
Terkena sih1r pemisah oleh skandal suami. Suami sibuk berfoya dengan perempuan. Badan saya sem4kin kurus, suami h1na kata macam cicak kobeng, zombi. Rambut gugur teruk, badan berbau b4ngkai. Tiba – tiba saya dapat suami baru…
#Foto sekadar hiasan. Saya dan suami bercinta sejak sekolah, berkahwin semasa saya masih belajar, dan sudah ada 3 orang cahaya mata. Awal perkahwinan, kami PJJ, suami di kampung halaman dan saya belajar di Sarawak. Kemudian, saya balik semenanjung.
Banyak perubahan sikap yang suami tunjukkan. Kuat marah, dah tak caring, suka herdik saya, ada perempuan lain bertukar – tukar, panas baran, tinggi suara, tak ada common sense, suka cari salah dan kuat komplen, panggil dan gelar saya dengan gelaran yang sangat teruk.
Perjalanan menghadapi sifat suami sangat memakan hati dan makan diri. Singkat cerita, semasa mengandung anak ketiga, kami terkena sih1r pemisah oleh salah seorang skandal suami. Boleh kata saya hampir hilang nyawa sehari – hari kerana ditinggalkan di rumah bersama 2 lagi anak kecil, tanpa makanan dan minuman dengan teratur.
Suami busy berfoya dengan kawan dan perempuan. Badan sem4kin kurus, suami h1na kata macam cicak kobeng, macam tulang, macam zombi. Rambut gugur sangat teruk. Badan berbau b4ngkai akibat sih1r. Saya tak boleh tidur selama 6 bulan sehingga disahkan menghidapi masalah jantung kerana tidak tidur dan terlalu str3ss. Air mata setiap hari keluar. Meratap dan meracau depan anak kecil.
Walaupun macamtu, saya selalu p4ksa diri dekat dengan Allah padahal hakik4tnya hati saya tidak sampai pada Allah. Saya doa Allah beri saya suami yang baru. Saya Tahajud minta Allah beri bahagia pada saya. Separuh m4ti saya merayu pada Allah, saya taknak suami dah.
Sekarang, entah kenapa, suami saya masih suami yang sama, tetapi Allah tukarkan dia menjadi seperti orang baru. Sangat bertanggungjawab, sangat menjaga, sangat tenang, sangat saya sayangi hingga kadang – kadang, saya rasa tak sedia kalau dia pergi dulu.
Kehidupan saya jadi berubah dan saya mulai tenang menjalani rutin harian saya, dah tak rasa takut, menjadi diri sendiri, yakin diri, dan Allah permudahkan banyak jalan untuk saya. Dulu, hati saya sangat h4ncur. Tapi Allah cantumkan balik dengan lebih baik dan bersinar, dan buat saya bersyukur atas tarbiah Allah sebelum ini.
Sebenarnya, semua takdir itu, membentuk diri saya, akal saya, dan hati yang sekarang. Saya teringat dulu masa bujang, saya doa minta Allah jadikan saya isteri yang solehah dan minta syurga melalui perkahwinan. Dan Allah uji saya melalui doa tersebut.
Korang, kalau suami korang bermasalah, kadang – kadang itu sebahagian dari doa kita sendiri untuk Allah angkat darjat dan bagi ganjaran lebih besar, cuma cara Allah uji di luar akal kita kadang – kadang. Hati manusia sentiasa berbolak balik. Kita minta Allah tolong.. – Madhi (Bukan nama sebenar)
Sambungan… Hai. Hehe. Best baca komen, so nak menaip lagiIah. Cerita hidup saya best, di mata saya. Janganlah kecam – kecam, tak baik. Cerita saya ni maybe banyak episod. Saya start dengan sinopsis je hari tu. Hehe.
Sejak umur 9 tahun, saya dah ada isu dengan parent. Saya selalu kena marah atas tanggungjawab besar yang saya tak mampu pikul. Contohnya, tak urus rumah dengan baik masa parent saya pergi berniaga malam – malam, sambil jaga adik yang umurnya 2 tahun.
Bila balik niaga ayah selalu marah – marah saya sebab duduk rumah tapi “tak buat apa – apa.” Saya selalu tertidur dekat ruang tamu, depan tv and tak sempat sedar sebelum diorang balik. Saya bersekolah macam biasa dari 7 pagi – 3.30 petang.
Sem4kin saya membesar, saya sedar kedua ibu bapa saya bukan tempat saya bersandar, saya perlu hormat mereka, cuma saya tahu, mereka tak boleh terima kekurangan anak – anak, hanya menuntut yang best – best sahaja.
