7 tahun aku jadi surirumah, suami suruh aku balas peng0rbanan dia. Dia suruh aku redha dia nak kahwin lain dan kena pinangkan kekasih dia nanti

Aku izinkan suami untuk teruskan hubungan dengan perempuan tu. Sebab suami suruh aku berk0rban demi dia dengan perempuan tu. Dia cakap semua ni takdir untuk aku. Rupanya selama ni dia dah terlanjur dengan ramai perempuan sepanjang kami kahwin..

#Foto sekadar hiasan. Salam admin. Tolong hide Facebook aku. Pertama sekali aku minta maaf kalau aku tulis ni serabut sikit. Macam mana, perkahwinan aku dah nak masuk 7 tahun, ada 3 orang anak kecil. Umur 6, 5 dan 1 tahun. Suami aku berg4duh dengan aku. Tiba – tiba dia terlepas cakap yang dia ada perempuan lain. Ya Allah, betapa h4ncurnya hati aku bila dengar macam tu.

Dia cakap dia dengan perempuan tu dah setahun lebih dah. Suri semua boleh bayangkan tak macam mana setahun lebih aku hidup macam ni. Kalau malam – malam kami tak berg4duh, mungkin sampai bila – bila aku tak tahu. Suami aku cakap semua ni takdir untuk aku.

Sekarang ni aku kena berserah pada takdir. Kalau satu hari aku ada madu, tu pun takdir aku. Allahuakbar. Aku minta dia lepaskan aku. Tapi dia tak nak. Dia cakap kalau bukan sebab anak, dia memang tinggalkan aku. Bila aku tanya apa kekurangan aku, kenapa dia mesti ada orang lain, dia cakap aku dah cukup sempurna.

Dia ada perempuan lain pun sebab suka suka saja. Tapi sekarang ni dia dah terlanjur cinta dengan perempuan tu. Tapi pada masa yang sama, dia masih lagi sayang dan cinta aku. Kalau aku bercerai, aku k3jam tak dengan anak-anak sebab aku akan tinggalkan anak – anak dengan suami?

Aku sangat sayangkan anak – anak. Aku sanggup buat apa saja demi kebahagiaan anak – anak aku. Tapi hati aku s4kit. Hati aku luka sangat – sangat. Aku dah tak boleh nak bertahan lagi. Aku give up. Dan kalau aku nak failkan perceraian, aku perlu pergi mana ye? Apa yang diperlukan masa nak failkan perceraian? Mohon tunjuk ajar step by step dari awal sampai akhir

Sambungan.. Sebelum ni aku pernah share pasal ni. Jadi hari ni aku nak meluah sikit. Aku izinkan suami untuk teruskan hubungan dengan perempuan tu. Sebab suami suruh aku berk0rban demi dia dengan perempuan tu. Dan suami suruh aku terima dan pinangkan perempuan tu nanti.

Bila ditanya nak pinangkan perempuan tu bila, suami cakap nanti. Bukan sekarang. Sebab keluarga kami masing – masing tak tahu pasal ni. Aku ada cakap dengan suami kalau satu hari nanti aku dah tak boleh tahan, aku minta dilepaskan.

Tapi suami tetap tak nak lepaskan aku. Sebab suami cakap dia takut menyesal lepaskan aku. Dalam pada masa yang sama, dia masih perlukan aku. Aku suruh bawa perempuan tu jumpa aku. Tapi suami cakap bukan sekarang. Sebab dia tak nak aku lepaskan marah aku pada perempuan tu dan perempuan tu tinggalkan dia. Dia tak boleh terima kalau benda tu jadi.

Dan suami aku pernah cakap pada perempuan tu yang dia rasa dia tak boleh bahagia dengan aku. Suami aku lebih pentingkan hati dan perasaan dia berbanding aku. Aku tak tahu nak buat apa. Aku takut kalau dia lari nanti suami lepaskan tanggungjawab nafkah anak – anak kalau anak ikut aku.

Dan aku tak nak kalau aku lari nanti akan jadi masalah kalau aku nak jumpa anak – anak kalau anak ikut suami. Sampai bila aku nak terus makan hati dengan dia? Sekarang ni pun suami berani WhatsApp perempuan tu depan aku. Sikit pun tak jaga hati aku.

Bila aku cakap pasal hati dan perasaan aku, suami aku cakap asyik hati dan perasaan perempuan saja nak dijaga. Aku rasa cinta dan sayang dia bukan untuk aku lagi. Dia mungkin perlukan aku sebab anak – anak saja. Sekarang ni semua yang aku buat adalah tanggungjawab aku sebagai isteri saja.

Hati dan perasaan aku makin lama makin pudar. Aku kalau boleh malas dah nak fikir pasal benda ni. Tapi suami aku selalu buka cerita pasal perempuan tu. Kadang – kadang aku sedih sendiri, nangis sendiri. Tak pernah aku bayangkan hidup aku jadi macam ni.

Tolong bagitahu aku apa yang perlu aku buat untuk keluar dari masalah ni. Ada yang tanya kenapa nak tinggalkan anak. Aku surirumah. Tak ada harta. Ada pun semua suami yang punya. Duit simpanan dah habis sebab banyak tolong suami. Setakat duit harian tu ada lah.

Tu sebab aku fikir kalau anak ikut dengan suami, nasib anak akan terbela. Lagipun aku takut kalau suami lari dari tanggungjawab beri nafkah anak – anak. Suami suruh aku balas balik peng0rbanan dia selama 7 tahun. Disebabkan satu fitnah yang orang cakap pada aku, suami simpan d3ndam ni.

Sedangkan apa yang orang cakap tu semua sekali tak betul. Maaf, zaman bujang memang aku jahiI sangat. Aku dengan suami pun pernah terlanjur. Disebabkan tu lah kami berkahwin. Aku minta ampun dari Allah. Aku bertaubat atas apa yang pernah aku buat. Aku ingat aku dah jadi isteri yang baik untuk suami. Tapi sebenarnya tak.

Selama 7 tahun berkahwin, ni kali pertama aku dengar kebenaran tentang suami aku. Suami aku pernah terlanjur dengan beberapa perempuan dan semua tu aku tak sedar sebab per4ngai dia dekat rumah macam biasa. Tak nampak pun yang dia main perempuan belakang aku. Aku tak ada tempat meluah. Keluarga aku semua jauh. Aku tak nak buat keluarga aku susah hati pasal ni.

Ulasan Pembaca :

Hamizah Miza : Sis, lelaki macam ni perlu diajar. Caranya, sis banyakkan istighfar. Mulut sentiasa istighfar. Jaga solat. Baca Yasin setiap hari, mengaji. Lepas mengaji berdoa sungguh – sungguh minta Allah bantu. Ada 80 malaikat akan aminkan doa kita. Percayalah, Allah tak akan sia – siakan h4mbaNya yang memohon padaNya.

Fauziah Abd Rani : Sayanglah diri sendiri lebih. Aku pernah ada pengalaman bercerai dengan suami. Dulu aku suri rumah. Aku tak rela makan hati demi nak tengok suami pula bahagia dengan perempuan lain. Aku cari kerja, anak – anak semua aku ambil dan memang hak akan dapat pada ibu kalau anak bawah umur.

Failkan kes ke mahkamah. Tuntut nafkah anak dekat mahkamah. Minta nasihat pejabat agama sampai betul – betul faham apa nak buat. Cuba search, ada saja bantuan zakat bulanan untuk ibu tunggal. Move on saja daripada hati s4kit. Tapi terpulanglah. Ni cuma pendapat peribadi. Kita berhak untuk hidup bahagia.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Kongsi Artikel Ini :