Isteri tengah sarat mengandung, aku dapat gambar isteri tengah peIuk dengan lelaki lain. Aku nekad ceraikan isteri, dia merayu sujud kaki aku

Enam hari dah saya duduk dalam rumah, termenung. Nak keluar pun tak ada semangat. Makan tak lalu, tidur pun tak lena. Kadang-  kadang saya tengok barang – barang baby yang kami beli dulu. Saya dah buat keputusan nak buat ujian DNA lepas anak tu lahir nanti. Kalau betul anak tu anak saya, saya akan ambil anak tu dan serahkan pada mak ayah saya untuk mereka jaga.

#Foto sekadar hiasan. Saya baru je kahwin. Beberapa hari lepas, saya dapat mesej WhatsApp daripada seorang kawan baik isteri saya. Dalam mesej tu ada gambar isteri saya sedang berpeIukan dengan lelaki lain dalam bilik. Ya Allah… masa tu saya rasa macam dunia berhenti berputar.

Lutut saya terus lembik, d4da berdebar kencang, dan tangan saya menggigil tengok gambar tu. S4kitnya hati ni, hanya Tuhan je yang tahu. Saya termenung lama. Dalam kepala saya cuma terngiang – ngiang, “Kenapa isteri aku sanggup buat benda terkutuk tu belakang aku?”

Rupanya semasa tempoh pertunangan dulu, dia pernah berz1na dengan lelaki tu. Masa saya tanya dia mula – mula, dia nafikan sekeras – kerasnya. Tapi bila saya tunjukkan bukti gambar tu, barulah dia mengaku. Dia cakap selama kami bertunang, dia pernah curang dengan lelaki tu selama sebulan.

Masa dia mengaku tu, saya rasa seluruh badan saya bergetar. Air mata saya jatuh tanpa saya sedar. Rasa kecewa, marah, sedih semua bercampur. Saya cuma mampu duduk diam, tunduk, dan beristighfar berkali – kali sebab saya takut kalau saya hilang sabar, saya mungkin naik tangan dekat dia. Tapi saya tak buat. Saya cuma pandang dia lama dan tanya, “Kenapa?” Tapi dia cuma menangis dan minta maaf.

Suami mana yang tak kecewa bila dapat tahu isteri sendiri sanggup buat benda macam tu. Hati saya rasa h4ncur. Semua harapan dan impian saya nak jadikan dia isteri terbaik musn4h sekelip mata. Semangat saya nak teruskan hubungan ni pun macam dah tak wujud. Saya rasa kosong. Macam dunia ni gelap dan menekan dari semua arah.

Sekarang saya tekad nak ceraikan dia walaupun dalam hati ni, sebenarnya saya masih sayang. Tapi dalam masa yang sama, saya tak sampai hati nak tinggalkan dia sebab dia tengah sarat mengandung empat bulan. Setiap kali saya tengok perut dia m4kin membesar, hati saya m4kin runsing. Saya keliru antara marah dan kasih.

Lepas dia tahu saya nak ceraikan dia, dia terus sujud dekat kaki saya. Dia menangis, civm tangan saya sambil merayu supaya saya tak tinggalkan dia. Dia cakap dia betul – betul menyesal, dia janji nak berubah, dan dia masih sayang saya. Tapi sayangnya, rasa cinta saya dah bertukar jadi kebencian.

Kepercayaan saya terhadap dia dah tak ada langsung. Setiap kali saya pandang muka dia, saya terbayang gambar yang saya nampak tu. Saya cuba juga tidur malam – malam, tapi setiap kali pejam mata, bayangan tu datang balik. Saya tak boleh nak makan, tak boleh nak fokus.

Kadang – kadang saya duduk termenung lama depan pintu rumah. Hati ni betul – betul h4ncur. Persoalan saya sekarang… patut ke saya teruskan hubungan ni? Atau biar saya lepaskan dia lepas dia bersalin nanti? Saya cuma nak buat keputusan yang tak menzaIimi sesiapa. Tapi dalam masa yang sama, saya pun manusia biasa, ada rasa marah dan kecewa.

Sambungan… Salam min, saya orang yang dulu pernah kongsi kisah isteri saya yang terlanjur masa tempoh pertunangan kami. Baru – baru ni genap sembilan bulan kami kahwin, dan baru sekarang saya tahu kebenaran sebenar tu. Saya dah baca semua komen daripada orang ramai, yang baik dan yang buruk pun ada. Tapi saya ambil yang baik – baik je untuk tenangkan hati dan fikir dengan w4ras.

