
Perempuan tu sengaja post gambar mesra dia dengan suami aku. Keluarga dia, anak dia tak tahu dia kahwin dengan suami orang. Suami aku pulak seronok dapat hadiah iphone baru, motor besar dari bini baru..
#Foto sekadar hiasan. This is my silence tears of a broken heart…. Luahan hati seorang isteri yang diduakan tanpa izin. Tahun 2024, ramai artis yang aku tengok diuji dengan kehadiran orang ketiga. Keluarga yang nampak bahagia di media sosiaI, rupanya menyimpan Iuka.
Aku selalu simpati terutama nasib tak pernah terfikir, benda ni aku sendiri terp4ksa hadap juga dikemudian hari. Aku dan suami sama – sama bekerja. Anak pun ada yang sekolah menengah, ada yang masih kecil. Hidup kami biasa – biasa saja, cukup makan pakai.
Rumah yang kami duduk sekarang ni, aku bayar. Aku ikhlas. Janji keluarga cukup. Cuma… suami aku memang dah sem4kin berubah. Dingin. Jarang bercakap. Aku pernah juga cek telefon dia, tapi tak ada apa – apa yang mencurigakan. Kadang – kadang aku tengok dia online WhatsApp malam – malam, tapi aku sangka dia layan kawan sepejabat, kawan satu hobi. Aku tak pernah fikir lain.
Awal tahun ni, entah macam mana… masa aku pujuk dia sebab aku rasa macam m4kin jauh, dia mengaku. Katanya dia sunyi. Rupanya dia ada chatting dengan perempuan lain. Katanya aku selalu duduk bilik belakang. Padahal aku di situ buat kerja. Hati aku sebenarnya selalu rindu.. tapi aku selalu tengok dia dengan henfon aje.
One day, bila dah terlalu lama dingin… aku jadi terlalu sebak. Aku cakap elok – elok. “Tolonglah… jangan buat saya macam ni. Saya sayang awak sangat. Saya sebenarnya tertunggu – tunggu awak setiap hari, tapi awak tu yang dingin”. Dia diam. Lama. Lepas tu dia jawab, “Saya sebenarnya dah kahwin dua bulan lepas.”
Aku terdiam. Rasa berdebar, tangan mula menggigil sikit. Aku tak cakap apa – apa mula – mula. Cuba hadam. Cuba faham. Baru lepas tu aku tanya perlahan, “Kenapa…? Kenapa sampai macam ni?”. Perkahwinan kita ni dah berbelas tahun kita bina.
Waktu tu… dunia aku rasa gelap. Badan rasa ringan, kaki longlai. Aku duduk termenung. Tak percaya benda macam ni boleh jadi dekat aku. Suami yang aku sayang. Yang aku jaga. Yang aku tolong dari dulu. Aku tak sempurna. Tapi aku usaha jaga rumah tangga. Aku setia. Aku bantu tanggung nafkah rumah. Aku lahirkan anak – anak dia. Kami sama – sama susah.
Aku tak nafikan dia pun banyak berk0rban untuk rumahtangga ni. Tapi kenapa…? Aku selidik sape orang tu. Dan waktu aku tahu… hati aku m4kin h4ncur. Seorang janda. Tua banyak dari umur suami ku. Umur lebih 50. Ada bisnes. Berduit. Seorang Hajah. Orang yang ajak suami aku kahwin di Siam.
Aku terkedu. Aku tak rasa suami aku mampu pun nak taja perkahwinan ni sebab dia memang bukan berduit sangat. Aku tahu perempuan tu yang mengatur. Dan lepas tu… bermulalah episod baru. Penyondolan dia sedikit demi sedikit.. Entahlah otak aku serabut. Yang nak cakap poligami tu halal, korang tak berada di kasut aku ye.
Sambungan… Assalamualaikum semua. Lebih kurang dah lima bulan aku tak menulis sejak pos pertama. Terima kasih pada semua yang doakan, ini sekelumit perasaan aku. Aku masih berharap semuanya kembali macam dulu. Maaf kalau jalan cerita aku ni bersimpang siur.
Sepuluh bulan ini banyak benda jadi. Aku tak pasti dia berkahwin lain atas dasar apa. Perempuan tu bagi dia iPhone terbaru untuk birthday, dan juga sebuah motor besar second-hand. Suami aku kata dia tak mintak pun. Kami tinggal di tempat yang 200km jauhnya dari perempuan itu dan keluarga mertuaku. Hari kerja dapat lah jumpa kejap waktu malam.
Asbab dia masih kerja di sini, tapi one day mungkin dia akan dipindahkan. Aku yang bayar rumah ni sebab berdekatan dengan negeri kampung aku. Dia juga ada beli rumah lain yang asalnya kami nak usahakan sebagai homestay. Tapi dah tersadai pasal hal ni.
Weekend dan cuti bersambung macam ni, dia dah ke sana. Sem4kin banyak cuti, sem4kin banyak jugakla hari aku disondol. Aktiviti ride motor, katering. Cuti sekolah ni, bawak anak orang yang dah besar jalan – jalan. Anak – anak sendiri kecik lagi. Mereput aku dengan anak – anak. Family aku jauh – jauh.
So, boleh bayangkan tak? Weekend dia usung perempuan lain ride motor, sementara aku jaga anak – anak di rumah. Duit bocor sana sini. Sentiasa tak cukup. Aku merasakan diri aku ni seketul Palestin yang diusir sedikit demi sedikit oleh Israel.
Disaat aku menulis ni, keluarga mertua sedang meraikan majlis kecil. Aku dan anak – anak tak lagi dijemput. Semua demi jaga hati perempuan ini. Hati seorang perempuan baru yang merajakan anak lelakinya dengan kemewahan. Perempuan ni memang post kat FB, IG, TikTok, gambar – gambar bermesraan.
