
Suami aku mengaku sebenarnya dia tak mampu dari segi kewangan untuk berpoligami. Tapi perempuan tu doktor pakar dekat sebuah hospital. Perempuan tu sendiri yang ajak suami aku kahwin, sanggup jadi isteri kedua walau suami aku tak mampu..
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum admin. Aku nak minta admin siarkan tapi hide profile aku ya. Terima kasih. Aku seorang isteri berumur 39 tahun dan ibu kepada 4 orang anak. Aku cuma suri rumah biasa. Sudah hampir 18 tahun aku mendirikan rumah tangga dengan suami yang sekarang berumur 42 tahun.
Sepanjang perkahwinan kami, memang banyak susah senang yang kami lalui bersama. Dari hidup menyewa rumah kecil, duit cukup – cukup makan, sampailah kami perlahan – lahan stabil dan besarkan anak – anak bersama. Sejak hampir 2 tahun kebelakangan ni, aku dan suami hidup berjauhan sebab kerja.
Aku tinggal di pantai timur bersama anak – anak, manakala suami bekerja di utara. Suami aku seorang lelaki yang pada mata orang memang baik. Dia bertanggungjawab, rajin bekerja, ringan tulang dan suka membantu orang. Kalau jiran atau kawan ada masalah, dialah orang pertama yang hulur bantuan.
Dia juga peramah dan mudah mesra dengan sesiapa saja. Sebab tu selama ni aku tak pernah terfikir yang dia sanggup lukakan hati aku macam ni. Bila hidup PJJ ni, banyak benda berubah. Suami cuma balik sebulan sekali. Itupun sekadar hujung minggu, dua malam saja bersama kami.
Kadang – kadang baru rasa nak bermanja, dah kena hantar dia semula ke stesen bas. Anak – anak pula memang terlalu rindukan ayah mereka. Tiap kali suami balik, rumah jadi meriah. Bila dia balik semula ke utara, rumah kembali sunyi.
Sejak akhir – akhir ni, naluri aku kuat sangat rasa yang suami ada wanita lain di belakang aku. Aku cuba buang jauh – jauh perasaan tu sebab aku takut syak wasangka aku salah. Aku tak nak jadi isteri yang terlalu curiga. Tapi hati perempuan ni kadang – kadang Allah bagi rasa sesuatu sebelum mata nampak bukti.
Satu malam masa suami balik rumah, dia tertidur awal sebab penat memandu jauh. Aku tergerak hati nak tengok telefon dia. Selama ni aku tak pernah usik telefon suami. Aku terlalu percaya dekat dia. Tapi malam tu tangan aku menggigil masa buka WhatsApp dia.
Allah saja tahu perasaan aku bila nampak mesej – mesej dia dengan seorang perempuan. Ada video call, WhatsApp call dan perbualan yang jelas menunjukkan mereka rapat. Aku rasa dada aku sesak sangat sampai susah nak bernafas. Masa tu aku rasa macam seluruh dunia gelap depan mata.
Aku k3jut suami dan tanya terus siapa perempuan tu. Suami terdiam lama sebelum mengaku mereka kenal di media sosiaI. Katanya hubungan tu dah tak ada apa – apa sebab perempuan tu menipu dia dan ambil kesempatan atas kebaikan dia. Katanya lagi, mereka tak pernah berjumpa sepanjang tempoh berkawan sebab duduk jauh.
Aku cuba berlapang dada walaupun hati aku remuk. Aku fikir semuanya dah habis dekat situ. Tapi rupanya aku silap. Dalam seminggu ni, naluri aku datang lagi. Lebih kuat daripada sebelum ni. Aku jadi tak tenang. Setiap kali suami lambat balas mesej, hati aku mula fikir macam – macam. Setiap kali dia cakap penat dan nak tidur awal, aku mula menangis sendiri.
Aku buat solat istikharah. Aku mengadu dekat Allah siang malam. Dan entah kenapa hati aku kuat mengatakan memang masih ada wanita lain dalam hidup suami aku. Tapi kali ni aku tak ada bukti sebab dia dah balik ke utara. Setiap hari bila dia telefon, mesti isu poligami dia bangkitkan.
Mula – mula dia bercakap macam bergurau. Lama – lama macam bagi bayangan yang dia memang nak aku bersedia bermadu. Dia sendiri mengaku sebenarnya dia tak mampu dari segi kewangan untuk berpoligami. Tapi bila lelaki dah jatuh hati, kadang – kadang logik pun hilang.
Akhirnya satu malam dia mengaku semuanya dekat aku. Rupanya selama hampir 2 tahun ni, dia kenal rapat dengan seorang wanita lain tanpa pengetahuan aku. Perempuan tu seorang doktor pakar di salah sebuah hospital di Kuala Lumpur. Seorang balu kem4tian suami dan berasal dari pantai timur juga.
