
Lebih terk3jut bila mak mentua aku kata suami aku ada ambik dan telah memajak rantai emasnya. Duit KWSP yang boleh dikeluarkan semua lesap guna untuk jvdi online. Aku tengah mengandung, bulan 4..
#Foto sekadar hiasan / AI. Assalamualaikum buat admin dan para pembaca setia. Harap – harap confession aku ni disiarkan. Aku sangat buntu dan memerIukan pendapat. Pertama kali maaf jika ayat berterabur tak pandai sangat nak karang dalam keadaan otak yang buntu ni.
Perkenalkan, aku Laila (bukan nama sebenar), berumur 24 tahun dan kini sedang hamil anak sulung, inshaAllah bakal melahirkan April depan. Yatim piatu, tinggal bersama mertua yang penyayang. Apa yang bakal aku ceritakan ni adalah untuk meminta pendapat dan cadangan dari kakak – kakak dan abang – abang senior dalam kehidupan rumahtangga.
Begini, aku dan suami berkenalan hampir setahun dan terus bernikah tanpa bertunang, jadi lebih jimat bagi kami jika terus menikah. Majlis berjalan dengan lancar, ditakdirkan aku disahkan aku hamil 5 minggu setelah sebulan menikah. Ketika itu, suami aku adalah orang yang paling bahagia.
Aku juga dikurniakan mertua yang sangat baik dan aku tinggal bersama mereka kerana mereka telah uzur. Sebelum berkahwin aku bekerja sebagai seorang reception di salah sebuah hotel budget, dengan gaji dalam 1300 tolak kwsp semua.
Tapi memandangkan aku mengalami alahan yang sangat teruk, jadi suami dan ibu mertua aku menyuruh aku berhenti kerja, walaupun berat tapi aku akur. KonfIik dan tekanan bermula, ketika di usia 6 bulan kehamilan aku, bila aku mendapati suami aku telah senyap – senyap memajak gadaikan semua barang kemas aku untuk dilaburkan dalam permainan jvdi online yang dia main.
Aku sangat kecewa kerana aku tak sangka suami yang aku percaya sanggup menipu aku. Hampir setiap malam aku menangis, sampai satu tahap aku tak tahan aku luah segalanya kepada mak mentua aku. Lebih terk3jut bila mak mentua aku kata suami aku ada ambik dan telah memajak rantai emasnya.
Total keseluruhan anggaran dalam 7k untuk kesemua emas aku dan mak mentua aku yang suami aku dah pajak. Dia dah berjanji untuk bayar dan ambik balik barang kemas tu. Tapi sampai sekarang tak nampak bayang lagi.
Aku sangat takut sebab salah satunya adalah rantai pusaka arw4h mak aku. Aku sangat sayang akan rantai tu. Itu saja satu – satu kenangan dengan arw4h mak aku. Suami aku pula kerja kampung biasa – biasa, kadang – kadang pergi kadang – kadang tak. Dia lebih suka keluar lepak sampai 2, 3 pagi baru balik.
Sebab tu selalu tak pergi kerja akibat terlajak tidur. Paling menyedihkan, duit kwsp dan sumbangan kerajann dia yang masuk pun dia labur untuk permainan jvdi online dia. Sesen pun tak bagi aku atau mak dia merasa duit dia tu orang lain semua merasa duit beli barang kemas dan sebagainya.
Tapi aku? Aku selalu bertanya kepada tuhan apa lah d0sa aku yang lalu. Sehingga aku diuji mempunyai suami yang tak bertanggungjawab begini aku buntu ya Allah. Barang kelengkapan menyambut kelahiran anakku semuanya mak mentua aku yang bagi duit.
Aku sampai naik segan dengan mak mentua aku. Ya la dia pun ada duit sebab anak – anak dia yang lain selalu bagi dekat dia. Dan dia kongsikan dengan aku. Nak harapkan laki aku? Hmm dia tak kisah pun keadaan aku mengandungkan anak dia ni.
