Isteri mengaku dia curang. Bila aku jumpa dengan lelaki tu, aku terk3jut. Muka lelaki tu tenang, nampak ikhlas. Dia yang selalu belikan isteri aku sarapan pagi

Kadang – kadang salah kecil pun aku bantai isteri aku tapi selepas tu aku pujuk balik. Aku pernah curang kepada isteri aku. Berkali – kali sehingga isteri sendiri minta aku nikah dengan perempuan tu. Sekarang aku hantar isteri aku balik kampung, 2 minggu..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum admin. Ada kisah menarik yang ingin aku kongsi bersama. Bagai dihempas dengan batu yang besar, s4kit dan tenggelamnya aku di d4da bumi. Lemas dan tak mampu bernafas bila isteri aku mengaku bahawa dia telah mencurangi aku.

Aku cuba untuk menjadi sew4ras – w4rasnya manusia supaya dapat mengawal api kemarahan yang semakin membuak – buak. Jika aku turutkan nafsu amarah dan sifat baran aku, memang aku ingin pijak – pijak dia yakni isteri aku di situ juga.

Aku mem4ksa dia untuk memberi kepada aku segala detail lelaki tu supaya senang aku bersemuka dengan lelaki tu, namun isteri aku tetap membisu. Aku merenung wajah polos isteri aku. Dia cantik dan manis orangnya walaupun tanpa secalit mekap, maka tak must4hil jika ada lelaki lain yang cuba memikatnya.

Aku mencari di mana silap aku sehingga dia sanggup curang kepada aku. Adakah sebab aku tak berharta dan hanya bekerja biasa – biasa sahaja maka dia memilih untuk menduakan aku. Jauh benar untuk dibandingkan dengan lelaki tu.

Dia merupakan bos dan pemilik kepada sebuah syarikat pembinaan. Lelaki tu juga akui dia memang sayangkan isteri aku ni dan sudi mengambil dia menjadi isteri jika aku sudi melepaskannya. Aku hairan kenapa dalam ramai – ramai wanita single di luar sana, isteri aku juga menjadi pilihan dia.

Dia kata isteri aku seorang yang penyabar dan tak memandang harta. Memang aku akui sepanjang 7 tahun kami menjadi suami isteri, dia telah banyak bersabar dengan tingkah laku aku dan sifat baran aku. Aku hairan kenapa bila berdepan dengan lelaki tu aku tiba – tiba menjadi lelaki yang penyabar.

Dari awal nak saja aku pijak – pijak muka dia ke lantai tetapi bila sahaja aku lihat dia, aku menjadi tenang dan kami berbincang dengan cara lelaki. Mungkin kerana lelaki tu halus budi bahasa dan raut wajahnya menandakan dia seorang yang ikhlas.

Dari asalnya mereka hanya berkawan biasa. Berurusan hanya atas dasar kerja. Kadang kala kalau ada masa terluang dia akan membelikan isteri aku sarapan pagi. Memandangkan kadang – kadang dia melihat isteri aku menelan pil tahan s4kit disebabkan gastrik kerana tak sempat minum pagi, jadi sebagai seorang kawan dia patut menghulurkan bantuan dengan membelikan sarapan pagi pada tiap – tiap hari.

Kadang kala aku tak sempat menjemput isteri aku untuk makan tengah hari jika aku ditugaskan kerja luar, maka dia dengan rela hati membelikan isteri aku makanan tengah hari memandangkan isteri aku menolak jika dia mengajak untuk sama – sama keluar makan.

Maka dari asalnya kasihan maka hadirlah sayang. Namun bagi aku tu satu alasan b0doh mereka untuk menutup kesalahan mereka. Semua tu kerana masing – masing gagal mengawal nafsu. Hampir dua minggu aku dan isteri tak tinggal sebumbung.

Aku hantar isteri aku dan anak – anak ke rumah orang tuanya. Aku minta diberi ruang untuk berfikir dan membuat keputusan sama ada untuk meneruskan ikatan perkahwinan kami atau untuk memilih jalan penceraian. Dia akur tanpa sepatah kata dan bersumpah selama menunggu kata putus aku dia tak akan menghubungi lelaki tu.

Begitu juga dengan lelaki tu, berjanji tak akan menghubungi isteri aku lagi. Isteri aku sedikit pun tak mendesak aku menceraikannya atau merayu aku untuk menerimanya kembali. Apa keputusan aku dia akan terima kerana dia tahu tu kesilapan dia.

Cuma sampai sekarang dia masih membatu diam seribu bahasa tak menyatakan kepada aku mana silapnya dan apa salah aku sehingga dia sanggup menduakan aku. Mungkin dia menyuruh aku mencari sendiri di mana silapnya. Aku bersyukur kerana hubungan mereka baru satu bulan dan masih lagi menjaga perbatasan masing – masing.

Sepanjang dua minggu ni aku menjadi hilang arah. Semua masjid dan surau aku masuk untuk mencari ketenangan. Aku tak mahu kehilangan dia namun aku tak mampu untuk memaafkan dia. Melihat gambar – gambar kenangan kami dan anak – anak cukup membuat aku berhujankan air mata.

