5 tahun ayah berg4duh dengan mak. Ayah kutuk mak, cakap dekat orang kampung, mak jahat, giIa, kawal duit anak-anak

Kisah ini dikirim oleh pembaca dan diedit oleh Editor kami. Nama dan lokasi dirahsiakan atas permintaan pengirim.

Bila salah sedikit, ayah akan menghalau anak – anak. Sebab itulah bila kami tak rapat dengan dia. Tapi ayah cerita merata orang kampung, mak yang menghasut anak – anak supaya derh4ka padanya, supaya kurang ajar dengan dia. Kesian mak..

#Foto sekadar hiasan / AI. Ermm… Aku ni dah lama ingin meluahkan apa yang terbuku dalam hati ini. Sebagai seorang anak, aku tahu tak sepatutnya membuka aib bapa sendiri. Memandangkan tiada siapa yang kenal aku, malah hanya bertujuan untuk meminta sokongan dan juga nasihat.

Berkaitan dengan tajuk itu, pernahkah korang semua berdepan dengan situasi yang begitu? Punya bapa yang pentingkan diri sendiri, punya bapa yang suka mengungkit – ungkit, bapa yang suka menghalau anak dan isteri.

Nak kata ayah aku ini bukanlah tua benar untuk dik4tegorikan sebagai nyanyuk, tapi begitulah. Umur dia 67 tahun. Salah sedikit, habis dia bising. Dalam rumah dia boleh dik4takan hanya menyediakan rumah sahaja. Makan, minum, bil – bil dan sebagainya, nak pandang sebeIah mata pun… h4ram.

Katanya dia dah sediakan rumah, cukuplah. Cukupkah menurut korang? Erm… kami anak beranak dalam rumah itu dah macam orang giIa dibuatnya. Nak diluah m4ti bapa, nak ditelan m4ti mak. Boleh pakai istilah duri dalam daging.

Ayah seorang yang ego, tidak mahu mengaku kesalahan sendiri. Misalnya dia marah anak – anak, itu ini, macam anak – anak boleh lah terima teguran bapa. Tapi dia buat kesalahan yang sama, takpe pula. Sebab itulah rasa hormat seorang anak padanya tiada.

Hantar belajar pun, pada dia, dia cuma nak tahu anak – anak berjaya dapat A kononnya. Bila minta duit untuk kegunanaan belajar, beli buku dan sebagainya, kata tidak berduit. Erm… lagi satu perasaan dia suka mengungkit.

Contoh, hari ini dia beri lima puluh ringgit, esok lusa dia ungkit balik, siap mem4ki hamun bagai. Bila hantar anak – anak pergi masuk U ke, tusyen ke, akhirnya dia akan mengungkit juga. Nak tanya, adakah istilah bagi hutang pada keluarga, yang merupakan isteri sendiri dan anak – anak? Huh… kasihan mak. Mak sudah banyak melalui sepahit pahitnya hidup dengan insan yang begitu.

Bila salah sedikit, suka menghalau anak – anak. Sebab itulah bila anak – anak kurang rapat dengan dia, kurang sayang padanya, dia cerita merata orang kampung, mak yang menghasut anak – anak supaya derh4ka padanya, supaya kurang ajar dengan dia.

Kami ini dah besar panjang, dah boleh berfikir mana baik, mana buruk. Dia pernah berg4duh besar dengan mak sampai dekat lima tahun. Anda bayangkanlah, masa itu macam – macam dia kutuk mak, katanya mak orang giIa, anak – anak kawal duit dia lah. S4kitnya hati, macam ini.

Waktu ibu mak s4kit tenat, ada di rumah itu, rumah dia lah kan tapi makan, minum, pakai opah itu kami anak beranak yang tanggung. Yang sedihnya, dia boleh marah – marah, mengungkit bagai. Waktu itu, opah dalam bilik sedang bert4rung nyawa.

Akhirnya opah meninggaI di situ juga. Kami sedih sangat, menangis tidak henti – henti. Boleh pula dia kata, “Tidak payah menangis, orang sudah m4ti.” Aku meIawan balik, “Abis itu, esok abah m4ti, kami tidak menangis, kami buat pesta saja.” Terus dia diam.

Masa mak dia meninggaI pun, orang kat depan sibuk baca Yasin, yang dia sibuk di dapur, lengah – lengah mencari makanan nak makan. Siap marah lagi sebab tidak masak. Malu kami anak beranak punya ayah yang begitu. Bila orang luar dengar kisah mak dan abah tidak bercakap, orang akan sangka apa yang dia mengadu domba itu mengatakan itu ini, tu betul, dan kami anak beranak yang salah. Tapi siapa yang duduk dekat dengan kami, pasti turut merasa tempias sengsaranya.

