Isteri kena pergi kursus, aku terp4ksa jaga anak 2 orang dekat rumah. Aku baru nak ber4k, anak-anak dah ketuk pintu. Nak makan pun tak sempat

Baru pukuI 10 pagi, aku dah tak tahan nak layan karenah anak – anak. Aku baru nak rehat, anak sulung dah sepahkan rumah. Anak – anak memang sengaja nak uji aku. Tiba – tiba isteri aku call, cakap tak boleh balik awal..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum min. Tolong hide profile bini aku min, dia tak tahu aku pinjam ni. Ada nak kongsi sikit ni. Isnin minggu lepas bini aku kena pergi kursus, kursus pertama dia lepas dapat kerja bulan 1 hari tu. Anak – anak tak dapat hantar pengasuh sebab pengasuh kena s4kit mata satu keluarga.

Peh, time ni la nak s4kit. Aku cuak dah sebab takut tak ter-handle jaga dua orang hero tu. Anak kitorang boboiboy kuasa dua. Dua – dua tengah melasak. “Abang boleh jaga tak ni? Betul boleh ni?” Soalan ni dekat 44 kali dia soal aku sebelum tidur.

Aku nak jaga air muka, aku jawab, “Boleh yang. Awak pergi sekejap je kan. Jangan risau lah.” Keesokan harinya bermulalah pend3ritaan aku, haha. Bini aku keluar rumah seawal pukuI 7 lebih. Time tu jugaklah anak aku yang 8 bulan tu bangun.

Dia ni manja mama dia. Aku sampai tak tahu nak pujuk macam mana dah, dia tak nak susu botol min. Aku tak ada susu original tu. Nasib baik dia nak minum pakai cawan. Baru nak rest, anak sulung bangun lagi haru. Habis sepah ruang tamu.

Lagi aku tegur lagi dia buat. Bila dia tumpahkan bedak bersepai depan TV min, aku give up. Rasa nak call bini time tu min. Aku perIukan “sayap kanan” aku. Tengok jam baru pukuI 10 pagi! Jatuhlah air muka aku baru pukuI 10 pagi dah call. Tak!

Aku tak pasti lah budak – budak ni saja nak uji papa ke, protes mama tak bawa sekali ke. Adoi, garu kepala aku min. Macam mana lah bini aku hadap benda ni setiap pagi, setiap hari. Paling sadis aku tak sempat pun nak breakfast. Terkejar – kejar settle dua boboiboy tu.

PukuI 2 petang min, baru aku dapat mandi lepas anak tidur. Tu pun mandi kerbau je. Tak ada mood aku nak mandi haha. Dahlah kebulur tak makan apa pun lagi, nasib baiklah bini aku dah masakkan. Tinggal nak panaskan lauk je. Siap masak nasi, aku cekik macam seminggu tak makan. Nasi seperiuk tu aku habiskan.

Tengok telefon, bini WhatsApp, “Abang, kawan ni ajak teman jalan mall kejap, boleh tak. Asar nanti saya balik.” Apa?! Asar..?!! 2-3 jam lagi tu. “Tak apa yang, pergi lah. Abang izinkan.” Ego seorang suami, padahal dah patah sebelah sayap ni.

Tiba – tiba perut aku memulas pulak. Ni mesti kes makan lambat, angin masuk. Aku baru nak memerut, dua – dua tu bangun dah. Adoi. Ketuk – ketuk pintu tandas, yang kecil meraung macam nak gegar rumah. Tak boleh jadi ni, aku tahan min, masukkan balik, jap lagi aku lepaskan semula.

Tengah pujuk anak, teringat baju dalam mesin tak jemur lagi! PukuI 4 dah masa tu. Aku pergi jemur sambil dukung yang kecil. Abangnya paut betis aku min, minta biskut. Kenapa bang kau minta biskut time ni. Aku tak habis – habis tengok jam min, bila nak asar ni. Bini aku pun tak ada call, tak nak balik lagi ke? Aku dah separuh nyawa ni.

Anak aku yang kecil tu duduk dalam walker depan pintu. Agaknya tunggu mama dia. Sedih pulak aku tengok. Bila bini aku muncul depan pintu min, anak – anak berlari peIuk dia. Masa tu aku rasa nak ikut join lari peIuk mama. Dan sorak,
“Yeyyy mama dah balikkkk!”

