5 tahun kahwin, setiap hari suami melepak. Selalu dia akan bawa anak sekali, letak rumah mertua, lepas tu dia keluar lepak

Januari tahun depan cukup 5 tahun kahwin dengan seorang anak. Suami masih tak matang walaupun dah mencecah 36 tahun. Ikut susunan, suami lebih pentingkan kawan, mak mertua barulah saya dan anak – anak..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum.. Saya banyak kali dah meluah tentang suami kaki lepak dengan kawan. Semalam family saya datang rumah, mulanya suami bagitahu nak keluar tengok ayah dan ibu dia. Saya pun ok je la walaupun dalam hati ada sedikit geram sebab kenapa nak kena keluar kalau family saya datang.

Duduklah sama – sama, kita bersembang kan. Ni tak, bila family saya datang je dia memang suka ambil kesempatan akan keluar sebab nanti saya takdalah mengadu duduk seorang je kat rumah kalau suami keluar je. Jadi semalam dari petang sampai jam 8.30 malam dia dah keluar.

Lepastu balik rumah, suami setel mesin kain baju semua, dalam pukuI 10 malam dia keluar balik. Family saya masih lagi ada di rumah belum balik lagi. Saya cakap lah kenapa nak keluar jugak, kan dah malam. Tapi suami masih lagi bagi alasan yang nak tengok mak dan ayah dia. Yang mana saya tahu alasan tu tipu je.

Tengok – tengok dah jam 11.45 malam, mak saya dah nak balik. Dia kesian tengok anak saya menangis – nangis sebab mengigau, lepastu mak saya cakap, “Mana suami kamu ni, kenapa la setiap malam asyik nak keluar je kerjanya.”

Ya, memang suami saya kalau seminggu ada 7 hari, 2 malam je dia duduk kat rumah. Lagi 5 malam tu setiap malam dia akan keluar melepak. Dan ternyata masa saya call tu dia tengah melepak kat rumah kawan. Memang bunyi suara kawan – kawan dia melepak sekali.

Lepastu saya yang selama ni dah malas nak ambik port dah (sejak 2 bulan ni kalau suami nak keluar malam atas alasan apa pun saya tak pernah nak call suruh balik, lantak dia sana) tapi semalam lepas mak saya pun dah start tegur saya jadi panas tiba – tiba.

Saya rasa macam, eh sampai mak aku pun perasan yang suami aku selalu keluar lepak malam. Jadi rentetan dari saya call suami suruh balik tu, dalam telefon tu saya cakap lah “Awak tak malu ke, sampai mak pun sedar waktu malam awak bukan dengan anak bini tapi lepak dengan kawan. Kata keluar nak tengok abah la, tapi keluar melepak jugak lastnya. Masa s4kit perut semalam takda pulak nak keluar. Tahu pulak duduk kat rumah. Bila dah sihat berkali – kali nak menatap muka kawan je kerjanya.”

Suami hanya jawab “Dah tu kenapa?” Saya terus letakkan fon. Suami balik rumah merampus tak nak tidur kat bilik sebab tak puas hati kena panggil balik. Saya keluar, saya cakap lah, selama 2 bulan ni dia keluar malam saya takda call pun kan, malam ni saya call suruh balik terus merampus. Lepastu saya terus masuk bilik.

Harini kami kurang bercakap. Lepas kami balik dari pasar tadi singgah makan kat luar, saya suruh dia siang udang galah kecil. Masa dia siang tu, tak habis habis zikir, “b4b1 betul udang ni, g4mpang betul.” Saya dah tak tahu nak cakap apa dah.

Dia punya merampus tu sampai terbawak – bawak masa buat kerja rumah. Ha jangan ingat waktu suami siang udang, saya boleh duduk rilek. Dia akan menjerit dari dapur nanti. Saya kena mandikan anak, siapkan anak lepastu sapu dan kemas rumah.

Kalau saya duduk rilek memang dia bising la. Saya ni tak boleh duduk rilek kalau suami tengah buat kerja rumah. Kalau tak suami akan bising. Kalau masa saya buat kerja rumah, ha suami saya boleh duduk rilek. Malam ni saya tak tahu la dia melepak lagi ke tak.

Anak saya yang umur 2 tahun pun dah pandai cakap, “ayah lepak dengan kawan.” Saya pun tak tahu lepas saya marah malam semalam boleh ke saya jadi balik macam 2 bulan sebelum ni. Yang mana kalau dia nak keluar saya lantakkan je, tapi semalam sebab ada orang tegur kan, saya tiba – tiba jadi panas.

Suami dah la keluar tak tidurkan anak dulu, semua suruh saya buat lepastu sedap nak keluar malam pulak. Nak luahkan kat orang, orang anggap masalah saya remeh. Harini masak pun suami boleh tak nak makan. Kalau tahu dia tak nak makan baik saya tak payah masak harini. Sambungan.. Salam, saya yang luahkan tentang suami lepak semalam tu. Yang suami merampus tu. Saya nak respon beberapa point.

1. Tak mengadu kat mak atau ayah suami ke? Ayah suami nyanyuk dah, tinggal mak suami je. Saya dah pernah cakap dengan mak mertua tolong mintak nasihatkan anak dia. Tapi mak dia boleh cakap, selagi dia tak main perempuan dan d4dah biarkan jela dia lepak. Ayah mertua saya bukan jenis kaki lepak kedai kopi tapi anak lelaki mak mertua saya, dua orang memang kaki kawan punya orang. Susunan mereka, kawan, mak ayah baru isteri dan anak.