Tujuh tahun usia perkahwinan bukanlah satu jangka masa yang pendek. Pelbagai ujian dan rintangan kami lalui bersama. Suka duka dikongsi berdua. Kenapa dia sanggup menduakan aku. Ya Allah. Berat ujianMu kali ni Tuhan. Keluarga aku mendesak supaya aku tinggalkan isteri aku.

Namun aku minta diberikan masa. Bukan senang untuk membuat keputusan. Seorang demi seorang yang bijak pandai aku temui. Namun masih aku tak temui jalan penyelesaian. Pelbagai hadis dan teladan mereka bacakan kepada aku.

Aku masih buntu sehinggalah satu malam tu aku merayau – rayau di tengah kota. Aku disapa oleh seorang wanita yang sebaya dengan kakak aku. “Aku tengok kau macam tak terurus saja. Kenapa. Bini kau lari dengan jantan lain ke.” Aku melihat wanita tu dari atas sampai ke bawah.

“Ala kalau kau nak berseronok dengan aku pun boleh. Satu pusingan RM50. Kalau khidmat mulut RM20. Aku ada tempat.” Aku menelan pahit air liur aku. Wuduk masih basah di ubunĀ  -ubun. Aku bangun dan membuka pintu kereta. “Eh kau. Takkan nak blah macam tu saja. Okeylah. Aku tak kenal kau. Kau pun tak kenal aku. Jadi aku ada banyak masa terluang ni. Kau ada nak cerita apa – apa ke.”

Aku terdiam. “Kalau ada kau nak cerita. Ada nak luahkan aku boleh saja dengar.” Patutkah aku berkongsi kisah duka aku ni dengan wanita ni. “Isteri aku curang dengan aku.” Aku mulakan cerita. Dia merenung aku. “Sebelum kau cerita tentang isteri kau, aku nak tanya kau. Kau sayang lagi tak isteri kau.” Dia mencelah.

“Sebab aku sayang dia lah aku jadi macam orang b4ngang ni. Ke hulu ke hilir tak ada tujuan. Aku sayang sangat dia sampai aku tak dapat buat keputusan. Nak aku terima dia aku marah sangat pada dia. Nak aku lepaskan dia mampukah aku hidup tanpa dia.” Mata aku mula hangat.

“Kau cakap kau masih sayang isteri kau. Jadi bila dah sayang kau kena terima buruk dan baik dia. Kenapa dia curang dengan kau. Kau tak cukup layan dia dalam bilik ke.” Dia ketawa besar. Mungkin dia geli hati dengan percakapan dia sendiri. Aku senyum sinis.

“Kalau tak cukup anak dah tiga kak.” Aku mula menyeluruh. “Kau d3ra dia kot. Mental dia. Fizikal dia. Nafkah batin mungkin cukup. Nafkah zahir. Ada kau bagi. S4kit pening dia ada kau ambil tahu. Penat lelah dia ada kau peduli. Okey satu hari berapa kali kau tanya dia dah makan ke belum.” Aku menelan air liur yang mula memekat.

“Kau pernah curang dengan dia tak.” Sekali lagi aku lemas di atas d4ratan. Nafas aku tersekat umpama tenggelam ke dasar laut yang dalam. Allahu sesungguhnya tu lah jawapan untuk segala kebuntuan yang aku cari selama ni. Ego aku sehingga aku tak nampak mana salah aku. Aku hanya mencari mana silapnya dia.

“Aku pernah curang kepada dia kak. Berkali – kali sehingga dia sendiri minta aku menikahi wanita tu. Mujur Allah tu ada. Dia membuka aib wanita tu di hadapan mata aku dan isteri aku. Namun dia memaafkan aku tanpa menghukvm aku. Dia biarkan kesalahan aku berlalu ibarat sungai yang mengalir.

Aku baran kak. Setiap kata – kata aku kesat sekali bila aku memarahi dia kak. Kadang – kadang salah kecil pun aku pukuI bantai dia kak. Tetapi selepas tu aku pujuk balik. Ajak makan makan, beli belah beli apa dia mahu. Memang aku tak pernah membelikan dia sarapan pagi, tetapi aku bagi dia belanja yang cukup kak.”

“Haa di situ salahnya kau. Kau fikir perempuan ni apa. Suka – suka kau marah. Suka – suka kau maki hamun lepas tu kau ajak berdamai dengan wang ringgit. Ada kau minta maaf dengan dia. Sebenarnya aku tahu bini kau tu tak ada apa pun dengan jantan tu. Sekadar jadikan tempat berteduh saja bila mana rumah tangga kau dilanda ribut taufan.

Kalau kau tak percaya cuba kau ceraikan isteri kau. Kerat jari aku kalau dia pergi kepada jantan tu. Kau salah dia maafkan. Dia salah takkan kau tak boleh terima. Sekali hati tercalar ni dik, sejuta ringgit pun tak mampu menutupinya. Kesan dia amat dalam. Maki hamun tu ibarat virus yang membiak dalam hati dia dik. Sekali kau buat seribu tahun dia akan ingat.