Saya juga tak pernah ada peluang berkongsi cerita, meluah perasaan dan dapatkan backup sekiranya saya dibuIi. Saya pernah percayakan kawan, kemudian saya ditik4m belakang. Saya pernah percayakan kakak saya, juga ditik4m belakang.
Saya pernah percayakan ibu bapa saya, namun rupanya mereka yang suka menjaja cerita buruk dan buat orang sekeliling pandang serong pada anak – anak, saya sedar saya juga ditik4m belakang waktu ini. Perjalanan kehidupan saya menjadi orang yang sangat naif, saya sangka semua orang baik.
Tapi setiap kali saya sangka mereka baik, saya ditik4m berkali – kali, oleh ipar duai, mertua. Dan kali ini, kepercayaan saya hanya sandarkan pada suami saya, Zul. Semenjak kenal dengan Zul waktu sekolah tingkatan 3, dialah tukang backup kalau saya dibuIi, dia yang ajar saya tegas, dia pesan kalau orang buat, defense diri dan Iawan balik, jadi berani dan jangan tunjuk kita baik.
Saya selalu dibuIi oleh budak lelaki beramai – ramai sejak tingkatan 3 dan mereka secara publik menjadikan saya simbol lawak Iucah mereka, digelakkan berjemaah dan dimaIukan, walaupun mereka sama kelas dengan saya, kelas depan yang menjadi harapan straight A PMR dan SPM.
Ya, saya dibuIi sejak tingkatan 3 – 5. Bahkan diketawakan juga oleh dua classmate saya, Qistina dan Najihah yang saya percaya adalah “kawan rapat” ketika itu. Sehinggalah saya dan Zul berkahwin semasa saya sambung study, ibu bapa sangat men3ntang sebab ibu dah ada calon lain untuk saya.
Tapi sebab dah sayang, kami pujuk juga ibu ayah izinkan kami kahwin dalam keadaan mereka terp4ksa. Bermulalah perjalanan perkahwinan kami. Setelah habis PJJ belajar, saya duduk di rumah mertua, sebab mertua suruh.
Saya mulai perasan Zul sudah acuh tak acuh, selalu lepak keluar dengan kawan, selalu cepat naik angin kalau saya tanya apa – apa. Tak macam dalam phone, iyelah masa PJJ mana nampak depan mata. Mertua sangat baik awalnya. Paling rapat dengan saya antara semua menantu dan selalu belikan saya makanan.
Zul baru nak bina kerjaya, gaji belum besar, jadi Zul buat part time meniaga roti John dekat stall tapi jalan. PukuI 8 masuk kerja, pukuI 5.30 petang balik rumah. PukuI 6.30 petang start meniaga, sampai 12 malam, sesekali balik pukuI 2 pagi sebab ramai orang.
Selepas ada anak pertama (2 tahun) dan anak kedua (baby), saya mulai penat nak urus rumah mertua dengan dua baby yang kedua – duanya menyusu badan. Mertua mula marah – marah sebab rumah tak sapu, lepas makan kadang – kadang tak terus basuh (sebab anak menangis) dan basuh baju, tak terus sidai, selalu berkepit dengan anak (anak kedua high demand baby, setiap sejam nak kena susukan).
Mainan abang mulai dibuang (sebab bersepah) dan ada lagi beberapa barang lain dibuang (sebab si abang suka ambil dan bawa keluar bilik) jadi itu adalah gangguan mata untuk mertua. Cerita begini selalu sampai pada ipar duai dan bila mereka balik kampung, satu rumah riuh mengata saya dengan gelaran “pemalas, pengotor, buat – buat sibuk jaga anak”.
Setelah berfikir – fikir, saya mulai buka order dari rumah mertua, kumpul duit deposit sewa dan pindah rumah sendiri. Alhamdulillah. Allah dah tolong selesaikan satu masalah berat saya waktu tu, iaitu mertua dan ipar duai. – Madhi (Bukan nama sebenar)
Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.
Sambungan Part 2 >> Saya tipu suami, cakap saya kena masuk wad. Saya ikut suami dari belakang. Dia ajak perempuan ke rumah kami sebab saya takde
Sambungan Part 3 >> Belum 20 hari pantang, saya dah failkan cerai. Bagi segala bukti keburukan suami. Saya dah nekad, suami tak tahu plan saya
Sambungan Part 4 >> Lepas cerai saya balik rumah ayah tapi ayah halau saya balik. Mak mengadu dekat makcik, cucu dia lasak, makan tumpah, kuat nangis