6 tahun kahwin, isteri asyik tolak nak bersama. Baru 4 bulan dia kerja tempat baru, kantoi ada lelaki lain, siap ada gambar tak senonoh bersama

Isteri m4kin galak post kat TikTok pasal isteri provider la, baik cerai la apa la. Dia cakap aku jadikan dia pemuas nafsu, dia nak apa? Habis tu apa dia buat dengan jantan yang dia baru kenal 2 bulan tu apa?

#Foto sekadar hiasan. Aku orang Perak kahwin dan bini aku orang Melaka. Pada tahun 2017, kami berjumpa dekat majlis kahwin kahwin kawan aku. Waktu tunang, dia cerita dia bekas orang. Benda tu aku tak pelik sebab dulu dia pun satu kampung dengan aku jadi aku tahu cerita – cerita dia.

Biasalah hidup akan ada satu masa orang bertaubat dan aku pandang dia macam baik sangat, bertudung labuh, jubah. Aku tak kisah masa silam sebab semua orang ada kisahnya, yang penting dah tak buat lagi. Sekarang masa untuk sama – sama cari Allah.

Dia cakap dia depr3ssed sebab banyak lelaki tak bertanggungjawab yang dia jumpa, ayah dia selalu pukuI mak dia dan macam – macam. Jadi kitorang pun kahwin, aku tunaikan tanggungjawab aku. Tak la sempurna tapi ada. Rumah, belanja dapur, belanja dia.

Kerja dia, aku tolong, rumah aku kemas, aku tak kisah dia nak baring saja sebab aku suka kemas rumah, tolong dia. Satu je masalah aku dengan dia, dia tak nak layan aku. Aku ni lelaki normal kot, dia pun takkan takde nafsu. Dia masih mengelak, bagi alasan.

Aku sabar, aku berlembut, tangguh punya tangguh, kadang – kadang ada yang jangkau setahun. Dapat pun kadang – kadang macam nak tak nak je. Tapi aku tak curang, aku tak kisah dia gemuk ke apa ke, dah dia isteri aku mestilah aku cari dia. Takkan aku nak minta dengan adik ipar aku pulak kan.

Aku minta pun bukan kasar – kasar, aku cakap tak buat semua, manja – manja ala kadar pun boleh la sekadar buang kusut kepala aku ni. Dan aku bukannya balik kerja terus cakap, mendesak nak time – time tu jugak. Tak, aku cakap elok – elok, ditolak, aku senyum dan cakap, “okay, esok la”. Esoknya dia buat – buat lupa, camtulah sampai berbulan – bulan.

Sebab hubungan suami isteri ni bukanlah point utama perkahwinan, tapi antara yang utama kan. Tuhan pun cakap nak lepas nafsu pada pasangan yang halal sahaja. Yelah cuba fikir, takde duit boleh pinjam orang, badan s4kit pun orang lain still boleh pegang asalkan sesama jantina la urut, tapi perihal suami isteri ni? Hanya dengan pasangan halal.

Kadang – kadang sebab hal ni, aku jadi pemarah, tapi tetap juga aku maafkan dia, sebab aku dah cakap aku suka tolong kerja dia, kerja rumah dan sebagainya. Then tahun lepas bulan 3, aku meng4muk sebab dah lama betul aku tak dapat. Aku lafaz cerai talak 1 tapi rujuk semula sebab anak dan sebab aku sayang dia tak kisah la macam mana pun layanan dia pada aku.

Lepas tu mak dia cakap tak payah buat kerja yang sebelum ni, penat nanti tak boleh tunaikan tanggungjawab sebagai isteri. Oh ya waktu cerai tu aku luah pada ayah mertua, apa sebab aku ceraikan dia. Isteri marah cakap aku malukan dia, benda tu aib katanya. Hoho bukan selama 6 tahun aku tak pernah nasihat tapi buat derk je.

Ok fast forw4rd, lepas rujuk aku cek WhatsApp dia. Eh dia cerita dengan kawan – kawan pasal hal kitorang, yang buruk nama aku la sebab kawan – kawan bukan tahu A-Z cerita sebenar, dengar pun satu side je, tak ke tu sebar aib namanya.

