
Aku anak dara, dia suami orang. Aku masih muda dan dia sudah tua, Dia pula 20 tahun lebih beza tua dari aku dan dia pula suami orang.. Bukan aku nak ada perasaan macam ni. Lagipun dia dah minta izin isteri dia, nak bawa balik ‘adik’ untuk ‘kakak’
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum admin dan warga Facebook. Aku inginkan pandangan dan pendapat kalian untuk masalah aku. Aku bekerja di sebuah pejabat di tanah air dan baru berumur awal 20an. Ditakdirkan Allah Taala, aku di “ngorat” seorang hamba Allah yang juga merupakan suami orang.
Dia memang seorang yang sangat baik. Apabila aku tanyakan staff di pejabat yang sudah pun berpuluh tahun mengenali dia, rata – rata memberikan komen yang positif. Tidak ada seorang pun yang memberikan komen yang negatif setakat ni.
Pada awal bulan Februari yang lalu, dia mula menghantar WhatsApp kepada aku. Pada awalnya aku merasa rimas kerana memikirkan dia adalah suami orang. Pada suatu hari, aku ditugaskan pejabat ke suatu majlis dan aku terpaksa ke sana dengan kenderaan sendiri.
Memandangkan aku tiada kenderaan, dia menawarkan bantuan. Aku mula terhutang budi. Selang beberapa hari selepas tu, sekali lagi dia ke bandar bagi mengambil aku yang jaraknya 20km dari pejabat. Sekali lagi aku terhutang budi. Bermula dari kejadian terhutang budi tadi, aku rasa tak sampai hati untuk tak membalas WhatsApp dia. Secara tak langsung aku dan dia mulai rapat. Tanpa aku sedar dan tanpa aku minta, aku mulai sayang kepada dia.
Melihat kepada kesungguhan dia dan keikhlasan dia terhadap aku, aku menjadi sayang sangat kepada dia. Aku berperang dengan perasaan sendiri. Aku sayang pada dia, dan dia sangat sayang pada aku. Aku anak dara dan masih sangat muda. Dia pula 20 tahun lebih beza tua dari aku dan dia pula suami orang.
Dia ada memberitahu aku yang dia pernah meminta izin dari isteri dia yang aku panggil sebagai “kakak”, meminta izin untuk bawa balik “adik” untuk kakak. Kakak memberi izin dengan 3 syarat. Syaratnya biar kami saja yang tahu. Aku ada memberitahu umi tentang hal ni, tapi umi menolak mentah – mentah. Umi siap bagi peringatan lagi, “awak pilih dia, awak buang umi abah”. Allahu.
Aku bercerita kepada kakak ipar tentang peringatan umi tadi. Kata kakak ipar, “umi cakap macam tu sebab umi tengah marah. Jangan expect umi untuk terima dengan berlapang dada. Tunggu umi reda dulu, tunggu umi lembut hati dulu.”
“InshaAllah umi ok. Kalau dah jodoh, takdir, qada’ qadar, semua akan berlalu dengan mudah saja. Doa dan sabar.” Alhamdulillah, lega aku. Aku ceritakan hal yang sama kepada dia. Aku mengharapkan dia untuk menarik diri kerana merasakan peringatan umi agak keras dan kasar. Sebaliknya dia menjawab dengan tenang, “sabar lah. Umi tengah marah tu. Awak tak payah pikir lah.”
“Jangan risau, saya akan tanggung dan selesaikan semua ni sebab saya yang mulakan. InshaAllah sampai masa saya akan pergi jumpa umi abah awak. Plan nak jumpa duduk mengadap umi abah, abang – abang awak, semua dah ada dalam kepala ni.” Allahu, aku makin yakin dia sayangkan aku.
Umi pernah acah – acah mogok dengan aku. Umi tak layan aku dan kurang bercakap dengan aku untuk 3, 4 hari. Mogok untuk memberitahu betapa umi tak setuju dengan pilihan aku. Aku beritahu dia tentang umi mogok. Dia pesan, “jangan layan mogok umi. Bercakap dan layan je umi macam biasa. Jangan kecik hati dengan umi sebab kita yang berdosa.” Alhamdulillah umi pun makin ok.
Pernah satu hari, ketika umi dan kakak ipar duduk berdua, umi meluahkan rasa hati umi kepada kakak ipar. Umi beritahu yang umi sangat berkecil hati dengan aku. Umi tidak menyangka anak yang dikandung selama 9 bulan sanggup buat umi macam ni.
