
Saya menyamar ikut suami dan perempuan tu. Saya siap pakai purdah dan jalan tempang. Pakai selipar jamban nipis baru beli sebab nak menyamar. Macam ala – ala orang menyedihkan gitu, sambil senget – senget jalan. Cerita betul ni…
Foto sekadar hiasan. Sambungan dari Part 2 >> Saya tipu suami, cakap saya kena masuk wad. Saya ikut suami dari belakang. Dia ajak perempuan ke rumah kami sebab saya takde. Zul dah berubahlah. Saya keep on dengan proses merawat diri.
Masa ni dah masuk tahun 2018. Sebelum saya bersalin, Zul ke bandar katanya, teman kawan dia settle kes polis. Masatu hari Sabtu. Zul pergi pagi, balik lewat malam. Rumah saya ke bandar, lebih kurang 2 jam. Malam tu, saya kata saya s4kit perut. Cuma takdelah s4kit sangat. Tapi dah start tak selesa.
Saya kena pergi kIinik kot esoknya, saya bagitahu Zul macamtu. Esoknya, sampai kIinik, terus kena hantar ke hospitaI besar di bandar, sebab dah ada cop sticker merah, risky dan isu jantung. Zul hantar sampai kIinik je, katanya nanti dia follow ambulans. Tapi dia tak follow saya ke bandar.
Bayangkanlah, saya tak ada internet, tak ada kredit, tak ada makanan masa tu. Subhanallah saya lapar sangat – sangat. Last saya makan adalah pada siang Sabtu. Pagi Ahad terus saya pergi em3rgency kIinik. Sampai hospitaI diorang check dah ada bukaan. Terus kena tahan dalam labour room seharian sampai Subuh Isnin, saya bersalin Subuh Isnin tu.
Dekat labour room, dipasang mesin dan segala peralatan, wayar ecg dekat d4da sebab saya kena sentiasa dalam pantauan. Saya lapar. Dalam labour room tak boleh makan. Zul tak datang. Saya tunggu dia hantar air manis untuk sumber tenaga sebab saya dah pesan.
Nak makanan, saya nak makan. Masa nak meneran, saya tak ada tenaga. Banyak kali teran tapi tak boleh, susah sangat sebab tenaga saya almost zero. P4ksa juga sampai akhirnya baby keluar. Dan saya pun disuruh pindah katil. Saya tak boleh bangun.
Saya cuba bangun je jatuh. Dah macam orang lumpuh. Kaki saya sangat menggigil. Lepas bersalin dan pindah wad, saya tertidur. Bangun je tidur saya tak boleh bergerak. Saya cuba gerakkan sendi – sendi saya tapi tak boleh. Saya nak bangun ambil air masak pun tak dapat bangun.
Kepala saya pun tak mampu saya nak pusingkan. Hatta suara saya pun tak keluar. Siksanya. Saya dah lumpuh ke ni Ya Allah. Tiba – tiba ada nurse jerit, “Eh, awak ni ada suami ke tak? Dah pukuI berapa ni suami tak datang ke dekat awak? Ke takde suami?”
Semua patient tengok saya. Ada yang tengok sambil makan, ada yang tengok sambil minum. Malu. Saya nampak ada makanan kat hujung katil saya cuma saya tak boleh gerak. Air mata saya laju keluar lepas nurse tadi jerit. Terus saya tersedu sedan dekat situ. H1nanya rasa.
Alhamdulillah ada seorang nurse lain datang tenangkan saya dan tanya saya nak apa, saya buat isyarat mata nak kerling dekat air masak sambil sebut “air” walau hakik4tnya tak ada suara. Nurse tadi angkatkan kepala saya dan minumkan saya. Alhamdulillah. Sejam terasa macam sehari masa ni.
PukuI 2 petang, baru nampak Zul datang dengan kakak dia. Masa nampak Zul datang, saya menangis lagi, cuma kalini lagi teruk. Menangis sebab rasa marah sangat. Tiba – tiba datang satu semangat dari Allah, macam ada bisikan yang kata “Madhi, kau kena bangun lepasni. Kau dah tak boleh percaya dia. Kau tak boleh percaya sesiapa pun. Takde orang sayang kau Madhi. Kau separuh nyawa pun orang tak datang. Kau m4ti pun orang datang untuk tanam je. Orang lagi sayang kawan dia.”