Selepas saya fikir panjang, saya buat keputusan nak ceraikan isteri saya lepas dia bersalin nanti. Sekarang dia tengah sarat mengandung empat bulan lebih. Walaupun hati saya masih sayang, saya rasa inilah jalan terbaik. Sebab saya tak boleh terus hidup dengan rasa curiga dan benci dalam hati.

Saya tahu kalau saya teruskan, mungkin saya akan jadi suami yang dingin dan penuh dendam, dan itu tak baik untuk anak yang bakal lahir. Saya juga dah buat keputusan nak buat ujian DNA lepas anak tu lahir nanti. Kalau betul anak tu anak saya, Insha Allah saya akan ambil anak tu dan serahkan pada mak ayah saya untuk mereka jaga.

Saya tak sanggup tengok anak tu besar dalam suasana penuh kebencian antara saya dengan ibunya. Tapi kalau hasilnya menunjukkan anak tu bukan d4rah daging saya… mungkin itu tanda Allah nak tunjukkan kebenaran yang sebenar. Sejak kejadian tu, saya dah tak boleh kerja.

Enam hari dah saya duduk dalam rumah, termenung. Nak keluar pun tak ada semangat. Makan tak lalu, tidur pun tak lena. Kadang – kadang saya tengok barang – barang baby yang kami beli dulu, terus air mata saya mengalir. Saya terbayang macam mana dulu kami sama – sama rancang semua ni dengan penuh harapan, tapi sekarang semuanya musn4h.

Tapi saya tetap bersyukur sebab Allah masih bagi saya akal untuk berfikir. Mungkin ni ujian untuk saya. Saya percaya setiap kejadian ada hikmah. Untuk semua yang baca kisah saya ni, saya cuma nak pesan… kalau ada pasangan, sama ada lelaki atau perempuan, tolonglah jujur dan setia. Jangan sesekali mainkan kepercayaan orang yang sayang kita. Bila kejujuran hilang, kasih sayang pun akan m4ti perlahan – lahan. Dalam hubungan, jujur, ikhlas dan setia tu kunci utama kebahagiaan.

Komen netizen :

Anis Farhah : Lelaki kalau curang mesti perempuan akan maafkan walaupun banyak kali ulang benda yang sama macam yang saya baca cerita – cerita kat page ni la tapi kalau perempuan yang curang, lelaki mesti nak ceraikan terus, tak boleh nak maafkan walaupun kejadian macam tt cerita ni pun sebelum kahwin bukannya masa kahwin dia duk berz1na.

Lepas tu dah nak bercerai sibuk nak ambil anak, hakik4tnya masa mengandung, masa nak melahirkan, masa berpantang perempuan yang rasa pelbagai alahan dan s4kitnya. Pendapat saya buat solat istikharah abang untuk nak buat tindakan yang seterusnya. Dalam setiap rumahtangga mesti akan ada ujian.

Rosslina Hassan : Part curang ni siapa yang diani4yai pasti akan merana sepanjang hidup. Meskipun boleh memaafkan tetapi tidak mungkin boleh melupakan. Apa pun alasan bagi kecurangan, persoalannya, kenapa perlu mengkhi4nati pasangan masing – masing?

Apabila kita gagal untuk menerima kekurangan, gagal untuk saling melengkapi , apalagi gagal untuk memuliakan sesama pasangan maka kita memilih untuk curang. Masalah boleh settled dengan berbincang antara 4 mata, meluahkan apa yang perlu diperbaiki tetapi penceraian juga yang kita pilih. Nak buat macam mana eek dah jodoh takat tu, begitulah pengakhirannya. Wasalammm….

Khairunnisa Abu Bakar : Jika dia memang dah bertaubat sebelum kahwin dengan awak, awak tiada hak menghukuum dia. Perkara jadi sebelum dia bergelar isteri, jika benar dia megandungkan anak awak dan awak ceraikan dia tu dah dikira mengani4ya.

Kesian isteri dan anak tu, tapi semuanya terpulang pada awak, jika dah tak mampu untuk bersama lagi, lepaskan cara baik tetap la jaga maru4h dia dan keluarga dia macam mana pun dia tetap ibu kepada anak awak. Janganlah awak nak pisahkan anak dengan ibu, zaIim.. Awak tiada hak menghukuum jika isteri tu sudah bertaubat. Ini pandangan saya, awak mintalah petunjuk dari Allah, buat solat istikharah.

Dah baca, jangan lupa like, komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Kongsi Artikel Ini :