Pernah banyak kali dia berg4duh dengan abang sulung, sampai keluar bahasa “kau aku” dah. Bagi aku, dari kecil sampai lah berusia dua puluh empat tahun ini, sikit kasih sayang pun tak pernah ada untuk anak – anaknya, untuk isterinya.

Pada dia, emosi dan perasaan dia sahaja yang betul. Bila nak menonton televisyen, cerita – cerita Melayu ini semua cerita b4ngang pada dia. Tidak akan dapat merasa lah tengok televisyen. Kalau anda di tempat aku, apa yang anda buat?

Masa kecil ke besar ke, kalau dia nak marah, bukan kira ada orang ke tidak. Kalau dia nak bambu anak – anaknya pun bukan kira. Tidak reti nak jaga air muka anak sendiri. Tapi dia tak pernah naik tangan kat mak. Sebab mak aku ini bukan jenis lembik saja, kalau kena meIawan juga.

Kami anak – anak sudah cuba nak berbaik dengan dia. Beraya ke, kenduri ke tetap berkumpul anak beranak. Tapi bila berkumpul pun, masing – masing tak nak dekat dengan dia, semua pergi dekat mak. Dia ini dulu pernah jatuh lori, kaki patah.

Waktu itu baru ingat anak bini. Kami lah yang jaga. Jadi sekarang dia tidak boleh duduk dengan kaki berlipat. Nak suruh pergi sembahyang di masjid pun katanya tidak boleh berdiri, kena berlunjur. Ok lah lagi. Suruh pergi sembahyang Jumaat, erm… jarang lah.

Suruh sembahyang raya, pergi lah juga. Tapi bila duduk di rumah, erm… entah lah. Orang sembahyang, dia buka televisyen kuat – kuat. Bila ditegur, dia marah kami balik. Katanya, kami ini sembahyang pun tidak berguna kalau dengan dia pun kami derh4ka, katanya. Erm… entah lah.

Bab hukvm – hukvm, katanya isteri meIawan cakap tidak masuk syurga sebab syurga itu di bawah kakinya. Tapi bab soal sembahyang, puasa, berzakat pun tidak ada yang sempurna, macam mana gayanya itu? Kalau bersuara, nanti kata derh4ka lagi.

Nak berzakat pun dia berkira – kira, katanya menghabiskan duit dia. Bila raya, abang – abang aku dan kami kumpul duit untuk bayar zakat kami dan juga mak. Dia bayar untuk diri dia sahaja. Sedih, bila mengenangkan ayah sendiri yang begini.

Puas sudah cuba segala cara sekalipun, dia tetap dengan per4ngai dia. Itu belum termasuk per4ngai – per4ngai dia yang lain. Aku lemah hari ini. Semalam tiba – tiba dia marah aku, sampai nak menghalau bagai. Bukan sekali dua, sudah lah anak lelaki dihalau, sekarang ini anak perempuan pula.

Aku beritahu mak, “Kalau saya keluar dari rumah ni, apa nak jadi, jadilah.” Bermunajat aku pada Allah, mudahlah kami tidak lakukan benda – benda yang tidak sepatutnya.”Aku sedih sangat, kenapa tiada belaian kasih sayang dari seorang ayah?

Huh… pagi – pagi lagi hati sudah berkecamuk sebegini. Bila mengenangkan wajah mak, tidak tergamak rasanya nak meninggaIkan rumah tu, nak tinggalkan mak di situ. Kasihan mak. Erm… apalah, mungkin bulan ini terakhir aku bekerja di sini dan duduk di rumah tu.

Aku nak bawa diri, bawa ke mana rasa tenang di hati. Di mana kaki aku berhenti, kat situlah aku duduk. Ya Allah, ampunilah segala d0sa – d0saku. Ampunkanlah d0sa kedua orang tuaku. Kasihanilah mereka sebagaimana mereka mengasihaniku sejak diriku kecil lagi. Bukakan dan tenangkanlah hati mereka, Ya Allah. Segala ketentuanMu h4mba pasrah. Amin.

Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Kongsi Artikel Ini :
About Hana 5151 Articles
Hana ialah penulis dan editor di Media Cite Heboh yang mengendalikan kandungan komuniti, kisah pembaca dan topik kehidupan seharian. Hana turut menyunting kiriman pembaca dari segi ejaan, tatabahasa dan susunan supaya lebih mudah dibaca sambil mengekalkan maksud asal cerita.