
Semua rahsia aku terbongkar. Aku dan isteri berg4duh besar, dia halau aku keluar dari rumah mertua. Aku takde duit satu sen pun, baju pun aku tak bawa. Aku ingat isteri akan tenang lepas 1 – 2 hari. Rupanya tak. Aku tidur merempat, makan nasi yang bangla masak..
#Foto sekadar hiasan. Assalammualaikum admin, tolong hide profile aku ya. Terima kasih.. Tujuan aku menulis nukilan ini bukanlah untuk meraih simpati apatah lagi meminta pertolongan kepada anda semua. Namun luahan ini terp4ksa aku luahkan kerana sudah tiada lagi ego pada insan bergelar lelaki atau suami ini.
Hayatilah kisah pahit aku sekarang ini. Yang baik jadikanlah teladan, yang jahat mintalah dijauhkan. Moga Allah ampunkan semua d0sa – d0sa aku yang lepas. Nukilan ini bukan untuk menyalahkan sesiapa apatah lagi untuk menegakkan benang yang basah.
Cuma luahan hati ketika semua insan bersama keluarga tercinta tetapi aku tersisih semua itu atas kesilapan dan keegoan sendiri. Aku seorang suami berumur 32 tahun juga bapa kepada dua orang puteri yang sangat cantik. Usia perkahwinan kami sudah 4 tahun.
Aku tak bekerja tetap, hanya freelance dan juga makan profit dari hasil – hasil kerja kontraktor. Sepanjang 4 tahun ini aku tinggal bersama ibu dan bapa mertua serta adik – adik ipar aku. Taklah ramai tapi agak selesa juga. Sepanjang tempoh itu ada juga aku menyewa tapi sebab duit tak cukup, maka pindah balik ke rumah mertua.
Selama tempoh 4 tahun isteri aku sentiasa menutup aib aku pada semua ahli keluarga dia. Macam – macam alasan dia berikan semata – mata mahu menjaga nama dan maruah aku. Ibu dan ayah mertua aku juga baik, tak pernah berkata apa – apa.
Hanya diam dan melihat sahaja setiap perbuatan aku selama 4 tahun. Bukan sekejap. Sudahlah aku tak bekerja, makan minum sentiasa tak putus, tapi bukanlah aku mengambil kesempatan. Di kala ada payment – payment yang masuk, aku keluarkan juga duit belanja, ajak berjalan. Cumanya aku malas mencari kerja tetap.
Segalanya bermula di sini. Pada tahun 2025 aku menjalankan satu bisnes sendiri yang memerlukan beberapa dana dari pelabur di dalam syarikat aku. Pelabur tersebut terdiri daripada kawan – kawan, saud4ra mara dan juga mereka yang mengenali aku.
Lebih kurang 70 ribu juga jumlah keseluruhan yang terkumpul. Tapi sayang, semua duit itu h4ngus dalam satu pelaburan yang aku ceburi. Maka bermulalah satu episod hitam dalam hidup ini. Dipendekkan cerita, aku berhutang keliling pinggang.
Isteri aku sudah bermacam – macam loan yang dibuat untuk melangsaikan hutang aku sehingga dia pun tak mampu menolong aku. Hutang loan dia juga aku tak mampu bayar. Dalam masa sama aku pula mengenali mesin jvdi, bukan untuk menang besar, bukan ket4gih, tapi untuk membayar hutang.
Tapi Allah masih sayang aku, aku belum jauh terjebak. Semua rahsia – rahsia aku terbongkar. Ada beberapa perkara yang aku sembunyi dari isteri aku berkaitan hutang juga terbongkar, cuma alhamdulillah aku tak ada berhutang dengan ahl0ng.
Maka aku dengan isteri berg4duh besar sehinggalah semua ahli keluarga tahu cerita. Selang selepas beberapa hari, aku berg4duh dengan isteri, isteri aku suruh aku keluar rumah. Aku akur tapi aku tak marahkan isteri aku. Perempuan mana yang sanggup bela bangkai hidup macam aku. Siapa boleh tahan dengan apa yang aku dah buat.
Dalam masa sama aku ada berhutang dengan seorang yang tinggal berhampiran dengan rumah ibu mertua aku. Dia pangkat pakcik juga. Sudah hampir 50-an. Dia juga bukan calang – calang orang, ada nama dan kebanyakan orang mengenali dia.
Habis malu keluarga isteri setelah tahu aku berhutang dengan pakcik tersebut. Bertambah – tambahlah marah mereka pada aku bercampur meluat dan benci. Tapi aku tak salahkan mereka, aku mengaku aku salah. Saat aku membawa diri keluar aku tak bawa satu baju dan duit pun kerana sangka aku isteri aku akan cool dalam satu dua hari. Tapi jangkaan aku meleset.
Kali ini isteri aku dah tak boleh menahan sabar lagi. Tapi betullah, letaklah wanita mana pun tak akan ada yang boleh tahan. Silap – silap awal lagi dah minta cerai. Aku kagum dengan ketabahan isteri aku. Waktu mengandung anak pertama, malam – malam aku tak ada di rumah, melepak, balik lambat, biar dia seorang diri.
Mengandung anak kedua ada orang cari – cari aku minta pulangkan duit. Waktu dalam wad bersalin tunggu due, setelah 4 hari aku kat luar. Allah jentik hati ini untuk aku kenali diri aku yang h1na ini, jijik dan menyusahkan orang. Aku bertaubat dengan apa yang aku telah lakukan.