Apa yang paling s4kit, perempuan tu pernah ajak suami aku berkahwin. Dan yang lebih mematahkan hati aku, suami aku mengaku dia pun sayang perempuan tu. Aku rasa macam seluruh tubuh aku lemah masa dengar pengakuan tu. Aku menangis sampai tak boleh bercakap.
Aku tanya kenapa dia buat aku macam ni sedangkan aku tak pernah curang, tak pernah abaikan dia. Aku habiskan seluruh hidup aku untuk jaga rumah tangga dan anak – anak kami. Suami cakap perempuan tu tahu tentang kewujudan aku dan anak – anak.
Dia juga tahu kehidupan kami sederhana saja. Tapi perempuan tu sanggup terima semua keadaan tu asalkan dapat bersama suami aku. Bayangkan hati aku masa dengar semua tu. Aku rasa macam aku dah tak ada nilai sebagai isteri. Tapi yang buat aku makin keliru, suami aku tak nak lepaskan aku.
Dia cakap dia masih sayangkan aku dan anak – anak. Dalam masa sama, dia juga mengaku sayang perempuan tu. Aku rasa macam aku sedang berkongsi hati suami walaupun belum bermadu. Akhirnya suami buat keputusan untuk berpisah dengan perempuan tu sebab dia tak sanggup lepaskan aku. Perempuan tu pun terima keputusan tu.
Tapi luka dalam hati aku tak hilang. Aku masih teringat semua penipuan sepanjang 2 tahun tu. Rupanya setiap kali dia cakap sibuk kerja, mungkin masa tu dia sedang video call dengan perempuan lain. Setiap kali aku tunggu dia balik dengan penuh rindu, rupanya hati dia ada dekat orang lain juga.
Sekarang hidup aku berubah sepenuhnya. Aku dah tak macam dulu. Rumah mula terabai. Anak – anak pun aku tak mampu nak urus dengan baik. Kadang – kadang anak bongsu tarik baju aku sebab lapar, tapi aku cuma mampu menangis dalam bilik air.
Ada hari aku langsung tak mandi, tak makan dan cuma baring termenung dari pagi sampai malam. Berat badan aku turun mendadak. Aku jadi cepat s4kit kepala dan sesak nafas. Anak sulung aku pernah peIuk aku sambil menangis sebab tengok aku terlalu lemah. Dia tanya, “Ibu s4kit ke?”
Masa tu hati aku h4ncur sangat. Aku juga pernah cuba bvnvh diri sebab terlalu kecewa. Aku rasa hidup aku dah tak ada makna. Aku terlalu sayangkan suami aku lebih daripada diri sendiri. Bagi aku, dia bukan sekadar suami. Dia macam nyawa aku sendiri.
Sebab tu bila dia tipu aku selama ni, aku rasa kalah teruk. Sekarang aku dah hilang rasa percaya dekat dia. Bila dia telefon, aku jadi taw4r hati. Tapi dalam masa sama aku masih terlalu sayangkan dia. Aku benci perasaan ni. Aku penat menangis tiap malam sampai mata bengkak.
Kadang – kadang aku tertanya, apa kurangnya aku sampai suami cari perempuan lain? Aku dah cuba jadi isteri yang baik. Aku jaga makan pakai dia. Aku jaga anak – anak seorang diri sepanjang kami PJJ. Tapi akhirnya aku tetap kalah dengan perempuan lain.
Aku masih bangun malam untuk solat dan mengadu dekat Allah. Cuma aku dah terlalu penat dengan hati sendiri. Jadi aku nak tanya pendapat semua. Perlukah aku berdepan dengan suami dan bincang dari hati ke hati tentang semua perasaan aku ni?
Perlukah aku cuba pertahankan rumah tangga ni walaupun hati aku dah terlalu s4kit? Macam mana nak belajar percaya semula dekat suami sendiri selepas ditipu hampir 2 tahun? Aku betul – betul buntu. Tolong aku. Aku tak kuat nak hadap ujian macam ni seorang diri.
Ulasan Pembaca :
Zairul Syafira : Sebab tu penting untuk sayang diri sendiri lebih daripada orang lain. Aku tak nak bercakap pasal cinta Ilahi dan Rasul sebab aku sendiri terlalu lemah. Namun percayalah, cinta yang berlebihan kepada manusia memang boleh membinasakan kita. Teruslah berdoa supaya dikurniakan takdir yang baik dan hati yang kuat untuk menghadapi semua ujian ni.
Nordiana Haznida AbdHamid : Aku tak berada di posisi puan, jadi aku tak mampu nak rasa sepenuhnya apa yang puan tanggung sekarang. Cuma apa yang aku boleh nasihatkan, teruskan solat istikharah dan minta petunjuk daripada Allah macam mana nak bangkit semula.
Puan kena kuat demi anak – anak. Kalau aku berada di tempat puan, aku rela hilang suami daripada hilang anak – anak dan diri sendiri. Apa saja keputusan puan nanti, aku tetap sokong. Semoga segala urusan puan dipermudahkan dan semoga masih ada sinar bahagia untuk puan dan anak – anak.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.