Aku cuba tak tengok. Tapi kadang – kadang ada yang share. Buat aku menjeruk hati. Keluarga mertua? Mereka baik – baik belaka. Aku hepi bila dengan mereka dulu dan masih hormat semuanya. Tapi aku tahu mereka tersepit. Itu jalan yang anak mereka pilih. Aku? Orang luar saja. Walaupun dah berbelas tahun aku jadi menantu.
Berbulan – bulan perempuan ni langsung tak bagitau status suami aku pada ahli keluarga dia. Sampai satu hari aku dapat kantoikan pada seorang anak dan adiknya. Aku tak ser4ng. Aku cakap baik – baik. Mereka terk3jut, sebab mereka ingat dia duda.
Last sekali yang aku tau, mak ayah dia masih tak tahu siapa laki aku. Mungkin takut m4ti terk3jut agaknya bila tahu anak dia seorang penyondol. Suami aku ni seorang penurut. Hari Raya, Aidilfitri dan Aidiladha, perempuan tu sondol semua hari pertama. Supaya dia boleh meyakinkan semua dia ada suami.
Sementara aku dan anak – anak tiba – tiba je macam takde ketua keluarga. Bila di rumah, Aku dan suami aku memang saling melayan dengan baik. Aku ajak dia solat berjemaah. Kita masing – masing ada khilaf sebelum ini. Kita tak sempurna.
Tapi itulah namanya suami isteri, saling melengkapi. Tak perlu orang ketiga nak mencukupkan apa yang tak cukup. Tapi bila dia di sini kadang -k adang hati aku bagai disi4t – si4t bila dia asyik bermesej dengan perempuan lain. Padahal bila aku mesej dia dis ana… payah nak reply.
Alasan? “Tengah atas motor.” Atau “Tengah katering.” Owh, perempuan tu tokey katering ye. “Terima kasihlah” korang yang support katering hajah penyondol ni. Bila dia lebih kaya, dia lebih banyak menderma. Membeli jiwa orang sekeliling suami aku. Nampak semuanya baik – baik belaka.
Siap minta dibawa jumpa sed4ra mara kat kampung untuk diperkenalkan. Ini spesies penyondol another level. Sedangkan di sini ada sebuah keluarga yang kau Iukakan. Gelaran seorang hajah tak buat kau rasa bersalah ke merosakkan rumahtangga orang dengan duit – duit kau?
Kalau kau baca ni… memang takde sekelumit pun rasa bersalah taja laki aku kahwin kat Siam ye? Untuk suamiku: Betulkah ini kehidupan yang awak cari? Ride Motor. S4kit belakang. Kerjaya hakiki yang sem4kin jatuh. Duit yang bocor. Anak – anak yang tertanya, “Kenapa papa buat macam ni, Bu?”
Untuk apa hidup menunjuk kemewahan pada semua orang, sedangkan awak ada kami, harta yang tak ternilai? Tapi awak kurang menghargai semua itu. Aku tau korang nak cakap apa, “move on jela kan?” Bukan aku tak pernah minta dilepaskan. Tapi dia berkali – kali taknak. Itu buat aku rasa keluarga ni masih ada harapan.
Kami pernah juga ke kaunseling rumahtangga di pejabat agama. Aku hargai dia mahu pergi bersama dengar. Dia dah terjebak dalam kehidupan yang melalaikan. Perlu bekerja pula, untuk bayaran kesetiaan apa yang dia dah dapat. Aku cuba untuk redha melepaskan sebab aku tak boleh terima semua ini.
Hati sudah Iuka berkali – kali. Tapi aku juga masih berharap, dia diberikan hidayah dan berubah. Abg, hiduplah dengan rasa kecukupan apa yang ada. Hidup kita sederhana, tak susah tapi tak mewah. Anak – anak yang sem4kin membesar melihat semuanya, melihat ibunya yang sering bersedih.
Belajar lah menjaga hati kami, maka Allah akan murahkan rezeki awak, I miss the old version of u. Terima kasih untuk semua doa dan ucapan yang baik – baik. Aku masih sayang “Palestin” ini. – Ita (Bukan nama sebenar)
Komen Netizen :
Nur Na : Ye, move on sis. Tapi tak semestinya cerai. Move on dengan cara upgrade diri, sayangkan diri sendiri dan anak – anak dulu, jangan berharap pada manusia, berg4ntunglah penuh kepada pemegang hati kita. Masa dia takde, jalani hidup macam biasa, tak perlu ambik tau lagi apa dia buat, tak perlu wasap tanya ke mana dia pergi. Dia nak balik, layan elok – elok. Dia takmau balik, enjoy je dengan anak – anak. Memang susah kan tapi jalan ke syurga memang susah kan?
Siti Rahmah : Sis, suami dah diupgrade dengan orang sana. Apakata, mintak suami lak belanja sis upgrade diri. Gi wat facial, masuk gym, masuk kelas baking, staycation dengan anak – anak. Kalau dia sibuk create moment dengan belah sana, awak spend la masa dengan anak puas – puas.
Buat kawan baru, bina circle yang awak tak pernah ada sebelum ni. Minta izin suami pergi glamping dengan anak – anak, pergi karnival, picnic atau apa – apa je xtvt yang tak memerap di rumah. Awak happy, anak – anak pon happy. Biar mereka tahu, kadang – kadang nak rasa gembira hanya ada kita – kita je. Just appreciate what u have now. Share gambar banyak – banyak xtvt uolls. Tunjuk kat deme, kalau diorang boleh happy, kita pon boleh laaa.
Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.