
Sebulan yang lepas suami dah cakap nak sambut merdeka dekat Putrajaya. Sampai harinya, aku takde mood nak pergi. Rupanya suami dah booking hotel dan terus beli tshirt Malaysia untuk aku dan anak – anak. Aku menangis, kecewa!
#Foto sekadar hiasan. Malam ini, aku duduk di meja kecil di sudut, jendela di hadapan menghadap langit yang kelam, diliputi awan tebal. Bintang – bintang seakan menghilang, tertutup di balik langit yang kelabu. Namun hati aku seakan dihimpit rasa yang berat.
Malam Merdeka. Seharusnya aku merasakan semangat kebanggaan dan kebebasan, tetapi sebaliknya, aku merasa terper4ngkap. Terper4ngkap dalam perasaan, terper4ngkap dalam kehidupan yang aku pilih, atau lebih tepat lagi, kehidupan yang seolah – olah dipilih untuk aku.
Aku berkahwin dengan Alif, 5 tahun yang lalu, Kami dikurniakan 2 orang anak yang comel dan aku tidak pernah menyesal dengan keputusan untuk bersama dia. Kami bertemu melalui keluarga. Waktu itu, aku sudah hampir mencecah usia 30, dan seperti kebanyakan ibu bapa, ibu dan ayah sangat risau kerana aku masih belum bertemu jodoh.
Alif datang dalam hidup aku tanpa banyak bicara. Dia lebih tua 5 tahun, pernah bertunang sebelum ini, namun hubungan itu tak panjang. Kenapa? Aku pun tak tahu. Tapi, aku tak pernah bertanya. Bila aku cuba mengimbas kembali pertemuan pertama aku dengan Alif, aku rasa seolah – olah takde apa yang begitu istimewa tentangnya. Kami hanya bertemu 2 kali sebelum memutuskan untuk berkahwin.
Alif, pada masa itu, seorang yang sangat straight forw4rd. Dia terus terang memberitahu aku bahawa dia lebih suka jika aku duduk di rumah dan menguruskan rumah tangga. “Saya janji, saya boleh beri keperluan kelurga yang saya mampu, tapi kalau awak nak bekerja, kita kena kongsi perbelanjaan,” katanya.
Aku masih ingat, dia juga sempat memberitahu tentang ‘keperluan’ yang lain, termasuk mengenai bilik tidur. “2 kali seminggu, boleh ye?” katanya sambil tersenyum. Aku hanya tersipu malu mendengar pernyataannya itu. “Kenapa aku pilih dia?”
Itu adalah soalan yang selalu bermain di kepala. Aku rasa aku tak ada pilihan lain. Jodoh ini sudah ditentukan. Perkahwinan ini juga bukanlah keputusan yang aku buat sepenuhnya. Orang tua yang memilih, aku hanya menurut. Alif, pada masa itu, adalah seorang lelaki yang stabil dengan pekerjaan tetap dan ada rumah sendiri. Keberkatan ibubapa yang penting, bukan?
Sebelum berkahwin, aku bekerja dengan kakak buat bisnes online. Sejak tamat politeknik, aku sukar mendapatkan pekerjaan dalam bidang yang aku minati. Jadi, aku terima sahaja apa yang ada. Sehingga aku kenal Alif. Alif seorang lelaki yang baik. Rajin, bertanggungjawab, dan penyayang.
Setelah kami berkahwin, aku memilih untuk menjadi suri rumah sepenuh masa. Alif, yang sem4kin sibuk dengan kerjanya, tidak pernah menuntut lebih daripada apa yang aku mampu beri. Hidup kami tenang. Anak – anak kami datang dalam kehidupan kami, membawa lebih banyak kebahagiaan.