Bercinta dengan orang tua. Masalah sekarang, apa yang aku buat ni bukan satu kesalahan, bukan satu dosa. Aku menangis berperang dengan perasaan sendiri. Tak sanggup rasanya dengan umi berkecil hati begitu. Tapi aku juga tak nak berpisah dengan dia.
Aku seakan tak nampak masa depan kalau terus memilih dia sebagai pasangan hidup. Tapi aku juga tak pasti dengan perasaan umi yang kejap positif kejap negatif tentang si dia. Allahu. Pada suatu petang, aku sangat beremosi. Aku menangis memikirkan masalah yang tak berkesudahan ni.
Menangis kerana terpaksa memilih antara umi dan dia sedangkan aku berharap kedua – duanya milik aku. Menangis kerana letih dengan semua ni. Umi masuk bilik dan cuba memujuk. Memujuk supaya aku ceritakan sebab aku menangis. Aku beranikan diri, “orang tak minta untuk jadi macam ni. Orang tak minta untuk sayang pada dia, suami orang lain.” Umi tenang. Umi mula beri nasihat.
Sebab dan alasan kenapa dia sangat melarang tindakan dan pilihan aku. Sebab dan alasan adalah sebab dan alasan yang kita selalu dengar, perit berkongsi, kesian kakak, masih muda, pandangan masyarakat, kesan esok hari, penerimaan dalam keluarga dan macam – macam lagi.
Aku beranikan diri untuk kembali menyoal, “kalau end up macam ni jugak? Kalau memang Allah nak jodohkan kami?” Umi terdiam dan akhirnya umi jawab, “kalau dah jodoh, umi kena terima. Cumanya seboleh mungkin umi tak nak.” Dan umi pesan, “kadang – kadang, takdir dan qada’ qadar boleh diubah dengan doa.” Betul ke?
Sekarang, aku senyap terus dengan umi tentang dia. Langsung tak sebut tentang dia dan aku rasa umi pun berfikiran yang aku dah stop dengan dia. Tapi pada masa yang sama aku dengan dia makin serius. Aku buntu. Apa patut aku buat? Aku terfikir untuk “just follow the flow”, which mean, aku go on je dengan dia and at the same time keep on praying, minta yang terbaik. Minta petunjuk, minta ditunjukkan kebenaran dan minta Allah lembutkan hati umi abah, adik beradik dan keluarga.
Andai kata dia adalah yang terbaik untuk aku, Allah akan lembutkan hati umi abah dan Allah pasti akan permudahkan segala urusan. Andai kata dia bukan yang terbaik untuk aku, Allah akan pudarkan perasaan kami each other dan Allah akan selesaikan segala masalah.
Akhir kata, aku sayang dia sebab aku kenal dan percayakan dia. Aku masih muda? Dan dia sudah tua? Jodoh ajal maut semua rahsia Allah. Aku anak dara? Dia suami orang? Jangan kacau rumah tangga orang? Allah dah awal – awal lagi halalkan perkahwinan lebih dari satu.
Nabi dulu takpe lah sebab dia maksum? Aisyah takpe lah sebab dia wanita teragung? Kita bukan macam mereka? Hikmah Allah wujudkan poligami di zaman Nabi sebab nak bagi kita panduan tentang larangan dan sebaliknya dalam Islam. Poligamikan halal. Sekian terima kasih. Mohon jangan kecam aku, dan mohon pendapat yang positif. Komen yang negatif takpe, janji membina.
Komen netizen :
Yaya FionaRose : Awak sedang dilamun cinta memang semua nampak indah, malah lautan api pun sanggup diharungi. Cuba bayangkan kalau umi awak nak diduakan oleh abah awak, minta dijauhi, sanggupkah awak terima? Begitu juga dengan perasaan keluarga kekasih awak. Umi awak bagi nasihat kerana naluri seorang ibu tak pernah salah. Solat istikharah dengan sepenuh hati, mintalah petunjuk. Keputusan awak menentukan takdir hidup awak.
Nur Fatimah Azizi : Laki tu baru ambil hantar adik naik kereta beberapa kali dah terhutang budi sangat konon. Yang mak adik kandungkan dan lahirkan adik, bela adik bagi makan minum bagai selama 20 tahun, gamak pula adik kecilkan hati mak adik pula ye?
Rasanya mak ayah adik ambil hantar adik pergi sekolah lagi jauh dari laki tu tumpangkan kereta hantar adik. Tu pun dia hantar bukan ikhlas. Sebab nak ambil hati adik, nak ngorat adik. Nanti lepas kahwin, dia ngorat perempuan muda lain. Pergi hantar sana sini, jangan jeles pula ye.
Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.