Saya baru tersedar yang selama ni, saya berk0rban banyak sangat. Patutnya lepas kahwin saya banyak ingat Allah, tapi terbalik, saya banyak ingat suami. Buat apa – apa semua demi suami, bukan demi Allah. Saya terus jadi benci suami sejak hari tu. Cuma, masa ni, suami mula nak berubah. Saya pula dah takde hati.
Belum habis 20 hari pantang, benda pertama saya buat adalah keluar failkan kes. Saya kumpul bukti dan segala macam keburukan suami saya kumpulkan, sebagai preparation kalau dia buat hal lagi, saya akan terus tuntut fasakh, tekad saya.
Rezeki saya, ada kawan yang kerja dekat pejabat peguam. Sikit – sikit dia dedahkan prosedur buka fail kes dan prosedur mahkamah. Saya hold sebagai rahsia saya, tanpa Zul tahu sikit pun tentang rancangan saya. Balik tu, kawan saya Una, call kata nak jumpa.
Sambil pakai stokin pantang saya jumpa Una. Una kata tunang dia ada skandal dengan Intan. Intan tu pun skandal suami saya juga. Saya terk3jut giIa. Bila punya cerita ni? Oh 6 bulan lepas? Habis kenapa baru cerita dekat saya sekarang?
Sebab Una baru kantoikan tunang dia semalam. Tunang dia terlepas cakap “Eh ni awek Zul lah, saya tumpangkan je”. Laaa, main pass – pass perempuan ke. H4ncur betul hati saya. Oleh sebab Una dah cakap macamtu, first time, saya luahkan semua cerita saya pada Una.
Entah kenapa satu beban berat selama ni rasa terlepas. Saya rasa ada orang faham saya. Saya rasa ada orang di pihak saya. Saya rasa ada orang simpati pada saya. Baru sedar yang saya terlalu memendam. Banyak bukti saya kumpul ni. Ada alasan kuat untuk saya.
Sebab saya tahu, isteri terani4ya ramai susah menang kes sebab takde bukti kuat. Saya ada chat, saya ada gambar, saya ada video. Inshaa Allah boleh. Surat tuntutan fasakh sampai di rumah. Zul terk3jut sangat. Dia kata, dia nak berubah. Tolong bagi peluang. Kata nak suruh jaga anak sama – sama? Zul kata saya penipu.
Kali ni saya bukan sebab perempuan, tapi sebab saya rasa Zul tak sayang saya. Dia tak peduli pun saya separuh nyawa dekat hospitaI. Saya rasa dia tak kisah kalau saya m4ti. Saya buat pinjaman kecil bawah AIM, RM3000. Saya beli stall dan berniaga kecil – kecil.
Saya hire seorang staf untuk jaga stall dan saya cuma datang ambil duit. Saya bagitau dia, saya susah sangat sekarang. Tolong saya keluar dari kesusahan saya ni. Saya ada 3 anak kecil – kecil yang saya kena jaga di rumah, tolong jaga stall dan duit saya baik – baik. Staf saya setuju.
Surat tuntutan fasakh berlalu macam tu je, sampai saya dah lupa. Saya dah busy berniaga. Alhamdulillah. Sejak saya berniaga, memang saya tak ada masa sangat. Mana dengan anak kecil, mana dengan barang niaga. Saya jual makanan, jadi kena prep barang niaga tu awal.
Baru 6 bulan buka stall, datang lagi rasa s4kit d4da saya dan jantung berdegup laju. Jadi balik rasa sedih yang tiba – tiba nak nangis dan gundah gelisah. Padahal saya niaga macam biasa, okay je takde masalah. Saya takde kereta kan, setiap hari saya akan pinjam kereta Zul bawa pergi hantar barang niaga.
Zul memang marah, dia suka kata saya jah4namkan barang dia. Menyusahkan guna kereta dia. Tapi saya pekakkan telinga sebab semua celaan tu jadi lali pulak kat telinga saya, tak berbekas dekat hati dah. Sasaran saya lepas ni nak beli kereta sendiri. Second pun takpe dah. Asalkan saya tak dengar Zul mengungkit.
