Mertua ajak kami duduk serumah. Tak sangka ipar ipar cemburu. Mereka mula fitnah. Nasi yang aku masak, mereka tutup biar mentah. Lauk aku masak, mereka buang

Bila suami takde, mereka akan layan aku dan anak – anak macam sampah. Mak mertua sebelum ni sangat sayang aku, sayang anak – anak aku, tiba – tiba jadi benci dekat aku dan anak – anak. Setiap apa yang aku perbuat menjadi kebencian di mata bapa mertua aku. Sejak itu aku mula mengurung diri di bilik kami.

#Foto sekadar hiasan. Hai admin, sila hide profil aku ya. Aku ingin berkongsi pengalaman hidup sedikit di ruang ini. Semoga melalui perkongsian ini aku dapat membaca komen yang membina daripada para pembaca. Aku dan suami telah lama bersama, 13 tahun yang lepas.

Aku masih mempunyai anak kecil yang menyusu badan sepenuhnya berusia 2 tahun setengah. Suami aku bekas penjawat awam yang telah bersara. Ketika masih berkhidmat, suami aku yang banyak membantu dari segi kewangan untuk keluarga dia. Malah suami ada membuat p0tongan gaji setiap bulan untuk bapa dia.

Suami juga yang menyekolahkan adik – adik dia, membuat pinjaman untuk membaiki rumah mereka dan membayar pinjaman persekolahan untuk dua orang adik dia. Aku tak pernah mengungkit atau membantah tindakan dia kerana bagi aku keluarga dia adalah keluarga aku juga.

Aku bersyukur suami mampu membeli kereta untuk kegunaan kami sekeluarga serta sebuah rumah walaupun bukan di negeri kami. Tiga tahun sebelum bersara, aku dan anak – anak sudah pun pulang ke kampung halaman tinggal bersama mak aku kerana mak aku sudah tua dan tak sihat. Bapa aku telah lama meninggaI dunia.

Sebelum berhenti kerja, pihak mertua meminta kami tinggal dengan mereka hinggakan mak aku terasa hati mendengar kata – kata mertua aku. Mak aku terp4ksa mengalah kerana memikirkan suami aku anak kepada mertua aku dan bekerja dengan kerajaan.

Tapi apa yang ingin aku kongsikan di sini ialah penerimaan adik ipar terhadap kami. Dua adik ipar perempuan aku yang sudah pun bersuami tapi macam tak ada suami kerana suami masing – masing tak tahu tanggungjawab pada anak isteri.

Kadang – kadang tak pernah pulang langsung dalam setahun. Duit pun tak ada dikirim tiap – tiap bulan untuk isteri dan anak – anak sehinggakan anak – anak mereka bapa mertua aku yang menyara dari kecil hingga besar. Dari belanja susu, lampin pakai buang dan sekolah semua mertua yang buat.

Sebab itulah mereka tinggal bersama mertua, lagi pun rumah itu rumah mak bapa mereka. Dulu semasa suami masih bekerja, aku dan suami kadang – kadang ada juga membantu memberi mereka wang belanja, kesian melihat anak – anak yang tak tahu erti kehidupan.

Berbalik kepada kisah aku, enam bulan pertama kami tinggal bersama semuanya ok je. Selepas itu bermacam masalah yang timbul. Ini mungkin terjadi kerana mereka merasakan kehadiran aku dan suami yang memang pasti menjadi pemilik rumah mertua, menurut kata mertua dululah, kerana tanggungjawab suami selama ini membuat mereka rasa tergugat.

Mereka mula menghasut mertua aku dari seorang yang baik terhadap aku menjadi seorang yang paling jahat terhadap aku. Seorang yang baik terhadap cucu – cucu mula menjadi orang yang berpilih kasih. Setiap apa yang aku perbuat menjadi kebencian di mata bapa mertua aku.

Sejak itu aku mula mengurung diri di bilik kami. Anak – anak je bermain di luar, kadang – kadang bersama aku di bilik ketika suami pergi bekerja. Sejak itu kisah hidup aku berubah sama sekali. Dari aku yang baik, semua kebaikan aku tak nampak di mata dia kerana hasutan anak – anak dia.

