
Isteri selalu minta cerai, anak – anak pula makin renggang. Mereka selalu kunci bilik. Apabila saya tegur anak, isteri akan mencelah, menangkan anak sampai anak – anak biadap. Anak kedua pula sering bermain permainan video hingga menjerit, menggunakan kata – kata kesat walaupun tengah malam.
#Foto sekadar hiasan. Salam admin, mohon bantu hide profil saya ya. Sekiranya admin sudi menerbitkan kisah saya, saya amat berterima kasih. Sejujurnya, saya sendiri tidak tahu hendak bermula dari mana kerana saya tidak pernah meluahkan apa yang saya alami selama ini. Usia perkahwinan kami sehingga hari ini adalah 15 tahun.
Saya masih teringat kata – kata arw4h bapa saya, “Abah tak berkenan sangat dengan pilihan Long, takut suatu masa nanti jiwa Long yang s4kit.” Pada waktu itu saya tidak terlalu memikirkan perkara tersebut kerana baru tamat belajar dan yakin dengan pilihan sendiri.
Saya juga masih teringat pesan mak saud4ra, “Pilihlah calon dari sesama negeri.” Dan ya, saya memilih pasangan dari negeri yang sama. Pada awal perkahwinan, semuanya kelihatan bahagia. Ketika itu saya berhenti kerja dan mengikut isteri yang mendapat penempatan di Selatan tanah air.
Dalam tempoh saya bergelut mencari pekerjaan, memang ada pertengkaran kecil antara kami. Mak ayah saya tidak pernah menggunakan perkataan “aku / kau” terhadap anak – anak. Namun ketika kami berg4duh, saya mengalami k3jutan budaya apabila isteri menggunakan perkataan “aku – mung” serta kata – kata kesat. Saya tidak percaya orang yang paling dekat dengan saya boleh berkata sedemikian.
Kesabaran saya hilang, dan ya, saya mengaku saya pernah men4mparnya. Saya menangis dan menyesal. Selepas itu kami berbaik semula dan saya bekerja di sebuah kilang di sana. Benar kata orang, hanya suami isteri yang benar – benar mengenali per4ngai masing – masing. Isteri saya seorang guru dan sehingga kini masih berkhidmat.
Lebih kurang setahun kemudian, saya mendapat pekerjaan lain dan berpindah ke daerah lain. Isteri turut mengikut dan kami tinggal bersama. Di situ kami dikurniakan anak pertama dan kehidupan terasa bahagia. Tidak lama selepas itu, saya dinaikkan jawatan dan berpindah ke Pahang serta mendapat kuarters.
Kami dikurniakan pula anak kedua. Namun satu perkara yang sering mengganggu fikiran saya ialah sikap isteri yang kerap menyebut tentang perpisahan. Kadangkala tanpa sebab yang jelas, dia menyebut soal berpisah seolah – olah perkahwinan ini satu perkara main – main.
Saya mengaku saya banyak kekurangan. Mungkin juga gaji saya tidak sebesar gaji isteri yang bekerja dalam sektor kerajaan. Namun saya bertahan demi anak – anak, walaupun kata – katanya sering meIukai perasaan saya. Untuk makluman, isteri saya kurang mesra dengan ibu saya.
Mungkin berpunca daripada peristiwa lama ketika anak pertama kami diserahkan kepada ibu bapa saya untuk dijaga seketika. Sejak itu, hubungannya dingin. Apabila pulang ke kampung saya, dia hanya berkurung di dalam bilik dan keluar untuk makan sahaja. Tidak menegur atau bertanya khabar orang tua saya. Perkara ini sangat meIukakan hati saya.
Namun apabila pulang ke kampungnya, senyumannya sangat berbeza. Dengan keluarga dan rakan – rakannya, dia boleh beramah mesra dan ketawa. Dengan ibu bapa saya, senyuman itu tidak pernah ada. Sebagai lelaki, saya tidak pernah mempunyai masalah untuk bergaul dengan keluarga isteri, malah masih boleh bergurau dan berbual.
Pernah sekali saya sengaja tidak keluar rumah di kampungnya, dan saya dilabel sebagai kera sumbang. Selepas anak ketiga lahir, saya dinaikkan pangkat dan berpindah ke negeri Pantai Barat. Walaupun gaji tidak besar, kami masih tinggal di kuarters.
Gaji saya memang tidak banyak dan hampir tidak pernah ada simpanan. Biasanya saya memberi nafkah sekitar RM700 hingga RM800 sebulan. Namun isteri masih kerap menyebut tentang perpisahan. Saya benar – benar tidak memahami perkara itu.
Ada kalanya saya bertanya pada Tuhan, mengapa saya ditakdirkan dengan kehidupan seperti ini. Ketika musim kovit, ibu bapa saya datang ke kuarters. Ayah saya baru selesai menjalani pembedahan usus kerana k4nser, namun isteri tetap berkurung di dalam bilik dan tidak keluar langsung.
Genap 40 hari selepas itu, ayah saya meninggaI dunia. Itulah kali terakhir saya menatap wajahnya. Selepas pemergian ayah, isteri tidak lagi pulang ke kampung saya. Setiap kali hari raya, saya pulang seorang diri. Apabila ditanya, saya hanya memberi alasan anak – anak mahu bermain dengan sepupu di kampung ibunya.