2. Pernah cakap hati ke hati tak suami ni? Pernah. Suami tak boleh terima lagi saya cakap baik – baik bahawa dah kahwin ni kalau lepak seminggu sekali pun okay. Dia tak nak. Dia kata ingat kawan -k awan dia jenis ikut timing ke lepak?

Saya kata hanya suami je yang beria – ria nak berkawan dengan kawan dia. Saya tak pernah nampak kawan – kawan suami agung – agungkan suami seperti mereka agung – agungkan kawan yang lain. Suami saya ni suka dapat perhatian dari kawan – kawan lepak dia.

Kawan – kawan dia hanya cari dia kalau nak mintak tolong. Tapi dia? Kalau dalam masalah memang takkan panggil lah kawan – kawan dia. Cakap kawan dia sibuk la apela. Habistu dia? Takda pulak fikir dia kena sibuk dengan keluarga kalau rasa nak lepak? Hurmmm

3. Kenapa saya str3ss kalau saya masak tapi suami tak makan. Kalau suami tak makan saya order atau bungkus je makanan anak kat luar masa balik kerja. Anak saya seorang. Bungkus lauk je. Kalau suami nak makan saya kena masak banyak.

Harga beli untuk seorang budak makan tak semahal harga seorang dewasa makan. Jadi kalau suami tak nak makan, memang saya takkan masak. Saya makan kat tempat kerja je. Jadi masak hanya untuk suami makan kat rumah.

4. Tak perlu sediakan barang suami, biarkan suami hidup bujang. Kalau saya tak masak kat rumah, suami tinggal call mak dia saja dan dengan pantas dia akan ke rumah mak dia untuk makan. Sampai sekarang mak suami memang okay untuk suami makan kat sana.

Satu lagi saya tak boleh totally tinggal kerja rumah seperti mana suami boleh buat pada saya. Contoh suami tugas dia basuh dan jemur baju. Saya lipat dan iron baju. Kalau saya merajuk sekali pun saya kena iron baju. Saya pernah sekali tak iron baju dia, dia cakap dengan tegas kalau dia balik saya tak iron lagi baju dia dia akan bakar semua baju – baju saya dalam bilik baju tu.

Di sini saya tak berani nak uji. Suami saya jenis buat. Saya sayang baju – baju saya. Jadi saya akan buat kerja iron baju tu. Januari tahun depan cukup 5 tahun kahwin dengan seorang anak. Suami masih tak matang walaupun dah mencecah 36 tahun.

Semalam ada yang komen, untung suami nak buat kerja rumah. Suami kalau saya protes tentang dia keluar lepak dia akan tak balik rumah lepas kerja. Saya tulis confession pukuI 7 petang, suami habis kerja jam 5 petang.

Selalu 5.30 petang dah sampai rumah. Sampai sekarang saya tak call suami tanya. Begitulah dia kalau berg4duh. Nanti malam karang lepas sampai rumah, dia akan siap – siap dan dia akan pergi makan kat rumah mak dia.

Lepas tu terus pergi lepak. Tapi dia tak kan mengaku dia pergi lepak. Saya tahu dia memang pergi lepak. Sebab saya copy whatsapp web dia. Boleh dengar dia cakap “Karang aku datang.” Tapi dia menafikan. Bila saya tunjuk bukti dia akan tanya saya

“Kenapa?? Tak boleh lepak ke?” “Aku kenal kawan aku lebih dulu dari aku kenal kau.” Penat tuan puan. Inilah dialog yang selalu dia guna pakai bila dia kantoi pergi melepak dengan kawan dia. Dia akan keep on tanya, “kenapa, kenapa, kenapa?”

Kalau saya pusing kot mana pun tentang tanggungjawab suami ni jaga anak bini kat rumah. Dia akan bagi saya str3ss dengan jawapan, “kenapa – kenapa” dia tu. Bab anak pulak. Dia akan bawak anak lepak sekali tapi anak tu dia akan letak rumah mak dia dan dia keluar lepak.

Sebab tempat lepak tu dengan rumah mak dia 10 minit jer. Jadi saya memang nak anak dengan saya. Dah la suami pun tinggal saya, nanti anak pun tinggal saya jugak. Cuma saya serabut haritu sebab anak nangis – nangis dan mak saya asyik tanya mana suami, mana suami, mana suami.

Hebat title suami ni. Asalkan dia dah tanggung isteri walaupun separuh dari perbelanjaan rumah dia rasa dia hebat sangat. Hal – hal anak saya tanggung. Kalau saya kata tak nak bayarkan untuk anak – anak dia akan cakap takda duit tak payah beli apa – apa. Hebat dia psik0 saya.

Jadi akhirnya saya akan belikan jugak. Kesian anak saya, seluar tidur malam semua senteng – senteng dah, tidur asyik kena gigit nyamuk je. Saya terp4ksa belikan jugak. Dah pernah dah buat diam tapi tetap suami tak pernah beli baju anak lepas anak dah 6 bulan.

Dia suruh guna pakai mana ada je. Begitulah cerita tentang suami saya yang entahlah saya rasa seperti seorang remaja yang terper4ngkap dalam tubuh orang tua.

Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.