Kami menyewa rumah dekat dengan rumah ibu bapa aku. Rumah Alif, dia sewakan. Aku sebenarnya tidak selesa tinggal di apartment, tapi aku lebih suka berada dekat dengan keluarga. Urusan rumah aku yang uruskan, dari memasak, mengemas, semuanya. Alif pula menguruskan pakaian. Dari mencuci hingga melipat, semuanya dia buat dengan teliti.
Malah, setiap minggu, dia siap – siap gosokkan baju kerja dia untuk seminggu. “Kita buat kerja yang mudah saja? Saya uruskan ini, sayang uruskan itu,” katanya sambil tersenyum. Nafkah? Cukup. Tetapi cukup sahaja. Mungkin lebih tepat, jika aku katakan, cukup – cukup sahaja.
Sebagai contoh, bila kami sudah mempunyai dua anak, Alif bertanya, “Awak nak guna kereta tak?” Aku jawab, “Nak la.” Tanpa banyak soal, dia belikan aku sebuah kereta second hand. Aku tanya kenapa tidak beli kereta baru, dia jawab, “Kereta ini murah, tak payah fikir sangat hal maintenance. Awak cuma perlu pandu, saya uruskan semua.”
Kadang – kadang, aku kata kepadanya. “Eh, kalau isi minyak banyak – banyak, boleh tak?” aku tanya, sambil mengusiknya. “Kalau saya isi penuh – penuh, nanti sayang panjang langkah,” katanya, serius. Aku geram, tetapi hanya mampu tersenyum.
Kehidupan kami berjalan lancar dan rakan – rakan sering berkata aku beruntung. “Masuk rumah, cuci kaki sahaja.” Tapi, ada satu perkara yang sering mengganggu aku: Alif sangat suka merancang setiap perkara. Dan aku, aku lebih suka spontan. Aku tidak suka perancangan yang terlalu ketat.
“Sayang, kita nak makan kat mana malam ni?” mesej Alif dari pejabat. “Aah, tak kisah, anywhere je,” jawab aku, cuba seikhlas mungkin. Tapi Alif tidak pernah membiarkan perkara itu begitu sahaja. “Tapi, saya kena tahu awal. Nanti tak ada masa.” Dia mengeluh. Aku tahu, dia tak suka kalau apa yang dirancang tidak menjadi.
Itulah Alif. Sesuai dengan nama, lurus dan tegak. Hidupnya mesti teratur, setiap gerakannya mesti mengikuti jadual yang dia sudah tetapkan. Kalau kami nak keluar, dia akan mula merancang sejak awal. Kalau nak pergi makan? “Nak makan apa? Nak menu apa?”
Jika aku menjawab, “Tak kisah,” dia akan terus meng-google sana – sini, sampai kadang – kadang aku rasa rimas. Tidak ada ruang untuk spontan. Semuanya kena teratur. Kalau bercuti, lagi kuat dia plan. Semua dirancang, jika ada perubahan pun, sedikit sahaja. Adik beradik aku sering bergurau, “Senang lah, semua dah plan. Kami ikut je.”
Per4ngainya bukan sahaja memberi kesan kepada aku, malah ia mula melibatkan keluarga aku. Setiap kali ada acara keluarga atau bercuti, Alif pasti akan merancang semuanya dengan teliti. Misalnya, jika dia merancang untuk bergerak pada pukuI 10 pagi, kami akan sampai tepat pada pukuI 9.30.
Kadang – kadang aku rasa seperti kami sudah datang terlalu awal dan tidak ada orang yang bersedia lagi, tetapi Alif tidak pernah peduli. Dia tetap mahu semuanya berjalan mengikut waktu yang ditetapkan. Keluarga aku, terutama ibu dan ayah, selalu ikut sahaja. Tidak pernah mereka membantah atau mengungkit. Tetapi aku yang merasa segan.
