kalau anda ada pekerjaan teruskan bekerja walaupun setelah berkahwin dan beranak pinak.

Sebab banyak masalah terp4ksa anda tempohi dalam melalui kehidupan serba bermasalah setelah berkahwin nanti. Terutama jika dari kumpulan B40 (kata orang sekarang). Memang semua gadis hendak berkahwin mengharapkan kebahagiaan, tetapi bukan semua anda boleh capai, terpulang kepada nasib sendiri.

Jadi kalau tak mahu hidup anda huru hara setelah berkahwin, tolong jangan berhenti kerja. Saya bercerita dari pengalaman sendiri, memang perit sudah beranak pinak tetapi terp4ksa bekerja. Ketika anak seorang memang lega, tetapi bila bertambah dua orang, memang perit.

Hantar anak pada pengasuh separuh gaji hilang, belum masuk perbelanjaan susu, lampin dan makan minum keluarga, tetapi semuanya terp4ksa dilalui, belum cukup bulan duit dah kering. Namun masalah tak teruk sangat kalau suami membantu, maIangnya bekas suami saya Naim susah di bawa berunding, memanjang tak berduit.

Nak jadikan cerita syarik4t tempat saya bekerja ada masalah, dan buat pilihan kepada pekerja dapat pamp4san kalau berhenti kerja. Saya tak mahu berhenti, tetapi suami suruh berhenti ambil sagu hati, pamp4san dari syarik4t, alasannya gaji saya tak banyak, habis untuk pengasuh anak sahaja. Jadi lebih baik berhenti kerja jaga anak sendiri.

Sedangkan, saya paling banyak menyumbang bantu dia ringankan beban dia sara kami berlima beranak. Sebab Naim memanjang tak cukup duit. Naim kata dengan duit sagu hati dia boleh buat bisnes sampingan selain bekerja.

Saya tak setuju, dapat tak sampai 40k nak buat bisnes apa? Tetapi dia tetap p4ksa saya berhenti. Kerana saya menolak, kami sering bertengkar. Setiap hari dia bercakap pasal bisnes, ada kawan bagi peluang saya tolak. Dia kata saya tolak rezeki.

Saya tolak sebab tak yakin dengan bisnes berkongsi dengan kawannya. Walaupun saya dibawa ke pejabat syarik4t bisnes kawannya, saya tetap tak yakin. Tetapi kerana wang sagu hati itu kami sering bertengkar. Akhirnya saya mengalah dapat duit belum seminggu duduk dalam bank saya, terus berpindah ke syarik4t Naim dan kawannya.

Benar seperti diduga, tak sampai setahun hayat syarik4t, akhirnya ditutup. tidak ada bisnes. Rupanya syarik4t pelaburan saham, memang leburlah duit saya. Masalah bertambah berat bila Naim tak mampu bayar sewa rumah, kereta pun ditarik sebab ansuran tergelincir.

Akhirnya kerana terdesak Naim suruh saya duduk rumah emaknya. Terk3jut saya. Bila tanya mengapa kena pindah, alasannya tak mampu, banyak hutang dan kereta pun terp4ksa lepas. Katanya ada 3 sebab saya mesti duduk rumah emak ayahnya, pertama kerana masalah kewangan kami, kedua boleh jaga emak ayahnya yang tua dan ketiga rumah emak akan jadi miliknya sebab jaga emak.

Amboi adik beradik tak ada hak ke? Kerana terdesak tuan rumah sering ‘sound’ minta sewa, akhirnya saya terp4ksa pindah rumah emaknya. Memang menyiksakan. Masalah paling besar bila duduk rumah emaknya, sikap Naim berubah, dia lepas tangan sara makan minum kami, dia seumpama suruh emak ayahnya tanggung kami berempat beranak, sedangkan dia balik seminggu sekali.

Keadaan tambah berat bila adik beradiknya balik rumah emaknya, bilik tak cukup, terp4ksa kami berempat beranak duduk sebilik. Kalau Naim balik dia tidur di luar. Naim tak ambil peduli rumah emaknya ada beras ke, ada ikan sayur ke, ada kopi gula ke, ada susu tepong ke, semua dia buat b0doh tak peduli. Saya malu nak minta mertua belikan barang makan bila dah kehabisan.

Hampir 3 tahun saya tinggal serumah mertua, akhirnya saya terp4ksa buat keputusan keluar dari rumah mertua. Dengan pertolongan adik beradik, saya sewa rumah murah yang deposit dan sewanya adik yang bayar. Dan saya dapat kerja dengan satu syarik4t.