Hilang penat aku tengok bini balik min. Lega. Bolehlah aku rest kejap. Tapi tak sempat rest bini dah soal macam – macam. Kenapa rumah sepah (padahal 10 kali dah aku kemaskan mainan budak ni).Kenapa baju anak kotor (baju baru tukar lah mama).Kenapa adik nangis (dah dia nak susu mama!).

Kenapa kenapa.. adoi, aku malas nak jawab. Penat dah. Mood pun tak ada nak layan. Malam tu anak – anak dah tidur, bini aku picitkan bahu. Aku tak suruh pun min, tapi bukan picit free. Sekali dengan ceramah free aku dapat. “Penat kan bang, uruskan rumah dan anak – anak? Walaupun abang tak cakap, saya boleh nampak abang penat. Apa pun, terima kasih bang untuk semuanya yang abang buat hari ni.”

Simple, tapi menusukkkkk menik4m kalbu! Selama 4 tahun kahwin ni, aku selalu lupa nak berterima kasih dengan bini. Aku ingat dia duduk rumah semuanya okey. Jaga anak sendiri.. okey.Mengemas, memasak.. okey. Memang dia rajin mengadu penat, str3ss, tak cukup rehat. Tapi aku buat biasa je min, sebab orang lain pun suri rumah jugak. Lagi ramai anak. Tak ada yang m4ti pun.

Rupanya aku silap, silap besar min! Suri rumah lah kerja paling teruk aku pernah buat. Penat dia double. Kalau pergi kerja penat jugak, hadap muka ketat bos, kerja bertimbun, balik jem. Sekurang – kurangnya aku boleh makan dengan tenang.

Memerut pun tenang tak ada orang nak ketuk-ketuk pintu. Masa solat tak ada yang panjat belakang. Satu hari je min, Allah tegur aku. Rupanya selama ni aku berlaku zaIim dengan isteri. Aku bukan jenis makan luar min. Aku tak pernah curang dari awal bercinta lagi.

Bini aku tu satu – satunya perempuan aku kenal dan cinta. Aku tak pernah tengking, pukuI dia min. Sayang nak m4ti. Tanggungjawab zahir batin aku bagi cukup. Cuma aku kurang melayan dia punya luahan, aduan tiap hari, membebel benda yang sama tiap hari. Aku buat – buat dengar je lah.

Korang yang bernama laki atau suami, kau jangan ingat kau lah paling penat. Tu kat rumah tu double penat wey. Kalau bini kau kerja, lagi zaIimlah kau dari firaun kalau kau tak reti tolong bini kat rumah. Firaun bagi istana untuk bini tinggal, kau bagi rumah nak roboh pun malas tolong bini. Aku nak taubat dah ni.. haha. Jom sayang bini masing – masing. Sayang bini orang tu ner4ka kirim salam!

Komen Netizen :

Mohd Nasir Khuzaimah : Lek lah… Basuh ber4k anak, tukar pampers anak, buatkan susu memang kerja aku dah. Berjaga tiap kali alarm anak bunyi. Time tak larat awal – awal pesan kat wife, “malam ni memang tak larat sangat, anak bangun tolong tengok ya.” Tapi okey lah tu bro, sanggup berk0rban untuk wife.

Masa anak first pernah tak kerja aka cuti jaga anak, wife kerja. Ni baru ni sempat cuti 3 hari je jaga anak, wife dah sibuk suruh masuk kerja. Masuk kerja kena tiau pulak dengan bos kenapa masuk kerja awal. Layankan je lah.

Rizal Rodzuan : Aku cadangkan semua suami mandatori bagi bini rehat di luar at least sehari dalam sebulan. Jaga anak – anak dan buat kerja rumah sementara bini enjoy di luar dengan adik beradiknya atau kawannya tengok wayang, pergi spa, lunch dan sebagainya. Supaya suami sentiasa diingatkan dengan susahnya jadi isteri dan ibu, dan lebih menghargai mereka lepas ni. Okey tak?

Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Kongsi Artikel Ini :