7 tahun aku tunggu, isteri langsung tak boleh terima anak perempuan aku. Dia sanggup berkurung dalam bilik, bila anak aku ada..

Kisah ini dikirim oleh pembaca dan diedit oleh Editor kami. Nama dan lokasi dirahsiakan atas permintaan pengirim.

Sebelum kahwin dengan isteri, aku duda anak satu. Lepas kahwin, isteri layan anak aku tak ubah macam sampah. Dia langsung tak boleh terima, tak layan langsung. Aku duduk rumah banglo 3 tingkat.

#Foto sekadar hiasan / AI. Hi. Aku tahu isteri aku memang selalu baca ruangan ni. Aku rasa dah sampai masa untuk aku luahkan perasaan aku. Aku diberitahu jangan cerita buruk pasangan kita dekat orang, terutama mak ayah dan keluarga kita.

Sebab takut ada salah anggap dan akan bawa kepada perkara yang lagi tidak menyenangkan. Tapi aku pun dah tak tahan sebab tak tahu nak luah dekat siapa. Tahun ini masuk tahun ketujuh kami berkahwin. Alhamdulillah ada dua orang anak lelaki dalam hidup kami. Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah syukur atas semua yang Allah beri.

Cuma pada masa sekarang, pendapatan aku masih belum stabil. Aku buat kerja sendiri. Tapi syukur juga pasangan aku lebih stabil daripada aku dan memang banyak menanggung komitmen kami. Sebelum kami, aku pernah berada dalam perkahwinan lain.

Perkahwinan yang gagal tapi aku ada seorang anak perempuan yang sangat aku sayangi. Kalau nak cerita memang panjang, tapi aku cuma nak fokus kepada satu perkara yang betul – betul menyentuh hati aku. Pasangan aku sekarang nampaknya langsung tak ambil peduli tentang anak perempuan aku itu.

Macam tak boleh terima. Tak layan. Tak mahu terlibat. Buat macam sampah. Ya betul, bukan anak kau tapi sekurang – kurangnya layanlah dia dengan sedikit maruah, sekurang – kurangnya macam seorang tetamu di rumah kau. Aku dah tunggu selama tujuh tahun untuk pasangan aku terima anak perempuan aku seadanya.

Tak perlulah layan macam anak sendiri. Cukuplah layan macam dia wujud pun dah memadai. Aku terp4ksa letakkan anak aku itu duduk dengan ibu bapa aku sebab bila dia ada di dalam satu rumah, suasananya sangat ketara, sampai sanggup tak keluar bilik dua tiga hari dalam rumah banglo tiga tingkat kalau aku bawa anak aku itu balik masa cuti. Aku sedih.

Dalam hati aku, aku sangat sedih. Itu anak kandung aku. Bahagian daripada diri aku. Banyak kali aku terp4ksa layan anak aku dengan tegas dan serius sebab tak mahu pasangan aku rasa aku lebihkan dia masa kami bersama. Sampai aku sendiri tidak tahu bagaimana nak layan anak aku sendiri. Kesian anak aku ini.

Setiap masa, hampir setiap masa aku berdoa semoga pasangan aku boleh terima anak aku seadanya. Bukan lama pun. Anak pun dah hampir masuk sekolah menengah. Sepatutnya waktu dia kecil inilah kita manja dan limpahkan dia dengan kasih sayang.

Dah lah dengan bekas isteri aku dia dah lalui macam – macam, bila dapat peluang dengan aku pun aku masih tak dapat beri yang terbaik untuk dia. Sedih sangat. Kesian kamu nak. Memang aku yang salah. Tapi entahlah. Kesian anak. Kesian anak. Kesian anak.

Kepada pasangan aku. Aku tak pandai nak cakap secara berdepan sebab bagi aku ini terlalu terus terang. Layanlah dia sebagai manusia biasa pun aku dah cukup bersyukur. Anak aku dengan adik – adik dia yang lain memang betul – betul adik beradik kandung.

Anak ini akan ingat untuk jangka masa panjang apa yang mereka lalui. Mereka boleh nampak dan rasa suasana yang tidak selesa itu. Aku boleh alih perhatian dan aku boleh sembunyikan. Tapi akhirnya mereka akan tahu juga. Kalau kau tidak mahu terlibat sebab kau fikir itu bukan urusan kau, maka terpulanglah. Aku pun akan teruskan hidup.

Aku doakan anak aku ini jadi manusia yang hebat, yang sabar dan suci dalam melayan semua orang lain terutama mereka yang lebih menghargai dia, lebih baik daripada orang lain. Betul, hati budi orang ini tiada siapa boleh tentukan. Semoga Allah tidak beri kifarah pada masa hadapan sebab suatu hari nanti, kau juga akan jadi ibu bapa yang akan ada menantu dan cucu dan sebagainya.

Allah Maha Adil. Aku serahkan segalanya kepada Allah. Aku pun dah penat. Sebab dulu aku yakin pada diri aku. Kalau dia boleh terima aku, mesti dia boleh terima anak aku. Sebab dia seorang yang ada agama, dari keluarga yang ada agama. Dan selama ini pun aku yakin dia akan dapat terima. Cuma itulah. Kita ni manusia. Sama macam aku, manusia yang dah penat. Tapi aku serahkan semua kepada Allah. – Sadiq Segaraga (Bukan nama sebenar)

Komen Netizen :

Dina Rani : Kenapa masa sebelum nikah dulu tak confront betul – betul dengan bakal wife baru. Tanya dia ok ke tak? Apa expectations dia tentang status tt? Dia ok ke tak ada anak tiri? Pernah tak bawa keluar bersama semasa belum nikah dengan wife baru tu?

Saya rasa Tt ni syiok sendiri, tak tanya pun pendapat anak, pendapat bakal wife baru sebelum nikah tu Kawan saya sanggup bercerai dengan suami baru asbab dia mendapati suami baru tak boleh terima anak – anak dia seadanya… tapi tak tunggu la sampai 7 tahun, beberapa bulan je terus dia decide setelah nampak keadaan macam ni.

Syahidah Abdul Jalil : Jadi? Teruskan keadaan begitu dan teruskan berasa kasihan? Anak ni, d4rah daging. Dalam keadaan ni, daging tu tak busuk pun untuk kita buang dari sebahagian tubuh badan kita. Ya memang, sampai m4ti pun Iuka menjadi “anak yang tak dihingin mak bapak” akan berbekas, walaupun anak itu seorang anak yang baik.

Adakah wajar anak yang belum dewasa / baligh berk0rban untuk kebahagiaan orang dewasa? Adakah anak belum dewasa / baligh wajar “faham” kerumitan isu rumah tangga sekaligus harus terima semuanya? Kita yang dewasa, kita yang punya lebih “kuasa” dalam membuat keputusan.

Semoga anak ini mengerti, seisi dunia ini lebih indah dengan kehadiranmu. Dirimu amat bermakna dan penting. Melangkahlah ke hadapan, sekalipun mungkin engkau tidak disenangi dan dikehendaki, kerana engkau tidak pernah berd0sa pun wujud di dunia ini. Semoga saud4ra diberi ketenangan, jalan keluar dan kebahagiaan. Terima kasih kerana menyayangi anak ini.

Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Kongsi Artikel Ini :
About Hana 5152 Articles
Hana ialah penulis dan editor di Media Cite Heboh yang mengendalikan kandungan komuniti, kisah pembaca dan topik kehidupan seharian. Hana turut menyunting kiriman pembaca dari segi ejaan, tatabahasa dan susunan supaya lebih mudah dibaca sambil mengekalkan maksud asal cerita.