Naim meng4muk bila saya keluar, malah mengugvt kalau saya keluar rumah emaknya jatuh talak. Tetapi saya tiada pilihan, saya malu tumpang makan tidur rumah mertua. Tapi suami lepas tangan. Lepas dia jatuhkan talak dia tak pedulikan kami anak beranak. Saya redha diceraikan.

Dua anak dah masuk sekolah, tinggal yang kecil duduk dengan pengasuh. Saya lega duduk sendiri dan bersemangat kerana adik beradik membantu, Terima kasih adik – adik kak. Setelah 6 bulan berlalu, saya ke mahkamah Syariah tuntut cerai berdasarkan ugvtan talak yang Naim ucapkan.

Setahun lamanya turun naik mahkamah. Sebab Naim nafikan dia talakkan saya, malah tuduh saya nusyuz. Tetapi akhirnya Naim setuju ceraikan saya, bila terbongkar Naim dah kahwin lagi, dengar cerita nikah di sempadan. Saya tak peduli, lantak dialah.

Apa yang penting saya ada anak – anak walaupun kami selalu makan bubur dan makan biskut cicah kopi saja. Bukan tak tuntut nafkah, tetapi peraturan tuntutan nafkah menyusahkan. Sepatutnya hakim lepas jatuhkan cerai tolong jatuh hukvm kepada bekas suami tetapkan nafkah anak – anak, nafkah edah, hadhanah dan sebagainya.

Sebab anak – anak nak makan nak sekolah, takkan kena tunggu 3 atau 4 tahun untuk tuntuk nafkah. Sebenarnya bukan senang tuntut nafkah. Belum tentu setahun, dua tahun atau tiga tahun baru selesai. Malah ada bekas suami langsung tak hadir ke mahkamah.

Dia tak takut hukvman atau tindakan Mahkamah Syariah, sebab mahkamah Syariah memang tidak ada kuasa jatuhkan hukvman kepada mereka macam mahkamah sivil? Sebab itu ramai ibu ibu tunggal se Malaysia hidup mend3rita, termasuklah saya.

Ramai tersiksa tak dapat nafkah, nak mengadu pada siapa? Bawa kes sendiri ke mahkamah, hakim ‘tak pandang’ sebab tak ada peguam, nak guna peguam kami tak berduit. Akhirnya bekas suami bebas tak perlu bagi nafkah. Dia hidup senang dengan keluarga baru.

Bila anak – anak dah besar berjaya masuk university, dapat pulak kerja, baru si ayah tahu dia ada anak. Bila dapat tahu anak nak convo dia dulu sampai dalam dewan nak bergambar bila anak dapat ijazah. Nak tunjuk gambar pada keluarga, ini anak aku pandai dan dapat ijazah.

Masa anak tengah belajar, nak jumpa pun tak mahu apatah lagi nak bagi nafkah. Tetapi jika anak anak kandas dalam pelajaran, tak dapat kerja, jadi mat rempit, dia tuduh semua itu salah si emak kerana minta cerai, giIa jantan lain, durhaka pada suami dan tak pandai jaga anak.

Macam – macamlah fitnah mereka. Walaupun anak – anak saya belum masuk university, tetapi inilah keluhan ramai ibu – ibu tunggal hidup menderita terutama yang tak ada kerja. Mereka tersiksa terp4ksa sara anak – anak sendiri.

Tetapi yang sedihnya tuan hakim macam tidak ada perasaan langsung kesensaraan yang dipikul oleh ibu – ibu tunggal yang tak dapat nafkah ini. Bila naik mahkamah tunggu bekas suami, memang dia tak datang, sebab tak mahu bagi nafkah. Itupun takkan hakim tidak tahu.

Jika semua hakim ada hati nak tolong ibu – ibu tunggal. Jatuhkan hukvm kepada bekas suami yang enggan bagi nafkah dan engkar ini. Tolong buat undang – undang p0tong duit KWSP bekas suami yang enggan bagi nafkah. Hanya dengan undang – undang, masalah tak dapat nafkah boleh segera selesai.

Kerana siksanya ibu – ibu tunggal nak dapat nafkah inilah, beliau menasihatkan wanita jangan berhenti kerja selepas berkahwin, sebab belum tentu jodoh kita panjang. Jadi jangan siksa diri sendiri. Lagi pun ingat suami itu pinjaman sahaja bukan kekal sampai m4ti.

Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.