Saat saya berpantang sebab keguguran, suami k3jam curi duit saya 18 ribu untuk main jvdi. Suami civm kaki saya, cakap itu kali terakhir..

Kisah ini dikirim oleh pembaca dan diedit oleh Editor kami. Nama dan lokasi dirahsiakan atas permintaan pengirim.

Saya dah takde duit. Nak buat loan pun bank tak approve. Barang kemas semua lama dah dia gadai termasuk cincin kahwin, takde yang tinggal. Kereta yang saya bagi untuk dia guna pergi kerja, dia guna untuk berdating dengan perempuan lain…

#Foto sekadar hiasan / AI. Hai min, hide Facebook saya. Saya dah kahwin 3 tahun dan ada baby umur 5 bulan. Masalahnya sekarang saya sudah tak percaya dengan suami saya. 3 tahun dengan dia, ribu – ribu duit saya habis untuk cover hutang jvdi dia.

Tahun pertama kahwin memang ada masalah jvdi juga tapi melibatkan ratus – ratus sahaja dan masa tu saya tak tahu apa – apa. Masuk tahun kedua masalah jvdi dia m4kin teruk, masa tu saya keguguran anak pertama. Dalam tempoh saya berpantang, dia ambil duit 18 ribu tanpa pengetahuan saya.

S4kitnya hati saya, dah la masa tu saya sedih kehilangan anak, dia pula buat hal. Dia minta maaf, dia cium kaki saya, dia bersumpah akan berubah. Saya percayakan dia, saya terp4ksa cover hutang al0ng dia. Dah la saya hilang 18 ribu, saya kena cover lagi beberapa ribu hutang al0ng dia.

Dia janji dia akan bagi duit RM500 tiap – tiap bulan untuk bayar balik hutang dia, tapi tak pernah bayar. Tak apa, saya tahu duit dia tak cukup, saya tak pernah minta. Masa saya mengandung anak kedua, dia guna duit company untuk berjvdi.

Kalau ikutkan hati saya mahu marah dia tapi saya bersabar demi kandungan saya. Saya tak nak keguguran lagi. Dia minta maaf dan bersumpah atas kandungan saya yang dia akan berubah. Saya maafkan dia, saya cover hutang dia. Bila baby lahir, dia kantoi curang dengan perempuan – perempuan lain dan dia masih lagi berjvdi, masih lagi minum ar4k.

Masa tu saya berpantang, syukur alhamdulilah saya tak mer0yan. Tapi masa tu saya betul – betul sudah taw4r hati, saya mahu minta cerai. S4kit hati saya, kereta saya yang saya bagi untuk dia guna pergi kerja, dia guna untuk berdating dengan perempuan lain.

Dan masa saya perIukan dia, dia sibuk melayan perempuan lain. Dia selalu cakap tak cukup duit tapi untuk berjvdi dan minum ar4k sentiasa ada. Saya minta cerai dengan dia tapi dia berabis menangis yang dia akan berubah kali ini. Inilah kali terakhir dia buat hal katanya. Dia bersumpah tak akan curang, tak akan main jvdi dan tak akan minum ar4k.

3 tahun banyak janji dan sumpah dia. Benda tu macam perkara biasa sudah bagi dia. Bila fikirkan anak, saya bagi dia peluang dan saya percaya ini kali terakhir dia buat salah. Tapi baru – baru ni dia kantoi main jvdi, dia main nombor ekor. Saya tegur dia, dia marah saya.

Dia cakap main nombor ekor sahaja pun, tak beri kesan apa – apa, lagipun dia guna duit dia juga bukan duit saya jadi kenapa saya perlu bising katanya. Terdiamlah saya. Apa gunanya bersumpah kalau masih buat benda yang sama. Nombor ek0r tetap jvdi, h4ram.

Dia marah saya sebab terlalu mengongkong kehidupan dia. Dia mahu kehidupan dia. Dia mengaku dia tak boleh berubah sikap dia sekelip mata. Dia marah kenapa saya tak sokong dia untuk berubah. 3 tahun min, 3 tahun saya sentiasa di sisi dia bila dia ada masalah.

3 tahun dia bersumpah berjanji untuk berubah. Saya sedih. Sekarang saya berbelah bahagi bila dia dah mengaku dia tak boleh berubah. Saya takut nanti dia akan main jvdi, hutang ribu – ribu. Saya dah tak ada duit sudah. Nak buat loan pun bank tak approve sudah.

Barang – barang kemas semua lama sudah dia gadai termasuklah cincin kahwin, tak ada yang tinggal. Nak simpan duit untuk anak pun tak ada. Saya takut dia akan curang balik. At the end saya juga yang merana. Sumpah dan janji dia, saya tak boleh percaya sudah.

Minggu lepas saya berniat nak naik pejabat agama untuk urus penceraian tapi tak ada kesempatan lagi. Berat hati saya nak minta cerai tapi saya tak nak menghadapi masalah judi, perempuan dan ar4k dia. Sayang, kalau sayang baca ni, saya nak sayang tahu yang saya sangat – sangat sayangkan sayang .

Walaupun saya ini cuma pilihan terakhir sayang, saya tak mampu sudah menunggu sayang untuk berubah. Saya tak sekuat itu. Walau apa pun yang akan berlaku selepas ini, saya tetap sayang dan cintakan sayang seorang.

Komen Netizen :

Rapiah Barudin : Itulah… orang yang berubah ni nampak tindakannya beransur ke arah kebaikan, bukan lidah sahaja cakap nak jadi baik. Laki awak ni cukup pakej nampaknya untuk dinobatkan laki sejati. Hari ni segala benda dia jual dia gadai.

Esok dah tak ada nak digadai awak pula dia jual untuk tebus hutang!!! Awak kena kuat hati dan semangat untuk bawa hal ini ke pejabat agama. Jangan makan duit hasil h4ram. Jangan bersekongkol dengan orang yang dah menjadikan maksi4t sebagai makanan dirinya.

Anak – anak awak m4kin membesar. Teladan tu tak elok untuk anak – anak. Biar dia seorang tanggung hutang – hutang tu. Awak tak berhak diheret sama. Jangan kerana sayang, awak d3rita. Anak – anak sengsara.

Nina Abdullah : Move on lah sis dari meny4kiti diri sendiri, menyiksa hati diri. Percayalah Allah nak yang terbaik untuk h4mbanya. Setiap yang berlaku ada hikmahnya. Buat yang terbaik untuk sis dan anak. Lepaskanlah laki kaki jvdi tu. Tak guna kalau nak dipertahankan. Tak akan berubah. Tabahkan hati ye.

Marina Poyo : 3 tahun tu bukan hari ni terus esok. 3 tahun tu lama. Apa mau takut kalau mau mula hidup baru. Bukan 1 sahaja lelaki dalam dunia ni. Dah banyak ribu – ribu lagi yang lebih baik daripada kaki jvdi h4ram. Lama – lama al0ng tetak tangan, kepala gara – gara tak bayar hutang. Selalu kena ganggu tempat tinggal.. seram…

Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Kongsi Artikel Ini :
About Hana 5151 Articles
Hana ialah penulis dan editor di Media Cite Heboh yang mengendalikan kandungan komuniti, kisah pembaca dan topik kehidupan seharian. Hana turut menyunting kiriman pembaca dari segi ejaan, tatabahasa dan susunan supaya lebih mudah dibaca sambil mengekalkan maksud asal cerita.