Menantu laki saya kena buang kerja. Kami sekeluarga susah payah carikan kerja yang baik buat menantu. Bila gaji makin tinggi, menantu mula ada wanita lain

Kami berjaya dapatkan menantu kerja yang lebih stabil. Penampilan yang lebih kemas dan profesional, bersut dan berblazer setiap hari. Gaji dia pun lebih tinggi dari isterinya. MaIangnya, cucu kami masih kebuluran di rumah. Duit menantu hanya buat berjoli, bercuti dengan kawan – kawan…

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum admin, mohon siarkan sebagai pengajaran kepada orang ramai. Saya ingin berkongsi kisah rumah tangga ini daripada sudut pandang seorang ibu bapa. Anak perempuan saya telah melalui dua perkahwinan.

Daripada perkahwinan pertamanya, dia dikurniakan dua orang anak. Namun perkahwinan itu berakhir kerana bekas suami culas menjalankan tanggungjawab dan pernah melakukan kekerasan fizikal. Demi keselamatan diri dan anak-anak, anak saya memilih untuk berpisah. Keputusan itu dibuat bukan kerana ego, tetapi demi melindungi nyawa dan masa depan anak – anak.

Dalam perkahwinan keduanya, anak saya memilih untuk percaya semula. Suami baharu ketika itu bekerja sebagai pengawal keselamatan sekolah. Perkenalan mereka berlaku dalam tempoh yang singkat, namun anak saya berharap perkahwinan ini dapat membawa kestabilan hidup.

Walaupun terdapat perbezaan umur, kami sekeluarga tidak menjadikannya sebagai isu kerana percaya kematangan tidak diukur melalui usia atau rupa semata – mata. Daripada perkahwinan ini, mereka dikurniakan seorang anak yang masih kecil.

Tidak lama selepas kelahiran cucu kami, menantu kami kehilangan pekerjaan. Punca sebenar tidak pernah dijelaskan dengan jelas, sama ada berkaitan urusan cuti atau faktor lain. Namun hakikatnya, beliau kehilangan pekerjaan ketika keluarga sangat memerIukan kestabilan dan tanggungjawab seorang ayah.

Sebagai keluarga, kami tidak berpaling. Atas dasar ihsan dan amanah, kami membantu mencarikan pekerjaan untuk menantu. Hakikatnya, beliau tidak mempunyai pengalaman dalam bidang perhotelan, kurang fasih berbahasa Inggeris dan tidak begitu yakin berkomunikasi dengan orang ramai.

Namun, atas bantuan keluarga yang telah lama bertapak dalam industri perhotelan di ibu negara, beliau diberi peluang bekerja sebagai security officer di sebuah hotel. Di situ, beliau menerima latihan asas, membina keyakinan diri dan menimba pengalaman.

Pekerjaan tersebut hadir dengan penampilan yang lebih kemas dan profesional, bersut dan berblazer setiap hari. Sangat jauh berbeza daripada pekerjaan terdahulunya. Gaji yang diterima juga lebih tinggi daripada gaji anak kami sendiri.

Sebaliknya, anak kami yang berkelulusan ijazah memilih untuk bekerja dengan gaji minimum demi anak – anak. Dia memilih tempat kerja yang memudahkan urusan mengambil dan menghantar anak serta membolehkan cuti diambil apabila diperIukan.

Di situ, anak kami meng0rbankan kelulusan dan keselesaannya sendiri demi memastikan anak – anak terjaga. Namun sebagai ibu bapa, kami mula melihat perkara yang meresahkan. Peranan menantu sebagai ayah tiri hampir tidak kelihatan.

Hubungannya dengan dua orang anak daripada perkahwinan terdahulu tidak pernah benar – benar mesra. Anak – anak kelihatan takut dan berjarak. Kami faham anak – anak ini aktif dan nakal, namun kami tidak melihat usaha yang konsisten untuk mendekati, membimbing atau memenangi hati mereka.

Lebih menyedihkan, keperluan makan dan minum keluarga tidak disediakan dengan baik. Namun apabila pulang ke rumah, hidangan yang disediakan untuk cucu – cucu pula dimakan dan dihabiskan. Keperluan asas keluarga sering diabaikan, sedangkan keperluan diri sendiri sentiasa diutamakan.