Zul kata nak belikan saya kereta second lepas keluarkan duit KWSP RM3000. Dia kata supaya saya tak ganggu kerja dia. Saya pun okaylah, terima kasih. Sampai hari duit dia keluar RM3000 tu, dia bawa balik motor, loan Aeon. Ahhhhh, saya tertipu lagi. Dia kata rasa lagi jimat kalau ada motor baru sebab motor lama asyik rosak je.
Saya diam, sebab tu duit dia dan saya tak guna mengemis. Saya rasa malu dan rasa maruah saya dipij4k kalau saya mengemis macam tu, walaupun pada suami sendiri. Apetah lagi mulut dia suka rendahkan saya, kata menyusahkan dan jah4namkan barang dia, tak reti malu guna harta orang. Ahhhhhhh h1nanya rasa.
Pernah je saya ajak Zul bawa saya pergi ambil barang supplier, harga murah. Otw balik, aircond kereta Zul tiba – tiba m4ti and tak boleh hidupkan. Temperature naik. Dia park tepi jalan dan asyik salahkan saya. “Kalau I tak bawa u mesti tak rosak.” “Sebab ikut idea u la ni aircond i m4ti” “Patutnya takyah pergi pun beli barang jauh – jauh. Beli je sikit – sikit kat kedai biasa.”
Ahhh. Saya rasa seolah – olah saya ni pembawa siaI dalam hidup dia. Kadang – kadang bila saya slow talk (sebab taknak dia guna kata kesat) dia akan kuatkan lagu dekat radio kereta. So jadilah saya bercakap sorang – sorang. Banyak kali.
Next time bila nak ambil barang dari supplier, saya sewa kereta kawan saya, Syafiqah. Alhamdulillah dia percaya pada saya. Saya drive sendiri jauh – jauh ke bandar. Bila saya bagitahu suami, dia tuduh saya bawa laki, dia tuduh saya guna kereta skandal saya, dia tuduh saya curang sebabtu saya tak ajak dia.
Saya jawab saya taknak kereta dia rosak, saya taknak jadi pembawa maIang kat kereta dia atau dengar bunyi dia ungkit – ungkit. Dia kata alasan. Ahhh sungguh narsistik per4ngai dia. Salah sendiri tapi manipulate macam salah saya. Saya cuma ikut rentak dia. Dia tak suka macam tu, saya ikutlah begitu.
Lepas habis je AIM saya 6 bulan, saya dah boleh pinjam RM6000. Saya beli kereta harga RM12000. Saya pun bayar deposit kereta RM6k dan bayar bulan – bulan. Sekarang kena pulun settle AIM minggu – minggu, saya mula buat COD sebab saya dah ada kereta.
Wah. Baiknya Allah. Saya bawa tiga – tiga anak saya pergi cod. Kadang – kadang saya menangis sebab semua anak merengek serentak. Ada yang poopoo, ada yang nak susu, ada yang munt4h. Saya rasa serba tak kena dan kereta saya jadi kotor sebab saya kejar waktu cod, taknak customer tunggu.
Dalam masa yang sama saya drive dan tak boleh bersihkan anak on the spot. Lama – lama, saya upah orang buat detailing dan bersihkan semua carpet, kusyen kereta. Fuhhhh. Ingat tak saya kata saya dah mula s4kit da4da semula dan kerap susah hati?
Masa saya busy dengan niaga, saya dah lupa nak trace dan hack phone Zul. Petang tu, saya saja pegang phone Zul. Dia ada dua phone sekarang. Oppo untuk kerja dan iphone untuk private use. Saya pun ambil iPhone Zul. Dia kata buat apa tengok – tengok?
Saya jawab saje nak tengok, saya tengok ada frequent emoji love dia guna, tapi dia tak pernah hantar dekat saya. Lepastu Zul guna ayat untuk reverse psychology saya “Ambiklah. I bukan buat pape pun. Takkan tak percaya lagi i dah berubah? Nak sangat ambik je terus iPhone tu sana pergi check puas – puas.”
Mungkin Zul ingat saya macam dulu dan saya akan letak balik bila dia gertak macamtu. Tapi dia silap. Saya jawab ok dan saya start kereta, bawa lari iPhone dia. Terus dia update status “Aku penat kerja beli phone sendiri senang je ko nak ambik guna.”