Isteri hanya datang ketika kami hendak pulang ke tempat kerja, itu pun selepas saya minta. Sejak itu, saya rasa kehilangan tempat berg4ntung. Setiap kali pulang ke kampung dahulu, walaupun tengah malam, arw4h ayah pasti menemani saya berbual.
Dialah satu – satunya yang benar – benar memahami perasaan saya. Hingga hari ini, saya rasa hidup seperti separuh jiwa. Dalam tempoh itu juga, isteri mengisi borang perpindahan ke Pahang tanpa berbincang dengan saya. Saya berdiam kerana memahami per4ngainya yang sukar ditegur.
Setiap kali emosi, dia akan menyebut soal berpisah. Jika dihitung sepanjang perkahwinan, mungkin sudah berpuluh – puluh kali saya mendengarnya. Saya bertahan demi anak – anak, walaupun hubungan saya dengan mereka tidak begitu rapat.
Saya takut jika terlalu rapat, jiwa saya akan lebih terIuka. Saya sedar kini apa itu tr4uma. Setiap kali teringat senyuman dan nada suara isteri ketika menyebut soal perpisahan, d4da saya berdebar, fikiran bercelaru dan saya sukar tidur. Jika itu yang dinamakan tr4uma, ia sangat menyiksakan batin dan jiwa.
Hasil tinggal di kuarters, kami mampu membeli rumah dan kereta, semuanya atas nama isteri. Saya tidak pernah berkira. Setiap kali mendapat bonus atau dividen ASB, saya memberi separuh kepada isteri walaupun jumlahnya kecil berbanding gajinya.
Dalam syarikat yang sama, kami telah berpindah rumah sebanyak enam kali. Setiap kali berpindah, hampir semua urusan mengemas dilakukan oleh saya seorang. Mengemas pakaian, membuka dan memasang perabot, membasuh semula barang – barang, semuanya saya buat.
Selepas berpindah ke Pahang, saya menguruskan sepenuhnya anak ketiga; menghantar dan mengambil dari sekolah serta memasak sendiri. Saya makan makanan yang sama setiap hari kerana tidak bekerja. Saya cuba mencari kerja, termasuk kerja malam, namun gagal kerana tiada kenalan.
Saya betul – betul penat secara mental dan fizikal. Saya tidak bekerja bukan kerana tidak mahu, tetapi masih mencari. Sehingga kini, saya telah menghadiri lebih tujuh sesi temuduga, sama ada secara dalam talian atau bersemuka. Setiap kali sebelum temuduga, isteri akan menyebut tentang perpisahan, dan saya gagal memberi fokus.
Per4ngai isteri yang malas mengemas rumah juga menambah tekanan. Biliknya berselerak dengan pakaian, buku dan pasir kucing. Keadaan tidak sesuai untuk tidur sehingga saya sering tidur di ruang tamu. Tentang anak – anak pula, mereka sering mengunci pintu bilik.
Apabila saya menegur, ibu mereka akan mencelah dengan ayat, “Biarlah.” Anak kedua pula sering bermain permainan video hingga menjerit, menggunakan kata – kata kesat walaupun tengah malam. Apabila ditegur, keadaan menjadi tegang dan berakhir dengan salah faham besar.
Saya mengaku kesalahan saya apabila hilang sabar tangan saya cepat je naik. Saya akui perkara itu. Namun keletihan emosi yang saya tanggung selama bertahun – tahun tidak pernah didengari sesiapa. Dua kali laporan polis dibuat. Saya mengaku kesalahan saya.
Tetapi Iuka di jiwa ini tiada siapa yang memahami. Saya rasa kosong, m4ti rasa dan hilang semangat hidup. Saya menulis bukan untuk meraih simpati. Jika ada yang mahu mengecam, silakan. Saya hanya ingin meluahkan. Jika ada yang merasakan kisah ini berat, ketahuilah masih ada insan lain yang menanggung beban lebih berat. Inilah kisah saya.
Komen Netizen :
Sophie Emilie : Dia nak sangat cerai, bagi je lah. Per4ngai dia pun tak baik mana. Tak berbaloii untuk disimpan. Kenapa awak tak nak ceraikan? Jujur saja. Sebab bila bercerai, awak hilang segala – galanya. Isteri, anak – anak, rumah dan kereta. On top of that, kena bayar nafkah anak – anak. Awak dah lah tak keje. Susah kan? Jadi stay je lah sampai bila -bila.
Latifah Ali Ahmat : Kenapa dulu awak pilih dia? Tentu ada sesuatu yang istimewa. Tapi kenapa yang istimewa tu kini dah hilang? Mungkin disebabkan awak juga. Wanita selepas perkahwinan jika disantuni dia jadi lembut, jika dikasari dia jadi kasar. Semuanya hasil didikan suami. Sebelum perkahwinan, dia hasil didikan ibu bapa sehingga mampu menarik perhatian lelaki di luar. Selepas itu semuanya berg4ntung kepada kebijaksanaan suami.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.