Abang – abang ipar aku yang lain, contohnya, mereka tidak pernah begitu. Mereka lebih santai, lebih fleksibel. Jika mereka terlambat sedikit pun, tak kisah. Tetapi Alif, walau 5 minit lambat, dia sudah mula gelisah. “Tak boleh jadi ni, kita kena bergerak, nanti jem,” katanya dengan muka serius, kadang – kadang sampai membuatkan aku rasa seolah – olah aku yang bersalah.
Adik beradik yang lain, sudah mula bergurau. “Alif ni kalau nak keluar, memang tepat 10 pagi. Kalau lambat, siap – siap kena tinggal.” Mereka sering menyindirnya, tetapi aku tahu, itu bukan hanya sekadar gurauan. Mereka kadang – kadang rasa agak janggal dengan sikapnya yang terlalu terperinci, tapi aku, aku hanya terdiam. Sebab aku tahu, Alif hanya mahu segala – galanya berjalan lancar.
Apabila Alif mula menunjukkan sikapnya, aku mula rasa seperti berada dalam dunia yang berbeza dengan keluarga aku. Mereka lebih relaks. Tetapi dengan Alif, setiap pergerakan perlu dilaksanakan dengan sempurna. Aku kadang – kadang berfikir, kenapa semuanya harus begitu teratur? Kenapa aku tidak boleh merasai kebebasan sedikit pun?
Tetapi aku tetap memilih untuk berdiam diri, kerana aku tahu, itu adalah cara Alif. Itulah cara dia menguruskan kehidupannya. Keluarga aku perlu turut terikut – ikut dalam perancangan itu, walaupun mereka tidak pernah menunjukkan rasa tidak puas hati. Mereka mungkin sudah biasa, tetapi aku… aku sem4kin rasa terper4ngkap.
Walaupun Alif tidak pernah marah jika aku lambat atau membuat sesuatu secara spontan, dia ada cara halus untuk membuat aku merasa bersalah. Seperti malam ini, misalnya. Sebulan yang lalu, aku ajak Alif untuk sambut Hari Merdeka di Putrajaya.
Dia setuju, tetapi aku terlambat beli baju Malaysia yang dia cadangkan. Asalnya aku nak beli online. Tapiu mood aku hilang, aku terasa malas. Aku rasa tidak bersemangat, entah kenapa. “Tapi sayang, saya dah book hotel dekat Putrajaya,” kata Alif dengan tenang. Aku tidak menjawab. Dia tahu aku terdiam, dan tanpa berkata apa – apa, dia pergi beli t-shirt Malaysia untuk aku dan anak – anak.
Sepanjang perjalanan ke hotel tadi, aku hanya diam. Aku terasa sedikit kecewa, sedikit terkilan. Aku yang ajak, tetapi kenapa aku merasa seperti aku ditarik – tarik untuk memenuhi kehendaknya? “Tak jadi lah, sayang rasa tak nak pergi,” aku memberitahunya. Tetapi Alif hanya diam dan teruskan rancangannya. Aku diam sahaja.
Malam ini, aku menangis seorang diri. Bukan kerana masalah besar, tetapi kerana perasaan yang sudah lama aku pendam. Aku rasa seperti kehilangan kebebasan. Aku rasa seperti aku sudah kehilangan diri aku sendiri. Dulu, aku boleh buat apa sahaja yang aku suka. Tidak ada jadual yang mengik4t, tidak ada perancangan yang membebankan.
Aku bebas untuk menjadi siapa aku. Tetapi sekarang, hidup aku terik4t. Terik4t dalam perancangan orang, dalam kehendak dan keinginan orang yang aku sayangi. Merdeka kah aku? – Umi (Bukan nama sebenar)
Komen Netizen :
Syifa’ Ul-hanani : Manakala di suatu sudut bumi yang lain ada isteri yang kena uruskan semua 100%. Sekecil – kecil benda pun suami tak nak fikir. Bukan setakat tak nak fikir, nak tolong, nak menafkahi semua tak nak. Jadi tunggul kayu, tidak berguna. Even tunggul kayu lagi berguna boleh buat bahan api.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.