Aku mengasuh anak orang. Mula maknya janji nak hantar 8.30 pagi, sekarang pukuI 6.20 pagi dah sampai dengan pampers penuh lembik, tangan kotor

Parents janji sebelum hantar akan mandikan anak dulu sebab hantar pukuI 8.30 pagi. Lepas beberapa bulan aku jaga, anak asuhan dihantar pukuI 8.00, tak mandi. Aku sabar lagi. Sekarang pukuI 6.20pagi mereka dah hantar pakej pampers n4jis kering..

#Foto sekadar hiasan. Admin tolong rahsiakan Facebook aku ya. Takut kot – kot ada yang mesej admin personal pasal posting ni. Aku hanya nak luah isi hati aku sebagai pengasuh. Kadang – kadang terasa letih, terkilan dan kecewa.

Hubungan aku dengan semua parents anak asuhan alhamdulillah baik. Kami boleh sembang macam dengan kawan – kawan walaupun baru kenal sebab aku jenis ramah dan friendly. Aku memang jenis susah nak berkira dengan orang.

Kalau parents anak asuhan minta tolong lebih sikit, selagi aku mampu aku akan bantu. Sebab aku faham bukan senang jadi mak ayah yang kena keluar bekerja pagi pagi cari rezeki. Dulu masa perbincangan awal, parents cakap hantar ikut office hour.

Sehari lebih kurang 10 jam sahaja jaga. Parents janji sebelum hantar akan mandikan anak dulu sebab hantar pukuI 8.30 pagi. Lepas beberapa bulan aku jaga, parents mula hantar jam 8 pagi. Lepas tu makin lama makin awal dia hantar siap pakej tak mandikan anak alasan tak sempat.

Aku okay lagi, masih boleh tolak ansur sebab parents pun bukan jenis berkira. Macam – macam juga dia bagi dekat aku dan keluarga. Kadang – kadang dia belikan lauk, bagi buah – buahan, hulur duit lebih masa raya. Jadi aku fikir tak mengapalah, mungkin dia memang betul – betul sibuk.

Anak asuhan high need baby dan autisme. Umur nak masuk 2 tahun tapi masih tak pandai berjalan. Jadi memang kena dukung selalu. Badan dia pula agak besar untuk umur dia. Lama kelamaan aku bersabar, parents mula hantar anak dia seawal jam 6.45 pagi. Diapers anak pun dah mula tak tukar.

Pagi – pagi masa hantar tu lembik sahaja pampers anak. Muka dan tangan anak comot dengan makanan. Kadang – kadang ada sisa biskut melekat dekat rambut dan leher. Masa passing dekat pagar rumah, aku nak ambil dukung pun rasa geli takut kotor baju aku.

Pernah satu pagi tu aku baru lepas solat Subuh dan tengah siapkan bekal anak sekolah. Tiba – tiba dengar hon dekat luar rumah panjang – panjang. Aku ingatkan siapa. Rupanya parents anak asuhan dah sampai pukuI 6.20 pagi. Masa aku buka pagar, dia terus hulur anak dekat aku sambil cakap tergesa – gesa nak cepat sebab jalan jem.

Anak tu pula baru bangun tidur, mata masih sembab, rambut kusut masai dan pampers memang dah penuh sangat. Belum sempat aku cakap apa – apa, kereta terus jalan. Aku masuk rumah sambil dukung anak tu, baru dua langkah masuk ruang tamu terus terasa basah dekat tangan.

Rupanya pampers dia bocor teruk sampai kena baju aku. Air k3ncing menitik atas lantai. Masa tu memang aku rasa nak menangis sebab dapur belum siap, anak – anak aku belum mandi sekolah dan jam dah dekat pukuI 6.30 pagi. Aku terp4ksa letak semua kerja lain semata – mata nak bersihkan dia dulu.

Dan pernah banyak kali anak asuhan pampersnya bocor, bertakung air k3ncing atas lantai. Dah satu hal aku nak kena lap, mop lantai, nak settle mandikan dia, nak settle tukar baju aku yang kena n4jis tu. Aku pun terkebil – kebil nak urus anak – anak aku pergi sekolah lagi sebab 7.30 pagi bas sekolah akan datang ambil. Mana dengan nak siapkan sarapan. Memang pagi – pagi rasa emosi sangat.

Kadang – kadang anak asuhan tu datang dalam keadaan perut lapar. Botol susu kosong langsung tak dibancuh. Pernah satu hari dia menangis tak berhenti sampai tercungap – cungap. Aku ingat dia s4kit perut ke apa. Bila aku bancuh susu dan bagi minum, laju dia minum sampai habis satu botol besar.

Masa tu hati aku jadi makin sedih. Aku tahu parents penat bekerja, tapi anak kecil ni bukan patut jadi m4ngsa keadaan. Sekarang ni sampai satu tahap, anak asuhan ber4k pun parents tak cuci. Dia hantar anak dengan pampers penuh, t4hi sampai kering dekat punggvng anak.

Nak cuci bukan senang. Sembur air dekat punggvng pun tahi tu melekat tak tertanggal. Kena gosok dengan tangan juga. Rasa emosi sangat – sangat. Kadang – kadang sampai merah kulit punggvng anak sebab terlalu lama tak tukar pampers. Bila aku sapu krim dekat ruam dia, anak tu menangis menggelupur sebab pedih.

Ada sekali masa aku buka pampers dia, bau dia memang satu rumah boleh hidu. Anak aku sendiri yang kecil tutup hidung sambil cakap, “Ibu, busuklah.” Aku pula masa tu tengah tahan munt4h sebab baru lepas makan. Tapi aku tetap kena cuci juga sebab kesiankan dekat budak tu. Bukan salah dia pun.