Yang dia tau dapat seronok dengan kawan – kawan. Semalam baru pergi konvoi pula lepak sampai 3 – 4 pagi macam orang bujang. Apalah nasib aku sudahlah yatim piatu, dapat pula suami tidak bertanggungjawab.. Di mana lagi aku nak berg4ntung hidup? Hidup aku agak bernasib baik sebab mak mentua aku sangat memahami.
Mungkin sebab dia sendiri rasa kecewa dengan perilaku anak dia dekat aku. Selama menikah, nafkah aku sebulan 50 sahaja suami aku bagi. Itupun kadang – kadang bagi kadang – kadang tidak. Mak mentua aku pula yang macam suami aku, dok tanya, “Ada duit tak, nak beli apa apa tak, nah pakai duit mak dulu”.
Aku tak boleh bayang kalau mak mentua aku tak ada nanti jika suami aku masih tak berubah. Jujur katakan, aku rasa macam nak lari dari suami aku. Aku dah berazam lepas habis p4ntang nanti aku nak kerja nak sara anak aku. Tapi sebelum tu aku kena ikhtiar cari duit untuk t3bus balik barang kemas aku.
Sekurang – kurang nya bila dah t3bus nanti aku boleh guna lagi bila berlaku kec3masan atau di saat sesak. Tapi mana aku nak cari 7k untuk t3bus barang kemas aku semua tu. Allahu berat d4da ni masa tengah taip ini. Tarikh m4ti barang kemas aku tu sekitar bulan 5 atau 6 nanti.
Aku takut tak sempat nanti barang kemas aku dan mak mentua aku lelap macam tu saja. Suami aku pun tak menunjukkan tanda – tanda yang dia akan ambik balik barang kemas tu. Aku ingat nak cuba apply loan tapi memandangkan aku ni suri rumah agak susah nak apply apa – apa loan melainkan dengan berhutang along tapi aku takut.
Ibarat aku keluar mulut singa masuk mulut harimau kalau aku hutang along. Silap – silap nanti anak dah besar pun hutang tak habis lagi. Jadi ada tak sesiapa pembaca yang tau di mana aku boleh dapatkan pinjaman yang banyak even aku hanya seorang suri rumah.
Nak pinjam dekat adik beradik pun depa bukan senang sangat. Nanti satu hal pula nak menjawab dengan mereka, baru kahwin tak sampai setahun suami dah buat per4ngai. Ibarat macam membuka a1b suami pula.
Akhir sekali, doakan urusan aku dipermudahkan untuk melahirkan anak sulung ku nanti. Bimbang juga sebab keadaan aku sangat tertekan di hujung – hujung kehamilan ni takut bagi kesan kepada anakku. Segala cadangan boleh komen di confession saya ini. harap ada yang boleh membantu. – Bakal ibu yang buntu, Laila (Bukan nama sebenar)
Komen Netizen :
Ika Sabiqah : Semoga dipermudahkan urusan bersalin nanti sis. Jaga baby elok – elok. Syukurlah mentua sis jenis sayang dan prihatin dengan menantu walaupun anaknya per4ngai sebegitu. Ujian yang hebat untuk insan yang hebat.
The p4in will leave once it has finished teaching you. Semoga diberikan petunjuk oleh Allah, dipermudahkan urusan untuk meleraikan segala kekusutan dan masalah yang mengh1mpit sis. Jvdi online? Selalunya memang pakej sekali menipu, gali lubang tutup lubang, ambil barang orang rumah senyap – senyap.
Ket4gihan jvdi memang boleh buat hilang pertimbangan. Kalau sis sanggup tunggu dia berubah, maka berdoa semoga diberikan kekuatan untuk bertahan selalu. Kalau sis memilih untuk pergi pun, berdoa semoga diberikan kekuatan untuk membesarkan anak sendirian.
Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.