Dia cuma nak perhatian kau saja. Dia nak kau hargai dia saja. Aku ni perempuan. Aku tahu apa yang perempuan mahu. Suami aku dulu pun ada harta juga. Tapi siang malam asyik makan kaki saja. Hidup tak serupa orang. Anak – anak jadi m4ngsa. Baik aku bawa diri.

Kerja macam ni pun tak apa. Halal h4ram biar Tuhan saja yang tentukan. Yang penting anak – anak aku kenyang. Bersekolah macam anak orang lain. Ada bapak kaki pukuI sebelum aku dengan anak – anak jadi m4yat baik aku ber4mbus. Cuma rezeki aku belajar tak pandai. Macam ni lah kerjanya.”

Aku termenung panjang. Aku biarkan wanita yang aku kenali dengan nama Mira tu melambai – lambai setiap lelaki yang lalu lalang di situ dan tak kurang juga ada mata menjeling tajam ke arah aku. Patutlah dia tenang saja bila aku minta dia tinggal di kampung. Rupa – rupanya tu yang dia mahu berpisah dengan aku dan lelaki tu hanyalah asbabnya semata – mata. Allahu kenapa aku tak terfikir semua ni.

Dia amanah Allah kepada aku. Sepatutnya aku jaga dan lindungi dia. Bukan s4kiti tubuh badan dan hatinya. “Dia juga bersalah kerana curang terhadap kau. Aku tak kata tindakan dia mencari lelaki lain untuk meluahkan perasaan sedihnya tu betul. Ramai lagi wanita di keliling dia yang sudi mendengar.

Jantan ni pantang tengok rumah tangga orang bergoyang. Mula lah nak kacau daun. Kononnya akulah hero. Nasib baik dia dengan bini kau belum terlanjur. Mungkin bini kau tu selesa bercerita kepada orang luar yang bukan keluarga dia atau kau. Mungkin dia masih nak jaga air muka kau.”

Kak Mira menghidupkan sebatang r0kok. Aku menyambut sebatang r0kok yang dihulurkan. Perbualan aku dengan Kak Mira semakin menarik. “Macam kau dengan aku sekarang ni lah. Aku yakin kalau dengan orang yang kau kenal, nak ke kau mengaku salah kau. Memang tak lah kan. Ibarat membuka pekung di d4da. Kalau tiap – tiap malam jumpa tak must4hil kau boleh jatuh cinta dengan aku.”

Tersedak asap r0kok aku mendengar kata – kata Kak Mira. Dia sambung ketawanya kali ni lebih kuat daripada tadi. Kak Mira berhenti sebentar. Aku tak pasti sama ada dia menikm4ti tembakau Suria ataupun sedang mencari idea untuk berkata – kata.

“Perempuan ni dik berfikir menggunakan emosi. Lelaki pula berfikir menggunakan akal. Kau pernah dengar tak perempuan dilahirkan dengan satu akal dan sembilan nafsu manakala lelaki pula satu nafsu dan sembilan akal. Sebab tu talak diletakkan ke tangan lelaki sebab lelaki ni fikiran dia lebih rasional berbanding perempuan. Sebab tu kau dengan bini kau masih bersama sehingga ke hari ni. Cuba kalau talak di tangan perempuan. Aku rasa dah banyak kali dah kau jadi duda.”

Dia ketawa lagi. Aku turut ketawa bila mendengar perkataan tu. Betul lah tu. Tiap kali ada pertelingkahan antara aku dengan isteri aku, dia pasti akan minta aku ceraikan dia dan waktu tu pasti tangan aku akan naik ke muka dia. Allahu. Kasarnya aku melayan isteri aku.

Satu – satunya wanita yang sanggup berk0rban nyawa melahirkan zuriat aku. Wanita yang sentiasa ada di sisi waktu aku s4kit. Menemani aku di saat aku sedih. Sepatutnya aku pimpin dia ke jalan Allah. Bukan biarkan sama – sama hanyut mengejar dunia.

“Malam ni aku cuti. Aku lepak dengan adik ni.” Tiba – tiba dia menjerit bila ada kereta berhenti di tepi jalan. Kemudian terus berlalu. Aku lepak dengan Kak Mira sehingga subuh. Macam – macam cerita keluar daripada dia, bujang hinggalah ke lorong gelap ni.

Aku ajak dia minum di mamak. Haru kalau kalau ada kenalan yang nampak aku lepak di tepi lorong tu. “Lepas kau solat, kau pergi ambil dia dengan anak – anak. Mulakan hidup baru. Buang yang keruh dan ambil yang jernih sebelum terlambat. Macam aku ni nasi dah jadi bubur. Dah tak boleh buat apa lagi dah.”

“Terima kasih kak atas nasihat kak dan aku akan cuba bina hidup baru bersama isteri dan anak – anak aku kak.” Aku salam Kak Mira dan menyelitkan not seratus untuk dia dan anak – anak dia belanja. Maklumlah malam tu dia cuti jadi tak adalah gaji masuk. Aku ikhlas.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Kongsi Artikel Ini :