Aku benar – benar insaf dengan segala kesilapan aku. Masuk hari ini Khamis, sudah tiga minggu aku tidur merata – rata. Alhamdulillah isteri ada beri pakaian dan sikit duit makan dikirimkan kepada abang dia, abang dia hantarkan pada aku.
Berbalik pada pakcik yang aku berhutang tadi, sepatutnya aku membayar hutang pada 15/1/2026. Namun Allah Maha Mendengar, sekarang satu sen aku tak ada. Cukai jalan kereta m4ti, aku tak boleh bergerak. Kenapa tak cari kerja biasa?
Kerana setiap bulan komitmen aku agak tinggi, hampir 5 ribu. Alhamdulillah pakcik tersebut faham akan keadaan aku. Dia tak kisah pasal hutang tersebut kerana dia bersyukur bila dia tahu aku dah bertaubat, dah sembahyang dan aku cari jalan untuk selesaikan masalah aku dengan bermula bawa Grab Car.
Cuma ketika ini aku tengah usahakan mencari duit untuk hidupkan roadtax kereta aku. InshaAllah minggu depan aku boleh mula bekerja. Bagaimana dengan isteri aku? Alhamdulillah berkat doa dan sembahyang yang aku mula lakukan, Allah lembutkan hati isteri aku untuk memaafkan aku dengan syarat aku mesti buktikan pada dia aku benar – benar insaf dan ingin berubah.
Walaupun pada hakikatnya mungkin ada mereka yang berdekatan isteri aku mengatakan isteri aku b0doh kerana masih terima aku, namun isteri aku lebih fikirkan nasib anak – anak aku yang masih kecil. Kalau ikutkan isteri aku sendiri dia pun tak sanggup terima aku selepas apa yang aku dah buat, tapi dia tak nak fikir pasal diri dia, dia fikir pasal anak – anak.
Keluarga isteri aku, tiga minggu aku merempat di luar, makan nasi yang Bangla masak, tidur tak tentu hala, mandi dua atau tiga hari sekali, duit langsung tak ada. Betul aku bersalah, betul aku maIukan korang semua, tapi aku pun manusia biasa, punya hati dan perasaan.
Aku tak minta duit korang dah kerana aku tahu aku masih berhutang pada salah seorang adik beradik isteri aku. Aku berjanji akan aku langsaikan. Betul semua s4kit hati atas apa yang aku dah buat pada isteri dan keluarga korang. Aku mohon maaf kepada semua. Aku akan buktikan aku benar – benar ingin berubah.
Cuma satu sahaja aku minta, hantarlah satu pesanan bertanyakan khabar aku. Aku redha dengan keadaan yang aku lalui sekarang. Allah buka pintu hati aku yang dulu h1na. Aku sedar kesilapan aku dan seburuk – buruk aku, tak ada langsung kah kebaikan pada mata kalian? Itu sahaja aku terkilan.
Tapi alhamdulillah kadang – kadang isteri minta tolong ambil atau hantar dia tempat kerja. Masa itu jugalah aku berpeluang bermain bersama anak – anak aku. Dia juga ada beri duit makan. Kenapa tak balik rumah keluarga aku? Mak aku dah tak sihat, dia ada lemah jantung. Aku tak naklah dia jatuh s4kit.
Dah banyak kali aku susahkan mak aku sepanjang aku hidup. Alhamdulillah aku diberi peluang sujud pada kaki mak aku dan pohon maaf atas segala yang terjadi. Mak aku ampunkan semua d0sa aku. Terima kasih ya Allah, Kau sedarkan aku sebelum terlambat. Terima kasih semua, maafkan aku atas semua kesilapan aku selama bertahun – tahun ini.
Hala tuju aku sekarang, selepas masalah kereta aku dah selesai dan mula bekerja, aku akan sewa bilik berdekatan dengan isteri. Mungkin ada yang kurang senang dengan kehadiran aku nanti kalau aku balik ke rumah. Isteri aku ingin beri duit untuk aku cari bilik sewa, tapi cukuplah setakat ini.
Sudah tak tergamak melihat pend3ritaan isteri aku selama ini. Di mana aku tidur bukan ukuran, asalkan dekat dengan isteri dan anak – anak sekiranya ada kecemasan. Kepada semua pembaca, aku tak meminta wang ringgit. Aku pohon doa kalian moga aku terus cekal mengharungi dugaan ini, moga aku terus berusaha untuk perbaiki segala kesilapan aku. Baru aku rasa hidup ini bila tiada seorang pun yang peduli.
Terima kasih ya Allah kerana sedarkan diri ini walau dalam keadaan memeritkan. Moga taubat aku diterima. Jadikanlah pengalaman aku ini sebagai titik tolak dalam kehidupan sahabat semua. Maaf andai terkasar bahasa, tersalah bicara. Tiada tempat untuk aku luahkan dan buang ego aku selain di sini. Assalammualaikum.
Ulasan Pembaca :
Rohana Aripin : Pengalaman hidup yang bagus dan elok dijadikan iktibar. Semoga benar – benar berubah, terima kasih sebab sudi berkongsi cerita di sini. Hidup ini perit dan sulit, tapi percayalah langit yang mendung lambat laun akan cerah juga. Semoga Allah akan memberkatimu selalu.
Ingatlah Allah ada bersama – sama orang yang sabar. Sabarlah menempuhi gelombang hidup ini. Semoga hidupmu bahagia bersama keluarga. Ingatlah Allah selalu kerana segala pertolongan datangnya dari Allah. Jangan jemu berdoa kepada-Nya. Semoga rezekimu murah dan berkat untuk keluargamu. Sabar menempuhi segalanya, sabar separuh dari iman.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.