
Aku kerja swasta, kadang – kadang bila jumpa bos balik kerja lambat la sikit campur jem sampai rumah dah pukul 7.30. Mertua aku tu dia boleh mengamuk macam aku buat salah besar. Macam aku buat maksiat gaya dia.
#Foto sekadar hiasan. Salam admin. Tolong hide FB aku. Aku hanya ingin luahkan sahaja. Aku dan suami dah berkahwin hampir dua tahun dan dikurniakan seorang anak yang berusia hampir setahun. Sebelum aku berhenti kerja, perbelanjaan untuk diri sendiri semua aku tanggung sendiri, dalam erti kata lain suami tidak pernah bagi nafkah zahir untuk aku.
Bahkan aku juga ada ketepikan belanja untuk barang dapur memandangkan kami tinggal bersama dengan ibu suami. Sewaktu aku mengandung, aku ada menyuarakan hasrat kepada suami untuk pindah rumah. Bukan sebab aku tak suka ibu mertua aku, tetapi aku dah letih untuk jaga hati beliau dan mengikut rentak beliau.
Aku sedar aku menumpang di rumah beliau, oleh itu semua keputusan aku hanya ikut sahaja, suami pula anak bongsu dan dia juga seringkali dapatkan pendapat ibu beliau dulu sebelum berbincang dengan aku. Kadang – kadang aku rasa macam bukan isteri dia.
Ibu mertua pula terlalu cerewet, semua dia berkira. Walaupun aku ada hulur duit untuk beli barang dapur, kami makan bercatu. Tak pernah aku bayang sebelum ni makan udang dua ekor sahaja dengan nasi. Ya aku bersyukur, tapi Ya Allah macam melampau sangat, macam aku tak bagi duit belanja.
Aku berhenti kerja pun sebab mertua aku. Aku kerja swasta, kadang – kadang bila jumpa bos balik kerja lambat la sikit campur jem sampai rumah dah pukul 7.30. Mertua aku tu dia boleh mengamuk macam aku buat salah besar. Macam aku buat maksiat gaya dia.
Aku terpaksa kerja dengan sungguh – sungguh memandangkan suami hanya kerja kontrak dengan kerajaan. Walaupun begitu, gaji dia terlalu sedikit dan tak dapat nak menampung perbelanjaan kami. Kebanyakan belanja aku yang bantu. Tapi mertua tu dia tidak sedar. Alih-alih anak dia yang bagus semua, anak dia yang keluarkan duit semua. Tak faham betul.
Hal anak pula, aku nak hantar pengasuh. Memang dah lama plan sebelum aku deliver lagi, tapi dia insist nak jaga. Then bila dia jaga dia mengeluh macam2, bernanah telinga aku dengar. Sebab tu dia marah kalau aku balik kerja terlambat dari masa sepatutnya. Bila aku nak hantar pengasuh jaga dia bising.
Ya mungkin dia risau dengan isu-isu semasa hal pengasuh. Tapi kita kena tawakal dan banyak berdoa dan bersangka baik supaya orang sekeliling kita pun berbuat baik dengan kita. Ni tak, mertua selalu sahaja bersangka buruk dengan orang sekeliling.
Hmmm, tu tak masuk hal anak aku lagi. Nasib baik tak masuk hospital anak aku. Waktu anak aku boleh makan hari tu dia sibuk nak bagi bubur. Ok lah aku buat. Then bila aku nak blend dia tak bagi. Anak aku gigi pun takde lagi dan baru masuk 6 bulan masa tu.
Memang kena blend la bubur tu, macam mana dia nak kunyah. Dia buat ikut kepala dia dan tak bagi blend. Sakit kepala aku ni sebab terpaksa bersabar dengan perangai dia ni. Aku lenyekkan bubur tu guna sudu je dan bubur tu tak hancur sepenuhnya pun.
Malam tu anak aku tak boleh tidur sebab sakit perut. Kesian anak aku. Suami pula semua hanya mak dia sahaja yang betul sampai aku malas dah nak cakap apa. Kadang – kasang rasa baik berpisah sahaja. Suami ni pula, aku pun tak faham dengan perangai dia.
Aku balik rumah mak aku jarang sangat. Bila balik mestilah kita nak kumpul ramai – ramaikan, borak – borak dengan mak semua. Dia boleh asyik suruh aku dengan anak duduk dalam bilik je. Ntah apa la mak aku fikir hari tu. Kesian mak aku. Sedangkan kami dah lama tak jumpa. Mestilah nak lepaskan rindu.
Suami buat macam kami balik rumah siapa – siapa ntah dan berkurung dalam bilik. Aku memang dah tawar hati dengan perangai suami ni. Tu belum lagi ingat mertua aku siap pesan sebelum balik kampung hari tu. Dia siap pesan tak payah tolong mak aku dan buat kerja balik kampung. Tengok anak je.
Mak aku tak pernah pesan apa – apa dekat kakak ipar aku if dorang balik kampung. Aku tak tau ibu jenis apa dia ni. Pentingkan diri sendiri sahaja. Pentingkan anak dia sahaja. Aku dekat kampung ibu aku, kakak aku dan keluarga dia pun balik, anak buah pun ada boleh tengokkan anak aku if aku buat kerja.
Bila fikir balik kerja apa sangat la yang aku nak buat tu sampai dia kena pesan. Itu mak aku tau. Tak salah if aku nak tolong. Suami aku ni memang tak boleh tengok langsung ke anak sekejap. Aku memang dah TAWAR HATI dengan perangai mereka berdua ni.
Jangan terkejut if one day aku keluar macam tu sahaja dari rumah ni. Banyak lagi hal – hal yang mertua aku buat, tu belum lagi time aku pregnant, hanya Allah je yang tau. Tapi cukup sampai sini sahaja luahan aku. If awak baca dan terasa ni diri awak, harap awak cepat – cepat muhasabah diri dan ambil masa fikir balik apa yang berlaku. Sebab aku memang dah tak boleh nak bersabar lagi dengan semua yang berlaku ni. Aku takut bila kesabaran tu hilang, mak awak pun aku dah tak hormat nanti.
Komen Warganet:
Roha Adrinna : Saya baca sampai habis. Macam ni la, kalau rasa boleh bersabar, kau sabar aje la. Tapi kalau dah sampai limit kesabaran kau, bincang dengan suami. Luahkan apa yang terbuku, tengok ada tak perubahan. Kalau masih sama aje, kau carilah kebahagiaan kau sendiri.
Effa Efa : Bila dia kehilangan awak, baru dia tahu macam mana hidup dia. Sekarang dia masih ada awak, dia boleh ikut suka melayan awak. Tengok la kalau 1 hari nanti kalau awak tinggalkan dia, macam mana hidup dia.
Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.