
Aku anak yatim piatu. Aku impikan keluarga yang besar, mertua yang baik. Tak sangka 3 bulan je mereka baik. Mak mertua call maki aku anak yatim piatu h4ram sebab aku tak tolong bayar hutang suami. Suami lari bawa kad bank, barang kemas aku. Tapi suami tak tahu, tu semua emas celup…
#Foto sekadar hiasan. Hi admin. Ni fake akaun. Nama aku Lia. Anak yatim dari umur 5 tahun. Dahagakan kasih sayang penyebab aku sering bermimpi akan ada keluarga bahagia. Setelah 18 tahun tinggal di rumah anak yatim, aku mencuba nasib hidup berdikari. Kerja, ya kerja.
Sejak pertama kali mengenal duit aku jadi seronok. Aku kumpul impian ingin ada rumah kecil. Cukuplah ada basikal pun tak apa untuk turun kerja. Impian untuk ada rumah semakin hampir. Tapi kawan sekerja nasihatkan aku sambung belajar agar lebih terjamin. Aku ikut.
Aku belajar sambil bekerja. Bukan mudah tapi Tuhan mempermudahkan. Amin amin, syukur ketika tu. Aku dapat kerja berjawatan dalam kerajaan. Aku ada kuarters, namun impian untuk rumah sendiri masih aku kejar. Bukan basikal aku beli waktu tu tapi rezeki aku dapat axia murah – murah.
Perkara pertama aku buat, aku kembali ke rumah anak yatim. Aku ajak beberapa kanak – kanak jalan – jalan pusing kawasan. Berapa kali pusing aku tak ingat sebab aku angkut semua kanak – kanak agar dapat merasa. Setiap kali gaji, aku belikan mereka KFC banyak – banyak. Gula – gula, coklat, keropok. Ya, memang itulah idaman makanan saat aku masih kecil. Waktu tu hidup aku lurus saja.
Entah kenapa hati aku dipanah cinta. Mulanya cinta tu sedap nikmat ibarat gula – gula dan coklat yang sering aku sedekahkan. Aku berkenalan dengan seorang lelaki yang agak baik ciri – cirinya. Keluarga yang ramai saud4ra mara.
Bagaikan bintang jatuh di riba. Perasaan berbangga teramat sangat bila kita yang yatim ada keluarga. Sebulan dua hidup ni bagaikan drama TV3. Indah seakan tak mahu bangun dari tidur. Bulan ketiga, abang ipar datang kuarters aku.
Suami masa tu belum bangun tidur. Dia menuntut hutang. Katanya selepas kahwin dengan aku, aku akan bayar semua hutang tu. Aku terkedu. Aku k3jut suami. Entah kenapa dia terus jerit, eh sudah tahu, apa lagi bayarlah. Aku tergamam.
Aku teringat kawan baik aku pesan, hidup biar kepala di atas kepala, bukan kaki di atas kepala. Aku suruh abang ipar balik dulu sebelum aku panggil orang ramai. Masa tu suami muka serius sangat. Petang kemudian, orang yang baru aku panggil mak iaitu ibu mertua telefon.
Aku gembira ingatkan dia tanya khabar atau nak aku balik atau rindu. Tapi sebaliknya memaki hamun aku, katanya aku penipu, kedekut. Anak h4ram sebab tu jadi anak yatim. Pertama kali dalam hidup aku kena maki hamun begitu. Sepanjang aku membesar di rumah anak yatim belum pernah kami menyebut siaI, ceIaka dan sebagainya.
Aku cari suami. Kelibat dia hilang dari rumah. Kad bank, barang kemas dan beberapa barang aku dia bawa. Perkara pertama aku buat, aku telefon bank. Mujur bank dapat sekat kad tu dan minta aku ke bank berdekatan untuk urusan bank.
Perkara kedua, aku buat laporan polis. Dan perkara ketiga aku cari peguam. Aku hadapi dengan tenang. Entah kenapa air mata aku tak jatuh di pipi saat tu. Saat memandang gambar perkahwinan jiwa aku bagaikan ditik4m. Tapi memandang gambar aku bersama semua ahli keluarga aku, aku terduduk. Menangis sampai susah nak bernafas. Hanya beberapa bulan, kisah Cinderella aku yang begitu bahagia.
Tak sampai beberapa jam kad disekat, suami berang membuka pintu. Muka aku dit4mpar dan dia dengan mudah melafaz talak. Alasan dia untuk berkahwin dengan aku diluahkan. Dia nak aku buat pinjaman untuk bayar hutang keluarga dia.
Abang dia hutang al0ng. Mak nak besarkan rumah dan suami harus mencari wanita berkerjaya. Paling aku kecil hati, rupanya aku isteri kedua. Isteri pertama ada di kampung berpantang. Aku langsung tak menyedari semua tu. Mereka pandai berahsia.
Dua malam aku menangis bagai nak giIa. Akhirnya kawan aku datang. Dia kata dia tak sedap hati. Bagaikan terpanggil untuk jumpa aku. Kawan aku hanya suruh aku mandi dan bersolat. Jangan cerita apa apa dulu dengan Tuhan. Malam tu dia bawa aku keluar.