Yihhhh. GiIa mamat ni. Saya mesej dia, “I guna sehari je, kan u suruh ambil suruh check puas – puas. I buatlah.” Kahkah. Saya pun check. Eh, ada skandal baru lah, kalini kat tempat kerja. Selalu projek dalam kereta sebab tinted gelap. Ohhh, patutlah saya asyik s4kit d4da and rasa gelisah.
Baru saya faham, itu petunjuk Allah. Baik kan Allah? Dia bagi saya hint melalui cara macamtu. Meyakinkan saya yang dia dah lama buat kerja tu, sebab dia ada tuduh saya curang, beberapa bulan lepas. Secara psikologinya, kita takkan tuduh orang kalau kita tak pernah buat.
Macam, orang baik, dia sangka semua orang baik. Haa gitu. Saya pulangkan balik iPhone Zul ni, saya dah link kan location sharing, hack iCloud dia juga. Jadi, saya pun pergi mengintip Zul ni kat tempat kerja. Sah. Masa Zul keluar, perempuan tu keluar jugak!
Saya siap pakai purdah dan jalan tempang. Pakai selipar jamban nipis baru beli sebab nak menyamar. Macam ala – ala orang menyedihkan gitu, sambil senget – senget jalan. Cerita betul ni, tak tipu. Kadang – kadang saya pakai hood dengan topi, mask muka. Masa ni 2019 tau.
Saya pun bagitau Zul saya nak pergi ser4ng tempat kerja dia. Zul kata pergiIah kalau berani. Saya kata, saya tak buatlah, sebab masih jaga air muka dia. Zul pun lega, lagi pun dia tak percaya perempuan senaif saya akan buat macam tu. Esoknya saya pura – pura jadi client dekat tempat kerja Zul.
Saya WhatsApp Zul bagitahu saya keluar rumah, dia baIas ok, hati – hati. Tiba – tiba kecoh satu office ada sorang perempuan pakai heel, tarik tudung and rambut staf perempuan kat situ. Ahhhh itu saya. Semua officemate dia tergamam sebab semua kenal saya wife Zul.
Diorang kata, awak, janganlah kat sini. Ni tempat kerja dia. Apa lagi, saya pun tarik rambut perempuan tu, Umai namanya, keluar dari office dia dan saya pun bukak langkah depan office. Sekurang – kurangnya saya dah keluar dari tempat kerja dia. Kahkah.
Saya kata, yang saya buat ni sikit je, tak setanding langsung dengan yang saya hadap kat rumah. Kalau ikut hati, bukan tudung dengan baju je saya tarik, seluar pun saya nak tarik, sebab nak tunjuk betapa dia boleh ‘terh1na’ depan orang yang takde ik4tan dengan dia.
Saya cakap juga, saya tak takut nak print muka dia dekat kertas banyak – banyak dan tampal dekat tiang TNB letak caption “peIacur yang bagi free dekat suami orang,” siap nama penuh sekali saya taip. “Eh. Saya kenallah arw4h bapak awak dengan mak awak kerja kat mana, kakak awak pun pernah datang kedai saya tau.”
Walaupun nama saya dah busuk sikit, tapi ini w4rning untuk Zul dan Umai. Umai buat muka menganjing sambil cover malu. Cisssss. Petang tu, Zul kata nak berhenti kerja. Malulah tu. Saya kata baguslah. “Tapi susah nak cari kerja sekarang, I nak tanggung u dengan anak lagi.” Zul buat ayat kesian.
“Takpe, Allah akan tanggung. Kalau u rasa u sayang i, u resign la. Ni je cara nak buktikan. Kalau tak kita cerai. I dah lama buka fail tuntutan, tinggal proceed next step je. Kalau u berani, buatlah taklik.” Tunggu sambungan esok plak ye.. panjang sangat nanti tak terbaca korang.. – Madhi (Bukan nama sebenar)
Sambungan Part 4 >> Lepas cerai saya balik rumah ayah tapi ayah halau saya balik. Mak mengadu dekat makcik, cucu dia lasak, makan tumpah, kuat nangis