Selepas mendapat pekerjaan dan keselesaan hidup, perubahan sikap semakin ketara. Menantu didapati berhubung dengan wanita lain di luar waktu kerja. Anak kami pernah membuat aduan kepada pihak HR dengan harapan keadaan dapat diperbetulkan.

Kami menyangka isu tersebut akan berakhir di situ. Namun sebaliknya, keadaan menjadi semakin parah. Menantu kerap keluar malam, mengabaikan anak – anak dan menjadikan rumah sekadar tempat singgah. Masa yang sepatutnya diluangkan bersama keluarga lebih banyak dihabiskan bersama rakan – rakan, melepak hingga ke pagi.

Bukan sekali – sekala, tetapi terlalu kerap. Dalam masa yang sama, sewa rumah mula tertunggak, namun perancangan untuk berseronok dan melancong bersama rakan – rakan tetap diteruskan. Apabila isu perpisahan dibangkitkan, isterinya tidak bersetuju.

Bukan kerana masih berharap, tetapi kerana memikirkan emosi dan masa depan anak – anak yang masih kecil. Sebagai seorang ibu, dia memilih untuk berfikir jauh dan cuba mempertahankan apa yang masih boleh diselamatkan demi anak – anak.

Namun di pihak suami, tiada pertimbangan yang sama ditunjukkan. Tiada usaha untuk berbincang secara matang, tiada kesediaan untuk memperbaiki keadaan, dan tiada tanda kebajikan anak – anak diambil kira. Keinginan untuk berpisah disuarakan tanpa empati, seolah – olah anak – anak hanyalah kesan sampingan, bukan amanah yang perlu dipertanggungjawabkan.

Tiada usaha mendapatkan kaunseling, tiada perbincangan keluarga yang matang, dan tiada rasa tanggungjawab terhadap kesan emosi yang dialami oleh isteri dan anak – anak. Sebagai ibu bapa, kami tidak mempertahankan perkahwinan yang sudah tiada kasih.

Namun kami berpegang pada satu prinsip, jika ingin berpisah, berpisahlah dengan cara yang beradab dan bertanggungjawab, bukan dengan ugvtan, bukan dengan melarikan diri daripada nafkah, dan bukan dengan meninggaIkan anak – anak tanpa hala tuju.

Saya kasihan lihat kehidupan anak saya yang selalu gagal dalam perkahwinan. Dia seorang anak yang baik, isteri yang taat tapi kenapa ujian yang diterima bertalu – talu. Saya sebagai ibu yang lihat depan mata apa yang terjadi pada anak saya, suka saya nasihatkan, berdoalah agar kita menjadi perempuan yang mempunyai jati diri dan kekuatan. Tidak perlu meraih kasih, perhatian atau cinta daripada lelaki yang tidak menghargai tanggungjawab.

Kerana kebahagiaan itu bermula daripada diri sendiri dan perjuangan seorang ibu seharusnya untuk anak – anak,  bukan untuk lelaki yang tidak layak diperjuangkan. Semoga kisah ini menjadi pengajaran buat semua. Dan mohon doa buat anak perempuan saya, semoga dia kuat. Kami sentiasa sokong apa keputusan yang dia buat.

Komen Netizen :

Ummi Solikha : Dia mcm ni puan. Sebagai orang tua hanya mampu menasihati anak dan menantu saja. Kalau nak ikut campur tangan lebih memang tak boleh. Orang tua mana yang tak mahu tengok anak dia bahagia. Sudah pasti semua orang tua mahu.

Puan dah pun menasihati anak tetapi dia tetap dengan pendirian dia. Biar lah puan. Pandai – pandai depa urus rumahtangga depa. Masing – masing dah tua. Pandai lah depa tu mikir. Bak kata pepatah “itu yang kamu pilih itu lah yang kamu dapat” selagi mana tak menyusahkan orang tua biaq p la depa. Tolong semampu dan ikhlaskan saja. Jika rasa terbeban jangan bantu lagi.

Mizxlovely Aainaa : Sebab tu jangan ambil lelaki low life jadi suami. Lelaki yang low life ni hanya akan jadi “anchor” yang menjatuhkan perempuan. Macam materialistic kan? Tapi tu kenyataan dia. Kau ambil yang dulu miskin, then kau bantu dia kaya, dia rasa dia rule the world. Amek yang sekufu. Agama dah ajar degil sangat!

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Kongsi Artikel Ini :