Rupanya kawan aku ajak ke rumah pakcik makcik dia. Dia pun dulu anak yatim tapi pakcik makcik dia orang susah. Ketenangan dapat aku rasai di rumah tu. Tapi bagaimana esok andai aku balik semula ke kuarters. Adakah aku akan tenang. Dapatkah aku kerja seperti sediakala. Bagaimana berhadapan dengan orang sedangkan aku baru beberapa bulan menikah.
Bagaimana nak melupakan keindahan beberapa bulan yang aku hadapi. Malangnya aku. Andailah aku ada ibu bapa adik beradik seperti yang lain. Adakah k3jam cara aku tak membantu keluarga bekas suami aku. Kepada bekas suami aku Azmi, sudah 5 hari kau ceraikan aku. Terima kasih.
Kau lupa Mie, kau lupa. Aku ni anak yatim. Aku kejar nak beli rumah. Kalau aku kaya, aku beli Alza, bukan Axia. Ambillah bawa gadai barang kemas tu. Jangan kau menangis depan kedai tu ya sebab tu semua rantai emas celup. Aku walau pegawai kerajaan sekalipun, impian aku rumah, sedekah aku pada orang yang memerIukan, kasih aku pada yang ikhlas. Carilah lagi yang lebih berkerjaya daripada aku. Selamat tinggal Mie. Kirim salam pada semua keluarga kau.
Sambungan.. Assalamualaikum admin dan pembaca semua. Aku Lia bekas isteri Azmi yang bawa lari emas celup. Terima kasih tak terhingga membaca doa kalian. Kata – kata semangat serta pantun seorang kakak yang membuat aku dapat ketawa buat pertama kalinya setelah kemurungan seminggu.
Kini semua jawapan telah terungkai. Setelah seminggu aku berper4ng dengan diri selalu tertanya mengapa Tuhan hadirkan Azmi dalam hidup aku. Akhirnya semalam tepat pukuI 3 petang seseorang telefon. Dia adalah isteri pertama Azmi.
Dalam sebak dia menceritakan kisah hidup yang amat sukar kita sebagai manusia mempercayai. Sewaktu dia membaca luahan aku di sini, dia tahu bahawa tu adalah aku. Dia meminta nombor telefon dari biras. Alasannya untuk memaki hamun aku. Taktik tu berjaya.
Dia dapat nombor telefon aku. Masa tu aku terima andai Nur mahu memarahi aku atas salah silap aku masuk dalam kehidupan mereka. Tapi lain jalan ceritanya. Nur berterima kasih atas kehadiran aku. Doa dia terjawab. Setelah 4 kali keguguran dan sering dijadikan h4mba dalam rumah, dia selalu meminta agar janin kali ni diselamatkan.
Kehadiran aku sewaktu mengenal Azmi membuat Azmi terp4ksa menghantar Nur ke kampung. Saat tu air mata kegembiraan buat Nur. Dia akhirnya dapat mengandung dengan keadaan yang baik. Tiada tekanan dari ahli keluarga suami sepanjang menanti bergelar ibu.
Dalam cerita Nur, dia bukanlah orang senang. Malah dikahwinkan oleh pakciknya akibat hutang tak dapat dilunaskan. Dia cuba memikat hati Azmi untuk sekian lama, 4 tahun lebih, namun hanya maki hamun dan jauh lebih teruk dari status orang gaji yang diberikan.
Nur bertambah risau bagaimana nasibnya setelah Azmi mengarahkan dia balik ke kediaman suami setelah habis pantang, tinggal lagi 13 hari genap 100 hari. Pada awalnya aku hampir menghasut Nur untuk fasakh tapi mujur aku sempat sedar. Siapa aku untuk memberi nasihat sebegitu.
Nur seakan takut untuk bertindak. Katanya andai dia banyak bersuara maka hilanglah rumah tu. Rumah diduduki Azmi sekeluarga asalnya milik Nur. Tapi sebab hutang, keluarga Azmi mahu Nur menyerahkan rumah andai tak mahu menjadi isteri. Bukti hutang dan sebagainya masih dalam simpanan keluarga Azmi.
Allah, menitis air mata aku dan Nur. Berat hati ni dikecewakan tapi berat lagi bebanan yang Nur hadapi. Suara tangisan si comel Nur membuat hati aku terusik. Aku kata, andai sesuatu terjadi nanti silalah Nur cari aku. Walaupun aku ni tak berapa nak kaya berharta tapi aku ada pelajaran.
Aku akan cari jalan agar Nur dapat kembali haknya. Tapi untuk membantu dengan cara kembali semula pada Azmi demi Nur, maaf aku tak boleh. Bagi aku cukuplah. Setelah makan nasi minum air, bila dah jadi n4jis, tak mungkin aku ambil semula.
Biarlah ia menjadi sisa kumbahan. Berhari – hari aku sedih dan sekarang dah tiba masanya aku jadi seorang periang semula. Arw4h ibu dan abah tak melahirkan aku untuk menangis demi seorang lelaki. Memang mungkin nanti akan ada lelaki lain mahukan aku.
Tapi cukuplah pengajaran hidup ni buat aku berhati – hati. Mulai Isnin, semua orang sepejabat akan tahu aku adalah janda. Harap tak adalah orang sekeliling takut dengan aku. Maklumlah dari cerita semua orang takut dengan janda. Tapi ni janji aku pada diri sendiri dan Allah. Sehebat manapun lelaki tu, biarlah bukan suami orang dan biarlah bersifat kemanusiaan. Amin amin. Doakan aku ya akak akak sekalian.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.