Dari jam bangun seawal jam 5.30 pagi menyediakan sarapan untuk anak aku yang bersekolah, lepas itu menyapu dan mengemas rumah, menyidai pakaian sampai enam tujuh baldi besar sebab keluarga besar, belum lagi yang dicuci sekitar jam 10 pagi.

Masa aku tak cukup untuk membuat kerja rumah. Cukup jam 11 pagi aku akan memasak walaupun lauk aku selalu dibuang, kononnya aku tak pandai memasak. Bila mereka masak, sama je macam yang aku masak pun. Jam 3 petang aku dah mula mengangkat pakaian di ampaian. Jam 4 menyapu dan mengemas bilik. Jam 5 memasak. Begitulah rutin wajib aku tiap – tiap hari.

Sebab aku ada bayi, aku taklah dapat turun membantu di kebun dan ladang, itu pun menjadi duri di mata mereka. Apa yang menyedihkan, ipar – ipar aku sanggup memboikot aku, memburukkan aku dengan jiran sebelah – menyebelah.

Mana yang percaya dengan kata – kata mereka. Aku pula dilarang bercakap atau bergaul dengan jiran – jiran. Bila aku masak nasi, baru je aku kecilkan api terus ditutup, mana tak mentah nasi itu. Maklumlah kami memasak menggunakan dapur gas, bukan periuk elektrik.

Banyak lagi perbuatan mereka buat terhadap aku dan anak – anak jika suami tak ada di rumah. Masa makan, kami anak beranak paling akhir. Semua makanan tinggal sisa je, itu pun kalau ada, kadang – kadang langsung tak ada walaupun aku yang masak.

Sejak insiden nasi aku selalu mentah, suami suruh aku duduk je di dapur tunggu hingga nasi betul – betul masak baru buat kerja lain. Aku pun mula malas nak masak lauk. Maklumlah kita masak, orang tak lalu nak makan walaupun masakan kita taklah payau ataupun sebaliknya.

Aku hanya masak nasi je. Lepas itu mereka mula membawang yang aku ini pemalas bagai, tak nak memasak, bangun pukuI 10 pagi atau tengah hari. Kalaulah aku bangun pukuI 10 pagi selama ini, h4ntu la kot yang menyapu dan mengemas rumah mereka, yang menyidai pakaian berbaldi – baldi, berbesen – besen banyaknya selama ini.

Semakin hari semakin teruk sehingga aku rasa tak tahan. Apa lagi kalau adik beradik mereka yang lain datang bertandang, mulalah menyindir dan memburukkan aku depan – depan aku. Kalau suami aku ada pun, mereka tetap mengata.

Untuk pengetahuan semua, belanja dapur memang aku dan suami ada membeli, lauk pauk, serbuk pencuci pakaian, sabun mandi dan sebagainya, tapi masih juga kami dikatakan tak membeli barang dapur walaupun tak tiap – tiap hari.

Hati aku sangat sedih. Sebab itu aku lebih suka mengurung diri di bilik kami. Dikatakan sebaliknya pula pada aku. Suami selalu meminta aku bersabar. Nak tinggal di rumah yang kami beli dulu itu jauh di negeri lain. Harap pembaca semua boleh fikirkan ikhtiar masalah aku ini.

Komen Netizen :

Nurul Ismail : Suami awak yang kena ikhtiar untuk duduk di rumah sendiri atau rumah sewa lain. Cuba bertegas sikit demi kebahagiaan awak dan keselesaan anak – anak. Kalau ipar duai dah mengata itu, kain baju mereka tak payah basuh, biar mereka basuh sendiri. Semoga awak kuat dan dipermudahkan segala urusan.

Kayra Harun : Hai Cinderella. Sesak nafas aku baca. Aku simpati tapi tak dapat menitiskan air mata sebab awak ada pilihan. MaIangnya awak memilih untuk siksa diri awak. Awak buat semua itu untuk siapa? Awak tak dip4ksa untuk tinggal dan jadi orang suruhan.

Tapi awak jadikan diri awak sebagai tahanan. Untuk apa? Nak buktikan awak wanita yang sabar? Kalis ujian? Kerah tenaga demi suami awak? Sudah – sudahlah itu. Keluar dari rumah itu, pedulikan keluarga yang tak sedar diri itu, dan berbahagialah tanpa mendengar orang mencerca awak.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Kongsi Artikel Ini :