Kemudian, dia nak kerja sebab ikut cakap mak dia, aku layankan. Aku tak pernah halang dia nak kerja sebab aku tahu aku bagi tak banyak, dia pun ada impian, ada mak ayah nak berbakti. Aku tolong carikan kerja sebab yelah sebagai suami, kerjalah dekat tempat yang suami pun selesa.

Tapi dia nak kerja kat market sebab kena dengan jiwa dia. Still aku layankan, interview aku teman, pergi kerja balik kerja aku ambik cumanya aku macam yelah hati aku tak sedap. Kerja cuti sehari, weekdays takde Sabtu Ahad, shift pulak tu. Anak – anak cuti Sabtu Ahad nanti mak dia takde. Masih aku layan.

Satu hari aku cakap elok – elok, nanti sampai masa carilah kerja lain sebab aku dah macam takde bini dah. Keluar pagi balik malam, balik main telefon, tidur. Masa ni dia dah kerja hampir 3 bulan. Dan satu hari tu aku minta la layanan, ditolak – tolak lagi.

Last aku dapat masa dia baru kerja 2 minggu. Pun hilang sabar, aku marah. Aku cakap, “jangan sebab kerja, kau tak tunaikan tanggungjawab kau, abaikan aku, jangan sampai aku tak redha kau pergi kerja.” Seminggu tak bercakap dengan aku.

Pujuk – pujuk tak jalan, buat lawak pun tak jalan. Dan satu malam aku tergerak hati nak cek WhatsApp dia. Aku jumpa la WhatsApp dia dengan kawan – kawan, dia cakap sekarang dia dah ada kerja, tak perlu lagi nak jadi isteri berg4ntung pada suami, aku bagi pun tak banyak, banyak keluar duit dia je.

Kawan – kawan pun dengar satu side je mulalah “go girl you deserve better”. Siap cakap dengan mak dia, aku pukuI dia la apa la. Mak dia pun dalam WhatsApp tunjuk belang yang dia tak pernah suka aku jadi menantu dia. Aku redha la. Tapi dia m4kin galak post kat TikTok pasal isteri provider la, baik cerai la apa la.

Fast forw4rd berapa hari lepas konflik, aku tergerak lagi nak cek WhatsApp dia. Eh, ada la jantan sorang ni dah bersayang – sayang, dah siap ringan – ringan pakej gambar tak senonoh pun ada. Allahu, belum cerai lagi ni, sekadar aku cakap aku pun setuju nak cerai. Entahlah sekarang hati aku m4ti untuk dia.

Selama 7 tahun nama dia dalam doa aku, aku buang. Cerita ni dua – dua family dah takde restu sebab dia cerita side dia, aku cerita side aku. Bezanya side aku ada bukti screensh0t. Aku tak tahu apa dia nak, takkan hidup cari duit je, takkan hidup asyik nak fikir yang dia special je.

Dia cakap 7 tahun terbazir sebab dia ada pelajaran tinggi, sepatutnya dia dah berjaya. Wah, aku tak pernah halang dia kerja, dia yang nak kerja sendiri, kerja sendiri dia tu pun aku tolong. Apa lagi dia nak? Dia cakap aku jadikan dia pemuas nafsu, dia nak apa?

Habis tu apa dia buat dengan jantan yang dia baru kenal 2 bulan tu apa? Dia cakap aku aibkan dia, habis tu dia burukkan aku dekat kawan – kawan dia tu apa? Dia cakap tak boleh solat, tutup aurat sebab aku suruh. Eh aku ingatkan je sebab tu tanggungjawab aku sebagai suami. Nak apa?

Sekarang ni, mak bapak, saud4ra mara aku suruh aku kahwin lain. Aku macam tr4uma. Teringat ada satu ceramah dulu berbunyi, “kat dunia ni semuanya lelaki salah, tapi kenapa kat ner4ka wanita lebih ramai, sebab kat sana tak boleh twist cerita”.

Kat mana rasa ters4kiti, kat sana baru dia tahu dia yang meny4kiti orang. Banyak lagi aku nak share tapi tu jelah. Jadi hati – hati la dalam hidup, kadang – kadang buat macam – macam still orang tak hargai. Huhu. – Usop (bukan nama sebenar)

Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Kongsi Artikel Ini :