
Selama ni isteri tak suka adik – adik aku menumpang. Dia tak suka tolong hantar adik – adik aku pergi sana sini. Dia tak suka mak aku ubah suai bilik rumah kami. Baru ni, isteri aku cakap dia dah jumpa lelaki lain..
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum buat semua pembaca. Aku terdetik untuk menulis di sini kerana aku tidak tau ke mana harus aku mengadu. Aku seorang suami dan ayah kepada dua orang cahaya mata dan telah berkahwin selama tujuh tahun. Aku sedar, selama tujuh tahun perkahwinan ni aku adalah suami yang gagal.
Aku gagal menjaga emosi dan melindungi isteri aku dari keluarga aku sendiri. Sejak dari awal perkahwinan, aku terp4ksa membawa adik aku tinggal bersama kami kerana dia tak pandai berdikari dan dia masih ada bersama kami sehingga hari ini.
Bukan seorang, tapi dua orang. Isteri menuntut privacy, tapi aku tersepit antara tanggungjawab seorang abang dan suami. Adik beradik aku tak pandai berdikari, semua mengharapkan aku dan ayah. Aku kesian dengan ayah, di usia meniti tua dia masih lagi menjaga anak – anak.
Adik – adik menyenangi isteri aku kerana dia lembut dan sporting tapi isteri aku sebaliknya. Aku faham, dia inginkan privacy. Dia ingin hidup seperti pasangan suami dan isteri yang lain. Setahun yang lepas, ada sesuatu isu yang trigger kemarahan isteri aku yang membuatkan isteri aku meng4muk dan marah adik aku.
Satu family aku terdiam dan terkedu, tak pernah isteri aku marah sampai macam tu sekali. Kalau orang luar dengar, mungkin akan rasa isteri aku marah biasa tapi disebabkan dia tak pernah marah langsung, kami semua dapat rasa api kemarahan dia sangat memuncak.
Mak aku tak terima, menangis sakan sebab anak dia kena marah. Isteri aku tak terima, pada dia… salah tetap salah. Dia bukan nak menghukvm, tapi bagi lah dia ruang dan masa dan bukannya mendesak dia. Aku faham tapi aku tersepit. Ayah aku pun sentap.
Suruh adik aku berhenti kerja dan hantar balik ke kampung. Mak aku update macam – macam dekat laman sosiaI yang trigger kemarahan mertua aku. Ini kali pertama mertua aku masuk campur hal kami. Ayah mertua aku cakap adik – adik aku tu dah tua gayut, umur nak 30. Bukan budak – budak yang kena marah sikit, mak ayah nak sentap.
“Kalau ikut sentap, aku lagi sentap. Kalau nak ikut marah, aku lagi marah. Lvka yang anak aku rasa selama ni, hati aku yang berparut.” Ini sedikit isi kandungan whatsapp ayah mertua aku pada aku dan mak aku. Kami berg4duh, tak bercakap dan bertegur. Tak lama lepas tu isteri ajak aku berbincang tapi perbincangan kali ni terlalu janggal. Nada isteri dingin dan ada sedikit kemarahan.
Isteri: Sekarang bagi i cakap. I bukan adik – adik you yang kena ikut telunjuk parents you. Selama ni i diam, jangan ingat i tak ada hati. I sabar, sebab i respect you as my husband sebab you selalu backup i. 7 tahun kahwin, parents you nak control semua benda sampai rumah i pun parents you nak take over. Suka – suka hati ubah bilik dekat rumah i untuk anak – anak dia.
Please, this is my house. Menumpang buat cara menumpang, bukan nak jadi raja. Dah lah suka buat masalah, ingat i ni apa nak clear semua masalah adik – adik you? I penat jadi grab dan bibik adik – adik you bila you tak ada. Panjang…
Panjang sangat isteri aku cakap dan akhirnya dia kata nak jadi co parent je dengan aku. Dia sayang aku, tapi dia tak rela jadi h4mba family aku. Isteri aku yang selama ni diam, senyum dan sentiasa okey dah berubah. Aku dan isteri putuskan kami akan berpisah bila masing – masing dah temui bahagia sendiri.
Selagi belum, aku tak nak lepaskan dia. Masa tu aku yakin, masa akan perbaiki hubungan kami tapi aku silap. Isteri aku boikot family aku. Raya dia tak balik. Parents aku datang rumah dia keluar. Dulu dia ambil kisah kalau mak aku mengata dia, sekarang dia biar.
Bulan lepas, isteri kata dia dah ada orang lain. Orang tu non muslim dan dah convert pun. Non muslim tu betul – betul serius dengan dia. Aku patah hati. Aku tak rela nak lepaskan isteri aku. Patutlah dia kerap ke masjid, rupanya dia bantu teman lelaki tu belajar.
Janji tetap janji. Minggu depan aku akan ke pejabat agama untuk failkan perceraian. Ayat akhir isteri aku, cari lah perempuan yang boleh terima keluarga awak dan tentunya perempuan tu bukan saya. Rumah ni awak ambil lah, bila tiba masanya saya tukar semuanya atas nama awak sebab awak yang bayar. Nanti kita buat hitam putih.
Awak jaga lah adik – adik awak, bila tiba giliran saya akan hantar anak pada awak. Aku tak tau. Dunia aku memang gelap sekarang. Kalian doakan ya, semoga isteri aku tarik balik keputusan dia di saat akhir. Aamiin. – Usin (Bukan nama sebenar)
Komen Netizen :
Nur Salehah : Kau ambil kesempatan pada bini kau selama 7 tahun. Tersepit apa bro? Sewakan rumah lain untuk adik pun boleh la. Tapi 7 tahun benda ni berlarutan sebab apa? Sebab bini kau diam tak meIetup dan kau anggap semuanya okey.
Sekarang kau dah tak tersepit. Bini kau dah kembalikan kau pada keluarga kau untuk kau berbakti. Maka, pulanglah dan berbakti la pada keluarga kau. Semoga bini kau bahagia dengan lelaki yang boleh landing dan pertahankan dia. Yang pasti, bukan kau.
Salina Gunawi : Your wife is a smart women. Dia bukan babu your family. Saya dah tengok akibat adik beradik yang tak tahu urus diri dan keluarga sendiri dan akhirnya porak perandakan keluarga orang lain. Sepatutnya dari awal you sewakan rumah lain for your sibling dan suruh mereka berdikari bukan jadikan your wife maid mereka atau supir mereka. Mereka tak tahu malu ke? Sekarang nasi sudah menjadi bubur dan sebaiknya kotakan janji you sebab dia sudah temui bahagia dia sendiri.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.