Dan sekarang seawal jam 6.30 pagi dia dah datang hantar anak. Ambil anak tetap lewat jam 6.30 petang baru ambil. Kadang kadang si bapa dah balik kerja pukul 5 petang, tapi tetap kena tunggu si ibu balik kerja baru datang ambil anak. Contoh kalau si ibu balik lewat jam 7 petang, jadi 7 petang lah baru datang ambil.

Ada beberapa kali hampir pukuI 8 malam baru sampai sebab alasan singgah makan dulu. Masa tu aku memang dah penat sangat. Anak asuhan pun dah mula meragam sebab terlalu lama dekat rumah aku. Kadang – kadang aku tengok anak asuhan tu macam dahagakan perhatian.

Bila aku duduk sekejap dekat sofa, dia datang peIuk kaki aku kuat – kuat. Kalau aku masuk dapur, dia merangkak ikut belakang sambil menangis kalau aku hilang dari pandangan dia. Sampai aku rasa dia lebih banyak habiskan masa dengan aku daripada mak ayah dia sendiri.

Kadang – kadang bukan niat nak marah anak asuhan tu sebab kita sebagai orang yang berakal, kita tahu bukan salah dia. Dia pun kecil lagi tak tahu apa – apa. Tapi rasa geram dekat mak bapak dia yang buatkan kita nak lepaskan marah dekat anak dia.

Tapi setakat ni alhamdulillah masih boleh kawal kemarahan, tak pernah buat pelik – pelik dekat anak orang. Cuma dalam hati ni memang segunung sumpah seranah dihamburkan. Aku pernah cuba bagi hint secara baik. Aku cakap, “Kalau boleh sebelum hantar tu tukarlah pampers dulu ya sebab kesian dekat anak.”

Dia cuma gelak kecil dan cakap, “Alah dia memang suka ber4k pagi.” Macam tu sahaja jawapan dia. Dalam hati aku memang rasa kecewa sebab macam tak ambil serius langsung. Harap yang baca ni janganlah ada parents yang berper4ngai macam di atas ya.

Adab kita tumpangkan anak dekat rumah orang kita kena jaga. Jangan fikir nak senang kita sahaja sampai membebankan urusan orang. Kalau tak sempat mandikan anak pun, sekurang – kurangnya cuci sikit muka dia, buang air liur basi yang melekat dekat pipi tu, rapikan rambut anak tu. Sikat pakai jari pun boleh. Jangan biar menggerbang macam singa.

Dan yang paling penting tukarlah pampers anak dulu. Kalau anak ber4k masa dalam perjalanan datang rumah babysitter, pampers tu masih boleh bertahan sekurang – kurangnya satu jam daripada bocor. Beza kalau parents langsung tak tukar.

Anak bangun tidur pampers dah memang penuh dengan air k3ncing semalam, lepas tu dia pula ber4k. Elok sampai rumah babysitter, memang meIetuplah pampers tu. Jangan menzaIimi anak sendiri. Aku edit sikit ya. Pasal hantar awal dan ambil lewat tu aku tiada masalah sebab parents memang jenis tak berkira.

Dia sendiri yang naikkan upah aku, jadi rasa tak patut pula kalau aku caj extra lagi. Cuma tulah, str3ss pagi – pagi nak menghadap n4jis anak orang. Anak asuhan pagi – pagi datang memang menangis melalak. Jenis lagi dipujuk lagi kuat dia menangis.

Bila bawa masuk bilik air untuk cuci dia, dia tantrum menggelupur dalam tandas sampai aku sekali basah. Kepala aku pun pernah terhantuk dekat dinding bilik air sebab cuba tahan dia daripada jatuh. Masa tu memang aku terduduk kejap tahan s4kit sambil air mata keluar sebab penat sangat.

Aku cuma berharap parents dekat luar sana lebih peka. Pengasuh ni manusia biasa juga. Kami bukan robot. Kami pun ada anak sendiri nak diurus, ada rumah nak dikemas, ada emosi dan ada badan yang penat. Tolong mudahkan urusan orang yang menjaga anak kita. Kalau kita sendiri geli nak pegang anak yang tak dibersihkan, janganlah serahkan bulat – bulat dekat orang lain macam tu sahaja.

Ulasan Pembaca :

Wan Munira : Agaknya dah hari – hari hantar anak dekat pengasuh dah terbit pula rasa malas nak urus anak tu. Fikir nak senang sahaja. Tak nak berpeluh pagi – pagi sebelum pergi kerja. Baik berterus terang kalau tak nak hati geram. Slow talk dengan dia kalau hantar awal terp4ksa caj harga lain.

Baya Rashid : Allah. Jangan terima sis kalau dia hantar awal. Melampau dah tu. Cakap dengan dia sis nak uruskan anak sekolah dulu. Hantar pukuI 8 okeylah. Sedang elok sis dah settlekan anak – anak sekolah. Kunci pagar jangan buka.

Kalau dia degil naikkan harga. Kena bagitahu sis jangan diam sahaja. Dia tak tahu kalut kita pagi – pagi macam mana sebab anak dia belum sekolah. Kena bagitahu ya sis. Kesihatan mental kita kena jaga. Kalau emosi pagi – pagi sampai ke petang, anak – anak kena marah sahaja nanti. Kesian yang tak bersalah. Kesiannya anak dia. Ber4k tak basuh, k3ncing tak tukar. Alahai.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Kongsi Artikel Ini :